Rabu, Februari 01, 2012

Adegan biasa kalau diorg naik kereta..

A'qila Izzara, anak aku yang sulung... Umur 3 tahun 8 bulan.. Kalau naik kereta, sangat jarang dia tidur kecuali malam atau dah penat sangat..... Dia ni bukan jenis terkinja2 kalau naik kereta.. Dia akan duduk dengan tertib sambil mendengar radio... So apa je lagu yang dia suka, mmg dia akan hafal dan ikut nyanyi sama.... Kalau lagu yang dia tak hafal, dia pun akan nyanyi sama tapi hujung2 je.. Ihiks...

Meh layan video dia.. Aku rasa, kat facebook mmg dah melambak aku upload video dia menyanyi... Tapi belasah jelah...

Anak kedua aku, Ariq Isyraf yang umurnya 2 tahun 2 bulan memang kaki tido dalam kereta.... Tak kisahle naik kerera siang keeee malam keeeeeeeeee... Dia mesti akan layan tido... Dia takde tunjukkan minat menyanyi mcm kakak dia.. Dia lebh suka berjoget.. Tapi dalam kereta, mostly dia akan layan tido...

Meh layan video dia tidur.. Mata tu bukan main berat macam tak tidur 2 malam berturut2... Tapi bagusnye si Ariq ni, kalau tido tu tak susah nak bangun bila dah sampai destinasi.. Tak cranky sikit pun.. Dia boleh je bangun, lap mata sikit2 then jalan keluar kereta sendiri... Memang terhoyong hayang at first tapi diorg tetap OK.. Heheheh.. Dia mmg ok tapi kalau Qila, mmg manja sikit... Kena dukung pujuk2 baruuuuu dia nak bangun... Kalau tak, mmg dia tanak jalan.. Mesti nak naik stroller sebab tak puas tido... 
Tu sebab tak susah nak travel seorang diri dengan budak berdua ni.. Ariq akan bantai tido, Qila pulak layan nyanyi sampai lebam... Cuma problem lah kalau Qila tetiba nak terkencing, dan Ariq pulak tengah tido dalam kereta kan.... Video atas tu aku dan bibik tengah syiok dengkikan Ariq... Siaaaannn Ariq kena buli... Huhuhu..

Pernah terjadi masa otw ke KL nak jumpa Daddy last few weeks... Qila tetiba nak terkencing masa kat highway... Nasib baik ade satu malay family naik MPV baru habis sembahyang.. Kebetulan aku park sebelah diorg.. So aku minta diorg tengokkan Ariq jap sementara aku bawa Qila ke toilet.. Tapi RNR Pedas-Linggi lah sebab parking bebetul depan toilet.. RNR lain aku tak berani sebab parking jauh.. Kena culik pulak anak aku nanti... Kalau terjadi jugak, terpaksalah Qila kencing dalam diaper jelah nak oi...Daruraaatttt.. Ahaks...

Sekian terima kasih!

Ngeee..

2 ulasan:

YaYaNsMuM berkata...

mmg struggle sikit bila takde hb kan?takpe2, supermom boleh!(^_^)

zoe berkata...

comelnye.. hehe. biase la kak, pompuan lagi fokus dr lelaki kalau buat satu benda.. tapi anak2 akak memang cute la. geram sangat..