Jumaat, Julai 01, 2016

29 November 2015

Petugas ambulan memanggil Bi berkali-kali... Bi hanya memandang lemah tanpa mampu menyahut...

"Stroke ni.."

Hancur hati aku bila mendengar dua perkataan yang keluar dari mulut petugas itu. Aku hanya mampu memegang kuat kerusi meja komputer dan memejamkan mata. Tidak tahu mana datang kekuatan untuk aku terus berdiri tenang di sudut itu. Bila dia mengangkat Bi masuk ke ambulan, aku hanya sempat mengambil segala dokumen penting, wallet Bi, ubat-ubatan dia dan baju sejuk aku.

15 minit kemudian kami sudah berada di hospital.

Bi ditempatkan di zon kuning. Doktor bertanya macam2 perihal sejarah perubatan Bi. Pasal ubat-ubatan yang Bi ambil. Pasal rawatan jantung Bi yang bengkak sejak Mei 2015. Macam2... Yang pasti doktor pun cakap, Bi kena Ischemic stroke -- masa itu.

Bi masih boleh mendengar arahan doktor dengan jelas. Masih boleh mengangguk dan menggeleng, dan bersuara sikit-sikit. Aku diarahkan untuk register kemasukkan ward.

Aku segera whatsapp mama dan adik beradik lain pasal Bi. Masa tu almost pukul 2 pagi.... Lepas settle registered ward, aku suruh Abah balik dulu... Sebab prosedur mesti ambil masa lama.. So abah pun balik. 

Aku sempat cakap dengan Bi, aku tunggu di luar bilik rawatan tu... Bi sempat pegang kuat tangan aku. Aku tahu dia risau dan takut. Aku cium dahi Bi, aku cakap "Ling tunggu kat luar ye" Dia cuma angguk kepala sambil genggam erat tangan aku.. Kalaulah aku tahu itu adalah moment terakhir kami berinteraksi berdua.... Kalaulah aku tahu............

Aku keluar untuk membuat panggilan telefon, lepas tu aku masuk kembali untuk melihat Bi. Dari jauh, aku lihat prosedur ke atas Bi sedang dijalankan. Nurse sedang masukkan tube melalui hidung Bi... Masa tu Bi terbersin, banyak2 kali.. Maybe sebab tidak selesa tube masuk ke hidung dia. Aku tak sampai hati, aku keluar.... Kalaulah aku tahu itu moment terakhir sebelum Bi terbaring lemah dan kaku.....

Aku keluar menjawap panggilan Mama. Aku rasa aku pergi tak sampai 5-10 minit pun. Bila aku kembali, ada seorang doktor kelam kabut cari aku. Sampai bila2 pun aku akan ingat saat tu bila dia kata-- Jantung Bi baru je berhenti selama beberapa minit. Diorang sedang buatt CPR ke atas Bi dan Bi boleh pergi bila-bila masa sahaja...

Ya Allah. Macam nak pecah jantung dan kepala aku dengar ayat-ayat yang keluar dari mulut dia. Aku tak sempat nak bagi reaksi apa-apa. Aku cuma cakap aku minta tolong dia selamatkan Bi, anak2 kami masih kecil. Aku merayu dekat doktor tu. Itu aje yang aku ingat.

Aku terduduk, aku tutup muka aku... Aku menangis sambil berdoa tak henti2 pada Allah agar selamatkan Bi.... Aku tak mampu buat apa, itu aje yang aku terdaya nak buat masa tu, dalam keadaan seorang diri. Aku lost....

Tak ingat pukul berapa... Doktor tu tinggalkan aku macam tu sahaja tanpa apa2 update. Mama dan kak ani sampai tak berapa lama lepas tu. Aku cuba jengah Bi di zon merah. Dia dah tak sedar, badannya penuh wayar dan dibantu dengan mesin pernafasan. CT scan pun tak sempat buat lagi... Bi dah terbaring kaku.....

Hancur hati aku... Bermula lah saat getir.. Saat yang akan aku kenang seumur hidup.... Bi sudah tidak lagi membuka matanya.... Hanya jiwa kami bersatu sejak dari saat itu... Tiada apa lagi...

Sesungguhnya aku tidak sanggup untuk mengingati saat itu. Aku terbayangkan Ariq... Amily... Dan Aqila... Terbayangkan segalanya tentang kami sekeluarga. Aku lost.... Di samping berharap agar Bi akan sedar dengan segera... Aku berdoa tanpa henti...

Tapi, hanya Allah yang maha mengetahui. Doa dan harapanku tidak dipenuhi. Allah menduga dengan ujian berat ini. Buat aku dan anak2...

Aku belajar untuk redha. Sekurang-kurangnya Bi tidak sakit lagi... 7 hari dia terlantar di ICU dengan fully support by machine bukan sesuatu yang mudah. Stroke Bi menyerang pangkal otak. Dengan kata lain stroke with hydrocephalus. Ditambah dengan serangan jantung bertubi-tubi... Bukan sesuatu yang mudah. Kalaupun dia belum dijemput pergi, tentunya sampai sekarang dia masih terbaring di atas katil hospital.,.. Tidak mampu berbuat apa-apa...

Bi, tenanglah di sana Sayang... Tunggu Ling ye Sayang... Suatu hari nanti, Ling akan bawa anak-anak bertemu Bi... Cari Ling ye Sayang di pintu syurga nanti....

Minggu pertama awal pemergian Bi adalah sangat sukar. Ariq paling terkesan... Dia terlalu bergantung dan sayangkan Daddynya... Bagi dia Daddy adalah segalanya... Malam sebelum Daddy jatuh sakit, Ariq bersama dengan Bi sejak pagi hingga ke malam. Berdua uruskan hal persekolahan dia.... Makan McD bersama... Pergi solat jumaat bersama..

Malam sebelum dia pergi, selepas solat tahajud. Aku bermimpi Bi memakai pakaian serba putih. Dia duduk atas katil hospital sambil memeluk Ariq. Senyuman dia sangat indah. Pagi tu, 4 Disember 2015 aku terus bawa Ariq ke hospital untuk bertemu Bi, buat kali terakhir. Ariq sangat speechless dan sedih lihat Bi terlantar kaku, tenat dan menanti saat-saat untuk diambil pergi.... Mungkin dia pun tidak mengka Daddy sesakit itu.... Dia speechless.

Sekurang-kurangnya aku rasa lega, Bi pergi di saat semua anak2 ada disisinya. Mak abah mama... Aku sempat meminta mak mengampunkan semua dosa2 Bi.... Walaupun aku sendiri tidak sempat memohon ampun dan maaf dari Bi.... Aku cuma sempat berbisik, agar dia pergi dengan tenang... Aku berjanji akan menjaga anak2 kami dengan baik... Aku suruh dia pergi dengan tenang. Aku redha...

Tekanan darah dia mkin turun.... Makin lemah....

Tepat 10.12 pagi, dia pergi.... Buat selamanya....


Tangan yang sangat aku rindu untuk menciumnya.... Tangan inilah yang menggenggam tanganku buat kali terakhir pada 29 November yang lalu....... 

Bi.... Cinta dan sayang Ling tetap utuh untuk Bi selamanya. Kita cuma berpisah jasad. Jiwa kita tetap satu hingga selama-lamanya....

Al Fatihah...



4 ulasan:

Amyz Lie berkata...

:'(

Allahu. Semoga Allah lindungi anak-anak. Semoga Allah jaga Marsya dan anak-anak.

Tak ada kata yang sempurna untuk tenangkan hati yang rindukan kecintaan yang tak mungkin kembali.

Cuma doa. Doa sajalah kepadaNya. Allah bersama orang-orang yang sabar.

Saya tak ada kata lain. Saya sendiri tak mampu tengok wajah Aqila, Ariq dan Amily masa di Legoland Hotel hari tu. Saya rasa saya tak tabah macam Marsya.

Hanya pada Allah sajalah kita berserah. Semoga damai dia di sana. Semoga damai hati-hati yang ditinggalkan. Semoga Aqila, Ariq dan Amily sentiasa dilindungiNya, jadi anak yang soleh/solehah. Semoga Allah jaga hati anak2 ini agar tidak terlalu rindu pada daddynya sehingga rasa terluka, agar sentiasa mahu doakan kesejahteraan daddynya.

Marsya, saya tau awak tabah. *hugs*

PKG SABAK BERNAM berkata...

allahuakbar...betapa besar dugaan akak. semoga ade hikmah yang tersembunyi dr dugaan ni. kekal tabah akak untuk anak²...semoga roh arwah suami akak dicucuri rahmat. al-fatihah...

gee ryder berkata...

Nangis aku.
Saat terakhir sebelum kaku tak sedarkan diri tu sama la ayat aku duk ulang2 untuk arwah mak aku. kalaula aku tahu itu saat terakhir. Sedih tak terkata kan.
Semoga roh arwah zaki dicucuri rahmat Allah swt dan sejahtera disana bersama orang2 beriman

wanmulianidotcom berkata...

Mengalir air mata Yani sambil membaca,
terus Yani teringatkan baby syurga Yani yang pergi pada bulan puasa lepas.

Semoga Akak diberi kekuatan dan anak-anak sentiasa dilindungi Allah.