Isnin, Mac 09, 2015

Boat Noodles, Publika

Ni kisah balik dari Janda Baik, kami singgah ke KL jap..... Konon nak menyempurnakan keinginan tekak aku yang dah berbulan nak sangat makan Boat Noodles ni..... Bi ikutkan jugak kemahuan bininya ni.... Nasib jalan tak jammed so kami sampai lebih kurang jam 4 petang kot.... 

Parking jokey sahaja kat Publika tu sebab tatau nak park mana. Serius aku first time sampai sini... 

Boat Noodles tu terletak kat Block C5 so make sure kau parking depan building tulah... Alkisah aku parking dekat C2 so merasa nak jalan jauh... Tapi jalan dalam buliding boleh cuci mata sekali tengok shops kat sana.... 
Bebudak ni nampak pulak playground kat C2, so mainlah kejap.... Amily lawak tau, dia berebut swing ni dengan sorang chinese kid baya dia... Eh garangnya kau naaakkk... 

Amily paling excited dan happy masa memula sampai ke Publika... Qila moody sebab penat... Ariq pun slow sebab tengah tidur masa sampai kesini...

Sampai Boat Noodles, alamaaakkk punyelah ramai orang tengah que... Kau kena bagi nama okay nak tunggu seats. Selalunya siapa datang 2 orang senang dapat seat lah sebab boleh selit2... 

Qila dah menguap bosan... Ariq dah lempem asyikkkk nak meleset nak baring atas pangku. Nasib ada sediakan tempat utk duduk ni haaa...

Ko tengok Ariq, boleh pulak dia baring atas pangku Mummy... Amily melasak tanak duduk diam habis dia kacau orang2 kat sana... Sesuka dia pergi pegang muka strangers.. Anak orang pulak dia dok main kejar2... Happy go lucky 24hrs budak ni.. Paling tak tahan masa dah dapat meja tu, dia konfiden gi duduk meja sebelah sebab ada baby chair.. Nak panjat dah baby chair tu.. Kau agak2 le dik.. Sabar sikit boleh.. Dia memang macam tu, kalau gi kedai makan, dia akan cari kerusi untuk duduk sendiri tapi mostly dia akan duduk kat meja yang dah ada orang... Heuheuheuheu...

Qila tukang ambil gambar... Daddy dok diri jadi pakguard.

Dalam setengah jam kot kami tunggu... Ke lebih???

Masa dapat menu serius aku mmg tak tahu nak order apa.. Semua try ambil satu-satu..

Aku tak tahu nak order apa pun untuk anak aku... I am lost noks!!!

Yang pasti aku tahu noodles ada dua jenis :-

Pathumthani Beef or Chicken
&
Ayutthaya Beef or Chicken

Aku ambil setiap jenis tu 2 mangkuk. Try je mana yang sedap kan... Semangkuk murah je cuma RM1.90 sahaja...

Yang ni chicken wings... Memula order semangkuk tapi tak cukup sebab kecik nyeeeeeeeeeeeeeee alahai... Amily makan pun tak cukup. Tak ingatlah harga dia berapa sekitar RM4.90 kot..

Untuk beverages, kami order Thai Ice Tea. Yang Amily minum ni....

Dan ini adalah drink baru iaitu Iced Blended Thai Coffee.. Sedaplah...

Inilah rupanya Pathumthani Beef Noodles... 

Pathumthani rasanya manis2 masin. Pedas sikit je... 

Ayutthaya pulak agak berempah dan manis... Tak sukalah yang ni... Sedap lagi Pathumthani... So weols repeat order untuk Pathumthani sahaja. Tak ingat berapa mangkuk order.. Huhuhu..

Yang ni Pathumthani Chicken.. Memang sekali dua ngap je.... Overall aku tak berapa suka lah rasa dia sebab yang daun2 tu apa ntah... Buat tekak rasa berangin.. Bi kata tu daun sederi.. Batang sederi banyak sangat tak best... Ganggu rasa sos tu tau... Tapi compare yang berempah tu lagi takboleh nak telan. Ok lagi yang ini.

Aku pun tak faham kenapa orang dok puji gila babi boat noodles ni sebab bagi aku, sedap lagi Mee Sup Tengkera kat Melaka nun... Huhuhuhu...

Tapi kalau tengah lapar, ok kot cuma kena kurangkan daun2 dan batang2 sederi tu... Maybe next time boleh request tanak daun2 tu... 

Aku nak try boat noodles 'jenama' lain pulak nanti.. Katanya kat Cyberjaya tu pun best... Why not kena try gak satu hari nanti... Kat sana ada soup and dry noodles kot...

Ohye, inilah rupanya chicken wings tu... Kau rasa??? Keringgg hangus dah tak rasa pun daging chickennya... 

Apa pun puas hati akhirnya dapat gak merasa Boat Noodles Publika ni kaaaannn...

Maybe tekak aku ni tak berapa nak Thai sangat kot... Even tomyam pun aku tak berapa suka...

Maybe tekak perancis kot ni... Boahahahahaha...

Mampu..

Mek kasi tunjuk muka anak dara aku ni... Kat kedai mainan kat Publika ni, Qila nampak satu mermaid fin yang dah lama dia idamkan... 

Inilah rupanya :-


Tapi harganya RM360 kaaauu!!!

Terbeliak mata Daddy...

Sekarang tengah usaha carikan dia yang affordable... Try nak beli online tapi still RM200++

Sabar ye nak... Mummy akan usahakan juga... 
Tunggu result exam ok ke tak ye.... :P

So far dah tahu 2 subject, tunggu lagi result yang lain ye...

Amily pun nak jugaaaakkk... Heuheuheuheu..

Abaikan muka terkejut Mummy tu..... 

Kami sampai Melaka malam dah lewat... Penat jugakle tapi berbaloi... Heuheuheuheu..


1 ulasan:

Rose Azadir berkata...

Salam kenal, saya blogwalking kat sini, jemput singgah ke blog saya http://ibu2ahmad.blogspot.com. Saya Follow sini n kalau sudi follow la saya balik yer... :)