Selasa, Oktober 14, 2014

Bila dia dah start meratap rindukan Daddy..

Malam sebelum tu, sebelum nak tidur meratap-ratap bercakap sensorang sambil belek2 gambar Daddy dia... 

Memang rindu sangat dah tu.. Ayat2 yang keluar dari mulut dia mmg buat Mummy merembes air matalah malam tu..... Sedihnya hanya Tuhan yang tahu. Kita ni orang2 tua kalau rindu banyak benda boleh buat untuk alihkan rasa tu. Tapi diorg ni masa nak tidurlah masa yang sangat kritikal. Sebab sepanjang daddy cuti 6 bulan tu, memang setiap hari Daddy yang tidurkan dia.. Gosok2 badan dia... urut2 kaki dia....

So bila Daddy dia takde, memang sanagt2 terasa, Setiap malma dia merayu Mummy tidurkan dia... Nak buat macam mana nak, Mummy kena tidurkan Amily dulu... 

Anak2 aku ni jenis yang tidur serentak... Kalau mak dia dah masuk bilik, masing akan mengekor masuk bilik gak.. Memang manja melampau... Qia memang ok je tidur sendiri. Cuma Ariq tu memang ngada lebih sikit..

Selalunya kalau Amily dah tidur, bila tengok Ariq, dia pun akan tertidur sendiri.

Kalau belum, aku akan turun ke bawah dan tidrukan dia. Gosok2 badan dia sampai dia terlelap..
Macam gambar atas ni, dia tertidur sendiri. Alas bantal dengan baju busuk Daddy dia, cium kain yang Daddy 'hadiah'kan masa dia selsema tu...

Sedih sangat Mummy tengok budak manja ni punya gelagat.

So pagi Sabtu cuti weekend lepas, gigih Mummy bangun pagi ajak dia main ffotball depan rumah.... Gitueewww.. Buat aktiviti jantan yang dia buat bila Daddy ada.

Gaya mesti ada uols..... Kata profesional kaaaaaann... Pui


Posing juga adelah perlu... Nak tunjuk Daddy...

Baju Mancity bukan sembarangan uols.. Paklong dan Mklong dia belikan dari Manchester nun. 

Kemain anak Mummy. Boots bola Mummy yang hadiahkan last month. :)

Socks tak tahan macam pemain sampai lutut elak kecederaan kalau jatuh.. Ihiks... 

Tapiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii.... Hati dia takde kat padang..... Dia main kejap je... Tak seronok kot main bola dengan Mummy sebab Mummy asyik ambik gambar dia je...

Bila Mummy suruh panaskan badan lari satu padang dia boleh bagi alasan.

"Dont want. Got taik kucing"

Hampeh kau.

Last-last dia duduk je..... Tengok kucing jiran lari sana sini... Boleh?

Tapi dia ada tunjuk skills yang Daddy ajar kat dia... Macam gelecek bola dalam bentuk lapan, keliling tempat yang dia duduk tu... OKlah at elast dia ingat apa yang Daddy ajar. Kan?


Semoga dah besar nanti, Ariq akan jadi school player ye sayang... Golf kau nak main, football pun hendak.. Bowling pun nak....

Takpe, boy memang mesti kena terer banyak benda... Baru jadi rebutan..

:)

2 ulasan:

Zasillah Ariffin berkata...

sedihnya tengok time tidur tu..

norhidana miswan berkata...

alahai sian nyer dia... bile daddynyer balik kak?

tp ok lah tu ada jgk aktiviti yg boleh bt dia leka