Selasa, September 08, 2015

8 September 2015

7.15 pagi baru aku terjaga dari tidur.... Dah lambat! Mampos....

Terus mandi pakai baju zassss salam laki cium anak2 terus drive. Dalam kereta layan lagu rock Amy Search Wings etc di Hot FM.

Sampai je office, bergosip jap dengan Erni. Terus ke meja buat kerja daaa. Balas email, balas whatsapp, tengok atas meja yg tak pernahnya kemas tu-- penuh dengan applications forms dan surat... Sigh... Then laju2 keluar cafe depan breakfast-- Roti Cheese Planta & Limau Ais.

Dapat whatsapp En Nizam, kalut bgtahu staff yang patut ambil salah seorang panel KPT di Putrajaya pagi ni MC. Good. Kelam kabutlah cari pengganti. Alhamdulillah dapat. Settlekan few things untuk driver & Nizam yg nak pergi jemput panel, dah 11 pagi... 😂

Sambung settlekan folders utk meeting penting petang ni, layan calls, layan students datang, layan penyelidik datang, sambung buat folders, tup tap dah pukul 1.00 tghari. 2nd bos ajak lunch.

Okay, ikut dia jap. Lunch kat Mini Malaysia. Asyikkkkk lah tengok jam sebab takut lambat... Order Kueh Teow Kantonis & Fresh Orange. 2nd boss belanja. Alhamdulillah. Tengok jam lagi... 😂😂

Workaholic? Atau last minute preparations????😥

Pukul 2 pm dah masuk office balik. Laju2 menaip list kehadiran pulak. One man show macam nilah. From A to Z kena buat sendiri. Sigh...

Pukul 2.30pm dapat whatsapp panel seorg lagi cakap dah sampai restoran jejantas Ayer Keroh. Berdesup aku cakap folders, handbag, dan kertas kehadiran untuk ke bilik meeting di Canselori. Sampai parking sebelum undur kereta sempat suruh student yg parking sebelah  kereta aku, keluar dari situ. Mana boleh parking dekat parking pelawat! Canthek muka ko...

Aku takpe sebab memang aku canthek !!!

Sampai Canselori, park kereta. Nak naik tingkat 3 alamak lift rosak!! Cuak!! Macam mana panel aku???

Tanya dengan receptionist, oh rupanye ada lift baru kat tepi. Sumpah aku tatau uols!!!! 😁😁

Panel pertama sampai on time, tapi yang kedua si Dato' itu masya Allah... 3.30 petang baru dia sampai. Pffthhh!

Meeting berjalan lancar tanpa 2nd boss dan TNCPI. Takde hal. Memang proses ni semua aku yang buat sejak awal sampailah sekarang.. Sistem pun aku jaga seorang so apa ada hal... Aku jawap apa yang aku tahu dan just be myself.

Almhamdulillah. Tiada major waima minor corrections sekalipun.

Dengan bergayanya panels puas hati dan  endorse bajet rm2.512 juta tanpa banyak songeh.

I did it.

Lepas panel makan semua balik office dan nak pukul 5 pm. Siapkan something pukul 5 terus chiow ke kampus satu lagi, ada Latihan Gamelan..

Kau mampu? Mak ada latihan gamelan ok.... Untuk konvo bulan Oktober nanti...

Main sampai 6 petang, rushing balik. Isi minyak kereta, sampai Lorong Pandan call Bi nak tanya minyak yang dah habis kat rumah dah beli belum? Tiada jawapan. Dah masuk kedai runcit pun masih tiada jawapan. Call rumah, cakap dengan bibik kejap je pastu putus. Call balik engaged!!

Eh baran aku....

Sudahnye aku beli roti, sayur, air kotak dan biskut aje.. Untuk anak2..

Sampai rumah sambung kerja sikit. Hantar whatsapp kat group panel bgtau bajet dh lulus then layan Drama Mencintaimu...

Bi call tapi malas nak layan. Suruh Qila je layan call dia. Aku merajuk.

Lepas habis drama, mandi... Makan malam-- lauk kari & sambal belacan bibik masak.. 

Pastu bergurau dengan anak2 main kejar2 jap.... Sambil main tu sambil gelakkan Amily sebab dia paling kecik tapi paling cerdik cari tempat sembunyi... Heuheuheu... 

Penat dah main kejar2... Gi dapur makan ubat dan vitamin, minum kolagen... Minum Qaseh Adinda... Then baru nak masuk tidur, teringat satu lagi benda belum buat. Cari baju untuk pakai esok...

Opppss ada lagi... 😭😭😭😭 kerja Mama!!! Dia ada bagi list utk cek dalam daftar pengundi. Banyak pulak tu....

Rahsuah anak2 tengok cartoon jap, then aku mengadaple PC balik...

Sigh, penat dan lesu otak aku ngadap PC dari jam 8 pagi sampaile 9 malam macam ni. Letih sangat....

Settle, skrg pukul 10.15 pm, anak2 baru je settle ditidurkan... Aku pun tatau nape aku menaip lebar malam ni.... Saje nak borak dengan blog ni...

Minggu ni minggu akhir bibik dgn kami. Pastu dia dah back for good. Kehidupan aku skrg dah tak sama dah macam dulu... Berubah sama sekali.. Tak tahulah aku boleh tempuh atau tidak... Harap2 oklah...

Apa yang penting anak2 aku. Lain2 aku tanak fikir sangat... Asalkan anak2 aku happy, cukup segalanya-- syukur alhamdulillah. Kepentingan aku, aku letak tepi dulu...

Moga aku kuat untuk menjalani kehidupan lepas ni...... Semoga ada sinar menanti... InsyaAllah... Aminnnnn

Eh penatnya menaip!


3 ulasan:

Amyz Azlie berkata...

Laju2 gak membaca ni. Rasa macam charlie chaplin. Hahaha. Macam tu la kehidupan isteri bekerjaya ni. Sama juga dengan surirumah. Dari pagi bangun non stop kerja. Time rilex pun masa tido je la kot. :-)

Apa pun, paling penting bg isteri2 bekerjaya ni adalah kesihatan. Jaga diri baik2 Marsya.

Maya Amir berkata...

Marsha..aku tak tahu ko ingat aku ke tak..haha.. tapi aku barulah mula nak memblog balik..

blog ko antara yang mula aku terjah! tahniah, selepas 3 tahun aku tak blog..ko antara blogger yang masih maintain blogging..*selama ni tengok kat instagram jek hehehe*

Marsha~ berkata...

Maya AMir, mahunya tak ingat wey....... Famous nama ni uols masa kita active berblong 3-4 tahun lepas... dulu setiap hari mesti ada entry, skrg ni sebulan sekali belum tentu uols... kuikuikui