Weekend yang panjang dengan dua hari MC

Hi guys... Hahaha tetiba nak hi hi bagai....

Saturday....... 

Minggu pertama kemerdekaan anak2 dan Mummy selepas habis final exam... Kau rasa? Bestnya... Takde adegan terkeluar anak tekak suruh anak kau study.... 

Tapi, sakit mata pulak tengok diorg mengadap phone & komputer sejak pagi tadi.... Mmg kena keluar anak tekak jugak jawapnya....

Ditambah Mummy yang demam dan batuk athma sejak khamis... Haih.. Bangun pagi paling derita sebab tu dada dia bunyik2 lagi dengan lendir yang banyak... Lepas batuk keluarkan kahak berkali2 sampai nak terkeluar tekak baru dada tak bunyi.... Setiap pagi macam tu... Sigh...

Walaupun cuti panjang sampai Deepavali, kami tak kemana pun.. Tak kuasa aih.... Kat Malaysia ni kalau cuti lama camni, sana sini jammed melampau... Orang Malaysia kaki jalan... Pantang ada cuti... And anak2 aku bukan jenis suka duduk dalam kereta lama2... Paling jauh pun KL jelah diorg mampu tahan itu pun berkuntau asyik tanya dah sampai ke belum....

Dulu ada MPV boleh lah layan tengok movie dalam kereta tapi skrg dah pakai kereta kecik, merataplah duduk bertiga dalam tu sambil bergaduh berebut aircond.... Shessshh..

Weekend ni my anak2 sedara datang... Diorg dr PD... Mak diorg gi Manchester for 10 days sebab ada viva utk PhD... So, aku dapat kirim winter coats yang aku nak tu kat Primark.... Yeeeehhaaaa!!!

Tak sabar nak tunggu diorg sampai Malaysia... Huhuh macam budak kecik..

Agaknye macam nilah rasa anak2 Mummy tunggu Mummy balik dari London dulu... Masa Mummy bagi gambar semua toys diorg yang Mummy belikan...

Excited yang tersangat2.... Huhuhu...

Okbai!

Ulasan