Khamis, Mac 13, 2014

Amily Rania Iman

13 Mac 2014

Hari ni genap usia mucuk macam Mummy Daddy ni 10 bulan...

Kejap je masa berlalu.. Lagi dua bulan je lagi Amily nak masuk setahun.. SETAHUN!! Aiyooo..

Dulu kakak kan, umur2 macam ni dah menunggu nak jadi kakak dah tau... Umur kakak setahun, Mummy dah ngandung 3 bulan.. Heuheuheuheu...

Hissshhh... Tapi takdelah sampai nak ngandung lagi sekarang ni... Nak tumpukan yang tiga ni dulu... Yang keempat tu takkan ada buat masa ni.... Tapi kalau dah rezeki terima je.. Tapi buat masa ni, cukuplah tiga ni anak2 kami... :) Mummy tak larat nak meneran lagi dah.. Huhuhu...
Amily? Sian dia lama Mummy tak letak perkembangan dia kat blog ni... 

Amily ni sangatle manja..... Sesuai sangat dengan nama dia... Gigi baru tumbuh dua kat bawah.. Masih dalam usaha bertatih... Sangat lasak sebab dia suka sangat kacau abang dia... Selagi tak dapat apa dia nak, dia akan struggle habis-habisan untuk dapatkan jugak... Paling kritikal kalau nampak abang dan kakak dia tengah makan nasi... Selagi tak dapat rampas pinggan makan tu, selagi tu lah dia berusaha sehabis daya... Budak ni punya tenaga lain macam wooo...

Dan, takboleh woooo kena marah sikit. Nanti jadi mcm ni:-

Usshhh... Kalau dia merajuk, baru nangis sikit mata dah bengkak merah2... Dia kalau dah nangis sebab merajuk kena marah memangle ambil masa yg panjang... Ngada sungguh!

Daddy suka sangat sakat dia tau... Sedih betul lah kalau Daddy cakap "Biaseeeee dia.."

Memang kemain lama lah dia nangis sampai tertonggeng2..

Amily suka sangat tengok cartoon.. Kalau dia tgh tengok cartoon, kakak dan abang suka lalu lalang depan TV... Nanti dia startlah diri depan ni...
Baru puas hari dia takde org ganggu pandangan mata dia... Bertuah betul...

Mummy sayangggggggggggggg sangat dgn dia ni..... Semalam, dia dah start panggil2 "Mama... Mama..."

Geram sangat!

Dia suka Mummy gomol2 dia... Nanti melekek2 dia gelak sebab geli...

Happy 10 months old baby...
Semoga jadi anak yang menyenangkan kedua orang tua mu Sayang....

Baik dan sayang kedua abang dan kakakmu...

Hormat pada yang lebih tua, sentiasa sihat walafiat dan ceria selalu....

Amin....

4 ulasan:

Fha Hzh berkata...

Amily name yg cntik sgt. slalu org letak Emily. semoga Amily cpt berjalan and mnjdi anak yg solehah.. :)

Marsha~ berkata...

Thanx Zoe.. ;)

Migha berkata...

comellll:) HB 10mths Amily...

Elyn Sani berkata...

Nampak susut dah amily. Mesti lasak ya rabbi ni huhu. Happy 10th mnths ai comel!