Jumaat, Januari 22, 2016

Gambar terakhir dengan Daddy..

 19 November 2015

Haritu tu adalah birthday Ariq.... Bi beria-ia suruh belikan hadiah dan cake... Then letak dalam bonet kereta Mummy.... 

So bila Daddy sampai dari KL malam tu, kononnya dia yang belikan dan bawak hadiah tu dari KL..

Sampai sekarang Ariq masih ingat Daddy yang belikan dinaosur tu dari KL.

:(

Ariq sangat happy, Daddy balik celebrate birthday dia....

Tak sangka ia adalah untuk yang terakhir kali...

Ariq dah celebrate birthday dia pagi tu kat sekolah dengan kawan2... 

Malam sekali lagi dengan Daddy dan adik beradik. Ohye Mummy jugakle...


Mula2 dulu Mummy sangat tak sanggup nak tengok semua gamabr2 ni... Baju yang Daddy pakai ni pun Mummy tak basuh lagi. Masih melekat baru badan Daddy.... Tapi tak pernah tunjuk anak2. Takut diorg sedih. Terutama Ariq...



Tengoklah Amily..... Cheeky sangat buat mulut dinasour..


Ya Allah, kuatkanlah hatiku dan anak2.... Lindungilah kami kerana kami sudah kehilangan insan yang selalu melindungi dan menyayangi kami....

Cucurilah rahmat ke atas roh suamiku Ya Allah...

Harini, jam 10.12 pagi.... Genap 7 minggu Daddy pergi meninggalkan kami.... Rindu dan perit hati hanya sendiri yang tahu....

Masih belum percaya, dia sudah tiada di dunia ini......

Al Fatihah.

8 ulasan:

croft berkata...

Al-fatihah.

norhidana miswan berkata...

allah kak.... dana tak tau pun pasal nih atau dana yg lama tak jenguk blog akak...

sebak, menitis air mata baca blog akak... maaf dana terlambat kak...

salam takziah bt akak sekeluarga, moga akak n anak2 tabah

alfatihah bt arwah suami akak, moga rohnya dicucuri rahmat n diampuni dosa2 nya...

telesales aeskjg berkata...

Salam takziah dr akk..silent reader blogu..Moga terus tabah menepuh hari2 mendatang...Dan semoga arwah tenang di sana...be strong dear

Tanpa Nama berkata...

Al Fatihah....moga rohnya bersama org2 beriman...

Moga Marsha terus tabah dgn ujian Allah ini....jaga diri dn kesihatan ye...
Sedih sangat bila baca...tengok pula gambar anak2 yg gembira dgn daddy mereka...:(..

wanmulianidotcom berkata...

Sayu terasa bila baca, sejak pertemuan Yani dengan akak aritu pon Yani dah nampak akak yang tabah. Akak semangat kuat.

Semoga Roh dicucuri rahmat dan dikalangan orang-orang yang soleh.

Miss u a lot from Terengganu.

gee ryder berkata...

Allahuakbar! Sedihnya aku baca. Apalagi kau yg menanggungnya :(((
Semoga tabah yer marsha.
Aku ada belek gambar tu dekat ig. Daddy nampak hensem sangat pakai spek. Gambar yg penuh kebahagiaan tapi sayu. Alfatihah

amyzlie berkata...

Assalamualaikum wbt
Marsha, tak ada satu pun perkataan yang dapat aku ckp utk kuatkan hati dan semangat kau. Tapi aku hanya mampu doakan moga2 Allah berikan kau segala ketabahan dan kesabaran. Aku kat sini pun rasanya tak mampu setabah kau. Baca semua ni, tengok gambar anak2 kau pun boleh buat air mata aku mengalir.
Kalau aku dekat, aku peluk kau kuat2.

Salam sayang.

Al fatihah untuk Zaki. Semoga Allah mencucuri rahmatNya pada arwah. Amin.

Isteri berkata...

hanya doa dari kami yang mampu di titipkan buat marsya dan anak anak. akak sendiri masih tak percaya daddy anak anak comel ni dah pegi selamanya.