Maafkan Mummy sayang







Review sikit gambar raya kami tahun ni......

Sambil2 tu korang dengarlah luahan hati aku ni lagi ye... Huhuhu...

Setahun dua ni sejak takde bibik, aku mmg jarang ada masa dengan anak2... Aku senantiasa serius, marah, tegas, dan garang dengan anak2 even aku adalah jugak bawak mereka bercuti.. Singapore, Japan, Indon, HK dan sebagainya tapi masa bercuti pun diorg banyak kena marah... Hehehe...

Hidup seawal jam 5.30 pagi, balik rumah terus masuk dapur.... Sampailah 10.30 malam... Time settle semua Ariq dan Qila dan masuk tidur pun.. Amily kadang2 mmg dia akan tunggu aku... Kalau dia dah penat sangat, dia akan tertidur sendiri...

Allahu... Kesian diorg mmg kurang perhatian dan kasih sayang. Aku takde masa nak manjakan diorg, nak bergurau dengan diorg... Kalau ada masa utk aku luruskan pinggang jap... Mesti aku akan terlelap... Kat sofa ke, kat katil ke.... 

Kesian anak2 aku...

Ni tadi tertengok IG Lara, tengok Awal selubung masuk dalam selimut kejar Lara... Terbahak2 Lara ketawa...

Kalau korang nak tahu, itulah yang Daddy diorg selalu buat setiap malam..... Kejar diorg satu rumah... Melekek2 dirog gelak... Rumah habis bersepah riduh rendah diorg lari sebab kena kejar dengan Daddy. Katil jangan ceritalah sepah habis...

Sejak Daddy takde, diorg adelah mintak aku buat macam tu... Adelah sesekali dulu aku buat jugak... Suka bebudak tu. Time tu ada bibik... Mmg banyak masa nak bergurau senda macam tu... Atuk pun selalu buat macam tu tapi sejak atuk sakit... Jarang dah atuk bergurau macam tu sbb badan atuk tak kuat sangat dah.... Lagipun diorg dan besah dah darjah 5 darjah 4... Amily pun dah 6 tahun tapi namapun bebudak kan, diorg suka je kalau bergurau dgn parents kan... Kadang2 bebudak ni main sembunyik2 suruh aku cari tapi kenkadnag bila badan penat kau ajdi malas nak layan.. Sebab tu kau tengok orang susah, garang dan tak kuasa nak melayan anak. Orang2 kaya ni sweet2 je layan anak sebab diorg tak buat kerja rumah... Kat rumah banyak masa nak layan anak. Mmglah anak behaved... Kan? Heheheh... Ada bibik tai-tailah goyang kaki layan anak je takyah buat benda lain...

Ni tak kat rumah tu aku lah bibik, akulah ibu, aku lah bapak dan akulah jugak anak yg menjaga ibu....

Penat. Kudrat bila malam dah maksimum dah.. Tak dapat nak kumpul tenaga dah.....

Bukan merungut. Tapi itulah kenyataan.

Kat office ni barulah dapat duduk... Barulah sempat berfikir secara rasional... Ato Z tentang anak2... Barulah perasan banyak benda aku missed untuk buat bersama anak-anak aku...

Rasa menyesal pun datang.... Then over think... Haih....

Masa ni lah aku rasa rindu sangat kat anak2 aku

Aqila

Ariq

Amily

Tuga anak hebat ni... Masing2 berlainan karakter.

Setiap hari aku rindukan mereka........ Bila sampai rumah, hilang irndu tu sebab dah asyik uruskan rumah, masak kemas basuh baju bagai... Huhu... Tak sempat nak feeling dah.. Hilang dah semua yg aku fikir kat opis tadi.. Huhuhu....

Allahu...

Ya Allah. AMpunkanlah dosan aku ni... Lalai dalam menjaga amanahmu... Anak2 yatim Mummy.... Maafkan Mummy sayang.......

Hujung tahun ni Mummy upah jalan2 okay sayang..... Bertabahlah sepanjang persekolahan ni bila Mummy garang macam harimau. Nak ajdi orang berdisiplin dan berpelajaran bukan mudah... Memang banyak kita kena korbankan.... Nak jadi orang mmg bukan mudah sebab kita bukan orang senang serba lengkap segalanya.... 

Harap anak2 Mummy faham situasi Mummy dan tak pernah ambil hati dengan mulut Mummy yang macam puaka ni.... Mummy sayang korang...... 

Semoga Allah tambahkan lagi kekuatan dan ketabahan aku.. Tebalkan lagi iman dan taqwaku ini...... Amin....


Ulasan

norhidana berkata…
akak, akak emak yg kuat, akak la mummy akak lah daddy... tak semua org boleh buat apa akak buat...

insyallah 3 org tu faham apa yg akak buat, qila,ariq, amily anak yg pandai n bijak...
Marsha~ berkata…
terima kasih dana sebab selalu ada nasihatkan akak banyak perkara.... dana pun ada ujian sendiri dan dana tabah dan kuat.... bila lah kita boleh jumpa ni??? huhuhu
Amyz! berkata…
Selalu juga rasa macam tu. Sebab tak cukup rasanya masa spend utk diorg. Balik kerja nak kejar kerja rumah pulak. Kadang rumah sepah pun pejam mata je.

Kalau aku ckp kat ko sabar, aku tak tahu berapa banyak beban atas bahu kau tu. Tapi aku sentiasa doakan semoga segala urusan kau dipermudahkan. Alhamdulillah, Qila, Ariq & Amily nampak sgt faham keadaan kau. Mudah2an diorang membesar jadi anak2 yg baik, soleh & solehah.