Rabu, Oktober 01, 2014

Buat manusia berhati busuk..

Aku ni kan, bukanlah baik sangat. Dan bukan jahat sangat kot... Dan terus terang aku tak ramai kawan pun kat Universiti tempat aku bekerja ni.... Kenalan memangle ramai sebab staff beribu kot... Tapi yang rapat comolot tu boleh kira dengan jari....

Tak ramai kawan2 satu Universiti ni aku add kat FB. Aku sangat2 teliti dalam memilih kawan2 FB aku... Bukan pilih kawan ye, tapi aku pilih yang betul2 nak keep in touch dengan aku je... Yang boleh give and take.. Sharing benda2 menarik and whatsoever.. BUKAN sekadar stalker lalu di angin bayu.. Pui..

Mesti korang cakap, eh engkau siapa pun orang nak stalk kau bagai? Kau fikir engkau DIVA?? Engkau siapa??

Thats whyyyyyyyyyy.. Aku siapa pun??? Aku hanya orang biasa.. Tak kaya, tak vouge, tak diva... Tapi benda inilah yang jadi nyah!! Realitinya disini.... Banyak kali dah aku terkena...

Nak kata aku ni show off, dulu memanglah kot. Show off pun, benda2 remeh dan kecik. Bukan tunjuk harta berjuta pon.. Tapi aku dah mula slow down setahun dua ni.. Sebab aku mahu berubah, jadi orang yang bersyukur dan tidak riak. Berubah menjadi lebih sederhana dan bersyukur. 

Dan, sayugia aku mengingatkan, once aku approved kau sebagai kawan (di FB dan sebaginya), means aku ikhlas nak berkawan dengan kau... Tak kiralah kau datuk ke, kau kaya ke kau miskin ke, kau pencacai ke... Semua aku layan SAMA RATA. 

Kecuali, berkaitan umur. Yang elder tu, aku akan respect lebih. Yang muda so koranglah kena respect aku..

Deal.

Kisahnya sehari sebelum semalam, ada satu minah ni, kawan satu tempat kerja aku, yang takdelah aku kenal sangat pun. Aku add dia pun sebab dia pernah komen blog aku kot. Dan pernah tanya aku something something. Aku pun tak pernah keluar berdua or ada personal matters dengan dia pun. Tidak pernah.

Tapi once in a while dia ada whatsapp aku tanya pasal duniawi. You know, DUNIAWI...

Okay,

30 September 2014. Aku bercuti rehat. Penat jaga konvo weekend tu.. Aku kat rumah baru je bangun tidur, baru je sesiap hantar anak2 school dan mandikan Amily..

Aku update status aku, pasal mimpi aku malam tu. Aku ni kalau dari pagi sampai petang sibuk, malam mesti akan bermimpi benda yang aku sibuk buat siang tu... Itu adalah TIDAK semestinya LOGIK atau BETUL.

Dah namapun MIMPI!!!! Kan? Permainan tidur...

TETAPI, perempuan ini sangat bijak. Dia main FB pepagi buta kat office. Agaknya takde kerja kat office tu kot. Kalau dia cuti pon, agaknye dia takde kerja kot kat rumah dia tu.. BOSAN... So ayuh buat something fun today....

Dia sudah print screen status FB aku, 20 minit selepas aku update status aku. Print screen straight dari News Feed wall FB yang dilihat dari phone Samsung dia tu.. Sangat bijak..


Alololoooo.... Comel sangat anak aku punye gambar tu....

Nampak tak, 22 minutes ago. Baru 3 orang like. 8 comments tapi dari 3 orang yg sama.

Dia print screen, then pergi hantar kat whatsapp group AJK Jamuan Pesta Konvo. AJK Jamuan pesta konvo dimonopoli orang2 kuat Bendahari nyah... Nice..

Kalau sekali imbas, memanglah nampak serius. Sebab bodyguards & polis pengiring TYT (VVIP tuuuu) tak dapat makan kot. Nak mampos?? Memanglah isu besar. Jatuhlah air muka AJK Jamuan... Kan??

Tapi, wey nyah!! Itu hanya mimpi aku lah senduuuuu.... 

MIMIPI! Tiada siapa yang tak dapat makan pon. Kenapalah tak baca betul2 sebelum melenting dan mengamuk tak tentu pasal. Sampai nak cari siapa manusia yang update status tu di FB??

Astagafirullahalazim..... Terkejut sungguh aku bila aku dapat print screen ni... Aku kecewa sungguh sebab aku tahu. Sekali imbas aku tahu, orang dalam FB list aku yang buat kerja ni.

Atas dasar apa? Nak buat aku malu? Nak jatuhkan tindakan kepada aku sebab sebar fitnah? Nak buat aku rasa bersalah?

Dan hanya satu nama dalam kepala aku. Sebab hanya dia sahaja stau-satunya manusia di dalam FB aku yang bertugas sebagai AJK Jamuan tahun ni. Dia seorang je dari sana yang aku pernah add di FB. Tiada orang lain.

Tak perlu lama, aku terus deleted dia. Aku tengoke balik print screen tu, ada profile lelaki bawah status aku tu. Apa susah, aku cari profile mamat tu :-


Aku tengok siapa mutual friend aku dengan dia...


Ada dua sahaja, satu adalah Ahmad Amran which is kawan laki aku.

Dan dia, perempuan itu. Tapi aku dah deleted dia lah masa ni.....

Aku tanya balik, teman yang memberikan aku print screen tu, adakah benar si polan yang menghantar print screen tu di whatsaap grup? Barulah dia sahkan. Sebelum tu dia refused nak bagitau sebab tanak keruhkan keadaan. Takdehal lah kejap je aku boleh cari sendiri.

Tak susah nak deal dengan orang macam ni sebab dia 'bijak' sangat.. 

Binggo!

Aku tak sedih pun. Tak rasa apa2 sebab aku tak salah. 

Aku rasa kasihan dan simpati pada mereka ni. Suka sebarkan dan spread benda yang tidak benar. Menimbulkan fitnah dan mengaibkan orang... Baca tak habis, baca tak faham terus sebarkan. Timbulkan salah faham dan kemarahan orang lain.. Sudahnya Qila jugak yang popular sebab gambar dia sedang posed tergedik kat situ.... Pfffthh!

Aku happy, dapat pahala free dan dapat cari sendiri siapa yang punya angkara. Aku just private msg dia dan ucap terima kasih.

Itu aje. 

That women is just not worth it. To be deal with. 

Yang penting support dari kawan2 yang sebenarnya sahabat dalam perkara ni.. And you know who you are guys... 

Aku blogkan benda ni as pengajaran. Untuk semua buka mata dan hati.. Hidup ni bukan sahaja untuk mencari kesempurnaan dan kesilapan orang lain. Dan bukan segalanya berkenaan kamu sahaja..

And so what kalau itu bukan mimpi? Kau tiada hak untuk print screen dan sebarkan pada semua. Kau tiada hak perempuan!

Kau siapa?

So please get a better life!

Idiot.

6 ulasan:

LYAfrina berkata...

Truknya.. smpai ke tahap tu..
Ni mesti dia slalu skodeng fb awk jugak. Agknya dia sntap. Tp sah2 mimpi kan.. ni y x suka bila add fb dgn org seofis. Y baik n memahami tu ok la. Tp y jns fren dgn kita semata nk skodeng n apa y kt up utk djadikan bahan nak mgumpat n xpuas hati.. mmg x best. Tp mujur sy ni jns mmg x update status. Dh lama kot.. cuma update pic kat ig n sa y share k fb.. jd nmpklah hdup fb tu

Amyz berkata...

Alahai.. Pathetic nya.. Kesian. Kesian.

adex-aieda berkata...

sangat menyampah kan org cenggini... daku pon pernah kene masa kat opis lama... adex xtau nak klasifikasikan apa jenis manusia cenggini... ku biarkan ia senyap begitu saje...semakin senyap semakin galak dia berkongsi... padahal dia langsung x penah like or komen setiap status2 adex kat fb nun... keje dia hanya print screen... sampai skrg status2 sedih adex kene posting department lain pon dia masih jugak dok pront screen.. nak jugak ku bertanya dah xde keje ke? sudahnya ku remove sekali pakej block... leh plak wassap tanya kenapa dah xde fb.. ku kata mmg ku remove semua kawan opis lama... kalau buleh nombor tipon pon ku nak tukar... pppffhhhh

Marsha~ berkata...

betul tu..... muka nampak baik tapi hati banyak busuk. kalaupun status tu mencurigakan, kenapa tak PM dulu tanya or whatsapp dulu utk tanya.. kan???

Tanpa Nama berkata...

Ini olang aaa....kena tgk Lawak Ke Der 2....tgk ape isi lawak dari Harith Iskandar pasal nie...walaupun lawak...tapi isinya memang tepat!

-bi-

Tanpa Nama berkata...

Ini olang kena tgk/layan Lawak Ke Der 2 aaa....tgk 'isi' lawak yg disampaikan oleh Harith Iskandar...mantap!!!...