Selasa, Januari 27, 2015

Alumni Dinner Kelab Teater Rimba!~

Selfie dulu yok.... OOTD gituuuu..... 

Tema tahun ini adalah Broadway... Thanx to Wynn & Owne sebab susah payah booked kan costume mak ni noks.... Mak belasah je pakai janji hado.... Nasib baik ngam2 dengan badan mak ni... Cuma labuh ajelah kan...

Tahun ni buat kat Hotel Bangi-Putrajaya. Dulu EQ, tapi dah tukar management puloks...

Posing lagi sebelum masuk ballroom..... 


Macam biasa, posing di tempat props adalah wajib.... Weols je alumni yang hover malam tu. Nak buat camne... Kheeeenn... 

Jangan makan hati sebab gambar mak adalah banyak... Dah namapun tuan belog!


Kasi libas sikit itu kain..... Baru broadway!

Owne

Dengan super2 senior weols... Owne dan Wynn adalah junior mak. Okay?

Tetap nak show off bunga atas kepala...

Actually dari phone aku mmg takde gambar..... Ni semua dari Iphone Wynn... Iphone6 harus malatops gambar uols.... Ambil satu phone pastu whatsapp sahajor. Mudah.


Weols duduk sebelah VVIP. Ada TNC Hepa bagai... Aduhaaaaaaii.. Nak menggeletis pun susah! Diorg balik barulah perangai gila keluar...


Ni semua pakai monopod. Jakun uols.... Mak mana ada ada monopod bagai ni. Tripod adalah! Kheeen... Maklumlah mak bukan ratu selfie... 

Weols lupa pulak nak ambil dengan orang2 lain. Kronies yang tak pakai baju ikut theme memang takdelah gambar dalam ni. Motif nak bergambar pun takde... Huehuehue... Makan ala kadar je sebab sibuk berbual... Aku pun ada sedikit mengantuk sebab penat shopping sebelum rushing ke Bangi malam tu... Sangat rushing noks!!! Sempat shopping kat KLCC dan IOI City Mall sebelum cargas ke hotel untuk dinner. Kau mampu??? Gerak dari Melaka pun pukul 10 pagi gitu.. Sampai hotel nak dekat pukul 8 malam!! Make up pun huru hara... 

Tetapi......

Tetap dapat King & Queen of the Night! Berbaloi sewa costume memahal uols....... Huahuahuahuahuahuahu...

Rezeki anak2 yang ditinggalkan. Diorg lah yang excited dapat hamper ni kan.... 

Lepas dinner sambung mengeteh kat McD. Pukul 7 pagi esoknya baru balik Melaka. Sambung tidooooo.... 

Penat yarabbi... Sampai petang rasa penat sangat. 

Ohye,

Ada satu lagi yang akan buat anak-anak happy & excited hari ini  :-

Taraaaaaaa...

InsyaAllah... Orang kesayangan dalam perjalanan menemui kami sebentar sahaja lagi.....

Syukur padamu Ya Allah....

Khamis, Januari 22, 2015

Qila dah masuk darjah satu. Yeay!

Hahahaha... Mampu tajuk... Punyelah excited seronok bercampur baur semuanya......

Tangisan sayu kegembiraan semua keluar noks!!!

Anak mak dah masuk Darjah Satu...... Oh em geeeee...

Day 1 hantar Qila kat school memang Mummy tunggu dai dari pagi sampai balik sekolah... Aiyoooo kematu pungkok menunggu kat canteen nun.... 

Nasib ada kwn FB datang teman after recess time sebab anak dia pun sekolah sana tapi dah darjah 5... Ihiks...

Qila cop tempat dulu... Hehehehe...

Sebelum exam Qila ditempatkan di 1 Biru. Mummy pun tak tahu mana class No 1. Belasah je... Masa orientasi, teacher dah cakap Jumaat baru ada ujian tapisan Darjah 1 untuk penentuan class. So hopefully Qila boleh jawap soalan dengan tenang. DUA bulan cuti tak belajar kaaannn... Asyik tengok cartoon!

Tak tahu apa motif kena berkumpul kat sini. Tapi kejap je pon. Culture Shock Qila jap sebab kena duduk atas simen... Hahaha. Jeling je dia sebab takut baju kotor lettuew...

Jalan masuk Class balik sebab kena beratur dari sana ke hall utama..

Perarakan masuk ke Dewan... Eceh. Mummy lambai dia boleh buat derk je... Bertuah betul...

Day 2 hantar Qila, Ariq pun sibuk nak ikut.... Masa ni pkl 7am kot. Tergelak besar je classmate Qila sebab Ariq hantar kakak dia sampai dalam class dgn bawak bag dan botol air jugak. Sibuk jugak nak bawak tanak tinggal dalam kereta, Hover taw...
Teman kakak sampai dalam class. Gi canteen membeli macam2 baru ajak balik utk hantar dia ke Qdees pulak.

Hari pertama Mummy masakkan nasi goreng... Lapar anak aku... Dia makan like a Diva lagi masa ni sebab masih belum boleh bajet time 20 minit tu kan.... Tapi bila dah dengar bunyi loceng dia agak cuakle... Hahahaha... Day 2 baru dia makan laju sikit sebab nak kejar time.

Day 2 kan Mummy balik, tapi recess time datang balik teman dia makan.... Bila day 2 dia dah pandai makan laju... Lepas makan sempat main-main kat depan class.

Happy tengok dia happy dengan alam persekolahan baru dia... Ok, tghari nanti Mummy datang ambil ye Sayang..... Day 3 and so on Mummy tak datang time recess dah... Dia makan dengan kawan2 dia... Dia pun dah warning Mummy tak payah datangle... Heheheh..

So far minggu pertama Mummy memang cuti. Saje spent time dengan anak2, ambil hantar ke sekolah. Masak time lunch. Rasalah jadi housewife sekejap... Bagus jugak sebab on Thursday kena gi sekolah ambil duit RM100 tu kan... Ihiks..

Week 2 Qila dah dapat permanent class dan timetable. Mummy happy sangat dia dapat masuk 1st class which is 1 Merah. Teacher yang bagitau Class 1 Merah paling bagus masa beri duit RM100 tu tapi Mummy tak letak harapan tinggi sangat. Hari Isnin tu Mummy hantar dia macam biasa... Ada Tasmik Class so dia kena pakai tudung & baju kurung...

Geram sangat tengok nomey2 Mummy ni pakai baju kurung dgn tudung. Tangan tu tak lepas pegang kain takut kotor okay... Jalan pun slowly like Queen... Heuheuheu...

Balik je dari office, Qila tunjuk ni kat Mummy :-
Pandai dia buat surprise!! Dia pun baru tahu kot class Merah tu 1st class tu yang dia happy sangat. Alhamdulillah. Mesti Daddy happy dan bangga dengan Qila. IJC is a quite challenging school. So Mummy tak letak harapan terlalu tinggi untuk Qila dapat TOP 3 ke TOP 5 apa... Just go with the flow. Asal dia happy untuk belajar dan suka dengan apa yang dia buat at school, sudah cukup memadai. Alhamdulillah so far dia sangat happy. Mummy cuma berdoa dan berharap, dia dapat kekal duduk dalam Class Merah sampai UPSR pun dah syukur alhamdulillah. 

Nak tunjuk bagu PJ Qila... Comel kan??? PINK! Hari ni pun ada Tasmik so kena pakailah tudung kan... Dah tu nak kena mengaji. Dah besar macam Darjah 6 le pulak Mummy tengok dia ni......

Oklah uols... Nak sambung buat kerja ni... Daaaaaaaaaaaa...














Sabtu, Januari 03, 2015

Orientasi Darjah Satu

 Sigh... Anak Mummy dah besar dah.... Kelmarin, 31 Disember 2014 orientasi di Sekolah Kebangsaan Infant Jesus Convent 1, Banda Hilir Melaka.

Qila datang of couse dengan Mummy dan Ariq sahaja. Tanpa Daddy macam orang lain. Its okay sayang. Daddy tetap ada dalam hati kita semua... :)

Qila pun sangat excited pagi tu bangun awal dan bersiap sendiri.

Anak manja kebanggaan Mummy dan Daddy... Nampak sangat matured. Dia antara yang tinggi dan tegap. Hehehehe.. Dia malu2 nak ambil gambar... Dah anak dara sangat taw...

Mummy ajak selfie punnnnn susah nak senyum. Masa dengar taklimat tu Qila bisik2 kata dia bosan. Berkali2 dia menguap. Hahahah.. Ariq mengaruk lapar. Selamba je dia buka bekalan nasi goreng dan makan kat situ. Dahle weols duduk depan sekali, Qila tanak buka bekalan dia sebab malu. Berkali2 dia mintak Ariq punya nasi goreng sikit tapi Ariq tanak bagi sebab takut tak cukup. Boleh? Sentap je Qila dengan perangai Ariq!

Nak elak Qila sentap, Mummy suruh diorg main kat luar dewan biar Mummy dengar taklimat sensorg... Hehehehe.

Lepas dengar taklimat, diorg terus beratur... Teachers nak bawak tour seluruh sekolah. So masa Qila tour, Mummy gi lah bayar apa yang patut..... Darjah 1 cuma ada 37-38 murid macam tu. So ada 2 kelas. Baguslah Mummy rasa tak sesak so teachers boleh beri tumpuan lebih kat pelajar. Sekolah IJC2 lebih ramai pelajar. Yelah IJC2 lebih famous dari IJC1.

Cuba cari mana Qila... Heuheuheu. Ada kawan FB Mummy tanya, kenapa Qila tak pakai baju kurung. Dia kata sekolah tak benarkan student islam pakai pinafore. Like seriously??? Sekolah Qila ni sekolah perempuan. Takde masalah kot nak pakai pinafore ke baju kurung. Qila yang requested nak pakai pinafore. Tapi hari Jumaat kenalah pakai baju kurung kan. Pagi 7.10am ada tazkirah agama so kena pakai tudung. Lepas tu terserahlah dia nak bukak or pakai terus. Mummy takkan paksa anak2 Mummy.. As long diorg selesa nak belajar, itu lebih penting. Pakai baju pun sama je.

Mummy dulu sampai sekolah menengah pakai pinafore. STPM baru Mummy pakai tudung. Mummy pun dulu sekolah perempuan. Masa STPM sekolah campur. :)

Qila masuk class sementara 1 BIRU. Hopefully kekal lah 1 BIRU tak payah nak pindah ke 1 MERAH sebab dah cop meja. Heuheuheu... Mummy pun tak tahu mana satu kelas no 1 tapi dua kelas je kot... Takde beza sangatlah... 

Mummy suruh Qila duduk meja ni so belakang dia luas untuk dia keluar masuk dan letak bag. Tak payah nak pusing2 leher tengok black board kat depan. Lepas tour terus dia duduk makan nasi goreng yang bawak dari rumah. 

Pandangan depan class Qila.. Oklah selesa dan kemas. Dulu class Mummy ada 2 kipas je. Skrg class bebudak ni ada 4 kipas tak silap. yang penting tepi pun dapat angin lah kan. Takdelah panas. 

Ramai yang dah beransur balik masa ni. Tapi Mummy just take time nak tour satu school dengan Qila. Suruh dia tunjuk Mummy apa yang dia tour tadi... Heuheuheu... Comel sangat Qila bila dia nak ingat balik mana jalan pergi toilet tadi.. Heuheuheu...

Pandangan belakang class dia.. Budak sorang ni tengah tunggu mak dia kot. Tetiba dia cop tempat paling depan duduk sebelah Qila... 

Perasan tak perempuan bawak backpack tu? Dia merayu untuk ambil Bahasa Cina as bahasa pilihan untuk anak dia. Dia kata dia terlambat sampai Melaka untuk register kan anak dia kat sekolah Cina. Dengar dialek macam orang Indon. Tak macam Sabahan pun. Dia ralat sangat sebab tak boleh pilih Bahasa Cina. Semua pelajar Islam dimestikan pilih Bahasa Arab. Kementerian dah tetapkan. Betul ke? Actually Qila pun pilih Mandarin. Dia tanak Bahasa Arab tapi nak buat macam mana bila cikgu dah kata macam tu. Terpaksalah ikut. :(

Hopefully 12 Jan nanti takde orang lain duduk sini. Dah strategik dah ni untuk Qila. #kiasumummy Ihiks....

Dah kenyang makan, ayuh posing ye....  

Class Qila jauh kat belakang. So Mummy pesan dengan dia, tunggu tepi ni nanti nenek datang ambil ikut pintu belakang. Kurang sikit jammed dan tak perlu nak lintas jalan. 
 Ada tempat menunggu khas siap ada tempat duduk semua. Selesa lah jugak.

Mummy ajak Qila tunjuk Mummy mana canteen..

Bersih kan??? Meja kaca senang nak bersihkan. Rasanya skirting ni baru tukar untuk 2015 kot sebab nampak sangat bersih dan baru. Mummy bagi A dekat canteen ni... :)

Kat sinilah nanti Mummy akan berkampung seminggu... Heuheuheuheu...

Ni pulak area tandas. Pun bersih sangat. Banyak tandas untuk kegunaan semua murid. Mummy happy tengok tandas dia bersih dan selamat. Nampak open tapi sebenarnya ada pintu masuk kiri dan kanan... Selamat dan bersih. Tandas ni actually betul2 belakang class Qila....

Tu class dia paling kiri sekali... So teacher kata, nak pergi tandas lalu belah kiri tu aje... Kalau hujan kena pusing jauh sikitlah kan... Sebelah kanan dua tingkap tu class 1 MERAH. 

Ni pulak kolam ikan depan perpustakaan. Nak masuk perpustakaan kena bukak kasut. So cikgu pesan kena tulis nama dekat kasut takut tertukar... Hehehehe..

Petang lepas makan kat rumah keluar balik upah anak2 behaved.... Merangkap beli tudung sekolah untuk Qila.  Yelah hari Jumaat kena pakai tudung untuk class agama. :) 

Abang yang senantiasa happy dan tersenyum...

Adik pun baru harini Mummy bawak dia keluar. Seminggu terperuk kat rumah sejak balik dari Bayou sebab terkena jangkitan kulit pada tangan dan kaki dia kerana air Bayou Park yang terlalu kotor. Sigh. Kulit dia mmg sensitive.

Diorg main sampai penat.... Mummy happy tengok diorg happy.

Esoknya Tahun Baru, 2015.

Alhamdulillah dapat call dari Daddy. Dia selamat berada di Korea sekarang. InsyaAllah akhir Januari dia balik...

Alhamdulillah.....

Jumaat, Januari 02, 2015

Short trip tanpa Daddy

Yay... Alhamdulillah berjaya gak buat anak2 happy dengan short trip ni... Lama diorg berzikir2 nak gi hotel nak mandi kolam... Mummy ni kalau Daddy takde, malas betul nak bergerak keluar Melaka. Penat uols... Nak drive, nak handle anak2... Iye memang ada bibik tapi bibik iols tua... Takde stamina sangat nak dibawa berjalan... Pffthh!

Ni pun nasib baik booking studio unit dengan kawan baik Daddy. Kalau nak book hotel mmg dah takde dah yg kosong uols... Semuanya penuh! Ni pun dapat Isnin-Selasa. jadilah... Tu pun kemain sesak umat sbb cuti sekolah..
Kami gerak jam 2.00 ptg dari rumah... Dekat je pun... Ke Bayou Lagoon Park Hotel jeghs... 

Sehari sebelum tu Ariq demam panas. Nasib baik pagi tu dia dah baik. Demam rindu kot ni... Nak gi hotel terus baik ye..... 

Ni tgh baring kat dalam bilik tunggu hujan berhenti. Tapi renyai2 sampai ke petang. Kami belasah gak mandi sebab mmg ramai je orang mandi.... Nak tunggu hujan stop, memang takde harapanlah nak mandi....

Budak ni pun kemain happy..... 

Suruh nap petang pun tak mahu... 

Park untuk kids ni baru... Sebelum ni dah dua kali datang dengan Daddy tapi park ni belum ada masa tu... Amily sangat berani... Relax je terjun slide hijau tu sensorang... Ariq? Dia try sekali je terus tanak dah... Sian dia.. Terpaksa mandi sorg sebab Mummy jaga adik. Kak Shameera sibuk berdua kesana kemari dengan Qila... Dahle Ariq tu penakut.

Ni tgh hujan renyai... Tapi parki mmg ada air menyimbah dari atas. So hujan ke tak hujan ke mmg sama je... Hehehehe...

Sejuk kaaaaaaauuu.... 




Ni semua gambar2 masa first day. 2nd day tak ambil gambar pun sbb malas. 2nd day weols mandi kat park belah sana ada 2 dan lebih besar.



Memang Mummy bawak semua kelengkapan mandi yang ada. Memang puas hatilah diorg berendam siap bawak dolphin tu semua... Bola dgn pistol air je tak sempat nak main... Ihiks....

Sejuk sangat uols sampaikan terpaksa seret Amily naik... Sebab dia dah biru dah... Seksa ok nak pujuk dia naik. Dahle baju semua basa, licin... Kalau tak pegang betul2 boleh terlepas... Dia meronta kuat betul budak ni! Haisshhh. Kasi ninit, diam je dia...

Nasib baik bawak baju tebal... Lepas bilas badan, terus duduk dalam stroller dendiam. Naik je bilik masing2 kelaparan... Nasib baik nenek, ayah dan mama kak shameera bawak datang makanan banyak... Hehehehe... Ohye, satu lagi... Tuala dah kena sewa dah ok. Dulu boleh je bagi guna free! Choy sangat.

So far service untuk unit yang Mummy ambil dari kawan Daddy mmg best. Kami tak perlu berurusan dengan pihak Bayou. Time check in check out boleh kawtim. Nak beli wristband tambahan pun tak mahal. Coupon breakfast pun dapat diskaun. Tip top!

Tahulah time cuti sekolah ni. Receptionist sesak yarabbi. Time check out sangat sesak sampai berebut nak turun naik lift. Lift dahle kecik... Masa check out SATU je yang berfungsi. Memang gila.... Ada satu insiden Mummy bertekak dengan minah gila dalam lift. Dah tahu kau dari tingkat 3 nak turun check out, dia gi naik dulu lift padehal lift tu naik keatas. Konon malas nak tunggu lama.. Barang dia dahle banyak gila... Dah block jalan untuk weols keluar dr lift untuk ke tingkat 11. Masa sampai tingkat 11 weols stuck tak boleh nak keluar sebab barang2 dia yang melambak2 tu... So lift bengong tu boleh meluncur turun balik... Tak ke sia2 weols dok meround turun balik. Buang masa betul! Geram aku dengan perempuan selfish macam tu... Dah tahu barang banyak, jangan main belasah sumbat je naik. Orang nak keluar dah susah dia halang jalan. Geram! Dahtu siap sound Mummy "Ala bukan boleh mati pun"

Kurang ajar kan mulut?

Tapi service Bayou itself sangat teruklah. Breakfast dahle tak sedap langsung! 2nd day lepas je mandi, Amily terus demam sebab air sangat kotor. Yelah terlalu ramai sangat manusia. Silaplah sebab Bayou dah open to public so sesiapa yang tak tidur sana boleh je masuk just utnuk mandi. Bayaran RM20 per person. Kau dah tahu mmg dah sangat sesak, lagi nak invite org luar. Dasar kapitalis!

Dulu tak open.. So privacy untuk residence sahaja. So next time NO MORE trip on SCHOOL HOLIDAY.

NO MORE!

Serik noks....


Okay ayuh pulang ye anak-anak.... Janji kalian happy. 

Ohye bibik dan nenek bergandingan naik slide.. Sangat kelakar bila bibik terbenam ke dalam air. Kau dah tahu jatuh dalam air, kau gi baring watpe... Hahahah. Sadis sangat tgk muka dia... Adoyai. Tapi dia berani gak nak mencuba... Oklah..

Itu ajelah nak cerita...