Catatan

Tunjukkan catatan dari Mei, 2017

Surat untuk Bi...

Imej
Hi Bi...

Setiap hari Ling selalu fikir, tentang Bi... Apa agaknya Bi tengah buat kat 'sana'... Bi okay ke tak? 'Sihat' ke tak... Entahlah... Kadang2 bila tengah sibuk2 tu tetiba Ling rasa "eh macam terlupa nak call Bi bagitau Ling kat mana.." Terus rasa macam jantung berdegup laju....
Setiap hari rasa macam tu... Sepanjang setahun 6 bulan ni.... Setiap hari Bi....
Sabtu ni dah nak puasa.... Tahun kedua tanpa Bi... Rasa sedih tu tak terluah nak ungkap... Ariq pulak akan bersunat hari Jumaat ni... Anak tunggal lelaki kita nak bersunat Bi... Kejap je amsa berlalu kan.. Last Bi jumpa dia masa tu dia baru 2 minggu sambut ulangtahun ke 6.. Kecik sangat lagi......
Sekarang dia dah 7 tahun 7 bulan... No 7, Bi mmg suka sebab tarikh kahwin kita.... Dia akan bersunat, InsyaAllah pada usia ini....
Tak tentu arah Ling call klinik sana sini. Google sana sini... Tanya orang sana sini tentang sunat. Ariq dah decided nak bersunat cara laser. Mesti dia tanya kawan2 dia kat sek…