Sabtu, Januari 21, 2012

Anak manja Daddy......

Orang selalu kata, anak boy akan rapat lebih dengan ibu... Anak girl pulak akan lebih rapat dengan bapa... Dalam kes keluarga aku yang special ini... Dua2 anak rapat dengan kedua2 ibu dan bapa... Sebabnya, kami selalu berpisah dalam jangka masa yg lama dan bila Bi ada di darat, seluruh tugasan berkaitan anak2 aku serahan 90% kepada dia... Dia yang tidurkan, mandikan, hantar ke school, buat susu bila malam2, buatkan air sirap lepas makan, suapkan makan, main sama2, gurau sama2, ajar itu ini, pujuk dan belai kalau masing2 merajuk dan macam2 lagi lah.. Dan kalau Bi balik, anak2 memang banyak sangat improvement..

Pencapaian paling besar, Ariq telah diputuskan puting oleh Daddynya... Dulu Qila pun Daddy yang putuskan... Hehehe... Pencapaian besar tu yang aku tak sampai hati nak buat... Qila pulak dah berpisah dengan selimut busyuk dan sudah pandai yak di toilet.. Tidur siang pun dah tak pakai diaper dan dia sendiri akan bangun shi shi bila terasa nak shi shi.. Malam memang pakai lagi lah kesian pulak dia nak bangun shi shi kan.. Dahle kuat shi shi... Huhuhu...

Tang selimut busyuk tu memang respect lah kan... Aku balik dari outstation je. Qila dah tak tidur guna selimut busyuk... Bangga aku sebagai isteri sebab Bi boleh manage anak2 dia bab disiplin ni... Bravo....

So, kesimpulannya, memang anak2 amat closed dengan Daddy bila Daddy cuti.... Sangat2 closed.... Sampaikan malam2 Ariq merangkak cari Daddy untuk mintak air sirap.... Haus sangatle tu.. Dia semua air dia kata air lap (sirap) huhuhu.. Qila pula suka tidur terlangkup atas dada Daddy malam2...

Sebelum Bi sign on tuhari, aku banyak transfer gambar2 dari samsung dia.. Paling suka sangat gambar2 ni... Masa ni tgh sibuk nak kenduri rumah baru.. Aku takde, aku kat office... Tengoklah Ariq sangat comot.... Mesti baru lepas minum air sirap ni.... Daddy kalau jaga Ariq, dia memang bebaskan Ariq buat apa sahaja... Kalau dengan Mummy, jangan harap... ;p


Bi kata, Ariq yang mintak Bi ambil gambar dia..... Senyjman dia sangat cheeky..... Geram tengok gambar ni.....


"Adik enget (senget)" kata dia.... Ngada je amik gambar senget... :p


Ni pun dia suruh amik gambar dia.... Gila bergambar mamat ni... Hahahaha...


Pasni da takde Daddy nak layan Ariq bergambar.... Sejak Daddy beli samsung, Mummy dah takde nafsu nak amik gambar pakai BB sebab hasil gambar sgt sadis compare dengan samsung Bi... Huhuhu...


Ni pulak masa Ariq merajuk dengan Mummy..... Dia tanak masuk kereta padehal weols dah nak gerak ke Pontian dah masa hari adik aku tunang last week... Dia nangis tersedu2 dalam kereta.. Bila Daddy cakap je "Meh Daddy sayang (pujuk) meh" Terussss dia nangis lagi sedih then peluk Daddy... So Daddy drive macam ni sampaile Ariq lena... Ngadanyeeee... Jeles Mummy!!!

Manja betul....... Selagi Daddy tak pujuk, mesti nangis bukan main sedih mcmle sakit sangat kena dera...

Eh okaylah..... Nak dinner bersama bakal adik ipar... Dia datang ni... Akekekeke... Daaaa...

- Posted using BlogPress from my iPad2

Tiada ulasan: