Ahad, September 20, 2015

Penat jugak...

Okay,

Ini weekend pertama tanpa bibik.... Penat memangle penat... Baju basuh non stop... Pinggan makan cawan jugak membasuh non stop... Menyapu punnnn non stop. Melipat baju lagilah non stop!!

Memang syiok buat kerja rumah sekali sekala tetapi kalau dok hari2 basuh baju lipat baju, mahu muntah hijau kauuuuu..... 

Masa ni pulak le, ampaian patah le..... Hanger tak cukuple.... Penapis air bocor le.... Semut masuk dalam gula le.... Penyapu patahle...

Hanginnnnnnnn....

Kerja dah banyak mmg le stress, benda2 remeh macam ni lagi buat aku stress!!!! Hawau jadah betul.

Anak2 asyiklah aku sogok cartoon dengan youtube je. Sian diorg terutama Amily...

Ohye, dia baru dua hari kat baby sitter. Alhamdulillah. Hari pertama dia nangis,. Cari bibik. Hari kedua dah happy sebab ada kawan. Dia kan suka baby.... Ada budak lelaki umur setahun lebih. Baik pulak dengan dia. Pastu masa nak balik, siap hulur pipi mintak dicium dengan kaklong, anak baby sitter yang jaga dia tu. Manja kemain.....

Tapi dia agak crankyle... Aku rasa dia rindu bibik. Mummy ni garang... Sikit2 nak marah. Semalam kami ke ke Bkt Kepong, anak buah aku kahwin. Stay homestay semalam. Sepanjang kat wedding tu asyikle mintak dukung. DIa manja sangat asyikleeeee nak dukung kalau dia jakun/takut dengan tempat dia tak biasa. Tapi lepas 1-2 jam dia dah start bermain dengan kakak dan abang. Masa memula sampai je dukung sesaja... Nak dengan aku je pulak tu. Senget bahu mak ko ni.....

Balik je Melaka, hamik ko..... Membasuh kain baju. Perginya semalam tapi membasuh sampai 3 trip! Basuh tangan lagi.... Basuh kasut sekolah lagi...

Frankly, tadi tu kali pertama aku basuh kasut sekolah dan baju sekolah Qila sejak dia mula bersekolah rendah ni. Sebelum ni semua bibik buat....

Merasalah ko.... Tenyeh kemain tenyeh. Lantas teringat jaman sekolah dulu....

Terus terkenang.... Heuheuheuheueheu...

Siap tanya Bi, macam mana nak kapur kasut. Masa kering ke masa basah...

Lupa noks!!

Aku suka basuh dan sidai baju.... Rasa relax.... Melipat pun aku suka sebab sambil2 tengok TV.

Paling aku benci nak susun baju kat almari dan rak baju.... Benci tahap puaka punya benci sebab sakit hati bila susun macam mana pun tetap nampak semak. Terus maki hamun diri kenapa melambak nau baju bebudak ni. Almari salah ke atau baju bebudak ni yang melampau banyaknye.... Rasa nak buang je separuh.

Boleh?

Almari sampai senget aku tolak nak ejas kasi sumbat baju2 yang guna hanger... Huhuhuhu...

Sekarang dah pukul enam petang. Nak mandikan bebudak..... Nak bagi makan.

Ni pun satu malas... Nak bagi makan. Memasing kalau mood baik makan bukan main laju. Kalau tak boleh bergaduh nak suruh makan. Nak2 Amily dan Ariq...

Super cerewet~!

Oklah.... Nak tengok bebudak tu apelah jadi....

Selasa, September 08, 2015

8 September 2015

7.15 pagi baru aku terjaga dari tidur.... Dah lambat! Mampos....

Terus mandi pakai baju zassss salam laki cium anak2 terus drive. Dalam kereta layan lagu rock Amy Search Wings etc di Hot FM.

Sampai je office, bergosip jap dengan Erni. Terus ke meja buat kerja daaa. Balas email, balas whatsapp, tengok atas meja yg tak pernahnya kemas tu-- penuh dengan applications forms dan surat... Sigh... Then laju2 keluar cafe depan breakfast-- Roti Cheese Planta & Limau Ais.

Dapat whatsapp En Nizam, kalut bgtahu staff yang patut ambil salah seorang panel KPT di Putrajaya pagi ni MC. Good. Kelam kabutlah cari pengganti. Alhamdulillah dapat. Settlekan few things untuk driver & Nizam yg nak pergi jemput panel, dah 11 pagi... 😂

Sambung settlekan folders utk meeting penting petang ni, layan calls, layan students datang, layan penyelidik datang, sambung buat folders, tup tap dah pukul 1.00 tghari. 2nd bos ajak lunch.

Okay, ikut dia jap. Lunch kat Mini Malaysia. Asyikkkkk lah tengok jam sebab takut lambat... Order Kueh Teow Kantonis & Fresh Orange. 2nd boss belanja. Alhamdulillah. Tengok jam lagi... 😂😂

Workaholic? Atau last minute preparations????😥

Pukul 2 pm dah masuk office balik. Laju2 menaip list kehadiran pulak. One man show macam nilah. From A to Z kena buat sendiri. Sigh...

Pukul 2.30pm dapat whatsapp panel seorg lagi cakap dah sampai restoran jejantas Ayer Keroh. Berdesup aku cakap folders, handbag, dan kertas kehadiran untuk ke bilik meeting di Canselori. Sampai parking sebelum undur kereta sempat suruh student yg parking sebelah  kereta aku, keluar dari situ. Mana boleh parking dekat parking pelawat! Canthek muka ko...

Aku takpe sebab memang aku canthek !!!

Sampai Canselori, park kereta. Nak naik tingkat 3 alamak lift rosak!! Cuak!! Macam mana panel aku???

Tanya dengan receptionist, oh rupanye ada lift baru kat tepi. Sumpah aku tatau uols!!!! 😁😁

Panel pertama sampai on time, tapi yang kedua si Dato' itu masya Allah... 3.30 petang baru dia sampai. Pffthhh!

Meeting berjalan lancar tanpa 2nd boss dan TNCPI. Takde hal. Memang proses ni semua aku yang buat sejak awal sampailah sekarang.. Sistem pun aku jaga seorang so apa ada hal... Aku jawap apa yang aku tahu dan just be myself.

Almhamdulillah. Tiada major waima minor corrections sekalipun.

Dengan bergayanya panels puas hati dan  endorse bajet rm2.512 juta tanpa banyak songeh.

I did it.

Lepas panel makan semua balik office dan nak pukul 5 pm. Siapkan something pukul 5 terus chiow ke kampus satu lagi, ada Latihan Gamelan..

Kau mampu? Mak ada latihan gamelan ok.... Untuk konvo bulan Oktober nanti...

Main sampai 6 petang, rushing balik. Isi minyak kereta, sampai Lorong Pandan call Bi nak tanya minyak yang dah habis kat rumah dah beli belum? Tiada jawapan. Dah masuk kedai runcit pun masih tiada jawapan. Call rumah, cakap dengan bibik kejap je pastu putus. Call balik engaged!!

Eh baran aku....

Sudahnye aku beli roti, sayur, air kotak dan biskut aje.. Untuk anak2..

Sampai rumah sambung kerja sikit. Hantar whatsapp kat group panel bgtau bajet dh lulus then layan Drama Mencintaimu...

Bi call tapi malas nak layan. Suruh Qila je layan call dia. Aku merajuk.

Lepas habis drama, mandi... Makan malam-- lauk kari & sambal belacan bibik masak.. 

Pastu bergurau dengan anak2 main kejar2 jap.... Sambil main tu sambil gelakkan Amily sebab dia paling kecik tapi paling cerdik cari tempat sembunyi... Heuheuheu... 

Penat dah main kejar2... Gi dapur makan ubat dan vitamin, minum kolagen... Minum Qaseh Adinda... Then baru nak masuk tidur, teringat satu lagi benda belum buat. Cari baju untuk pakai esok...

Opppss ada lagi... 😭😭😭😭 kerja Mama!!! Dia ada bagi list utk cek dalam daftar pengundi. Banyak pulak tu....

Rahsuah anak2 tengok cartoon jap, then aku mengadaple PC balik...

Sigh, penat dan lesu otak aku ngadap PC dari jam 8 pagi sampaile 9 malam macam ni. Letih sangat....

Settle, skrg pukul 10.15 pm, anak2 baru je settle ditidurkan... Aku pun tatau nape aku menaip lebar malam ni.... Saje nak borak dengan blog ni...

Minggu ni minggu akhir bibik dgn kami. Pastu dia dah back for good. Kehidupan aku skrg dah tak sama dah macam dulu... Berubah sama sekali.. Tak tahulah aku boleh tempuh atau tidak... Harap2 oklah...

Apa yang penting anak2 aku. Lain2 aku tanak fikir sangat... Asalkan anak2 aku happy, cukup segalanya-- syukur alhamdulillah. Kepentingan aku, aku letak tepi dulu...

Moga aku kuat untuk menjalani kehidupan lepas ni...... Semoga ada sinar menanti... InsyaAllah... Aminnnnn

Eh penatnya menaip!