Khamis, Februari 27, 2014

Hidupku sebagai Mummy yang kiasu..

Actually, sejak tahun 2012 lagi aku dah bookingkan sekolah rendah untuk anak2 aku... Means Qila akan masuk Darjah 1 pada tahun 2015 dan Ariq pada tahun 2016.

At first, Qila aku register kan di Sekolah Kebangsaan Perempuan Methodist 2 (MGS 2)

Tapi selepas mendapat nasihat dari 'kawan', beberapa jam selepas itu, aku tukar pulak booking ke Sekolah Kebangsaan Perempuan Methodist 1 (MGS 1) iaitu dalam kawsan yang sama tu... Sebabnya katanya situ Guru Besar Chinese, dan lebih ramai Chinese students kat situ... So potential anak2 ko cakap omputih adalah lebih tinggi peratusnya... Katanyalaaahhh...

So aku pun tukarlah... Walaupun aku sedar sekolah itu agak buruk... Yelah, sekolah zaman penjajah kot. Dinding kayu lantai papan... 

Kenapa aku pilih sekolah perempuan??

Knowing Qila, dia agak rimas dengan budak lelaki yang bising dan nakal. So daripada dia rimas nak ke sekolah, better aku hantar dia ke sekolah perempuan sahaja. :) Lagipun, sekolah perempuan lebih relax dan santai kalau sekolah campur ni... Attitude uols... Attitude! Aku dulu sekolah campur, masuk menengah sekolah perempuan. Lain rasa dia..

Okay, taaapiiiiii awal tahun haritu mak mertua aku tanya.. Dah daftar Qila sekolah ke belum? Sekolah mana? Bila aku cakap aku register MGS 1, mak kata.. Kenapa tak MGS 2? Sebab sekolah tu dapat banyak duit kerajaan bagi, Sekolah tu dapat award sekolah kluster bla bla bla bla... Cemerlang bla bla bla bla..

MGS 1 tak pernah dapat apa2 award lagi... Sedih! Sendu... Dahle buruk.. Wakakakaka... (Gurau jeghs)

Adoyaaaaaaiii... Knowing me, bila dah dapat info macam ni... Aku mulalah tak senang hidup. Mulalah makan tak kenyang, mandi tak basah, tidur punnnn tak lena..

Ini masa depan anak wey... Tapi takkan aku nak tukar balik ke MGS 2 kan??? Aku dah batalkan ape... Nak kena maki dengan kerani???

Makanya aku pun google2 kat ienternet dari sekolah mana lagi dapat award2 ni... Kebetulan, sekolah yang direkomenkan oleh teacher Qila adalah Infant Jesus Convent (IJC) - antara sekolah yang dapat anugerah kluster dan anugerah sekolah berprestasi tinggi KPT cohort 4 bla bla bla dan antara top 3 UPSR seluruh Melaka pada tahun 2012 tak silap aku.. ke 2013 aku dah tak ingat.

Ditambah lagi, schoolmates Qila mostly register ke IJC dan sekolah jenis kebangsaan cina. So tanduk aku pun keluarrrrr...

Makanya suatu hari itu, tanggal 30 Januari 2014, aku pun pergilah ke IJC nun. IJC agak jauh dr rumah aku dalam 5km. IJC kat Bandar Hilir. Sedangkan MGS letaknya kat Tengkera je... Belum campur jammed sebab sekolah tu terletak betul2 dengan shopping malls, hotels dan jalan sempit.. 

Alhamdulillah, dua2 IJC 1 dan IJC 2 masih ada kekosongan walaupun IJC 2 almost penuh dah. So aku pun bergegas ke MGS untuk batalkan pendaftaran Qila (again) kat sana..

Kiasu kan???? Heuheuheuheu... Walaupun sebenarnya aku tak sure nak pilih IJC 1 ATAU IJC 2, sebab dua2 nya pun dapat anugerah sekolah prestasi tinggi... 

Tapi lepas berborak panjang dengan kerani2 sekolah IJC 1, aku bertekad nak pilih IJC 1. 

IJC 2 lebih ramai students dan campur2 bangsa sama rata... IJC 2 lebih meriah dan bising sebab students ramai kan.. So bagi aku betterlah pilih IJC 1, sebab Qila pun tak suka sesak2 ni... Better pun tak ramai in one class so teacher lebih banyak masa untuk personally coach anak2 kita kan...

Walaupun sebenarnya selepas tu aku dapat tahu mostly classmates dia registered di IJC 2...

Oh my gawd!

Takkan nak tukar lagi...

So aku tanak fikir dah...

Hahahahahahahahahaahaha... (Sakit hati)

Oklah.. Settle bab Qila... Tu baru Qila okay... Belum masuk kisah sekolah Ariq!

Korang sanggup nak baca lagi tak ni??????

Meh tunjuk gambar dulu...

Ni aje yang ada dr google... Ni IJC 2..

Ko jangan kutuk buruk tau nyah... Sekolah ni berapa kali dapat anugerah kecemerlangan. Diorg banyak duit so sekolah diorg ada CCTV okay... Both IJC ada CCTV dan makmal komputer yg sangat lengkap... Program pun banyak dan sekolah ni active in ko-kurikulum. Ni maybe pun gambar lama ni...

Permandangan dr atas... Class Qila kat hujung sekali kat tangga tu.. Sebelah pokok tu pagar belakang so senang nak ambil dia balik sekolah.. Ni pun gambar lama...

Okay skrg masuk bab Ariq pulak.. Sebelum ni aku dah registered dia ke Sekolah Kebangsaan Tengkera 1 (TES 1) area Lorong Pandan gak.. Kiranya kalau nak balik naik basikal pun boleh je... Tapi dengar pulak cadangan Mama (cousin) aku, why not hantar Ariq dekat SFI sebab senang nak hantar dan ambil sekali dengan Qila nanti.. Kalau TES macam jauh sikitlah kedudukan sekolah diorg...

Haiiihhhh...

Tukaaaaaaaarrr lagi??? So kelmarin, pkl 4.20 petang. Pejabat pun dah nak tutup dah uols... Ku seret Ariq sekali bawak dia sebab dia nak ikut. Kami batal TES 1 dan terus drive ke SFI dengan confidentnya... Sebab yakin sangat masih ada kosong!

SFI ni nama penuhnya St Francis Institution.. Tapi nama sekolah rendahnya Sekolah Kebangsan St Francis. Sekolah khas untuk lelaki sahajor... 

Bila tanya Ariq, Ariq nak tak sekolah sini....

"Tanakkkkk.. Kite nak sekolah Qdees jek.. Ni kan school orang besar, kite kecik lagi..."

Aiyo...

Aiyoooooo

Meh jaja gambar sikit.

*Pic from google

*Pic from google

Orientasi darjah 1 Tahun bila tak ingat.. 2011 ke 2012 macam tu... Heuheuheuheuheu...

Sooooooooooo cute!!!  Tak terbayang esok macam mana rupa Ariq pakai uniform sekolah. QIla tu bijak je bawak diri tapi Ariq ni Mummy risau sikit... (Eh yeke. Mummy je hover!)

Entah2 anak2 aku ni semuanya jauh berdikari dari yang aku dapat bayangkan... kan?

Tapi kan, sekolah SFI ni takde pun pernahd apat apa2 anugerah... Sedih kan... Katanya english orientation tapi nan hadooo anugerah. Sekolah pun so-so aje.. Sekolah menengah je nampak hebat dah gah sikit... 

Tu pun aku confused, tepatkah pilihan aku ni..... Tak jammed ke nak hantar dan ambil anak2 sekolah nanti.... Patutke aku mintak transfer ke kampus Bandar tahun depan ni???

Adoyaaaaaaiiii... Sengsaranya menjadi seorang Mummy yang kiasu...

Okbai!

1 ulasan:

Fha Hzh berkata...

skolah lame kite kak. kat CIJ2. skolah tu mmg terbaik la. mase kite upsr 2000 dlu dpt ranking no.2 dlm malaysia utk upsr. hehehe. anyway smua cikgu die mmg ajar best. CIJ1 pun best jugak cumenye ktorg dlu slalu gaduh ngan bdk cij1 hahaha.. tapi most of the time mmg funsgt2.. !!!