Rabu, Ogos 31, 2016

Duit oh duit

Bangun je pagi, (Ye aku bangun lambat gila harini... Balas dendam)

Gosok gigi terus masuk dapur tengok apa nak masak hari ni... Buka fridge, tengok ikan apa yang ada dan decided nak masak kari kepala ikan (merah ke jenahak aku pun tak perasan)

Dan ikan kerisi buat goreng. Kobis bunga buat sayur..

Pung pang pung pang cakap dengan bibik untuk sediakan bahan sekali tengok minyak masak kering kontang takde... Selamba je bibik ketawa then jawap, takpe pakai je minyak sayuran buat goreng ikan. Otako.

Terus aku masuk bilik pakai tudung dan ambil kunci kereta. Kalau dulu, Bi lah tukang runner beli apa je barang yang habis kat rumah ni... Runner naik motor. Kalau naik kereta kang, ramai askar nak ikut dia.. Tu sebab dia paling pantang kalau bibik bagitahu barang habis... Dia selalu pesan pada bibik, jangan dah habis licin baru nak bagitahu. Dan kalau nak suruh beli barang, make sure buat list.. Jangan semata nak beli garam sepaket ko nak suruh aku ke kedai bagai. Memang tak lah... Jangan kata bibik, aku pun akan kena bebel kalau suruh dia beli barang ciput2 ni ke kedai.

Actually kedai tak jauh mana, depan nun je... Tapi leceh ar nak start motor di kala pepanas ni kan....

So aku pun buat announcement, siapa nak ikut Mummy pergi kedai..... Ariq dan Amily jerit2 cakap nak ikut. Qila nak, tapi dia nak sambung makan beehun. So dia tinggal.

Masa undurkan kereta kat porch, aku terfikir. Setiap 2 3 hari ade je barang rumah habis. Beras lah, gas lah, gula lah... Padehal, rabu lepas dah berborong beli barang dapur kat Family Store, still ada je yang tak cukup. Dahle sekali beli beratus habis... 

Aku terfikir, kalaulah aku tiada duit hari ini nak beli minyak? Macam mana nak masak? Apa anak2 aku nak makan? Macam mana orang susah yang kematian suami, tak kerja dan perlu menanggung anak yang ramai. Fakir miskin yang nak menanggung keperluan keluarga. Barang-barang asas minyak beras susu dan sebagainya. Sekarang semua harga barang sangat mahal. Dengan ekonomi teruk macam ni..

Aku tahu, aku sangat beruntung. Aku tinggal di Melaka, Dekat dengan mertua dan mak sendiri. Adik beradik dan saudara mara rapat pun dekat. Kalau takde duit pun, bolehlah menumpang kasih makan di rumah mak. Mak pun selalu belikan lauk basah, belikan barang dapur kering. Macam-macam diberi untuk cucu-cucunya. Tak pernah lagi kami tak cukup makan pakai. Alhamdulillah.

Pada hari pertama Bi jatuh sakit, aku tak pernah fikir tentang masa depan kami kalau apa-apa terjadi pada Bi.. Aku tak tahu dimana datang kekuatan, keredhaan dan rasa pasrah pada ketentuan Allah tentang masa depan kewangan kami. Aku sangat positive masa tu walau duit dalam akaun hanya tinggal beberapa ratus ringgit. Aku hanya mahu Bi sedar dan sihat seperti biasa. Lain-lain aku tak fikir dah. Yang aku ingat, aku fikir kalau Bi tak boleh sedar dalam masa terdekat, tak boleh teruskan bekerja, aku akan sewakan rumah kami dan planning tinggal di rumah mak. Aku akan surrender mana2 kereta yang tak mampu dibayar. Itu sahaja yang aku plan, masa tu... Lain-lain aku tak fikir sebab aku hanya mahu Bi sedar dan keluar dari zon kiritikal.

Aku masih ingat lagi, ketika doktor bagitahu keadaan Bi yang sangat tenat, ada seorang kawan Bi, yang datang melawat ketika itu. Dia kata, dia kehilangan bapa masa dia kecil. Emak dia tak bekerja. Alhamdulillah dia dan adik beradik semua masuk universiti dan berjaya. 

Aku hanya pandang dia dan berkata dalam hati, maybe dia nak sedapkan hati aku je... Aku tahu macam mana sukarnya kehidupan tanpa kasih sayang seorang ayah. Sebab aku sendiri kehilangan ayah ketika baru nak masuk darjah 3... Aku tahu dan faham macam mana perit mama mencari duit untuk membesarkan kami adik beradik. Makan sekadar ala kadar. Nak jumpa Mama sangat susah sebab dia sibuk bekerja mencari duit, Siang malam mama kerja. Meniaga roti canai subuh pagi sebelum pergi office bekerja. Ya memang kami semua berjaya masuk universiti, tapi kehidupan kami tak sama macam orang lain yang ada ayah.

Sekali lagi, aku tidak tahu mana datangnya kekuatan ketika aku menerima jenazah Bi untuk dibawa pulang ke rumah. Aku tidak banyak menangis. Aku cuma lost... Masih belum menerima dan masih belum percaya.

Dan hari ini, hampir 9 bulan Bi pergi... Aku tahu, ramai yang bersimpati. Namun ada juga yang berkata, Allah menjentik aku dengan ujian berat ini untuk menyedarkan aku. Untuk kembali melihat nikmat yang diberikan kepada aku di dunia ini yang selama ini aku dustakan. Hari pertama Bi jatuh sakit, aku terbuka hati untuk melakukan solat taubat. Sebelum aku mampu meneruskan solat fardu dan memohon Dia kabulkan doa-doa aku. Tak lain tak bukan untuk memberikan Bi peluang meneruskan hidup dan juga bertaubat kepadaNya...... Doaku tidak dimakbulkan.

Itu tidak beerti aku tidak redha... Aku redha... Aku terima ketentuanNya. Walau aku hidup di dalam kesedihan kerana terlalu rindukan suami aku. Aku menangis setiap hari tiada siapa yang tahu. Memang aku happy di tempat kerja, kerana aku tidak suka berkongsi kesedihan dan tidak pernah menunjukkan kepada sesiapa, Pada mak dan abah pun, pada mama... Tapi dalam hati aku. Hanya Allah sahaja yang tahu. Hanya Allah tempat mengadu....

Aku kehilangan satu-satunya insan yang kenal luar dan dalam aku sebagai isterinya, kawan baiknya, kekasihnya, ibu kepada anak-anaknya. Menerima aku seadanya... Tentunya aku amat sedih dan rindu. Aku sunyi.. Tiada lagi teman berbual, bergaduh dan berkasih sayang.

Tapi aku redha, ini ketentuanNya. Sudah sampai masanya untuk Bi pergi menemui Penciptanya. Sudah tertulis, jam 10.12 pagi 10 Disember 2015, Bi akan pergi. 

Tiada tanda-tanda yang jelas sebelum intu. Dia cuma teruja untuk membelikan hadiah hari lahir buat Ariq, bersungguh2 menukarkan sekolah anak-anaknya supaya dekat dengan rumah. Itu sahaja.

Ada juga yang bertanya, berapa banyak gaji suamiku. Dia nak tahu berapa 'kerugianku' setelah kematian suami. Hernm... Niatnya mungkin berdasarkan kasihan, tapi.....

Ada juga yang bertanya, berapa pampasan diberi oleh syarikat tempat bekerja,. Sekadar nak tahu cukupke untuk aku meneruskan kehidupan membesarkan anak-anak...

Manusia cukup prihatin walaupun pertanyaan itu menyakitkan..

Alhamdulillah, rezeki anak-anak tidak pernah putus... Selain sumbangan yang diberikan oleh sahabat handai, saudara mara, orang perseorangan dan beberapa organisasi memang di luar jangkaan. Aku pun tak menyangka Bi mempunyai ramai sahabat baik yang prihatin. Dia amat disenangi dan disayangi...

Segala urusan berkaitan peninggalan Bi pun dah selesai dibahagi ikut hukum faraid, Aku bersyukur dan bertuah mempunyai mertua yang sangat baik dan memahami. Urusan harta pusaka berjalan lancar dan hampir selesai sepenuhnya. Alhamdulillah, Faraid anak-anak diuruskan Amanah Raya sehingga umur mereka 18 tahun. Bagi aku, tiada masalah asalkan tidak disalahgunakan. Sekurang-kurangnya ada jugaklah simpanan untuk pembelajaran diorg lepas sekolah nanti...

Sehingga kini pun, syukur... Rezeki senantiasa ada. Mak pun selalu berpesan. Jangan dimanjakan sangat anak-anak dengan wang ringgit. Biar mereka belajar erti kesusahan. Aku sedar kadang2 aku terlalu memanjakan mereka. Apa sahaja kemahuan dituruti semata-mata aku tidak mahu membezakan mereka dengan anak-anak yang mempunyai ayah.

Tapi rasanya aku silap. Tak semua yang berayah hidup senang dan mewah di luar sana, Ada yang susah dan struggle untuk hidup. Sesekali kita kena lihat orang yang dibawah kita. Ada yang lebih susah dari kta sebenarnya. Jangan lihat yang di atas... Selalu pesan pada diri agar sedar diri dan ingat asal usul.. 

Dan aku juga dihujani nikmat Allah tidak henti-henti... Allah sangat sayangkan aku dan anak-anak... Nikmat dulu yang tidak pernah aku rasakan, dan sekarang aku perolehi... Banyak hikmah yang aku semakin nampak saban hari.... 

Ohye, cerita ke kedai membeli minyak belum habis. Dah kerana tiba-tiba teringatkan Bi.... Sebelum sampai ke pasaraya, sempat aku membelok ke pusara Bi.... Rindu. Tak sempat nak beli bunga dan membawa air... Terus pergi sahaja. Rindunyaaaa... Ariq siap pesan-- Daddy duduk baik-baik ye. Jangan lupa mandi.

Kongajor.. Mentang2 aku belum mandi. Dari tadi dia dok zikir2 aku busuk sebab belum mandi. Ah lantak ar... Takde sape nak bau dan ciom pun. Ada aku kesah.

Ohye, dah bawak bebudak ni gi kedai, rasanya berapa kena keluar??? Nak beli minyak, gula pasir & serai je. End up bayar RM32!

Haih.... Duit oh duit...



Rabu, Ogos 10, 2016

Asal update




Anak dara Mummy dan Daddy...

Haih. Cepat sangat diorg besar...