Jumaat, Oktober 21, 2016

Paris Day 2 - Eiffel Tower


Pagi2 dah bangun... Subuh, then termenung kodok sebab tak boleh tidur lagi.... Mandi bersiap, masak nasi then mamam..... Whatsapp Qila yang baru balik sekolah tu... Rindunyaaaaaaaaa.... 

Rindu sangat.... Aku tahu ramai yang kecam aku pergi trip ni bersuka ria tanpa anak2... Posing sana shopping sini macam tak fikirkan  anak2 dan arwah suami aku.... Aku tahu.... Tapi hakikatnya bila hidup aku sedih pilu takde orang pun yang tahu dan ambil tahu.... Orang memang suka kalau aku meratap sedih tak move on... Bila sedih sangat disuruh be strong... Bila happy sikit dituduh tak beringat... Pantang aku senyum dan ketawa, mesti ada jugak mengutuk.... 

Kalau nak fikir semua tu, sampai mati hidup aku macam katak bawah tempurung... Mengembara ke negara orang tak berhenti aku lupa semua tentang hidup aku... Tentang apa yang terjadi... Sesaat pun Bi tak pernah hilang dalam ingatan aku... Setiap doa aku, dia yang paling utama...

Ada juga yang mengata belakang, banyak mana aku dapat sampai boleh bercuti ke luar negara ni... Ya, memang banyak... Banyaklah ko... Rezeki orang lain tak payah kau sibuk nak kira dan pertikai. Alhamdulillah, Allah bagi peluang aku menjejakkan kaki ke Europe ni buat kali kedua. InsyaAllah, ada rezeki lagi, aku nak ke tanah suci pulak.. Doakan yang terbaik sahaja.

Kenapa tak bawak anak2? Cost amat tinggi kalau bawak anak2. Satu lagi, Paris tak sesuai untuk kids... Sangat tak sesuai.

Ok. Siapa nak kecam, lantaklah korang..... Korang pun kalau boleh, ingin jugak nak ke sini kan?? Siapa tak nak??? Kan?

Ok maaf membebel lak pepagi ni...
Ni lah tempat tinggal aku sepanjang kat Paris.... Airbnb Mr Amadou. Sini ramai orang muslim. Kebanyakkan dari Morocco. Muslim memang peramah. French tulen je kewat nak mamps. Rumah ni dalam 100meter dari metro station Porte de Cliche. Kedai runcit dan restoran adalah jugak yang halal.. 

Hari ni, tujuan awal nak cari simcard. Takde simcard susah nak access mobile network.
Kat kedai ni kami bantai cakap melayu... Dah cakap english diorg susah nak bagi kerjasama sebab french memang anti british... So siapa yg cakap english memang diorg menyampah... Cakap melayu lebih dilayan dengan baik... Hehehe... Kat kedai nilah aku beli simcard. Barulah ada mobile network 24 hrs... Tapi kat rumah ada wifi yang laju.... 



Sempat gak beli beberapa souvenirs kat sini... Padehal mahal.... Yelah sebab tak sabar. Nasib beli sikit je,,, Bag tu untuk bibik.. Heuheuheu...


Kami naik bas untuk ke Eiffel Tower. Dalam 40 minit ke 20 minit camtu... Bas macam ni warga emas je yang naik... Orang muda selalu naik metro... Heheheheh...



Kami sampai sebenarnya melalui Trocadero. Tapi too bad, matahari sedang membelakangkan Eiffel Tower so gambar tak cantik... So kami decided turun menapak ke taman seberang sana... Untuk dapatkan view yang lebih cantik untuk bergambar... Ingatkan dekat, jauh amat rupanya... Huhuhu... Sempat singgah sini bergambar... Rupanya untuk menyeberang ke taman sudah tak boleh sebab dah berpagar... Nak tanak terpaksa naik bas untuk pusing ke taman sana... Ayuhlah kita....



Taraaaa.... Inilah menara kebanggaan France, Paris terutamanya... Aku berada di Paris yooooo... Dah sampai sini baru percaya yang aku sekarang berada di dumi Paris.... Huhuhuhu.. Masa ni jam 11 lebih kalau tak silap.... Macam panas tapi sejuk... Cuaca sangat cantik.... Macam kalendar rasanya.... 

Ini view dari Trocadero... Kami ada datang sini semula pada malam akhir untuk shoot Eiffel pada waktu malam. Next entry yaaa...

Otw ke taman belah sana...

Untuk pengetahuan semua, Eiffel Tower ni dibina atas Champs de Mars, bersebelahan dengan Sungai Seine... So kami jalan melintasi Sungai ni untuk ke sebelah Eiffel Tower yang satu lagi...

View dari jambatan Sungai Seine... Matahari belah sana so jadi gelap lah...
  
Meh tayang gambar tuan punya blog..... Ahem.... Jangan kecam jangan kecam.... 

Hampri setengah jam jugak syiok ambil gambar kat sini.... Syioklah sebab sejuk. Cuba kalau panas??? Hahahaha... 

Bersama teman travel ku.....

Gambar pertama kami berdua di bumi Paris....

Posing budak2 art kononnya.... Tanak pandang camera.....

#silakecam

Hahahaha...

Next destinantion?????

Esok lah pulak. 



Tiada ulasan: