Ahad, Februari 28, 2016

Pertama kali

Minggu ini, seumur hidup aku ini adalah pertama kali aku betul2 berdikari menguruskan tiga anak2 sendiri.

Pertama kali. Betul2 seorang diri. 

Sebelum ini, kalau bibik pulang bercuti/berhenti, aku ada Bi membantu. 

Bila Bi belayar atau kerja, bibik pula ada untuk membantu.

Aku belum pernah betul2 sendiri berdikari. Dan minggu ini, aku betul2 merasainya buat pertama kali. 

Ya, bibik dah pulang ke kampungnya sabtu lepas. Hari pertama masih okay, kedua juga okay. Hari ketiga dan seterusnya aku menangis. Bukan penat, tapi aku sedih. Aku rindu. Aku teringat. Aku sepi. Aku murung, dan lebih menakutkan lagi aku jadi sangat garang. Kasihan anak2 aku.. Jadi mangsa kemurungan aku. 

A'qila, anak yg sangat kuat dan memahami.. Walaupun dia agak kasar dgn adik2nya tapi dia sudah boleh diharap. Dia sudah boleh bantu mandikan Amily... Suap Amily makan... Sedikit sebanyak, dia paling banyak membantuku.. Ariq? Dia masih di awang-awangan... Sejak umurnya 4 bulan dijaga bibik, maka sifat manja dan mengadanya buat dia sukar utk berdikari.. Nak pakai spender pun terkial2... Belum pantas mandi dan uruskan diri sendiri... Barang2 peribadi pun banyak hilang dan tercicir di rumah baby sitter..

Ohya, mereka bertiga duduk di dua baby sitter berasingan. Alhamdulillah, dekat sangat dengan sekolah agama. Jalan kaki 1 minit dah sampai.. Amily masih di baby sitter yg sama seperti sebelum ini... Yang pasti kos semuanya lebih rendah dari menggajikan seorg bibik. 

Harini ini adalah kemuncak. Pertama kali, aku membawa anak2 ini ikut sekali pergi service kereta, pergi tukar tayar & battery... Penatnya hanya Allah swt sahaja yg tahu. Letih dgn cuaca yg panas.. Letih menunggu dan anak yg active.. Bergaduh, menangis.... Aku rasa ramai yg pelik, kenapa aku mengheret anak2 aku bertiga itu kesana kemari. Budak yg service kereta tu pun agaknya teringin nak tanya. 'Mana bapak budak2 ni?' 

Alhamdulillah, walaupun banyak sangat drama air mata, jeritan, cubitan dan bebelan tadi, Kami  tetap berjaya mengharunginya berempat.. Tapi, kasihanlah bebudak ni... Kurang rehat..

Aku tahu, sampai bila aku nak harapkan orang lain utk teman or jagakan anak2 aku? Aku perlu berdiri atas kaki sendiri. Aku kena jugak harung.. Penat macam mana pun, aku akan jaga sendiri anak2 aku ni dengan segala kudrat yg aku ada.. Aku tanak menyusahkan keluarga aku... Mereka masing2 ada komitmen sendiri.. Aku tanak jadi bebanan mereka... 

Malam ni, tiba2 rasa nak bercerita... Aku tahu, Ramai sgt yang berharap, agar aku menceritakan bagaimana mulanya Bi boleh jatuh sakit dan pergi meninggalkan aku dan anak2 secara tiba-tiba... Tanpa sempat berpesan apa2... 

Ramai yang bertanya.. Sebenarnya, masih belum kuat untuk aku mencoretnya disini. Jika awal dulu, ketika sahabat handai datang melawat di hospital dan di rumah mmg aku mampu bercerita, tetapi tidak di ruangan ini. Kerana tidak semua yang membaca  blog ini aku kenal rapat. Tidak semua rasa aku boleh kongsi di sini...

Paling penting, aku masih belum mampu untuk menceritakannya... Untuk mengingati saat itu, pedih... Makin lama rasa itu makin perit... Redha itu pasti tapi aku masih sukar utk percaya dan mengerti, kenapa Bi tinggalkan aku..... Begini awal.. Tanpa pesan dan amanat.... 

Maaflah... Bukan semua boleh memahami aku. Sedangkan teman rapat pun tidak dapat memahami aku. Memang aku bersahaja gelak tertawa di depan mereka, tapi menjelang bila aku sendiri, hanya air mata menjadi teman. Tidak ada sesaat pun rasa rindu dan terkilan itu pergi... Sangat sakit. Terkilan dengan macam2 perkara. Yang seorang pun tidak akan faham.... 

Kekuatan aku, hanya Allah. Sebab, hanya Dia yg mengerti aku sekarang ini. Aku hanya ada Dia.... Tempat mencurah semua rasa... Tempat aku mohon ketenangan & kekuatan... 

Esok, aku akan lakukan satu lagi perkara, juga buat pertama kali.... 

Membawa anak2 bercuti ke tempat yg mereka hajati, buat pertama kali tanpa Bi.. Dan bibik... Mahupun sesiapa lagi. 
Hanya aku dan anak2....

Aku hanya mahu bahagiakan anak2 aku. Biar mereka menikmati saat ketika Daddy mereka masih ada dulu.. Biar tiada bezanya tanpa Daddy.. Biar mereka merasa apa yg rakan sebaya mereka rasa dan nikmati.. Walau mereka yatim sekarang, tiada apa yg boleh membezakan mereka dgn kanak2 yang mempunyai ayah di dunia ini.. Itu janji aku pada mereka... Bahagia mereka, hiduplah aku.. Hanya mereka nyawaku yang tinggal skrg...

Semoga kami dilindungiNya.... Selamat pergi dan pulang...

Doakan kami ya... 

10 ulasan:

eLL berkata...

Take care. Semoga dipermudahkan segala urusan dan lancar perjalanan pergi dan balik.

.ArianiAizat. berkata...

Dah lama sy xbukak blog..setahun lamanya..harini terdetik nak buka blog..berat mata memandang, berat lg bahu yg memikul..sy xrasa apa yg akak lalui, tp sy tau mmg sgt berat utk akak & anak2..cuma doa yg dpt sy berikan semoga akak dan anak2 qila, ariq & amilu sentiasa kuat , tabah, dilindungi Allah s.w.t selalu serta sentiasa dimurahkan rezki..insyaAllah..

Aiezza Sue berkata...

In shaa Allah.. yakinlah DIA sedang merancang sesuatu yang lebih baik untuk kita, u boleh Marsha..jgn tgk & banding dgn mereka2 yg lebih baik sebaliknya cuba tgk yg kurang mcm i.. ke, hihi..i xpnah ada bibik apalagi family bila hubby gi laut, be strong kawan, demi anak-anak. sungguh, saya terkesan sgt sering terpikir ke qila&ariq sbb dulu suka sgt ikuti cerita diorang kt sini.

Isteri berkata...

tak apa marsha.... dengan menulis jugak boleh kurang kan apa yang terpendam di hati. di dunia ni yang hanya kehilangan suami secara tiba tiba saja yang mungkin memahami apa yang marsha rasa. yang lain hanya mampu mendoakan marsha dan memberi kata kata semangat dengan harapan marsha kuat demi anak anak tercinta.

Aiezza Sue berkata...

In shaa Allah.. yakinlah DIA sedang merancang sesuatu yang lebih baik untuk kita, u boleh Marsha..jgn tgk & banding dgn mereka2 yg lebih baik sebaliknya cuba tgk yg kurang mcm i.. ke, hihi..i xpnah ada bibik apalagi family bila hubby gi laut, be strong kawan, demi anak-anak. sungguh, saya terkesan sgt sering terpikir ke qila&ariq sbb dulu suka sgt ikuti cerita diorang kt sini.

MummyQueen berkata...

Takziah marsha. Dah lama x buka blog tetiba baca pasal arwah. sejak zaman fotopages dulu sampai marsha dapat amily suka tengok dan follow cerita u olls. semoga marsha dan anak2 diberi kekuatan untuk terus menempuh hari2 mendatang. Be strong ye.

Tanpa Nama berkata...

Dear...rasa sgt berat rasa dihati..apatah lagi awak yang menghadapinya. Sayu memikirkan budak2... Aqila kuat ya sayang...jg adik2 n mummy...jgn nangis depan mummy. terus kuat n belajar sungguh2. Qila anak yg baik..dari awal sy jd silent reader blog awak, Sy sgt suka baca tentang Qila yang behave. Pintar. Awak, kembalikan semangat dan keceriaan demi anak2..be strong. Maaf, mgkn awak akan kata.."kmu bukan ditempat saya"..but perhaps...x akan ada manusia yang x diuji olehNya..cuma ujian itu berbeda2. Yang pasti, Dia memberi ujian itu sbb tahu kita mampu memikulnya...Be strong...n may Allah Bless u n children always.

Zahir Syikin berkata...

Setelah lama x jalan2 diblog..harini ada sorang hamba Allah wasep tanya..kenal tak sorang wife org kapal..sekian..sekian..
Agaknya memang Allah nak suruh baca blog ni..dh lama tak singgah..
Anak2 kita pon ada yg sebayanya..ya Allah..sedeyyyy sangat...walau kita hanya kenal di blog..salam sayang dari kami sekeluarga utk qila,ariq dan dedek..

tenku butang berkata...

Sedihnya baca entri awak.. nak tanya sebab apa pun tak sampai hati.. apap-apa pun.. Semoga dipermudahkan segala urusan yea..

gee ryder berkata...

Semoga kuat selalu marsha. Allah akan sentiasa ada bersama.
bila kita dah kehilangan seseorang ni memang emosi jadi tak stabil.
Jadi nak marah je kadang tu.