Catatan

Tunjukkan catatan dari November, 2016

NOVEMBER

Bulan November sebenarnya banyak benda penting berlaku dalam hidup aku.... Banyak dan besar.

Masuk je November, rasa sedih datang... Tahun ni November tak sama macam tahun2 sebelum.... 
November, Ariq Isyraf, satu-satunya anak lelaki yang aku suami isteri nanti-nantikan lahir... 19 November tahun 2009.
Masa tu Bi takde... Dia baru je berlayar so memang tak boleh nak balik... A'qila masa tu baru setahun enam bulan... Berpantang tanpa suami dan anak kecil seusia itu banyak cabarannya..... Tapi, bila tengok wajah anak2, semua rasa susah itu hilang macam tu aje...
Tahun 2015, November memang beri seribu kenangan, pahit sedih.... Atas kesihatan Bi yang tidak membenarkan dia belayar, banyak beri kesan ke atas hidup kami terutama dari segi kewangan....
Macam2 Bi buat untuk mencari duit. Berniaga, mintak kerja sana sini.... Tapi kami bahagia... Sesekali memang diduga hingga berkelahi, tapi masih dapat dikawal...
Seingat aku, 12 November, Bi mula bekerja semula di EA Technique. Betapa dia …

Bicester Village

Imej
Isnin yang paling sedih di London.... Uhuks... Patutnya kami ambil kereta sewa pagi ni, tapi rupanya, company kereta sewa tu nak card credit sebagai jaminan... So sad weols berdua pakai debit card sahaja. Mana ada card credit.... So sedih.... Memang berpuluh jugak call sana sini cari company yang terima debit card tapi semua hampa.....
Call jugak Malaysian yang buat tour ke Cotswold London tapi sangat mahal.... Silap kami tak fikir utk plan B.... Sebab masa booking dari Malaysia, bila letak no card debit ok je pulak...
Sedih sangat! Masa jumpa Suffian (org yang mak beli iPhone7 dari kedai dia) esoknya tu, dia cakap kenapa tak call dia... Sebab boleh je dia bagi sewa kereta dia... Ya Allah, menyesal tak call dia untuk tanya kan..... Takpelah anggaplah takde rezeki... Memang sedih sangat tak dapat pergi roadtrip ke Cotswold.... Tempat tu sangat cantik.....
Kami try cari dan cari kereta sewa tapi gagal... Terus ke Malaysia Hall, sebab kata Wynn kat sana ada papan kenyataan yang iklan ma…

Hyde Park, Big Ben & Clarks Outlet

Imej
Hari ketiga di bumi London.... Gituuuuu.....
Pagi ni sangat seronok sebab bangun pagi, jengah ke tingkap... Woah langit sangat cantik.... Matahari memancar-mancarkan cahayanya.... Cantik untuk fotoshot! Tujuan utama sebenar bercuti ke London ni untuk sight seeing. Ke Paris untuk shopping je... Sebab Paris tak berapa lawa, kecuali Eiffel Tower lah kan.... So sangat happylah terus decided nak ke Hyde Park.... 
Ayuh kita! Kami turun je underground, terus nampak Marble Arch. Tapi apek yang tolong ambilkan gambar ni entahnye fokus kat kami je. Marble Arch kat belakang tu nampak kaki je... Uhuks... Apek tu sesat sebenarnya. Dia dari Ipoh kot tapi mcm pelik je phone takde apa takde... Dia nak cari jalan ke Kedutaan. Patutlah beria tolong weols ambilkan gambar, rupanya macam2 dia nak mintak tolong. Siap suruh weols tuliskan details nak ke kedutaan. Pen takde kertas takde... Weols manalah ada pen kertas bagai. Semua pakai phone je kalau nak mencatat or nak cari jalan. Phone mati, matilah ko..…

Burger & Lobster dan Hamleys, London

Imej
By the time luunch hour kami sampai di Harvey Nichol... Ada dua tujuan ke sini, nak jumpa sesorang dan nak makan lobster di Burger & Lobster.
Siapa yang aku nak jumpa sangat tu eh??? . . . . . . . Taraaaa.... Kaka ipar aku le... Kakak Bi, arwah suami kesayangan aku..... Dah tahun ketiga dia sambung PhD di Manchester. Dia datang anak-beranak all the way dari Manchester nak jumpa aku... Huhuhu... Rindu sangat, sejak Bi pergi kami memang tak pernah berjumpa.... Akak ada balik sekejap awal tahun lepas... Itulah kali terakhir dia berjumpa dengan Bi.... Dia pun sangat terkesan dengan pemergian Bi yang secara tiba-tiba.... Hanya whatsapp tempat kami berkongsi rasa duka lara... 
Berjumpa dengan akak buat aku rasa dekat sangat dengan Bi... Sebab Bi sangat rapat dengan akak, semua cerita dia... Impian dia... Dia ceritakan kepada akak.... 
Yelah adik beradik kami tak ramai. Bi ada seorang kakak dan seorang adik lelaki... Aku pun hanya ada adik lelaki... Arwah kakak lama dah pergi... So, han…