Khamis, Mei 26, 2016

28 November 2015

Jumaat, 28 November 2015

5.02 petang.

Whatsapp terakhir aku terima dari Bi.. Dia minta tolong ambilkan Amily di rumah baby sitter. Tak sempat katanya nak ambil sebab baru nak start mesin rumput di rumah kami.

Bi baru je balik inspection kapal sehari sebelum tu. Sepatutnya Ahad, dia pergi ke Penang atas urusan kerja. So Jumaat tu seharian suntuk dia habiskan masa dengan Ariq. Amily di baby sitter. A'qila dengan Mummy di UTeM untuk program Smart Tahfiz dan Smart Solat.

So, lepas je ambil Amily, sampai rumah Bi sedang mesin rumput. Dia nampak penat. Dia mintak air green tea tanpa gula. Nak panas katanya. Pelik sunggu selalunya dia mesti nak minum air sejuk kalau penat.

So aku buatkan suam.

Maghrib, sempat bawak anak2 hantar adik aku ke Melaka Sentral. Dia naik bas ke Shah Alam. Bi tinggal di rumah sebab dia belum mandi.

Sampai di rumah, Bi ajak dinner kat luar.

Itu dinner terakhir kami bersama.

Kami hanya makan di Restoran Kita, area rumah sahaja. Bi dan Ariq makan beehun goreng. Rasanya, itu juadah terakhir dia. Dia tak banyak cakap. Dia menerima panggilan dari rakan niaga untuk bekalan lamb malam tu ke kedai. Bi cuma bising kenapa suka minta last minit.

Lepas makan, kami pulang ke rumah. Bi sempat tidurkan Amily dan A'qila sebelum keluar semula ke rumah mak, untuk ambil lamb.

Aku masa tu dengan Aria duduk rumah je. Tengok Juara Parody. Masa tu lebih kurang jam 10 malam. Aku tengok TV sambil melipat baju.

Lebih kurang 10.30 malam, Bi pulang dari rumah mak. Dia masuk ke rumah tanpa memakai baju. Tshirtnya kotor terkena muntah katanya. Dia termuntah selepas minum air herba pemberian seorang anak tetangga di perumahan mak. Aku bising marahkan dia kerana suka sangat mencuba minuman yang tak diketahui punca. Dia hanya terus masuk ke bilik untuk mandi. 10 minit kemudian dia keluar dengan hanya bertuala. Dia meminta maaf kerana telah muntah di dalam kereta. Dia mohon aku masukkan kereta yang masih terparking di luar pagar. Dia meminta maaf sambil tersenyum,

Entah kenapa senyuman dia sangat manis. Wajah dia sangat kacak indah bercahaya malam tu. Terdetik hati aku. Handsome pulak Bi malam ni. Muka dia sangat segar selepas mandi. Putih dan bersih. Aku diam je tidak membalas kata-katanya. Itulah senyuman terakhir dari Bi. Senyuman yang paling manis yang pernah aku lihat dari dia. Senyuman yang aku akan ingat sampai bila-bila.

Aku keluar untuk melihat keadaan kereta. Penuh dengan muntah Bi di stering dan seat depan. Aku merungut tetapi tidak marah. Ariq tolong aku bersihkan kereta malam itu. Muntah Bi memang banyak. Aku tidak dapat bayangkan, kedudukan rumah Mak sangat dekat dengan rumah kami. Di mana Bi mula muntah, aku tidak pasti. Wallet dan lamb masih di dalam kereta. Sungguh nampka sangat dia betul2 tidak larat untuk parking kereta masuk ke dalam porch.

Masa aku selesai mencuci muntah Bi, Bi sednag baring rehat di dalam bilik. Aku rasa dia tidur. Aku sambung melipat baju sambil menonton TV. Ariq leka menonton filem Jurassic World di PC.

Ada sekali aku menjengah bilik untuk lihat keadaan Bi, tapi nampak dia hanya tidur mengiring sahaja.

Tepat jam 12 malam, aku ajak Ariq masuk tidur.

Bi sedang duduk, dia tiba2 meminta aku segelas air suam. Suaranya sudah tidak jelas seperti lidahnya mengeras. Segera aku ambilkan Bi air suam. Dia hanya mampu meneguk sedikit sahaja, hingga itu dia terus memuntahkan kembali apa yang dia minum. Hanya muntah hijau. Cecair kehijauan yang aku sangka hasil dari minum herba yang Bi minum itu.

Mata Bi nampak sangat pelik. Seolah-olah sedang menahan rasa sakit yang amat sangat.

Aku mengurut belakangnya dengan minyak panas. Aku tanyakan sekali lagi, air apa yang dia minum sampai jadi begini sekali. Aku tanya, adakah patut aku panggil mak dan abah datang?

Dia diam. Dia tidak boleh bercakap dah.

Segera aku call mak untuk datang. 20 minit lepas tu baru mak dan abah sampai. Abah terkejut. Abah suruh panggil ambulans datang untuk bawa Bi ke hospital sebab Bi sudah tidak mampu untuk duduk pun.. Aku sangat panik walau masih tenang.

Jam 1 pagi, ambulan sampai. Bi kata dia sejuk. 

Petugas ambulans masuk ke bilik melihat keadaan Bi. Terus dia tengok keadaan Bi... Bi hanya beri sedikit tindakbalas. Bi seakan tidak boleh bergerak langsung. Aku terkaku. Ariq masih belum tidur. Dia lihat sendiri keadaan Daddy dia yang tiba-tiba jadi macam tu. Aqila dan Amily masih lena walapun sudah hiruk pikuk dengan hiruk pikuk kehadiran petugas hospital.

Sampai mati pun aku tidak pernah akan lupa saat itu. Demi Tuhan, hingga saat aku menaip di ruangan ini, saat itu masih segar, jelas dan masih menghantui jiwa aku. Yang menjanjikan trauma dan keperitan seumur hidup aku. Setiap kali solat di bilik, masih terbayang2 peristiwa malam itu. Malam yang menukar segala tentang aku, diri aku dan anak-anak aku..................




5 ulasan:

PKG SABAK BERNAM berkata...

allahhuakbar..bergenang air mate bace tulisan akak ni. tabahkan hati akak. kenangan ini memang akan sentiasa ade selamam-lamanye. keep strong

norhidana miswan berkata...

kak... sedih sebak dana baca ntry nih...
tipu kalau airmata nih tak menitik masa baca ntry akak nih... rasa mcm sama2 ada kt umah akak melihat segala situasi...
mana mungkin pengalamn kisah sedih ini dengan mudah dpt akak lupakan...
moga akak n anak2 terus kuat...

Diana berkata...

tak dapat saya bayangkn apa perasaan ariq ketika itu.. semoga dia tabah dan kuat semangat. untuk awak, semoga kekal sabar dan tabah.

ajuramli berkata...

assalam marsya...allahhuakbar...sebak hati membaca coretan marsya...menghadapi saat2 yang mencemaskan sehingga kehilangan insan yang tersayang... semoga marsya terus tabah menghadapi liku2 kehidupan bersama anak2...

gee ryder berkata...

Allahuakbar tak dapat bayangkan.
Semua yg berlaku sebab ajal dia dah sampai. Selepas pada tu baru kita akan kenang dan ingat satu persatu.
Kalaulah boleh diputar balik waktu dan ubah...