Rabu, April 05, 2017

Nak bebel jap..

Dua tiga minggu lepas aku terjebak balik tengok cerita Korea. Innocent Defendant dan Voice. Dua-dua cerita detective. Pendakwaraya... Peguambela... Detective... Bunuh bunuh bunuh... Sedih, cemas, stress... Tapi sebabkan aku sangat suka tengok IRIS, so cerita Voice aku rasa macam Gerak Khas le pulak... Macam bodoh je. Lembab je police dia semua. Tapi alang2 dah tengok, kena habiskan. Huhu...

Innocent Defendant sangat sedih. Sedih sangat bila part dengan anak dia yang terpisah berbulan2 tu... Wife pulak dibunuh. Memang emo... 

Voice pulak hari2 tunjuk mayat orang mati kena bunuh memang scary. Mabuk darah aku dibuatnya... Uhuks..

Banyak benda dalam dua cerita ini ingatkan aku pada Bi. Bi, bukan suami yang romantik sangat tapi dia didik aku menjadi seseorang yang lebih daripada seorang isteri. Macam mana cara abah dia ajar dia tentang hidup, macam tulah juga dia ajar dan didik aku sebagai seorang isteri. Tegas tapi penuh kasih sayang. Dia ajar aku berdikari. Jadikan hati aku kering dan kuat, Jadikan aku sebagai ketua keluarga yang baik bila dia pergi belayar dulu... Dia layan aku seperti 'orang kanan' dia. Dia Jeneral, aku orang kanan dia yg paling dia percaya.. (Ceh feeling pulak kan sebab tengok cerita macam tu) Dia buat hati aku jadi kering dengan cabaran dan masalah2 harian. Tapi pada masa yang sama dia simbahkan aku dengan kasih sayang tiada berbelah bagi. Mungkin sebab itulah kot, walapun dia telah pergi, aku boleh terus rapat dan menyayangi kedua mertua aku sama seperti dia menyayangi dan menghormati kedua ibu dan bapanya.. Kerana aku sering merasa aura itu di rumah keluarga mertua aku.. Aura dan suasana yang sama ketika dia masih ada.

Korang bayangkanlah, dulu masa bercinta dengan dia, aku tak pernah tahu memandu dan menunggang motor. Dia paksa aku belajar memandu. Belajar tunggang motor TZM besar gabak tu... Takut semua kena letak tepi. Dia mahu aku lasak. Tapi dia ajar sikit punya garang. Stress aku. Ajar macamlah aku ni cadet dia... Salah sikit pun kena sound. Tapi dengan cara itulah aku cepat belajar. Aku bawak kereta tak macam pondan. Tapi tak terlalu melulu macam poyo. 

Suruh parking kat porch pun main signal2 tangan je.. Ko hingat dia nak jerit "lagi lagi lagi okay okay stop" ? Memang tak lah... Dia guna signal tangan gaya komando. Tahulah bapak kami berdua komando.. Sendiri mahu fahamlah. Nampak mcm poyo tapi bila tengok cerita Korea tu, eh sama mcm Bi praktikkan dekat aku... Dulu aku nyampah bila dia buat macam tu sebab alahai poyo je... Tapi sekarang, heheh rindu sangat... Tengok pulak J Revolusi. Bila Judo bagi signal tangan UTK tu untuk beri arahan pada skuad dia... Sangat macho okey. Ihiks..

Dulu, aku memang tak reti dan tak pernah beli barang2 dapur... Bi yang ajar. Apa yang family dia pakai, dia akan belikan juga di rumah kami... Dari jenis beras, pencuci pinggan mangkuk, sabun mandi, pencuci baju, lantai, softener.. Berus gigi ubat gigi semualah. Semua sebijik sebijun apa yang family dia guna, kami akan guna.. Kami mmg just follow tradisi. Tu sebab aku amat rapat dengan keluarga mertua. Sebab berada disana sama je rasa macam di rumah sendiri.

Tu sebab aku agak skeptikal pada orang yang tak suka keluarga mertua sendiri. Tanak balik rumah mertua... Tak suka bebelan mak mertua... Tak selesa macam rumah sendiri. Oh, kau bayangkan nanti anak lelaki kau dapat isteri perangai macam ko... Ko suka tak?

Haruslah tak kan.... Jadi, what u give, u will get back babe... Percaya lah..

Bi pun kadang2 pernah bebel jugak. Mak dia macam ni macam tu. Tapi bagi aku setiap manusia ada kekurangan dia. Apa yang negative tu aku tidak ambil pusing. Aku ambil semua yang positive. Dan jadikan sandaran.

Aku harap, Mak dan Abah akan panjang umur sihat walafiat dan hidup berpuluh2 tahun lagi.... 

Qila, Ariq dan Amily pun sayang sangat kat diorg. Mereka anugerah terindah dari Tuhan kepada kami selain Daddy.....

Ingat korang,

Berihsanlah. Ihsankan hati, demi hubungan antara manusia dan manusia. JUGA, hubungan antara kita dengan Tuhan.

InsyaAllah semua akan jadi seindah yang kita harapkan.

Till then.... 

4 ulasan:

naniaimiadnan berkata...

good adice kak. insyaallah saye cube pikir mcm akak tu:)

Amyz Lie berkata...

Betul sgt cara arwah tu. Alhamdulillah. Kira walaupun dia pergi awal, dia tahu awak blh jaga anak2 dia, dan tolong tgk2kan mak ayah dia.
Bertuah dia dpt awak sbg isteri.

Aku doa semoga korang jumpa semula di syurga. Amin.

Migha berkata...

sama la kita kak...anak komando...takde nak leleh-leleh ni..

Tanpa Nama berkata...

Salam sayang untuk mummy yg hati kering ni, i mmg dah perasan sejak kita jumpa makan kat bonda cafe london dulu. kering je panggil waitress tu apa lambat sgt service ni.. walaupun kita lahir bintang yg sama, i tak kering mcm you, tapi apa yg i tahu, u sensitif mcm i jugak. cepat berair mata... blog ni mcm cerpen dah i baca, kira kitab kitorang dah baca and pastu bayangkan kisah cinta you ni.. maut memisahkan you berdua. syukur diberikan peluang jumpa suami marcia. org nya ramah, lucu dan sentiasa menguntum senyum.. tya nak ambil peluang ni nak ucapkan selamat hari ibu sayangku, selamat ulang tahun yg ke 21 tahun! marcia muda 21 tahun selamanya... org yg masuk syurga umurnya muda selalu... dan everytime tya dtg sini, mmg selalu nangis teringat... taknak tersilap kata apa-apa, takut terguris hati marcia tu... taknak cari punca marcia menangis dlm senyap takde sapa yg tahu... terima kasih awak masih ingat kat saya, apa lah saya buat sampai saya diberikan peluang mcm ni. andai kata satu hari nanti diizinkan Allah swt, kita berjumpa lagi... dlm senda dan gurau marcia, mestilah ada terselit luka dan lara. kita sama kehilangan, tapi tak mungkin sama.. betullah marcia kata, korang apa tahu.. korang apa tahu bila tulis, atau copy paste... mmuaaah... saya ada lagu. lagu ni sohail bg kat saya tiap2 tahun. hari ni saya nak share kat awak.. sbb saya teringat sgt kat awak bila dengar lagu ni..NATALIE MERCHANT - BELOVED WIFE. I love you. Semoga Allah swt menjaga anak2 dan marsha dlm kasih sayang yg melimpuah ruah, dlm rahmat yg menggunung, diluasdkan rezeki yg tak pernah putus, dijauhkan dr hasad dan dengki dan mata-mata jahat manusia... semoga kita menjaga ukhuwah kita sampai bila-bila insyaAllah. i love you xoxo - altantya 0605