Selamat Hari Raya!

Akhirnyaaaa... Berakhirlah Ramadhan yang bakal dirindui....

Tiada lagi bangun seawal jam 5 pagi untuk bersahur... Tiada lagi kelam kabut membeli dan menyediakan juadah berbuka untuk anak-anak setiap petang.. Tiada lagi pening serabut nak fikir pasal persiapan raya anak-anak.. Tiada lagi peluang beribadah dengan pahal berganda.. Tiada lagi hari2 langit seluasnya terbuka untuk mendengar segala doa2 kita... Huhuhu...

Setiap tahun macam biasa, petang raya masih di rumah. Sempat gak pergi beli kasut raya Mummy, kemas rumah dan packing 2 bag besar untuk kami anak beranak.. Baju dan spender memasing bawak kemain banyak tapi bila sampai kampung ade je benda tinggal... Dua bag besar diasingkan untuk rumah mertua dan kampung belah Mummy.. Tapiiiiiiiii agihan spender tak sama banyak di setiap bag.. Sengal.. Hahahahaha..

Ok. Dah jadi kelaziman akan beraya di rumah mertua dulu.. Walaupun Daddy dah tiada, mereka tetap abah dan mak Mummy dunia akhirat. Atuk dan Nenek kepada anak2 Mummy dunia akhirat. Jadi janganlah pelik angkat2 kening kalau Mummy beraya kat sini setiap tahun. Sebabnya......
Kami akan ke pusara Daddy setiap pagi raya..... Hujan ke lecak ke, ini memang wajib.... Tahun ketiga beraya tanpa Daddy selamanya... Anak2 ini sangat memahami dan tidak pernah sekali pun merungut... Senyum sentiasa terukir ketika menziarahi pusara Daddy..... 

Lepas bermaafan bersama Atuk dan Nenek, kami ke rumah Nenek Yam.. Ni Mama Mummy... Actually, sejak Nenek Yam kahwin lain, kami jarang dah beraya dulu dengan Nenek Yam sebab nenek Yam akan beraya kat rumah Atuk dgn anak2 tiri dia dulu... Setiap tahun dia kenalah ikut suami dia... So dalam tghari baru kami pergi beraya kesana.. Nasib baik dalam Melaka jugak.. Heheheh...

Kat rumah Atuk, ada pokok mangga sesuai utk OOTD... Hahaha



 
Tapi tak sempat nak ambil gambar dengan Nenek Yam dan Atuk sebab Atuk dah gi masjid sebab nak solat Jumaat. Lagipun rumah Atuk penuh denagn anak2 dia dan cucu2... Kelam kabut sikit. Masa tulah nak berkenalan dan berbual kan... Mummy kan peramah... (kononlah)

Petang, kami terus pulang ke kampung di Muar. Belah Nenek Yam. Konvoi sekali 2 kereta...

Sampai dah petang, terus mandi bagai dan tunggu Busu Boy sampai dari Pontian... Nak main bunga api sama2....

Up sikit gambar raya kedua... Ramai tanya Ariq pakai baju semalam ke... Hey.. Takkanlaaaaaaaaaaaaaahhhh... Baju raya kedua Ariq adalah PEACH. Raya pertama pink belacan. Tak sama hokeh...

Okay... Kami stay 2 malam kat kampung. Amily suka sangat duduk kampung.. Macam belacan baju2 dia okeh... Kat kampung banyak kucing dan ada hamster kak Shameera..

Antara soalan bawang Mummy terima di ketika kunjungan saudara mara adalah :-

"Woaaahh cantik baju... Mesti mahal..."
"Woaahh gelang ni baru ke?"
"Suami mana?"
"Ada dapat pencen perkeso???"
"Arwah dulu sakit apa?"

bla bla bla...

Hahaha.. Itu okeh lagi...

Paling Mummy terdiam, ada sesorang tanya..

"Ada buat kerja part time?"

Hahahahaha.. Nampak susah sangat ke kami ni? Terdiam Mummy tak tau nak jawap apa... Ye betul, Daddy dahulunya memang penyumbang besar pada ekonomi keluarga.. Tapi, nak jaga dan didik anak pun takde masa yang banyak, nak buat kerja part time? Seriously??? Kerja PART TIME?

Terkedu Mummy dengar. Nampak susah ke hidup Mummy ni??? 

Huhuhu.. Ingat lagi sehari sebelum Daddy pergi... Ada kawan Daddy bercakap dengan Mummy. InsyaAllah Mummy boleh laluinya sebab rezeki anak2 yatim ni hanya Allah yang tahu.. Dia dulu pun ayah meninggal sejak kecil, Maknya tidak bekerja tapi rezeki dia dan adik2 tetap cukup sampai mereka semua berjaya masuk Universiti... Mummy ingat lagi kata nasihat dari dia... 

Allah itu maha besar... Maka percayalah akan rezeki kita dariNya... Jangan pertikai dan persoalkan...

Alhamdulillah, setakat hari ini rezeki kami masih ada dan mencukupi makan dan pakai. Alhamdulillah...

Alhamdulillah....

So kepada mereka yang curious sangat nak tahu income Mummy....

Pergi kau membawang disana...

Pfffttthhh!

Eh.

Ulasan

naniaimiadnan berkata…
sabor je la ade pulak tanye soalan mcm tu. bizibody sgt dgn life org pegila jage tepi kain sendiri sane.huhu.. sabar ye k.marsya insyaallah saye doakan agar sentiase dimurahkan rezeki akak n anak². selamat hari raya kak maaf zahir n batin

Catatan popular daripada blog ini

Betapa puakanya M-Suites Hotel itu

Short getaway bersama whole family..

Petua mendapat kepala yang bulat...