Ramadan 2019

Hi korang....

Acaner puasa tahun ni? Dah berapa banyak dah berhabisan di bazaar2 ramadan? Ahaks...

Aku tetiap hari memang kena singgah. Yang anak sulung mesti nak berbuka dengan jus buah. Yang anak no 2 dan no 3 hari-hari nak milo tabur kaw....

So nak galakkan diorg berpuasa penuh. Apelah salahnya beli... Huhuhu..

Kalau nak juice buah, boleh je berbuka kat rumah atuk nenek. Confirm boleh dapat fresh juice yang jauh lebih sedap... So far baru dua kali berbuka dengan atuk nenek (mertua Mummy) sebabnya kan Mama stay dengan aku sejak pakcik takde... Nak harapkan anak laki tunggal kesayangan dia, nan hadoooo... Paling lama dia 'jaga' mama adelah 2 malam jers tu pun mama hangkut balik semua baju2 kotor dia.. Sebelum pergi pun mama dah masak siap2 lauk pauk utk dia berbuka... Hehehe.. Sama je macam tak 'jaga' pun. Sekadar tumpang tidur je.... Balik rumah aku jugak kena basuh semua baju.. Mama memang tak boleh langsung bangun.. Aku tak tahu kenapa, dia mmg grieving lagi..

Kadang2 anak ramai berderet belum tentu boleh menjaga ibu nan saorang... Anak kesayangan, mmg jarang menjaga ibu. Yang menjaga tetap si anak mulut puaka...

Tak caya kau tengoklah sekeliling.....

Ini bukan propa tapi inilah yg berlaku sekarang... Ramai aku tengok menantu perempuan jarang sudi nak jaga mertua masing2. Alangkan nak balik rumah mertua pun liat. Alasan aurat nak kena jaga, rumah sempit panas takde bilik sorang satu... Tak selesa bagai... Inikan pula nak jaga mertua kat rumah sendiri. Takde privacy bagai.... Herm...

Cit podah. Alasan seribu alasan boleh create. Yelah bukan mak kau kan..... Yang laki pun dengar jelah cakap bini tu...........

Aku bukan merungut aku ok jers. Tahun lepas aku anak beranak berbuka & sahur 3 beranak je (Amily tak puasa) sbb bibik dah balik for good. Takde sehari pun dapat berbuka dengan adik beradik aku dan mama sebab diorg sibuk... Hahaha... Sibuk sangatkan sampai takde masa utk berbuka dengan aku & anak2 aku... Puas setting time manjang tak jadi. Menangis aku sedih. Takde sape peduli you alls.... Mengendenglah aku balik rumah mertua tapi masalah problem, mak mertua aku hari2 berbuka mee. Mee basah, mee goreng me bandung mee hailam... Setiap hari sebab abah mertua aku tak lalu makan nasi. Heheheheh.... Tapi takpe, aku tak kisah... Start pertengahan radaman anak2 aku banyak invitation di majlis2 anak-anak yatim so takdelah 30 hari ramadan kami berbuka bertiga je kat rumah pun..

Tapi tahun ni nak bergerak pun susah sbb Mama tak boleh @ tak berani nak duduk rumah sensorang. Dia trauma lagi dan masih murung kesedihan. Sikit2 nanti dia macam nak demam tapi tak demam pun. Haritu aku baru keluar sekejap dengan anak2 tengok End Game, dia dah call cousin aku mengadu cakap dia tinggal sensorang kat rumah sampai jatuh demam... Hahaha.. Aku balik rumah tengok cousin aku dah sampai rumah, dan mama tengah 'demam teruk'.. Padehal aku keluar 4 jam je.. 3 jam movie, 1 jam journey pergi balik mall-rumah. Tapi dah berlaku benda serius kat rumah...

Haruslah aku bersalah.. Sebab sebagai anak, tiada hak untuk aku menang dalam apa jua keadaan pun. Lepas je cousin aku balik, Mama ok je tak demam pun. Itu kes kedua sebenarnya. Kes pertama masa aku balik rumah mertua jap celebrate birthday Mak. 1 jam je yols tapi mama dah create drama dah call adik aku yada yada yada... Aku balik rumah tengok adik aku dah ada kat rumah aku marah2 sebab tinggal mama seorang diri kat rumah... Mama tak pandang aku pun masa tu. Padehal kalau dia cakap dia takut ke apa, aku boleh je hantar dia jap gi rumah adik aku. 5 minit drive je pun... Rumah mertua aku pun 3 minit drive je....

Hahahahaha... Dunia ni dah terbalik. Adik boleh marah kakak. Kalau aku membalas adelah nanti orang yang kecil hati dengan mulut puaka aku ni....

Tapi takpe... Sekarang ni aku redha.. Memang tanggungjawap aku sebagai anak. Kedudukan aku sebagai ibu tunggal bukan alasan untuk aku jaga mak aku sendiri. Berbanding anak lelaki kesayangan yang beristerikan seorang doctor pakar.... Aku jatuh wajib menjaga (bukan secara bergilir ye) sbb aku kakak. 

Takpelah aku redha..... Bilik aku ada seorang lagi penghuni selain anak2.. Bayangkanlah bilik aku ada 5 orang sumbat tidur semua. dah macam setinggan. Mama tak berani tidur sorang. Ariq & Qila pulak tengok mama tidur dalam bilik tu, diorg pun sama sibuk... So jadilah bilik aku macam tongkang pecah dengan tilam queen ada kat lantai yang tidak pernah berangkat sampai bila-bila...

Mesti korang kata aku ni tak bersyukur sbb masih ada mama... Eh apa pulak aku tak bersyukur... Kan aku dah cakap aku redha.. Pagi2 wpun rushing terkejar2 hantar anak2 sekolah, sempat lagi cari bfast untuk mama. Masak nasi. Sesekali adik aku hantar lauk bungkus. Mama memang tak masak. Sesekali je dia masak kalau adik aku tak hantar lauk... Dan dia sejenis yang cerewet makan...

Aku bukanlah rasa mama tu beban. Cuma kalau mama dapatkan kurangkan 'drama' dia tu. Hidup akan jadi lebih mudah. Dia kena kuat. Memang situasi dia dan aku tak sama. Tapi dia kena tolong jugak aku sebab aku struggle uruskan anak2 seorang diri, mama tak boleh ikutkan sangat perasan. Aku kureng ada masa nak layan drama pilu dia setiap hari.. Memang sampai je rumah, terus laju2 masak juadah berbuka.. Hidup starts as early as 4.30am... Dengan ulang alik nak hantar anak tusyen bagai. Seminggu 4 kali anak2 tusyen. Memang pack. Aku takde masa sangat nak ulit dia.. Anak2 sendiri pun terabai... Kalau dia asyik kecik hati yada yada.. Aku hidup takde dalam keredhaan tau tak... Hazab tu wey... Takde redha dia...

Entahlah malas nak fikir sangat sebenarnya......... 

Semoga segala ujian dan dugaan yang Allah berikan ini ada hikmahnya tersendiri... Amin...

Oklah korang, banyak pulak bebelnya...


Ulasan

Tanpa Nama berkata…
actually we have a similar issue. mak i lebih kurang camtu gak.syg ank lelaki lebih walau dh ada ank bini bila bini blk kg pantang tetap mak la yg basuhkan kain baju.kdg2 tlg sara bg duit belanja juga.i si mulut puaka ni la yg selalu dicaci maki kalu x ikut kehendak dia. mak i tu suka kata kt ank ikut sedap mulut dgn assumption apa yg dia kata semua betui, tp bila kita teguq dia blk dia sentap.dia kata kt org blh tp org kata kt dia sentap. i yg selalu bw dia pegi melancong n tempiasnya bwk adik pompuan sekali. tp dia kutuk lg sbb tinggalkan baby i kt dia lpstu sumpah seranah lain x aku xmau ikut hg dh p mana2. i tinggal pun time nk beratur nk naik ride ja.bkn nk terimakasih bwk p tiduq hotel tp sumpah2 kita lg.kita ni umur dh lanjut nk masuk 40..kita pun ada perasaan mcm dia.bkn blh train ank mcm kita sekolah2 dulu kata xketahuan ikut sedap mulut.semoga kita bertabahla dpt mak yg mcm ni..semoga kita juga menjadi ibu yg tidak membebankan ank dan menyakitkan hati mereka juga bila mereka dh berumur nnt
Marsha~ berkata…
setuju... Sebenarnya ada benda lebih besar terjadi lastweek... i terdengar perbualan dia dgn cousin on phone. Dia 'membawang' i tak masak masa sahur kesian anak2 makan roti. budak tu lapar tak makan sahur yg proper. minum oats aje. rumah takde sayur. dia selalu masuk angin sebab takde benda nak makan kat rumah sbb i tak masak. pastu dok puji menantu dia dok masak hari2. ketam.. sup tulang.. allahu... pedih sayu hati ni dengar, i terus gi kat dia cakap terima kasih sebab membawang macam tu.. dia sentap...

terus packing2 baju nak balik rumah dia. gi salam anak2 mintak halal sebab makan harta anak yatim... bermula telenovela dia play victim pulak.. maaf menumpang rumah yada yada... allahu.. depan cleaner plak tu dia buat drama tu...

lepas pujuk bagai semua, malam tu i stalk phone dia. allau banyak rupanya kisah dia bergosipan pasal kain dalam i kat my cousin yg sempat baca... hancur hati... hancur sangat........

sekali lagi drama sebab dia nampak i baca phone dia. dia kata cousin i bukan orang luar, okay je nak cerita apa pun...

sedihnya hati i nangis sampai anak2 pun nangis sama. beratnya ujian kali ni..... kecilnya hati ini wpun i sedar i takde hak utk berkecil hati. mentang2 lah aku ni takde suami nak membela, orang boleh pijak2 hati aku ni macam ni je... yang adik siap call cakap kau jagelah mulut kau tu. sbb mulut kau tu mama kecik hati...

yelah boy, yg jahat semua aku.... aku......
Marsha~ berkata…
kita mmg takde hak untuk berkecil hati dengan mak kita kerana dia adalah ibu. apa yg ibu buat atau kata, wpun salah ia tetap BETUL.

kuasa ibu.. doa ibu... habis kalau hari2 dok cakap anak ni sombong.. kedekut.. dah kaya dapat duduk rumah besar sebab laki dah mati... dia tak tahu kalau tak disebabkan mertua bagi portion dia kat i, rumah ni mmglah takde harapan nak dapat kat i.. sebab IHSAN mertua.. sayangkan cucu dan tak berkira. Bukan laki yg automatik tukar nama I masa dia hidup dulu. semua by faraid...

ikutkan i menumpang nama anak2 kat rumah ni.... then salahke i rapat dgn mertua? selalu balik sana??

dah dia doakan anak kedekut, sombong... jadilah betul2.. kata ibu tu kan doa.. hari2 dok zikir benda tu mmglah jadi.. cuba cakap benda yg baik2... yang elok... ni tak...

seriuslah, aktiviti call sana sini membawang tu mmg perangai amno dia yg sejak muda sampailah skrg sbb circle dia semua perangai mcm tu.... amno banyak puak sana sini.. mmg itulah keje diaorg dari pagi sampai malam. dok bawangkan orang lain so dah jadi habit. sbb tu i benci amno.... pui
Tanpa Nama berkata…
amno tu sapa..hehe
Marsha~ berkata…
UMNO leeee... kahkahkahkahkah
Tanpa Nama berkata…
sedihnya saya baca kisah awak. Semoga awak diberi kekuatan dan dipermudahkan segala urusan.
Tanpa Nama berkata…
haha...amno=umno..nasib baik xreveal siapa aku..kang kena warning pulak..dahla kerja gomen..huhu
Tanpa Nama berkata…
Begitulah kan kita sbgai anak..sy faham apa yang Marsha rasa. susah menjaga seorg ibu yng bersikap mcm tu. bukan sbb kita berkira tapi selepas apa yg kita cuba lakukan terbaik tapi di belakang mengata seolah2 tak ada langsung yg telah kita lakukan. sy pernah merasa diperbandingkan. punya seorg kakak dan seorg adik perempuan yg x pndai melawan ckp. sy seolah x berguna. sbb mulut sy sgt senang membantah bila sy rasa itu x betul. sbnrnya hanya memperbetulkan apa yg x betul tp d sangka sy budak yg degil. jauh merantau.. mencari rezeki halal..cuba membeli hati ibu dgn duit tp ia seolah2 x pernah berharga. sedih. hingga akhirnya hati ini mati. mati utk menagih kasih. andai ibu bahagia dgn anak2 lain kenapa mesti sy terus membebani diri utk membeli hatinya..mgkn Marsha perlu memberi peluang utk diri sdri..mendidik n membesarkan anak2. persekitaran yang punya aura negatif tdk baik utk anak2 kecil. beri peluang adik marsha utk jaga ibu marsha. biar org lain mencaci. mgkn sedikit sbyk akan membuka ht ibu marsha. atau sebaiknya, pergilah jauh dari mereka. beri mereka peluang utk mempelajari hidup. semoga selalu tabah mengahdapi dugaan hidup. semoga suatu masa sikap ibu marsha berubah.
Marsha~ berkata…
terima kasih kepada yang sudi membaca dan memberi nasihat... kadang2 rasa bersalah sebenarnya ceritakan benda ni kat sini tapi takde tempat nak luahkan... pergilah mana2 pun, org akan cakap hati orang tua mmg sensitif dan kita sebagai anak tetap bersalah macam mana keadaan sekalipun. macam takde hak langsung nak bela diri.
my mom sebenarnya sayang sgt kat qila anak yg sulung tu sbb dia yg jaga masa dalam pantang sampailah masa kami dapat bibik. so mmglah kononnya dia 'happy' duduk rumah i tu nak dibandingkan duduk dgn menantu. rumah i takde menantu yg nak disegankan. beza situasinya tapi itulah, kalau dia boleh tinggalkan drama dia tu. buang rasa prasangka pada anak dia ni. kami ok je utk dia tinggal bersama. i ada cara untuk besarkan anak2. ada hak sebagai ibu utk marah anak2 bila salah. wpun cucu kesygn dia tu takboleh nak kena marah, namun sebagai mak, i ada hak marah anak2 i...

dia dulu lain. masa dia umur macam i, kematian suami.. dia takde ibu dah. so dia tak pernah ada pengalaman pun jaga ibu dan bapa masa umur dia macam i... mertua pun dia tak pernah jaga... so dia tak faham situasi i ni macam mana nak menghadap karenah orang tua.. dia takkan faham sbb dia tak pernah rasa jaga orang tua dia. dia anak bongsu. dimanjakan kakak2 dia. apa dia cakap semua org kata betul... dulu sampailah skrg...

dulu dia sebagai ibu tunggal dia bebsa buat apa kesana kemari dgn umno dia. takde siapa kongkong dia. dia bebas tentukan hidup dia.

tai bila turn i, dia kenalah faham. sejak suami i meninggal, 4 tahun i bebas tentukan apa i nak buat di rumah sendiri. boleh decided mana nak pergi.. so skrg bila dia dah tinggal sama, dia kena ikut rentak i... waima i bangun lambat ke apa ke, hak i... tak perlu nak cerita buruk balik i buat dalam rumah tu dengan orang lain...

i nak bogel dlm rumah sendiri pun i ada hak... rumah i..

tapi, itulah.... lepas jadi peristiwa ni rasa awkward tinggal dalam rumah sendiri sbb segalanya diperhatikan... stress gila... hanya allah sahaja yg tahu.......

dari dalam bilik sendiri yg tak pernah ada privacy sampailah ke dapur.. semua diperhatikan. dalam bilik air ajelah ada privacy.... sedih kan..

bilik pun kena share-share.... hermmm....