Khamis, April 30, 2015

Pencapaian terbaik aku sebagai Mummy-- setakat ini.. (sticky post)

Okay, lets straight to the point...

Dulu kalau korang perasan, Qila selalu sangat sakit... Asyiklah batuk.. Dia kalau batuk mesti akan sempuuuuut! Kalau batuk gak mesti sebulan dua baru nak betul2 baik... Then kalau silap makan, dia akan start batuk balik.... Sakit hati ni hanya Tuhan je yang tahu.. Kenapalah anak aku ni asyiklah sakit...

U know lah kalau dah batuk mesti datang demam pulak.... Sigh..

Sebelum ni macam2 ubat dimakan, dah makan2 vitamin ditelan.... Sama gak macam tu jugak.. Mak aku tu, jumpa ustazah itu ini semua dah buat.. Perubatan islam uols...

Amily pun sama, sejak umur 5 bulan yang dia admit tu... Sejak dari tu, sebulan sekali mesti batuk selsema... Kalau dha start batuk selsema, memang tanak makan langsung!

Kami tidur malam memang pasang aircond dan bebudak ni mmg liat pakai selimut.

Then, last year ada kawan lama suggest aku guna produk Qaseh Gold ni tapi aku malas nak try... Aku ni memang tak suka orang datang approach aku untuk jual produk itu ini... Sebabnya mesti dia akan cakap, produk ni paling laris.. Boleh sembuhkan seribu satu penyakit... Paling bagus dapat pengikhtirafan bla bla bla... Bowring...

Aku tahu sebenarnya-- kau nak orang beli produk kau so kau dapat untung dan komisyen kan??? 

Kan???

So memang tak lah aku nak try.. Memang annoying jugak dia keep message aku kat FB berpuluh2 kali suruh aku try sebab dia nampak anak2 aku selalu sakit. Tapi actually aku try gak sebotol. Tapi aku bagi anak2 aku makan tak ikut jadual... Asal ingat baru bagi makan.. Tak nampak perubahan pun. Ala makan sebotol share 3 orang uols...

Eksyen kan aku masa tu... Rasa nak lepuk je kepala sebab kekwat sangat...

So nak dijadikan cerita, kakak ipar aku rupanya memang dah lama consume produk ni under kawan aku tu jugak.. Sebab diorg satu office kat KPM tu... So memang dia dah lama guna anak-beranak. Cuma dia kan kat UK.. Dia yang suruh kawan aku tu approach aku sebab kes kesihatan anak2 aku kot. Kakak ipar aku takde pulak bagitahu apa2.. 

Nak dijadikan cerita lagi, masa dia balik cuti sekejap ke Malaysia akhir tahun 2014 lepas, dia sudah paksa laki aku try produk ni... Dia paksa laki aku beli satu set -- Untuk aku laki bini dan anak2 kami sekali.... Laki aku memang pantang orang suruh beli, dia memang akan beli. Takde fikir panjang punya.. Semua produk Qaseh Gold dia borong.

So dah beli tu memanglah kena makan kan ikut time kalau tak rugile $$$!! Nasib baik laki aku ni tegas, so anak2 makan ikut jadual. Diorang sendiri akan cakap "Daddy nak makan madu!!!"

OK. Masa tu aku tak berapa perasan lagi... Masih belum perasan kebaikkannya sudah nampak...

Then, lepas cuaca yang sangat sejuk awal tahun lalu diikuti cuaca panas membahang sampai ada  yang sakit berulang alik klinik dan hospital, baru aku perasan. Ramai yang sedih update kat FB tentang kesihatan anak2 yang merosot.. Masa tu baru aku terfikir, eh anak2 aku maintain sihat walafiat pulak... Kalau tak diorg mesti effected juga like macam tahun lepas... Berderet2 sakit masa cuaca panas mcm ni..

Anak2 aku juga bersekolah, bergaul dengan kawan2 dan selalu ke aktiviti luar like macam swimming dan bermain kat park seperti biasa.

Tapi, alhamdulillah.... Tidak pernah lagi diorang sakit sampai tak boleh pergi ke sekolah... Selsema paling lama pun sehari je.. Lepas tu hingus tu kering...

Batuk jauh sekali... Demam pun memang takkan senanglah nak singgah.. Selera makan sangat tip top. Dan yang paling penting Qila tu... Kecergasan mental dan fizikal Aqila amat memberangkan.. Daripada 6 subjek Ujian untuk Tahun 1 di sekolah sekolah, 3 subjek dapat 100% termasuk bahasa Arab!

Matematik pun dia dapat 100%. Hanya dia seorang sahaja yang dapat 100% dalam class dia... Ibu mana tak bangga kan?? Syukur alhamdulillah...

Yang penting dia sekarang anak yang cerdas sihat walafiat sepanjang masa.....

Amily pun dah tak pernah dengar dia batuk lagi... Demam pun memang alhamdulillah tak ada dah..

Syukur alhamdulillah..

After 5 months guna, so aku pun decide untuk jadi ahli dan share kebaikan produk terbaik ni dengan uols.. Jadi ahli sekurang-kurangnya aku dapat harga murah sikit. Disamping aku boleh jimat duit untuk guna anak beranak. Kan??

QASEH GOLD JUNIOR


Ini bukan ubat or vitamin or what so ever... 430ml kalau makan 3 beradik macam anak2 aku ni boleh tahan almost 3weeks.. Kalau seorang anak makan, sebulan lebih jugakle.. 

Ini makanan sampingan.. Minuman sebenarnya...

Anak2 kita manalah makan proper sangat uols.. Kadang2 kita masak nak cepat ala kadar je selagi yang termampu... Ikan atau ayam main goreng je.. Sayur masak pun kadang2 berminyak... Khasiat dah kurang.. Makan kat sekolah lagilah.... Berkhasiat ke??

Bukan nak kondem uols, tapi itulah hakikatnya.... Aku pun macam tu, masak ikut cepat dan tekak je...

Dengan Qaseh Gold ni, semua sumber makanan berkhasiat ada.. 


Semua khasiat ada dalam satu botol...

Kehidupan seharian kita takkan semudah ABC nak makan semua makanan ni dalam satu hari kan? Memang taklah... Tapi Qaseh Gold ada...

Bagi aku, sebagai ibu memberikan anak2 makanan terbaik demi kesihatan dan kecerdasan mereka adalah tanggungjawap kita...

Nak tahu kebaikkan setiap ramuan ???

Ayuh baca laju2 :-

Kurma
Buah ini telah dikisahkan dalam surah Maryam dan kaya dengan gula semulajadi untuk membekalkan tenaga fizikal dan minda.
Kajian telah mendapati bahawa kurma kaya dengan sejenis anti oksidan dinamakan polyphenol. Anti oksidan merupakan ajen yang menghalang pembentukan sel kanser dalam badan kita.
Selain itu, serat yang terdapat di dalam kurma dapat membantu dalam sistem pencernaan dengan melawaskan perut dan sekaligus membantu memulihkan sakit buasir dan sembelit.

Madu
Madu merupakan makanan yang digemari ramai kerana sifat kemanisan semulajadinya. Adalah tidak dapat disangkal lagi bahawa madu kaya dengan vitamin dan mineral untuk menyokong sistem tubuh yang sihat. Madu juga baik untuk memberi tenaga dan mencerdaskan minda.
Madu adalah bercirikan anti bakteria, anti oksidan dan anti virus untuk menguatkan sistem imun tubuh.

Kismis
Kismis berupaya membekalkan tenaga dan mencerdaskan minda
Sifatnya yang anti oksidan dan anti bakteria membantu tubuh untuk melawan jangkitan
Mengandungi mineral yang menlindungi gigi dan mata serta menguatkan tulang.

Delima
Secantik kemerahan isi buah delima, ianya juga kaya dengan vitamin dan mineral serta anti oksidan yang dapat mengekalkan perjalanan darah yang lancar ke seluruh tubuh serta membantu menbaik pulih sel tubuh yang rosak akibat radikal bebas.

Zaitun
Minyak Zaitun kaya dengan vitamin E dan polyphenols, sejenis anti oksidan yang berupaya melindungi sel tubuh dari kerosakan.
Mengamalkan minyak zaitun dalam diet seharian dapat membantu memberi perlindungan awal kepada masalah kesihatin seperti masalah jantung.

Gingko
Gingko biloba terkenal sebagai 'herba minda'.
Kajian menunjukkan Gingko berupaya merangsang fungsi minda dan menguatkan ingatan. Gingko mengandungi anti oksidan falvanoid dan terpenoid yang melindungi saraf, otot jantung, pembuluh darah dan retina mata.

Tiin
Buah yang enak ini dipilih oleh Allah untuk bersumpah dengannya dalam At Tin dan pastinya mempunyai nilai kesihatan yang banyak.
Buah tiin ini adalah sumber mineral, vitamin dan anti oksidan yang penting bagi meningkatkan keupayaan tubuh serta menguatkan sistem imunisasi tubuh bagi melawan penyakit.
Buah tiin juga dikattakan dapat melegakan keletihan dan merangsang fungsi otak.

Badam
Badam merupakan keluarga kekacang. Ianya kaya dengan pelbagai khasiatnya antaranya riboflavin yang berupaya untuk merangsang aktiviti minda dan meningkatkan stamina tubuh.
Ianya juga kaya dengan protein, vitamin E, dan mineral seperti kalsium, magnesium, potassium dan zat besi serta anti oksidan flavinoid untuk menyokong kesihatan yang baik.

Garam Bukit
Garam semulajadi yang kaya dengan mineral.
Membantu memperbaiki sistem pernafasan & melawan jangkitan, merangsang fungsi metabolik, mengimbangi pH tubuh, mengurangkan kekejangan otot, memperbaiki penghadaman, membantu penyerapan mineral dalam sel & menggantikan elektrolit yang hilang.


Habbatus Sauda
Juga dikenali sebagai jintan hitam. Kajian mendapati habbatus sauda berupaya meningkatkan sistem imun tubuh & membekalkan tenaga kerana cirinya yang anti bakteria, anti virus, anti histamin, anti fungus & anti oksidan serta dapat membantu mengatasi pelbagai penyakit seperti asma, brokitis, eczema, alahan dan batuk.

Bayam
Tidak dinafikan bayam ialah sayuran yang padat dengan khasiat kesihatan. Mengandungi falvonoid yang berfungsi sebagai anti oksidan & anti inflamasi untuk meningkatkan kuasa sistem imun.
Bayam juga kaya dengan pelbagai vitamin & mineral seperti zat besi yang dapat membantu mengatasi masalah anemia & keletihan serta kalsium & magnesium untuk permbentukan tulang & gigi yang kuat.

Air Zam Zam
Air yang penuh keberkatan & berupaya merawat pelbagai penyakit.
Mengandungi mineral yang lengkap & seimbang yang dapat membantu meningkatkan sistem imun tubuh.

Za'faran
Dikatan rempah termahal di dunia tetapi padat dengan khasiat kesihatan.
Merupakan sumber mineral yang baik kalsium, postassium, zat besi & zink yang sememangnya diperlukan untuk menyokong tumbesaran yang sihat & kuat.
Baik untuk membantu melegakan masalah asma, insomnia, batuk, kemurungan dan penghadaman.

Gam Arab
Juga dikenali sebagai gam akasia kerana didapati daripada pokok jenis tersebut.
Merupakan prebiotik semulajadi yang dapat membantu menyihatkan usus & melegakan masalah sembelit.

Pegaga
Pegaga juga dikenali sebagai gotu kola membantu melegakan masalah eczema, jangkitan pernafasan, asma, demam, selsema & insomnia.
Pegaga juga dipercayai dapat meningkatkan leupayaan mental & mercergaskan tubuh.


Bagaimana rasanya?????

Tidaklah manisssss gila macam gula2.. Sesedap rasa.. Dan bukan rasa pelik macam pegaga tu... Ihiks.. Lebih rasa madu & kurma.. Sebab itu ramuan utama...

Kalau Ariq anak aku yang cerewet tu boleh telan, maka rasanya memang best!

Sebelum breakfast satu sudu
Sebelum tidur satu sudu

InsyaAllah, amalkan dengan disiplin tentu nampak hasilnya...

Aku cakap sebab bukan nak lakukan produk ini atau iklan ke apa ke.... Aku just share... Sebelum ni pernah ke aku gatal2 nak meniaga kat blog ni?? Tak kan??? 

Bukan senang aku nak share benda2 macam ni. Sebab aku dah try anak beranak maka aku berani nak share.. Dan aku dah nampak kesannya...

Kalau korang nak cuba, aku boleh bagi harga kaseh sayang comolot katanya. NO GST sudah tentu ya...

Harga pasaran adalah RM60.00

Nak tahu harga kaseh sayang? Whatsapp aku ye..

012-2638083

Nak SMS pun boleh uols...

Nak terus jadi ahli pun boleh... Yuran tak semahal mana pun.. Kena fikir gak kalau asyik keluar masuk klinik pun sama gak kan??

Untuk kita kaum2 ibu ni -- Qaseh Gold ADINDA aku akan share kemudian..

Panjang dah ni.. ;)

Jumaat, April 10, 2015

Pontian with love...

Gatal je tajuk kaaaaannn.. Heuheuheu..

Okay, seriusly tak ingat bila tapi yang pasti akhir bulan Mac...
Ayuh selfie... Masa ni otw ke Pontian. Kami pergi anak beranak termasuk mama dan Boy adik aku... Actually ke Pontian sebab ada wedding adik ipar Boy...

Kami pergi on Thursday, nasib baik anak2 cuti sekolah masa ni so Mummy je kena cuti..

Kami gerak dah petang, sampai Pontian pukul 7.00 petang.. Amily puas tidur dalam kereta. Singgah rnr dia berak puleks... :p

Kami stay kat Hotel apa eh, Sunflower Hotel kot... Oklah notbad RM200 untuk family room... Bilik hotel pun cute.

Malam dinner kat Pontian Seaside...

Tapi hampehsss.. Bibik masak jauh lebih sedap!!

Esoknya sebelum ke wedding, bfast dulu...

Cute dan cafe dia... Serba hijau & kuning... 


Anak-anak kena paksa bergambar kat sini... Masing2 busuk masam belum mandi... 

Ni gambar melepak kat rumah pengantin


Ni pulak gambar masa nikah kat,masjid...

Mana gambar pengantin????

Hahahahahaha... Ada dalam kamera adik aku der... 

Heuheuheuheu... 

Okbai!

Khamis, April 09, 2015

Jenjalan shopping dari pagi bawak ke senja!~

Ni adelah ahad, last day of cuti sekolah Mac lalu.......

Lama kan??? 

Pepagi weols cadang ke Tesco aje sebab nak cari groceries sebelum GST hawau jadah tu kan... Memang puas hati dapat borong diapers dan stocks makanan lain. Huhuhu... Tapi lama manalah tahan pon...

Lepas ke Tesco, aku ajak Bi pergi Mahkota, cari makan... Padehal nak shopping gak... So makan le dulu... Qila pun dah bising lapau..
Comel je bebudak ni makan dengan tekun sebab lapau...

Kami pergi banyak tempat... Daddy shopping sakan harini... :P

Alkisah masa kat H&M, Ariq lorat nak berak pulak... So sementara Daddy bawak Ariq ke toilet, kami tunggulah dalam H&M tu...

Si Amily ni mmg gila shopping betul... Dia main ambik je mana dia berkenan terus nak pakai jam tu jugak... Macam pandai je nak sarung baju tu dari kaki kan?? Geram Mummy...

Habis bersepah kids area sebab dia main tarik2 baju..... Huhuhu..

Nampak sunglass pun dia nak... Nasib baik murah je.... Terus nak pakai pulak tu tanak bukak langsung. Nak bayar pun susah wooo..

Bag ni pun dia nak... Memang tak lah aku nak beli....

Ni masa tgh tunggu Daddy try kasut... Kemain konfiden dengan sunglass dia tu...

Ko tengok....  Dia capai slipper kat rak terus nak sarung kat kaki dia... Haih... Semuanya dia nak...


Mummy geram sangat dia ni... Sejam tak jumpa dia rindu sangat dengan keletah dia...

Ohye...  Abang pun lorat nak sunglass... Kuning menyala...

Kami tak terus balik... Pergi Klebang beli cendol bakar then makan kat Dataran 1 Malaysia... Lama tak datang sini... Qila round naik kuda kat sana. RM10 sahaja...

Amily geli dengan pasir. Terkedek2 dia jalan sebab pasir masuk slippers dia...

Mata tak lepas nak tengok kites...


Kakak naik kuda.... Kecik je kuda padi...


Bagi can si kecik ni main pasir....

Dah.... Jom pulang....... Dari pagi keluar wooooo....

Bird Park part II

Oh ada part II rupanya....

This part banyak sikit gambar..

Bila dah slow down, barulah bebudak ni berani nak bagi burung2 tu makan....

Tabur je kuaci dgn jagung tu....

Masing2 tak berani nak bagi makan dari tapak tangan..



Sebab burung2 ni ganas... Tangan Bi habis kena genyeh dengan paruh burung... Sebab diorg nak ambil kuaci dari tangan Bi... 

Kemain dedek bagi makan burung...

At least dia berani daripada si abang... Abang tu tak habsi2 menjerit menangis ketakutan... Rimas Mummy

Cuaca agak panas dah masa ni.... 


Lepas makan ice cream kami pun balik...... Ada wedding...

Bird Park--- again...

Yelah dulu pergi dengan bibik.. This time dengan Daddy pulak...

Budak ni kena posing paksa.... Hahaha. mcm biasa dia takut.. Dan kali ni Amily pun sama takut! Sebabnya birds kemain ganas tuhari... Mahu taknya, kami masuk nak depat pukul 10 pagi tapi makanan belum siap. So sementara menunggu tu burung2 dah serbu kami sebab lapar sangat kot....

Merak ni mmg sangat nakal ok.... Rasa nak lempang dia laju...

Masa Bi beli makanan burung, diorg ni macam tahu2 aje... Teruk Bi kena serbu sebab dia seorang je yang pegang makanan burung tu..


Sampai berdiri atas kepala taaauu.... Memang tahap jinak melampau ni.... 

Nilah sebabnya buat Amily takut... Diorg terbang laju2 selamba je hinggap atas kepala lah... Atas bahu lah.... Memang mintak penampor..

So anak2 takut, Mummy Daddy aje yang join the party... Heuheuheuheu..

Memang tak banyak gambar pun.... Hahahahaha...

Kami speechless sebab diserang burung kelaparan tanpa henti... 

Dedek yang juga takut...

Ok tu je nak cerita... Hahahaha