Selasa, Jun 20, 2017

Sempena Ulangtahunnya yang ke empat...

13 Mei 2017, Amily Rania Iman genap 4 tahun usianya... 

Dia dah makin bijak dan tahu apa yang dia mahukan... So tahun ni, dia minta cake Gecko PJ Mask..
Ihiks.... Layankan aje... Janji dia happy...

So ini kali pertama celebrate di school... Dengan kawan2....

Masa Mummy sampai je school, ya rabbi, manisnyaaaaaaaaa senyuman Amily... Dia control je nak menjerit.... Kalau kat rumah tu harus dah menjerit excited. Tapi kat school bukan main control. Baikkkk aje.. Senyum pun senyum kambeng je... 

Cake dan goodies bags
Senyum simpul je... Tangan letak belakang.... Baju fresh dari Saigon... Ihiks...

 With the girls...
And boys.....


 Selamat Ulangtahun kelahiran sayang.... Semoga membesar jadi anak solehah, baik budi pekerti... Terus bahagia dan dirahmati Allah s.w.t


Potong cake dak bagi kawan2 makan....


Bertambah-tambah anak Mummy makan....... 

Mummy sayang Amily sangat....... Amily penghibur hati Mummy... Kakak tu kawan berbual & bergaduh, Abang kawan bermanja... Kalian pelengkap hidup Mummy.... 



Selasa, Mei 23, 2017

Surat untuk Bi...

Hi Bi...

Setiap hari Ling selalu fikir, tentang Bi... Apa agaknya Bi tengah buat kat 'sana'... Bi okay ke tak? 'Sihat' ke tak... Entahlah... Kadang2 bila tengah sibuk2 tu tetiba Ling rasa "eh macam terlupa nak call Bi bagitau Ling kat mana.." Terus rasa macam jantung berdegup laju....

Setiap hari rasa macam tu... Sepanjang setahun 6 bulan ni.... Setiap hari Bi....

Sabtu ni dah nak puasa.... Tahun kedua tanpa Bi... Rasa sedih tu tak terluah nak ungkap... Ariq pulak akan bersunat hari Jumaat ni... Anak tunggal lelaki kita nak bersunat Bi... Kejap je amsa berlalu kan.. Last Bi jumpa dia masa tu dia baru 2 minggu sambut ulangtahun ke 6.. Kecik sangat lagi......

Sekarang dia dah 7 tahun 7 bulan... No 7, Bi mmg suka sebab tarikh kahwin kita.... Dia akan bersunat, InsyaAllah pada usia ini....

Tak tentu arah Ling call klinik sana sini. Google sana sini... Tanya orang sana sini tentang sunat. Ariq dah decided nak bersunat cara laser. Mesti dia tanya kawan2 dia kat sekolah lah tu.... So tak banyak klinik offer sunat laser nak2 lagi bukan hujung tahun... Selalunya orang bersunat cuti sekolah hujung tahun...

Sementara bibik ada ni, tu sebab Ling decided sunatkan Ariq cuti sekolah ni.... Senanglah nanti ada orang jaga dia kat rumah.. Tapi kitaorg duduk rumah Mak. Senang Abah jaga cucu jantan tunggal dia tu.... Kesayangan kan......

Kalaulah Bi ada, mesti Bi relax je anak nak sunat kan? Bi mmg camtu... Apa situasi pun Bi relax je... Macam takde apa je... Bi tahu Bi sakit pun Bi boleh senyum lagi....... Macam takde apa...

Ling rindu Bi... Ariq pun rindu Bi sangat... Amily sehari dua ni pun asyik tanya Bi... Dia ternampak gambar Bi kat FB, masa birthday Qila tahun 2015 dulu...

Ohye, Amily dah masuk Qdees tau... Masuk class teacher Marina. Dah pandai baca.. Tapi menulis dia malas. Uhuks.. Mewarna dia rajin..... Balik dia naik van Cik Yat. Pergi Mama hantar... Haritu birthday dia, buat kat sekolah.... Ya Allah happynya dia..... Manisnye muka masa Ling datang bawak cake. Padehal sebelum Ling masuk class, muka dia tengah bosan tahan ngantuk.. Nampak je Ling terus ceria..... Hehehehe.. Baik makan cake bertambah-tambah....

Qila pun buat simple2 potong cake dengan Nenek & Atuk... DIa pun dah besar, no party2....

Ohye, Qila dah berhijab sekarang... Sejak akhir tahun lepas... Dia terbuka hati sendiri nak menutup aurat lepas dah solat lengkap 5 waktu ni.... Alhamdulillah... Anak Bi yang sexy montok dah berhijrah... Heheh..

Ari macam biasa. Dah besar perangai pun berubah. Sekarang gila bola, spinner, basikal tayar besar, drone, hoverboard.. Eh macam2lah dia minat sekarang... Pening Ling.... Tak dilayan kesian pulak.... Nanti dia sibuk menagih kawan2 punya....

Sekarang bebudak ni tusyen kat rumah lorong depan... Eloklah sekurang2nya bergaul dgn bebudak lain...

Esok kami balik rumah Mak Abah. Khamis ada kenduri untuk Bi... Semoga Bi perolehi pahala dan rahmat daripada bacaan Yassin nanti.... Tenanglah di sana sayang.... Kasih sayang kami tak pernah luntur buat Bi setiap hari.... Bi senantiasa ada dalam hati Ling dan anak-anak.... Kami sayang rindukan Bi....

Hidup memang tak lengkap tanpa Bi.... Setiap kali terpandang sesama sendiri, rasa macam tak cukup seorang.. Sepatutnya berlima tapi sekarang hanya berempat.....

Ohye, bulan November tahun lepas Ling amik anak baru.... Romeo Duke nama dia.. Lahir 10 August 2016. Kami semua sayang dia sangat... Jangan kata kami, atuk, nenek, auntie Via, uncle Jib pun sayang kat budak nonet ni... Atuk panggil dia Jambul. Nenek panggil Yo Yo... Hahahahah...

Comel kan??? Kewat sikit sebab dia stress Amily suka kacau hidup dia... Heheheh...

Kalau balik rumah Mak, dia mesti ikut.... Dia dah biasa dah kat rumah Mak.. Kira balik rumah nenek dia jugakle.....

Kalau kat Tengkera, setiap petang Atuk bawak bebudak ni naik motor dan main kat playground. Sehari tak dapat naik motor, mmg bisingle bebudak ni... Pening atuk....

Kalaulah Bi ada, mesti Bi yang bawak naik skuter bi tu kan? Skuter tu tersadai kat rumah takde siapa nak bawak.... :(

Banyak yang berubah skrg...... Demi keselamatan anak2, Ling dah naikkan batu dan pasang autogate. So takdelah anjing2 liar masuk rumah memalam kejar kucing... Semua rezeki dari hasil titih peluh Bi....

Oklah sayang, nanti Ling sambung cerita lagi ye....

Al Fatihah untuk Bi, suami Ling dunia dan akhirat....

Rabu, April 05, 2017

Nak bebel jap..

Dua tiga minggu lepas aku terjebak balik tengok cerita Korea. Innocent Defendant dan Voice. Dua-dua cerita detective. Pendakwaraya... Peguambela... Detective... Bunuh bunuh bunuh... Sedih, cemas, stress... Tapi sebabkan aku sangat suka tengok IRIS, so cerita Voice aku rasa macam Gerak Khas le pulak... Macam bodoh je. Lembab je police dia semua. Tapi alang2 dah tengok, kena habiskan. Huhu...

Innocent Defendant sangat sedih. Sedih sangat bila part dengan anak dia yang terpisah berbulan2 tu... Wife pulak dibunuh. Memang emo... 

Voice pulak hari2 tunjuk mayat orang mati kena bunuh memang scary. Mabuk darah aku dibuatnya... Uhuks..

Banyak benda dalam dua cerita ini ingatkan aku pada Bi. Bi, bukan suami yang romantik sangat tapi dia didik aku menjadi seseorang yang lebih daripada seorang isteri. Macam mana cara abah dia ajar dia tentang hidup, macam tulah juga dia ajar dan didik aku sebagai seorang isteri. Tegas tapi penuh kasih sayang. Dia ajar aku berdikari. Jadikan hati aku kering dan kuat, Jadikan aku sebagai ketua keluarga yang baik bila dia pergi belayar dulu... Dia layan aku seperti 'orang kanan' dia. Dia Jeneral, aku orang kanan dia yg paling dia percaya.. (Ceh feeling pulak kan sebab tengok cerita macam tu) Dia buat hati aku jadi kering dengan cabaran dan masalah2 harian. Tapi pada masa yang sama dia simbahkan aku dengan kasih sayang tiada berbelah bagi. Mungkin sebab itulah kot, walapun dia telah pergi, aku boleh terus rapat dan menyayangi kedua mertua aku sama seperti dia menyayangi dan menghormati kedua ibu dan bapanya.. Kerana aku sering merasa aura itu di rumah keluarga mertua aku.. Aura dan suasana yang sama ketika dia masih ada.

Korang bayangkanlah, dulu masa bercinta dengan dia, aku tak pernah tahu memandu dan menunggang motor. Dia paksa aku belajar memandu. Belajar tunggang motor TZM besar gabak tu... Takut semua kena letak tepi. Dia mahu aku lasak. Tapi dia ajar sikit punya garang. Stress aku. Ajar macamlah aku ni cadet dia... Salah sikit pun kena sound. Tapi dengan cara itulah aku cepat belajar. Aku bawak kereta tak macam pondan. Tapi tak terlalu melulu macam poyo. 

Suruh parking kat porch pun main signal2 tangan je.. Ko hingat dia nak jerit "lagi lagi lagi okay okay stop" ? Memang tak lah... Dia guna signal tangan gaya komando. Tahulah bapak kami berdua komando.. Sendiri mahu fahamlah. Nampak mcm poyo tapi bila tengok cerita Korea tu, eh sama mcm Bi praktikkan dekat aku... Dulu aku nyampah bila dia buat macam tu sebab alahai poyo je... Tapi sekarang, heheh rindu sangat... Tengok pulak J Revolusi. Bila Judo bagi signal tangan UTK tu untuk beri arahan pada skuad dia... Sangat macho okey. Ihiks..

Dulu, aku memang tak reti dan tak pernah beli barang2 dapur... Bi yang ajar. Apa yang family dia pakai, dia akan belikan juga di rumah kami... Dari jenis beras, pencuci pinggan mangkuk, sabun mandi, pencuci baju, lantai, softener.. Berus gigi ubat gigi semualah. Semua sebijik sebijun apa yang family dia guna, kami akan guna.. Kami mmg just follow tradisi. Tu sebab aku amat rapat dengan keluarga mertua. Sebab berada disana sama je rasa macam di rumah sendiri.

Tu sebab aku agak skeptikal pada orang yang tak suka keluarga mertua sendiri. Tanak balik rumah mertua... Tak suka bebelan mak mertua... Tak selesa macam rumah sendiri. Oh, kau bayangkan nanti anak lelaki kau dapat isteri perangai macam ko... Ko suka tak?

Haruslah tak kan.... Jadi, what u give, u will get back babe... Percaya lah..

Bi pun kadang2 pernah bebel jugak. Mak dia macam ni macam tu. Tapi bagi aku setiap manusia ada kekurangan dia. Apa yang negative tu aku tidak ambil pusing. Aku ambil semua yang positive. Dan jadikan sandaran.

Aku harap, Mak dan Abah akan panjang umur sihat walafiat dan hidup berpuluh2 tahun lagi.... 

Qila, Ariq dan Amily pun sayang sangat kat diorg. Mereka anugerah terindah dari Tuhan kepada kami selain Daddy.....

Ingat korang,

Berihsanlah. Ihsankan hati, demi hubungan antara manusia dan manusia. JUGA, hubungan antara kita dengan Tuhan.

InsyaAllah semua akan jadi seindah yang kita harapkan.

Till then.... 

Selasa, April 04, 2017

Rindunya blog ni...

Lama nak menulis di sini....

Rindu...

Aku selalu sangat baca entries lama-lama..... Teringat kenangan lama bersama ketika Bi masih ada... indahnya masa itu. Rindunya hanya Allah yang tahu....

Sebenarnya banyak nak cerita kat sini tapi takde masalah.... Nak taip perlu dari hati.. Kalau setakat ambil gambar sekeping lepas tu nak tepek cerita kat sini bosanlah....

Tak tahulah siapa yang sudi baca, tapi blog ini akan kuteruskan juga sebab banyak kenangan dalam ni..... Banyak cerita bersama Daddy....

Nanti Dedek sambung story lagi ye.....

Daaaaaaaaaaa.....