Catatan

Tunjukkan catatan dari September, 2015

Penat jugak...

Okay,

Ini weekend pertama tanpa bibik.... Penat memangle penat... Baju basuh non stop... Pinggan makan cawan jugak membasuh non stop... Menyapu punnnn non stop. Melipat baju lagilah non stop!!
Memang syiok buat kerja rumah sekali sekala tetapi kalau dok hari2 basuh baju lipat baju, mahu muntah hijau kauuuuu..... 
Masa ni pulak le, ampaian patah le..... Hanger tak cukuple.... Penapis air bocor le.... Semut masuk dalam gula le.... Penyapu patahle...
Hanginnnnnnnn....
Kerja dah banyak mmg le stress, benda2 remeh macam ni lagi buat aku stress!!!! Hawau jadah betul.
Anak2 asyiklah aku sogok cartoon dengan youtube je. Sian diorg terutama Amily...
Ohye, dia baru dua hari kat baby sitter. Alhamdulillah. Hari pertama dia nangis,. Cari bibik. Hari kedua dah happy sebab ada kawan. Dia kan suka baby.... Ada budak lelaki umur setahun lebih. Baik pulak dengan dia. Pastu masa nak balik, siap hulur pipi mintak dicium dengan kaklong, anak baby sitter yang jaga dia tu. Manja kemain.....
Tapi dia agak c…

8 September 2015

7.15 pagi baru aku terjaga dari tidur.... Dah lambat! Mampos....
Terus mandi pakai baju zassss salam laki cium anak2 terus drive. Dalam kereta layan lagu rock Amy Search Wings etc di Hot FM.
Sampai je office, bergosip jap dengan Erni. Terus ke meja buat kerja daaa. Balas email, balas whatsapp, tengok atas meja yg tak pernahnya kemas tu-- penuh dengan applications forms dan surat... Sigh... Then laju2 keluar cafe depan breakfast-- Roti Cheese Planta & Limau Ais.
Dapat whatsapp En Nizam, kalut bgtahu staff yang patut ambil salah seorang panel KPT di Putrajaya pagi ni MC. Good. Kelam kabutlah cari pengganti. Alhamdulillah dapat. Settlekan few things untuk driver & Nizam yg nak pergi jemput panel, dah 11 pagi... 😂
Sambung settlekan folders utk meeting penting petang ni, layan calls, layan students datang, layan penyelidik datang, sambung buat folders, tup tap dah pukul 1.00 tghari. 2nd bos ajak lunch.
Okay, ikut dia jap. Lunch kat Mini Malaysia. Asyikkkkk lah tengok jam sebab takut la…