Selasa, Disember 06, 2016

Genap setahun


Gambar ni diambil 2 hari selepas Daddy pergi..

Ariq kata dia rindu sangat dekat Daddy, setiap saaat bertanya kenapa Daddy ditanam di dalam tanah.. Mummy kata, orang yang dah meninggal Allah bawa ke syurga tapi kenapa Daddy ditanam di dalam tanah..

Dia nak jumpa Daddy... Nak sangat jumpa Daddy. Ariq masih belum boleh mampu mengerti...

Mummy kata, Daddy sekarang ada di dalam hati Ariq...

Ariq pun pegang dada dia macam ni....

Dia kata lagi,

Kite tanak Daddy dalam ni... Kita nak Daddy depan mata... Kite nak tengok Daddy....

Sayang, semoga besar ganjaranmu sebagai anak yatim nak....

Mummy juga pernah merasa sakit perit ini, cuma mungkin zaman dan cabaran kita berbeza. Mummy tahu, Ariq sangat sayang dan agungkan Daddy...

Terus berdoa untuk Daddy di setiap solatmu Sayang....

Jadi anak soleh untuk Daddy.

Kerana, Daddy juga amat sayangkan Ariq. Lebig dari dirinya sendiri. Percayalah...

Tiada ulasan: