Khamis, November 10, 2016

Bicester Village

Isnin yang paling sedih di London.... Uhuks... Patutnya kami ambil kereta sewa pagi ni, tapi rupanya, company kereta sewa tu nak card credit sebagai jaminan... So sad weols berdua pakai debit card sahaja. Mana ada card credit.... So sedih.... Memang berpuluh jugak call sana sini cari company yang terima debit card tapi semua hampa.....

Call jugak Malaysian yang buat tour ke Cotswold London tapi sangat mahal.... Silap kami tak fikir utk plan B.... Sebab masa booking dari Malaysia, bila letak no card debit ok je pulak...

Sedih sangat! Masa jumpa Suffian (org yang mak beli iPhone7 dari kedai dia) esoknya tu, dia cakap kenapa tak call dia... Sebab boleh je dia bagi sewa kereta dia... Ya Allah, menyesal tak call dia untuk tanya kan..... Takpelah anggaplah takde rezeki... Memang sedih sangat tak dapat pergi roadtrip ke Cotswold.... Tempat tu sangat cantik.....

Kami try cari dan cari kereta sewa tapi gagal... Terus ke Malaysia Hall, sebab kata Wynn kat sana ada papan kenyataan yang iklan macam2 tour dan kereta sewa. Tapi sampai sana hampa... Takde pun... Staf lelaki yang disuggest oleh kawan2 pun takde kat situ. Dia pun bagi no phone org lain pun tak membantu.... Plan kami dah kelaut. Dah tghari perut sangat lapar so makan je dulu kat MH tu...
Pengubat duka lara..... Sangatlah sedap dapat makan nasi panas dengan lauk keli cili api siap sambal belacan.... GBP6 termasuk air teh o..... Sedaaaaaaaaaaapp!!!

Dah kenyang terus kami decided ke Bicester aje... Shopping! The best therapy ever!!!!! Ayuh kita....

Kami sampai di Bicester dah petang... Ikut plan asal patut esok baru nak datang sini tapi kami hanya merancang, Tuhan menentukan.......

Kami ke sini naik train Chiltern Railways dari Marylebone Station ambil masa lebih kurang 45 - 50 minit je.... GBP24.70 tambangnya... Dalam RM100 sebab masa kami di London Pound jatuh so RM5.15 je.... Syiok lah kan... Takdelah mahal sangat. Lagipun kami pergi Isnin... Off peak gitu...

Meh posing dulu..
 Memang syurgalah kan shopping kat tempat building cantik2 macam ni.... Tenang je.... Tapi sejuk sangat petang tu so tak berapa nak tenang... Ihiks...

Sampai sana sejuk.... Hujang renyai turun sekali sekala... Sejukkkk.... Aku dah memang aim nak beli apa di sini... Di La Vallee Paris pun dah aim nak beli apa... So sini mmg tak banyak sangat boleh beli... Melainkan ko kaya raya... Bestnya Bicester sangat lengang sebab dah petang dan isnin kan... Tourist China je melambak... 

Macam biasa, pergi Tourist Centre dulu untuk ambil vouchers extra 10% untuk semua butik. Tak macam Paris, dia just bagi 6 kupon je.. Kat sini satu kupon boleh pakai semua butik berulang kali selagi duit ko tak habis... Tapi Prada ada mininum spend kalau nak pakai discount voucher tu....

Tapi, mengujakan.... Eceh, kat sini disebabkan pound jatuh, Longchamp amat murah dari Paris uols!!! Tolak 10% lagi, tolak VAT lagi.... Poaaahhhh... Vongga! Borong jangan tak borong... Mak beli cuir disana... Huhuhu... Menyesal tak beli lebih... Huhuhuhu...

Cath Kidston jugek murah!!! Yang boss aku kirim dapat separuh harga! Huntunglaaaah....

Menyesal aku beli Gucci kat Paris, kat sini lebih besar dan banyak pilihan... Uhuks... Burberry wallets dan wristlet sangat murah! RM600++ jeghs.... Prada nylon banyak yang mur mur... Huwaaaaaaaaa boleh habis licin bankrup duit ko.... Tapi jaga2, ye siapa nak pakai debit or credit card, jangan pakai waktu pukul 5 hingga 7 petang waktu sana sebab sah2 akan decline... Huhuhuhu....

Aku tak masuk semua butik pun... Furla, MK, Coach (gila bapak mahal pui), Clarks, Timberland, Ralph Lauren, Ted Baker (gila murah), dan banyak lagi.... Kami kat sana sampai tutup. Huhuhu... Best pergi weekdays, tak perlu nak beratur masuk butik.... Takde orang pun, Tapi dah petang mmg ramai dah balik... Pelancong China banyak gila okeng. Memekak je.....

Macam biasa, aku berpecah denagn Wynn... Masing2 pergi ke butik masing2 dah aim... Ohye, kami tak kena beratur pun... Gucci & Prada takde pun nak beratur bagai.... Syiok gilaaaaaa...

Bicester Village ni tak besar masa. Besar lagi JPO. Tapi jauh lebih best dari La Vallee... Ikut aku lah kan... Baju budak takde yang best. Takde NEXT. Patut letaklah satu kat sana kan.... 

Cuma dengan harga train RM100 return tu kau kena maximumkan trip kau kesana. Setakat nak cuci mata, baik takyah... Huhuhu... Buang masa...

Compared La Vallee, sini takdelah melambak shopping bags aku... Takde senget2 bahu pikul barang sebab baggages pun dah penuh sangkak. Aku memang dah takde space nak letak barang lagi... Huwaaaaa... Disebabkan tiada kereta, kami kena fikir jugak nak mengangkut baggages yang berat dan besar2 tu ke airport... Memang trajis bila fikir balik... Huhuhu....

So berbelanja di Bicester within budget. Siap ada lebih GBP200 lagi... Hahaha. Sebab tulah, tak sempat dan mood sedih memikirkan hal kereta sewa tu, ia sangat mengganggu mood nak shopping... Uhuks.. GBP200 tu lepas wallet Burberry... Disebabkan aku dah beli wristlet, so malas nak patah balik beli wallet. Uhuks...

Settle Bicester, balik hotek tido le apa lagi........ Tidur dalam merajuk tapi syiok... Hahaha..

Hissshh bila taip entry ni rasa ralat sangat... Takpe, suatu hari nanti kalau ada rezeki ke London, memang akan kucari si Suffian semula untuk sewa kereta dia... Cotswold... Tunggguuuu......

Tiada ulasan: