Sabtu, Mei 09, 2015

Pulau Pangkor Day 1

Perghh... Bertahun-tahun aku tak ke Pulau2 ni... Last ke Pulau masa honeymoon kat Redang dulu... 7-8 tahun lepas... Then ke Pulau Pangkor ni pulak masa aku 3rd year kat UKM kot... Pergi dengan Kelab Teater Rimba..

Pulau ni memang banyak memori pada aku.... Huhuhuhu... Sangat banyak sebab masa umur 17 tahun pun aku ada datang jugak kesini. Rombongan makcik2 umno... Aku ikut mak aku le....

Ok back to the story..

Kami ke Pangkor this time bukan personal trip... 

Ini Kelab Office yang anjur. Aku selaku Naib Presiden kelab, telah bertungkus lumus sejak April untuk trip ni.... Memang trip yang dinanti... Last 2 year kami ke Gambang. This tiem around jauh dan thrill sikit... Ke Pangkor kitaaaaaa...

1 Mei - 3 Mei 2015.

What do you aspect??

Cuti panjang + highway utara selatan = jammed macam nak mampos!!!!

Masa baru naik bas jam 7 pagi tu mmg tak terfikir... Masa singgah rnr Seremban untuk bfast baru termenung kodok. Ramainya umat manusia.... Ramai gila..... Ramai gila-gila...

1st time Amily naik bas.... Hehehehe.. Nasib ada Ipad + ninit + napkin. Itulah penenang dia sepanjang perjalanan kami ke Pangkor.

Daddy syiok ar.... Dia tidoooooooooooooooo je sepanjang jalan. Aku takboleh tidur. Stress sebab jammed. Bas jalan gear satu je kooo... Dari Rawang dah jammed teruk sampaile Sungkai! Ko bayangkanleeee.... 7.30 pagi gerak dari Melaka, Pukul 6.00 petang baru sampai Jeti Marina Lumut!!!!

Kami tak dapat nak singgah rnr sebab sesak. Orang parking tepi highway je then jalan kski ke tempat makan! Masa di Sungkai kami nak kencing kat Petronas, tapi tandas punya panjang Q... Nasib baik belakang Petronas tu ada sekolah tamil. Diorg buka gate then pelawa orang ramai untuk gunakan tandas diorg. Bayar ikut berapa nak bayar. Siap ada bebudak inda tunjukkan jalan ke mana tandas yang kosong dalam sekolah tu...

Pergghhh.. Memang aku takkan lupa pengalaman ke Pangkor ni. Advanture!

Kami dahle tak singgah lunch sebab takut tak sempat kejar Feri. Memang lapar gila. Dari Sungkai ke Lumut adalah 2 jam lebih kot. Di Jeti Marina last feri adalah jam 8.00 malam! Kami tak naik kat Lumut sebab tanak bersesak dan terlalu lama dalam bot. Dari Marina ke Pangkor Jeti baru 10 minit sahaja. Tak sampai kot.

At last!!! Baru muka ada seri bila dapat naik feri jam 6.00 petang. Qila sangat stress kat dalam bas. Dia kata this is the worst day ever! Bas jalan macam siput!

Apa lagi, lepak luar bergambar le....... Happy... Hilang penat naik bas selama 11 jam!

Posing ajelah bebeh....... Breathtaking view... This is what we need lepas kerja teruk di office.... Kerja keras aku untuk trip ni worth every penny....

Bila tengok anak2 dan bapak anak happy, lagilah aku happy.... Hehehehe...

Amily bukan tahu takut... Boleh dia berlari kat atas tu.... Aku yang seriau....

Wanita2 kuat Unit Geran bergambar bersama anak-anak2....

Ahhhhhh!! Lupa pulak nak ambil gambar dengan van pink! Stressssssssss....... No gambar dengan van pink!

Sampai je hotel dalam 6.30 kot. Apa lagi berendam le.... BBQ jam 7.30 malam so banyak masa lagi....

Kami cehck in kat Coral Bay Pangkor Resort ni Teluk Bogak. Last minute ini aje hotel yang ada masa tu.... Yang 1st choice semua dah fully booked!

Yang penting pool dia cantik dan kids suka... Ko tengok.. Sesak gila kan???



Bila aku upload gambar2 aku ni kat FB dan Insta, ramai pulak cakap Gee Rozihana & Lina Rahmawati pun ada kat Pangkor. Kawan2 blog dan FB aku lah ni.... Hahahahaha... Tak sangka diorg pun kat sana.. Part paling best! Gee pun duduk di hotel yang sama..... Kebetulan sungguh! 

Malam kedua baru aku jumpa dia... Malam ni ada BBQ. Kesian Timbalan Naib Canselor aku tak sempat kejar feri jam 8 sebab jammed. So dia datang esok paginya tu.... Malam tu semua penat... BBQ pun ala kadar je....

Itu masuk part II lah ye.... Agegegegege...

1 ulasan:

gee ryder berkata...

Hahaha kelakarla bab jem tak hingat tu...sian uolls :D

Pool tu petang hari kedua tu balik dr coral beach laki aku bawak kids mandi jap..dia punya sesak mcm xboleh bernafas. Budak, org tua semua sama naik. Mujurla dah mandi belah pagi.