Catatan

Tunjukkan catatan dari April, 2017

Nak bebel jap..

Dua tiga minggu lepas aku terjebak balik tengok cerita Korea. Innocent Defendant dan Voice. Dua-dua cerita detective. Pendakwaraya... Peguambela... Detective... Bunuh bunuh bunuh... Sedih, cemas, stress... Tapi sebabkan aku sangat suka tengok IRIS, so cerita Voice aku rasa macam Gerak Khas le pulak... Macam bodoh je. Lembab je police dia semua. Tapi alang2 dah tengok, kena habiskan. Huhu...

Innocent Defendant sangat sedih. Sedih sangat bila part dengan anak dia yang terpisah berbulan2 tu... Wife pulak dibunuh. Memang emo... 
Voice pulak hari2 tunjuk mayat orang mati kena bunuh memang scary. Mabuk darah aku dibuatnya... Uhuks..
Banyak benda dalam dua cerita ini ingatkan aku pada Bi. Bi, bukan suami yang romantik sangat tapi dia didik aku menjadi seseorang yang lebih daripada seorang isteri. Macam mana cara abah dia ajar dia tentang hidup, macam tulah juga dia ajar dan didik aku sebagai seorang isteri. Tegas tapi penuh kasih sayang. Dia ajar aku berdikari. Jadikan hati aku kering dan ku…

Rindunya blog ni...

Imej
Lama nak menulis di sini....

Rindu...
Aku selalu sangat baca entries lama-lama..... Teringat kenangan lama bersama ketika Bi masih ada... indahnya masa itu. Rindunya hanya Allah yang tahu....
Sebenarnya banyak nak cerita kat sini tapi takde masalah.... Nak taip perlu dari hati.. Kalau setakat ambil gambar sekeping lepas tu nak tepek cerita kat sini bosanlah....
Tak tahulah siapa yang sudi baca, tapi blog ini akan kuteruskan juga sebab banyak kenangan dalam ni..... Banyak cerita bersama Daddy....
Nanti Dedek sambung story lagi ye.....
Daaaaaaaaaaa.....