Sabtu, Januari 03, 2015

Orientasi Darjah Satu

 Sigh... Anak Mummy dah besar dah.... Kelmarin, 31 Disember 2014 orientasi di Sekolah Kebangsaan Infant Jesus Convent 1, Banda Hilir Melaka.

Qila datang of couse dengan Mummy dan Ariq sahaja. Tanpa Daddy macam orang lain. Its okay sayang. Daddy tetap ada dalam hati kita semua... :)

Qila pun sangat excited pagi tu bangun awal dan bersiap sendiri.

Anak manja kebanggaan Mummy dan Daddy... Nampak sangat matured. Dia antara yang tinggi dan tegap. Hehehehe.. Dia malu2 nak ambil gambar... Dah anak dara sangat taw...

Mummy ajak selfie punnnnn susah nak senyum. Masa dengar taklimat tu Qila bisik2 kata dia bosan. Berkali2 dia menguap. Hahahah.. Ariq mengaruk lapar. Selamba je dia buka bekalan nasi goreng dan makan kat situ. Dahle weols duduk depan sekali, Qila tanak buka bekalan dia sebab malu. Berkali2 dia mintak Ariq punya nasi goreng sikit tapi Ariq tanak bagi sebab takut tak cukup. Boleh? Sentap je Qila dengan perangai Ariq!

Nak elak Qila sentap, Mummy suruh diorg main kat luar dewan biar Mummy dengar taklimat sensorg... Hehehehe.

Lepas dengar taklimat, diorg terus beratur... Teachers nak bawak tour seluruh sekolah. So masa Qila tour, Mummy gi lah bayar apa yang patut..... Darjah 1 cuma ada 37-38 murid macam tu. So ada 2 kelas. Baguslah Mummy rasa tak sesak so teachers boleh beri tumpuan lebih kat pelajar. Sekolah IJC2 lebih ramai pelajar. Yelah IJC2 lebih famous dari IJC1.

Cuba cari mana Qila... Heuheuheu. Ada kawan FB Mummy tanya, kenapa Qila tak pakai baju kurung. Dia kata sekolah tak benarkan student islam pakai pinafore. Like seriously??? Sekolah Qila ni sekolah perempuan. Takde masalah kot nak pakai pinafore ke baju kurung. Qila yang requested nak pakai pinafore. Tapi hari Jumaat kenalah pakai baju kurung kan. Pagi 7.10am ada tazkirah agama so kena pakai tudung. Lepas tu terserahlah dia nak bukak or pakai terus. Mummy takkan paksa anak2 Mummy.. As long diorg selesa nak belajar, itu lebih penting. Pakai baju pun sama je.

Mummy dulu sampai sekolah menengah pakai pinafore. STPM baru Mummy pakai tudung. Mummy pun dulu sekolah perempuan. Masa STPM sekolah campur. :)

Qila masuk class sementara 1 BIRU. Hopefully kekal lah 1 BIRU tak payah nak pindah ke 1 MERAH sebab dah cop meja. Heuheuheu... Mummy pun tak tahu mana satu kelas no 1 tapi dua kelas je kot... Takde beza sangatlah... 

Mummy suruh Qila duduk meja ni so belakang dia luas untuk dia keluar masuk dan letak bag. Tak payah nak pusing2 leher tengok black board kat depan. Lepas tour terus dia duduk makan nasi goreng yang bawak dari rumah. 

Pandangan depan class Qila.. Oklah selesa dan kemas. Dulu class Mummy ada 2 kipas je. Skrg class bebudak ni ada 4 kipas tak silap. yang penting tepi pun dapat angin lah kan. Takdelah panas. 

Ramai yang dah beransur balik masa ni. Tapi Mummy just take time nak tour satu school dengan Qila. Suruh dia tunjuk Mummy apa yang dia tour tadi... Heuheuheu... Comel sangat Qila bila dia nak ingat balik mana jalan pergi toilet tadi.. Heuheuheu...

Pandangan belakang class dia.. Budak sorang ni tengah tunggu mak dia kot. Tetiba dia cop tempat paling depan duduk sebelah Qila... 

Perasan tak perempuan bawak backpack tu? Dia merayu untuk ambil Bahasa Cina as bahasa pilihan untuk anak dia. Dia kata dia terlambat sampai Melaka untuk register kan anak dia kat sekolah Cina. Dengar dialek macam orang Indon. Tak macam Sabahan pun. Dia ralat sangat sebab tak boleh pilih Bahasa Cina. Semua pelajar Islam dimestikan pilih Bahasa Arab. Kementerian dah tetapkan. Betul ke? Actually Qila pun pilih Mandarin. Dia tanak Bahasa Arab tapi nak buat macam mana bila cikgu dah kata macam tu. Terpaksalah ikut. :(

Hopefully 12 Jan nanti takde orang lain duduk sini. Dah strategik dah ni untuk Qila. #kiasumummy Ihiks....

Dah kenyang makan, ayuh posing ye....  

Class Qila jauh kat belakang. So Mummy pesan dengan dia, tunggu tepi ni nanti nenek datang ambil ikut pintu belakang. Kurang sikit jammed dan tak perlu nak lintas jalan. 
 Ada tempat menunggu khas siap ada tempat duduk semua. Selesa lah jugak.

Mummy ajak Qila tunjuk Mummy mana canteen..

Bersih kan??? Meja kaca senang nak bersihkan. Rasanya skirting ni baru tukar untuk 2015 kot sebab nampak sangat bersih dan baru. Mummy bagi A dekat canteen ni... :)

Kat sinilah nanti Mummy akan berkampung seminggu... Heuheuheuheu...

Ni pulak area tandas. Pun bersih sangat. Banyak tandas untuk kegunaan semua murid. Mummy happy tengok tandas dia bersih dan selamat. Nampak open tapi sebenarnya ada pintu masuk kiri dan kanan... Selamat dan bersih. Tandas ni actually betul2 belakang class Qila....

Tu class dia paling kiri sekali... So teacher kata, nak pergi tandas lalu belah kiri tu aje... Kalau hujan kena pusing jauh sikitlah kan... Sebelah kanan dua tingkap tu class 1 MERAH. 

Ni pulak kolam ikan depan perpustakaan. Nak masuk perpustakaan kena bukak kasut. So cikgu pesan kena tulis nama dekat kasut takut tertukar... Hehehehe..

Petang lepas makan kat rumah keluar balik upah anak2 behaved.... Merangkap beli tudung sekolah untuk Qila.  Yelah hari Jumaat kena pakai tudung untuk class agama. :) 

Abang yang senantiasa happy dan tersenyum...

Adik pun baru harini Mummy bawak dia keluar. Seminggu terperuk kat rumah sejak balik dari Bayou sebab terkena jangkitan kulit pada tangan dan kaki dia kerana air Bayou Park yang terlalu kotor. Sigh. Kulit dia mmg sensitive.

Diorg main sampai penat.... Mummy happy tengok diorg happy.

Esoknya Tahun Baru, 2015.

Alhamdulillah dapat call dari Daddy. Dia selamat berada di Korea sekarang. InsyaAllah akhir Januari dia balik...

Alhamdulillah.....

2 ulasan:

ajuramli berkata...

hahaaha..marsya... ;)
dekat Selangor dah diseragamkan pemakaian bj sekolah...ingat same ngan Melaka..rupenye tak lagi...kite penah je
pakai bj tu jugak masa tadika perpaduan tahun 1990 dan darjah 1 tahun 1991...tahun 1992 terus tukar sbb kuar arahan diseragamkan...

Marsha~ berkata...

aju, yeke? means semua kena pakai baju kurung? tapi ada anak2 kwn saya kat selangor yg pakai pinafore. sorg kat puchong sorg lagi KL kot

diorg pun masuk darjah 1...