Catatan

Tunjukkan catatan dari 2015

Weekend kami, dulu lah...

Imej
Pergh.... Lamanya peram cerita ni dalam draft.... Oh yeah...
Ni sebelum bibik balik lagi. Bulan lepas lepas.. Ogos kot.... Bawak anak2 main kat Dataran 1 Malaysia.
Memang seronok datang sini terutama kalau ada fun fair dsbnya... 
Kau sediakan duit aje nyah oi....  RM5 per 15 minutes. Kot sumpah aku dah tak ingat... 
Amily sangat happy naik ni... Pandai dia mengayuh. 3 anak dah RM15. Weekend RM7 tak silap aku... 

Tepi laut, mmg bestlah kan.... Sayup je angin sepoi sepoi bahasa.


Ko tengok, lama sikit je dia mula bosan le tu.... Ni kali kedua naik... Kali pertama masa malam. Bestlah sebab sejuk sikit.
Pas mengayuh mahu tak dahaga... Gulp gulp tonggang air...

Abang Kakak kena long chan... Heuheuheu... Tak legend lah korang kalau tak kenal longchan taw... 
Lepas tu kita gi hujung belah sana main air pulops... Dulu best main air kat sini

Sekarang dah tak best sebab bilik air dah sempit. Tempat mandi dah takde... Semua tandas je..... Memang sesak dan bengonglah diorg kecikkan tandas padehal…

Lamanya

Imej
Dua bulan aku tak update blog....


Lamanya.......
Nanti eh... Banyak yang terjadi, banyak nak cerita....
Nak pakai lipstick dulu.....
Okbai

Penat jugak...

Okay,

Ini weekend pertama tanpa bibik.... Penat memangle penat... Baju basuh non stop... Pinggan makan cawan jugak membasuh non stop... Menyapu punnnn non stop. Melipat baju lagilah non stop!!
Memang syiok buat kerja rumah sekali sekala tetapi kalau dok hari2 basuh baju lipat baju, mahu muntah hijau kauuuuu..... 
Masa ni pulak le, ampaian patah le..... Hanger tak cukuple.... Penapis air bocor le.... Semut masuk dalam gula le.... Penyapu patahle...
Hanginnnnnnnn....
Kerja dah banyak mmg le stress, benda2 remeh macam ni lagi buat aku stress!!!! Hawau jadah betul.
Anak2 asyiklah aku sogok cartoon dengan youtube je. Sian diorg terutama Amily...
Ohye, dia baru dua hari kat baby sitter. Alhamdulillah. Hari pertama dia nangis,. Cari bibik. Hari kedua dah happy sebab ada kawan. Dia kan suka baby.... Ada budak lelaki umur setahun lebih. Baik pulak dengan dia. Pastu masa nak balik, siap hulur pipi mintak dicium dengan kaklong, anak baby sitter yang jaga dia tu. Manja kemain.....
Tapi dia agak c…

8 September 2015

7.15 pagi baru aku terjaga dari tidur.... Dah lambat! Mampos....
Terus mandi pakai baju zassss salam laki cium anak2 terus drive. Dalam kereta layan lagu rock Amy Search Wings etc di Hot FM.
Sampai je office, bergosip jap dengan Erni. Terus ke meja buat kerja daaa. Balas email, balas whatsapp, tengok atas meja yg tak pernahnya kemas tu-- penuh dengan applications forms dan surat... Sigh... Then laju2 keluar cafe depan breakfast-- Roti Cheese Planta & Limau Ais.
Dapat whatsapp En Nizam, kalut bgtahu staff yang patut ambil salah seorang panel KPT di Putrajaya pagi ni MC. Good. Kelam kabutlah cari pengganti. Alhamdulillah dapat. Settlekan few things untuk driver & Nizam yg nak pergi jemput panel, dah 11 pagi... 😂
Sambung settlekan folders utk meeting penting petang ni, layan calls, layan students datang, layan penyelidik datang, sambung buat folders, tup tap dah pukul 1.00 tghari. 2nd bos ajak lunch.
Okay, ikut dia jap. Lunch kat Mini Malaysia. Asyikkkkk lah tengok jam sebab takut la…

Wedding Ayu dan Ayie di Borak Ombak...

Imej
2 weeks kot lepas raya, ada wedding invitation kat KL. Kat Bora Ombak..
Aku dah lama kenal Ayu, sekal zaman fotopages, sejak zaman anak dara lagi... Masa wedding aku pun dia datang kan, so takkanlah aku tanak datang wedding dia ni....
So ayuh kita....
On the way, Qila pakai tshirt je.... Dah sampai KL baru tukar gown. Budak ni pun sama pakai tshirt je dulu... Amily, kena ikat... Dia mmg akan tido kalau diikat dalam carseat. Tapi lately dia manja betul. Nanti mesti merengek nak cari Mummy nak tido atas pangku.. Dalam 12.30 kot kami sampai. Orang tak ramai lagi... Tapiiiiiiii... Makanan lauk pauk kenduri sangatlah sedap. First time aku makan rendang daging palempang uols.... Sedap bertambah2.... Heuheuheuheu... Kami pilih meja hujung. Sedaple menambah. Menu memang terbaik!!! Bukan macam nasi minyak/beriani biasa... Bowringgggg.... Penganti lalu berarak boleh nampak dalam cermin meja kami... Heuheuheuheu... Amily cotet tanak makan. Dia tengah khusyuk tengok pengantin.... Sweet sangat...…

BBQ Raya...

Imej
Opocot mak kau..... Dah nak masuk raya haji baru kau nak cerita pasal ni???
Heuheuheu... Relaxlah uols.... Takde expiry date apa untuk  semua orang mengupdate blog...
Okay, ni masa kami buat makan2 kat rumah adik aku.... Potluck gitu so aku saje buat BBQ sebab masa kat kampung tuhari, tak cukup... Adik aku tak sempat nak makan lamb habis licin... Tu sebab weols buat BBQ lagi....
Semua dah siap pakai apron sorang satu... Si kecik tu pun nak jugaaaaak. Excited nak bakat sosej.
Ko tengok Amily.... Puas Mummy suruh dia posing bertiga dengan kakak dan abang tapi dia tanak... Kemain eksyen tatau kenapa.....
Lepas je Mummy ambil gambar atas tu tetiba dia taik tangan abang dia, ajak bergambar....
Kau rasa, tak ke sentap hati kakak dia? Kemain manja posing dengan abang.....
Ngueehehheeh.. Amily oh Amily Geram Mummy tengok dia. Dengan Daddy pun sama, kalau manja kemain manja sangat.... Kalau time dia takde mood, panggillah mcm mana pun memang dia tanak langsung dengan Daddy...
Ikut mood dia aj…

Raya ketiga...

Imej
Nak jugak upload kat blog uols....... Kata kenang-kenangan kaaannn..
Kami masih di kampung masa raya ketiga tu... Means masih ada kat Muar le... Dari Muar gerak pagi kot. Ni kat rumah pertama ke eh?  Anak2 aku suka makan ni... Diorg kata cupcakes... Banyak diorg makan.... Ayuh bergambar dulu.... Muka masing2 masih suci sebab belum kepam dengan peluh lagi..... Heuheuheuheu...
Qila yang ambil gambar ni.... Amily tengah tidur masa ni... Kuat tidur betul anak dara aku tu.... Kat rumah pertama tu ada harimau noks.... Buat halau monyet kot...
Lepas tu weols ke MITC... Anak2 bersalaman untuk duit raya... Semua dapat RM5 termasukle aku dan Bi... Ngueheheh..
Ni Ketua Menteri Melaka.  Ada live band... Korang takkan tak kenal siapa ni kan??? Agak susah nak ambil gambar mereka bertiga. Salah seorang mesti akan tersepit punya... Nak ambik gambar berdua pun susah.... Ada dua juon menyelit belakang bontot aku tu.... Tolak2 aku dari belakang. Sakit hati mak! Cer tcari mana kepala Ariq... Buehehehe.. …