Ahad, Januari 10, 2016

6 minggu

Kali terakhir aku melihat sayu matanya, mendengar suaranya adalah 6 minggu lepas.

Lebih tepat lagi, kali terakhir adalah di tengah malam 27 November yang lalu. Lebih sebulan yang lalu..

Permintaan terakhirnya, segelas air suam. Yang tidak dapat ditelannya pun... 

Siapa sangka, itu permintaan terakhirnya.

Rindu.

Demi Allah sangat rindu...

Tiada setiap saat aku tidak merindunya. Rindu kalbu...

Tiada kata yang dapat menggambarkan apa yang aku rasa sekarang ini...

Hanya Dia tempat bersujud dan mengadu. Betapa rasa rindu ini membawa aku ke satu ruang hidup yang tiada seorang pun insan di dunia ini dapat memahami. Kerana apa yang aku lalui, belum tentu kalian bisa tempuhi.

Yang pasti, tahun 2015 sumbang seribu kesedihan dalam hidup aku. 

Seribu keperitan kepada permulaan hidup baru yang aku sendiri tidak tahu macam mana untuk mencorakkannya.

Redha itu pasti.

Tetapi, bagaimana cara aku meredhakannya, wallahualam.

Kalian tolong doakan aku.



8 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

semoga akak terus tabah.
ada masa nanti ceritakanlah bagaimana pemergian arwah dan ketika dia sakit.
kalau tak keberatan.
take care.

croft berkata...

Semoga tabah...tahun 2015 juga perit untuk saya...takpe, Allah ada.

tiNi Aziz berkata...

Tiada kata2 yg mampu diucapkan.. salam takziah. Stay strong dear.

Tanpa Nama berkata...

Tiada siapa dapat faham apa yg Marsya lalui..
Tp InsyaAllah kami kawan-kawan semua sentiasa ada untuk temani kesunyian itu..
Semoga terus kuat menghadapi dugaan ini..
-anasaliza-

alamaya berkata...

marsha..
be strong ok..
memang perasaan tu susah nak di gambarkan dengan kata kata...
kuatkan hati untuk anak anak ye...
sedih sangat masa dapt tahu tu...
saya follow u dari zaman fotopages so taula macam mana loving u dengan husband...and now he was gone ..forever...berat sungguh ujian tu...
Allah maha mengetahui dear..
kita doa semoga kekuatan u bertambah dari hari ke hari...
insyaAllah

Tanpa Nama berkata...

dear marsha..im ur silent reader..sy selalu terjenguk blog u...tertanya2 knp lama tak update..takziah..wlau pun sy tak tahu apa yg berlaku. cuma membaca komen2 reader lain d cni. apa pun, be strong..saya tahu, berat mata memandang, lagi berat bahu memikul...

gee ryder berkata...

Insyaallah marsha...aku sentiasa doakan kau n anak2. Sedih n pilu rasa membayangkan life kau tanpa suami. Mengadula pada Allah selalu nescaya Allah akan bantu. Aku pernah mimpi kau dan arwah zaki 2 kali. Masa dia tengah koma dan masa dia dah takde

Isteri berkata...

marsha bila akak baca yang zaki dah tak ada. tempat pertama akak datang ialah blog ni. akak cuba carik pada jawapan yang soalan yang bermain di fikiran akak. apa sakit arwah, arwah dah berhenti belayar ke? sebab lately sebelum zaki meninggal, akak macam jarang nampak marsha share xtvt ngan dia n anak anak. so akak ingat dia belajar. tp kadang macam nampak dia share biz makan dia. so akak macam confuse. nak tanya marsha takut nanti di kata nyibuk. then tiba tiba nampak marsha kata dia uzur dan tenat. tekejut betul akak. tapi akak ingat InsyaAllah mesti dia kembali pulih. sebab akak rasa dia terlalu muda, anak anak masih kecil, usia perkahwinan korang pun masih baru.... tp Allah lebih sayangkan arwah. Al Fatihah buat arwah zaki.