Jumaat, Januari 02, 2015

Short trip tanpa Daddy

Yay... Alhamdulillah berjaya gak buat anak2 happy dengan short trip ni... Lama diorg berzikir2 nak gi hotel nak mandi kolam... Mummy ni kalau Daddy takde, malas betul nak bergerak keluar Melaka. Penat uols... Nak drive, nak handle anak2... Iye memang ada bibik tapi bibik iols tua... Takde stamina sangat nak dibawa berjalan... Pffthh!

Ni pun nasib baik booking studio unit dengan kawan baik Daddy. Kalau nak book hotel mmg dah takde dah yg kosong uols... Semuanya penuh! Ni pun dapat Isnin-Selasa. jadilah... Tu pun kemain sesak umat sbb cuti sekolah..
Kami gerak jam 2.00 ptg dari rumah... Dekat je pun... Ke Bayou Lagoon Park Hotel jeghs... 

Sehari sebelum tu Ariq demam panas. Nasib baik pagi tu dia dah baik. Demam rindu kot ni... Nak gi hotel terus baik ye..... 

Ni tgh baring kat dalam bilik tunggu hujan berhenti. Tapi renyai2 sampai ke petang. Kami belasah gak mandi sebab mmg ramai je orang mandi.... Nak tunggu hujan stop, memang takde harapanlah nak mandi....

Budak ni pun kemain happy..... 

Suruh nap petang pun tak mahu... 

Park untuk kids ni baru... Sebelum ni dah dua kali datang dengan Daddy tapi park ni belum ada masa tu... Amily sangat berani... Relax je terjun slide hijau tu sensorang... Ariq? Dia try sekali je terus tanak dah... Sian dia.. Terpaksa mandi sorg sebab Mummy jaga adik. Kak Shameera sibuk berdua kesana kemari dengan Qila... Dahle Ariq tu penakut.

Ni tgh hujan renyai... Tapi parki mmg ada air menyimbah dari atas. So hujan ke tak hujan ke mmg sama je... Hehehehe...

Sejuk kaaaaaaauuu.... 




Ni semua gambar2 masa first day. 2nd day tak ambil gambar pun sbb malas. 2nd day weols mandi kat park belah sana ada 2 dan lebih besar.



Memang Mummy bawak semua kelengkapan mandi yang ada. Memang puas hatilah diorg berendam siap bawak dolphin tu semua... Bola dgn pistol air je tak sempat nak main... Ihiks....

Sejuk sangat uols sampaikan terpaksa seret Amily naik... Sebab dia dah biru dah... Seksa ok nak pujuk dia naik. Dahle baju semua basa, licin... Kalau tak pegang betul2 boleh terlepas... Dia meronta kuat betul budak ni! Haisshhh. Kasi ninit, diam je dia...

Nasib baik bawak baju tebal... Lepas bilas badan, terus duduk dalam stroller dendiam. Naik je bilik masing2 kelaparan... Nasib baik nenek, ayah dan mama kak shameera bawak datang makanan banyak... Hehehehe... Ohye, satu lagi... Tuala dah kena sewa dah ok. Dulu boleh je bagi guna free! Choy sangat.

So far service untuk unit yang Mummy ambil dari kawan Daddy mmg best. Kami tak perlu berurusan dengan pihak Bayou. Time check in check out boleh kawtim. Nak beli wristband tambahan pun tak mahal. Coupon breakfast pun dapat diskaun. Tip top!

Tahulah time cuti sekolah ni. Receptionist sesak yarabbi. Time check out sangat sesak sampai berebut nak turun naik lift. Lift dahle kecik... Masa check out SATU je yang berfungsi. Memang gila.... Ada satu insiden Mummy bertekak dengan minah gila dalam lift. Dah tahu kau dari tingkat 3 nak turun check out, dia gi naik dulu lift padehal lift tu naik keatas. Konon malas nak tunggu lama.. Barang dia dahle banyak gila... Dah block jalan untuk weols keluar dr lift untuk ke tingkat 11. Masa sampai tingkat 11 weols stuck tak boleh nak keluar sebab barang2 dia yang melambak2 tu... So lift bengong tu boleh meluncur turun balik... Tak ke sia2 weols dok meround turun balik. Buang masa betul! Geram aku dengan perempuan selfish macam tu... Dah tahu barang banyak, jangan main belasah sumbat je naik. Orang nak keluar dah susah dia halang jalan. Geram! Dahtu siap sound Mummy "Ala bukan boleh mati pun"

Kurang ajar kan mulut?

Tapi service Bayou itself sangat teruklah. Breakfast dahle tak sedap langsung! 2nd day lepas je mandi, Amily terus demam sebab air sangat kotor. Yelah terlalu ramai sangat manusia. Silaplah sebab Bayou dah open to public so sesiapa yang tak tidur sana boleh je masuk just utnuk mandi. Bayaran RM20 per person. Kau dah tahu mmg dah sangat sesak, lagi nak invite org luar. Dasar kapitalis!

Dulu tak open.. So privacy untuk residence sahaja. So next time NO MORE trip on SCHOOL HOLIDAY.

NO MORE!

Serik noks....


Okay ayuh pulang ye anak-anak.... Janji kalian happy. 

Ohye bibik dan nenek bergandingan naik slide.. Sangat kelakar bila bibik terbenam ke dalam air. Kau dah tahu jatuh dalam air, kau gi baring watpe... Hahahah. Sadis sangat tgk muka dia... Adoyai. Tapi dia berani gak nak mencuba... Oklah..

Itu ajelah nak cerita...

Tiada ulasan: