Rabu, Oktober 09, 2013

Almost 3 weeks...

Dah almost 3 weeks Daddy starts sailing.. Alhamdulillah, hati sudah mula tabah dan boleh adapt menguruskan rumahtangga dan anak2 tanpa dia sisi. Urusan bibik pun dah 90% settle. Tinggal tunggu permit dan visa dia siap ajelah...

Jangan tanyalah bibik baru ni macam mana.. Belum sebulan pun dia kerja. Jaga Amily pun baru 20 hari... So masih terlalu awal dia nak mahir dan menyedarkan diri bahawa dia tu datang ke Malaysia ni sebagai pembantu rumah. Bukan pelancong... Pui.

Ohya. A'qila baru je baik demam. Sekarang Ariq pulak menyusul. Demam tak tinggi. Light2 sahaja....

Sah lah kalau mcm tu demam rindukan Daddylah jawapnya.... Yelah, dah 3 minggu tak jumpa Daddy. Selama ni 24hrs berkepit dengan Daddy.... My poor kids...

Sabar dan kuat ye Sayang. Mummy tahu anak2 Mummy kuat. Ariq mesti kuat sama macam kakak walaupun kakak mata $$$ sikit... Hehehe...

Ingat lagi ayat dia cakap masa demam last few days.

"Daddy nak cari duit sampai SERATUS RIBU kan Mummy nak belikan kite hadiah" (ke barang eh dia sebut. Something like that lah dah tak ingat)

Aduh...... Amin kan sahajalah nak.. Mana tahu ada rezeki betul2 gaji Daddy sebulan rm50k.

Manalah tahu kan.... Merasalah Mummy nak pakai Audi Q9 ke walaupun belum wujud lagi.......... Boahahaha....

AMIN...

Apa apa pun sangat bersyukur yg kami still boleh keep in touch selalu dengan Daddy... Masih bokeh whatsapp and email kalau line internet stabil atas kapal tu... Teknologi menghubungkan kami... :)

Oklah... Nak check temperature anak2... Daaaa...

Published with Blogger-droid v2.0.6

Tiada ulasan: