Khamis, April 04, 2013

Khamis malam Jumaat

Hamboiiiiiiiiiiiiii.... Laju je korang ek kalau bab2 malam jumaat ni........... :p

Lama tak bebel2 kat blog ni... Kejap je dah masuk bulan April kan...... Tak lama lagi dah nak puasa.... Hehehehe... (Ko mengada ganti pose pun belummmm)

So ini bulan terakhirlah kot aku berstatus Mummy of Two... Pasni dah ada anak TIGA.... TIGA beb.... Seram je dengar... Heheheheh.... Camnelah rupa dan perangai yang nombor tiga ni ek??? Rasanya jauh sangat kot dengan perangai Qila dan Ariq..... Disebabkan dia girl, aku syak dia akan more to perangai Ariq.... Due ikut kiraan last period adalah pada 10 Mei 2013... So lebih kurang sebulan je lagi..... Pastu ko tengoklah apa ngomelan aku kat blog ni kan... Huhuhuhu... Ikut hati memang tak sabar dah sebab malas nak drive pergi kerja.... Tapi, kenalah tempuh jugak.... Selagi termampu, aku akan drive lah jugak kan....

Sabtu ni Bibik dah balik Medan... Genap 3 tahun dia berkhidmat dengan kami... Katanya nak datang kerja balik tapi wallahualam... Bi dah janji nak naikkan gaji dia.... Tapi tak tahulah... Aku tak berharap pun untuk dia balik sini pun... Sebab dulu dia pernah cakap, maximum pun 3 tahun je dia kat sini.... Lepas je dapat kumpul duit untuk beli tanah dan buat rumah, dia nak stop merantau.... So far last year dia balik, dia dah beli tanah.... This year tak tahulah cukup duit dia tak nak buat rumah..... :P

Ariq dan Qila memang manja dengan dia.... Ariq tu lagilah kan... Kemain manja dengan bibik... Yelah bibik yang jaga dia sejak dia umur 3 bulan.... Last year diorg takde pulak mencari2 bibik sepanjang bibik balik cuti... Tapi tak tahulah this year macam mana... Bi akan hantar dia ke Port Klang weekend ni... Aku dan anak2 tak ikut... Tak kuasa lah.... Malas.

Sementara ni, Ariq dan Qila akan stay dengan rumah baby sitter yang diorg duduk last year... Nenek Rubiah... Dah booked pun dia... Just bayaran mahal sikit lah.... Nurse pencen uols... Dan Ariq pun mmg serasi dengan dia.... Cuma aku risau jelah... Tgh2 sarat ni nak buat kerja rumah... Nak jaga anak2 lagi.... Mama pulak tengah sibuk kempen PRU13 so dia memang takkan melekat kat rumah pun.... Bi pulak malam ajelah baru ada.... Weekend jelah kot dia dapat bantu apa yg patut..... Hopefully segalanya dipermudahkan.... Hopefully jugak Ariq behave lah sepanjang bibik takde ni... Dia tu kan hyperactive sangat! Haih....

Semalam belek2 segala mak nenek keperluan baby yang aku dah beli.... Semalam jugak bibik tunjuk aku kat mana dia dah kumpul baju2 baby yang lama yang dah dibasuh... Yelah dia kan dah nak balik cuti.... Mak aihhhh... Banyaknyaaaaaaaaaaaa... Melambak2..... Penuh melimpah satu bakul besar... Ni macam satu almari pun tak muat untuk letak baju baby... Takut aku nak bukak... Huhuhu... Belum campur baju baru yg aku beli... Rasa macam hover dan membazirlah pulak.... Sheesshhh! Ni semua baju NEW BORN okay.... Dah terlebih-lebih pulak.....

Takpe, hopefully nanti boleh pas kat orang2 yang susah dan memerlukan... Susah2 nanti pas kat anak2 adik aku je... Hehehehe...

Ohye... Semalam kan, aku terbaca kat fb seorang yang aku kenal sejak aku belum kahwin lagi... Kalau aku sebut nama dia korang mesti tahu... Dia ni somebody yang popular gak.. Dalam bidang fotografi dan self portraiture terutamanya.... Dulu free hair, skrg dah bertudung... Dah berkahwin dengan seorang lawyer muda dan mempunyai seorang anak lelaki yg sangat comel....

Dia update status sedih2 je lately ni... Rupanya, dia dah bercerai dengan husband dia... Herm... Aku sangat2 terkejut...

Yelah, diorg muda lagi... Anak masih kecil... Usia perkahwinan masih mentah.... Padehal diorg bercinta agak lama sebelum kahwin.... Mengejutkan uols.....

Iye aku tahu, ajal dan maut jodoh pertemuan semua di tangan Allah s.w.t. Tapi kita sebagai umatnya kenalah sentiasa berusaha ke arah yang lebih baik... Perbaiki diri dan pasangan setiap masa... Buang yang keruh dan ambil yang jernih... Aku bukanlah nak kata aku ni baik dan rumahtangga aku ni perfect uols..... Rumah tangga aku sendiri pun bukan selalunya indah belaka.... Ada jugak bergaduh bertekak sebab tak sependapat dan salah faham.... Nak nak lagi aku ni kan, mulut puaka sikit dan Bi pulak jenis degil.. (Heheheh sedap je kutuk laki sendiri)... Takde yang manis je uols di alam perkahwinan ni..... Mesti ada pahit maung jugak.. Tapi apa yang penting sekali, satu tips sahaja aku nak share dgn korang.... Bila selalu sangat bergaduh laki bini tu kan, cuba korang pandang muka anak2 korang.... Tenung wajah mereka yang suci itu sedalam-dalamnya... Peluk diorg... Cium diorang... Cuba korang fikir apa tujuan korang hidup kat dunia ni.... Apa hala tuju hidup korang.... Kalau dulu masa kecik, mestilah kononnya nak belajar tinggi dan jadi orang berguna... Dah besar dah belajar tinggi, dah kerja..... Dah kahwin... Apa lagi yang korang nak dalam hidup ni???? Tambah2 lagi jika dah ada anak??? Dah tentunya segalanya apa yang korang buat kat dunia ni demi anak2 semata-mata... Dah takde lain dah uols.... Anak sahaja lah tumpuan utama uols skrg ni.... Untuk menjaga dan membesarkan amanat Tuhan ini dengan sebaik-baiknya.... Membahagiakan mereka dengan apa cara sekalipun....

Jangan kerana ego kita dan suami kita tu, kita ketepikan hak anak-anak kita... Mereka berhak hidup bahagia seperti kanak2 lain... Ketepikan rasa ego, marah dalam diri tu.... Belajar erti berkorban... Mengalah.... Bercerai bukan jalan terbaik... Percayalah....

Tapi kalau laki kau dah ada betina lain, dah tak ingat anak bini... Makan pelempang jelah jantan macam tu... Pui......

Tapi kalau bukan sebab orang ketiga, semuanya masih boleh diselamatkan... Percayalah.... Setiap masalah ada cara penyelesaiannya...

Poyo je ayat aku kan???

Lately ni memang ramai orang2 yang aku kenal punya masalah rumah tangga... Blogger, kawan2 fb, kawan2 geng kapal... Ada yang bercerai then kahwin lain.... Ada jugak yang rujuk semula lepas bercerai beberapa bulan... Ada yang digantung tak bertali....

Pokok pangkal, ketepikanlah kepentingan diri sendiri dalam hidup ni.... Lebihkan soal anak2... InsyaAllah.... Segalanya akan kembali pulih seperti sedia kala... Jangan berhenti berusaha dan berdoa kepada si Dia..... Pasti ada jalan terbaik untuk kita semua....

Janganlah sebab ikan goreng seekor, bergaduh tak bertegur laki sampai 2 3 hari.... Kalau laki dah pujuk tu, janganle mengada nak merajuk lama-lama... Kalau laki tak pujuk, apa salahnya kau pujuk laki kau tu.... Dia pun nak jugak dimanjai.... Kaaannn...

Oklah, sebelum ada yang kata aku ni dah macam Cik Siti Wan Kembang, baik aku stop membebel dulu... Agegegeggee...

Tiada ulasan: