Isnin, Oktober 17, 2011

Walaupun begini berakhirnya percutian kami, aku tetap redha

Setelah bermacam-macam dugaan untuk merealisasikan percutian ni..... Akhirnya aku terpaksa akur, memang dah ditakdirkan kami sekeluarga takde rezeki nak bergembira di percutian kali ini.....

Yelah sebelum ni, percutian ni terpaksa ditunda sebab Bi tak dapat balik on time.. Kena bayar certain amount untuk tukar flight tickets... Lepas dah settle semua, A'qila pulak jatuh sakit... Tapi aku tetap gaaakk nak teruskan percutian ni memandangkan Qila nak sangat naik aeroplane... Semua yang aku buat ni pun untuk dia.... 

So bila dah jadi macam ni, aku redha jelah... Dah ditakdirkan A'qila jatuh sakit dan admitted di Hospital Langkawi....

Actually sebelum ke hospital, kami ke klinik kat dalam Berjaya Hotel tu jugak... Doktor yang suggest Qila cepat dibawa ke hospital memandangkan mata dia yang kuning dan fizikalnya yang amat lemah dan pucat... Pagi tu je 3 4 kali A'qila muntah... Nak ke hospital agak jauh.. Lebih kurang 40 minit.. Dalam kereta Qila muntah lagi... Habis keluar semua orange juice yg dia minum..... Dalam kereta aku dan Bi tak banyak cakap.. Kami buntu...

Sampai je kat Hospital Langkawi, layanan emergency department hospital Langkawi mmg superb. Tak macam gomen hospital pon.. Pantas betul diorg buat keje... Qila tak payah tunggu pun.. Dia terus dibawa masuk ke balik doktor.. Memang aku sangat2 terhutang budi dengan doktor termasuk paed yg tengok kes Qila.. Dia cepat bertindak..
Ni masa memula Qila sampai kat emergency... Dia memang totally tak larat.... Lepas beberapa lama drip, baru dia boleh bukak mata... Kesian sangat dia masa ni tapi dia tak merengek atau menangis... Behaved je... Dia pun tahu dia sakit... Tapi semua nurses dan doktor geram dengan badan dia yg debob tu... Masing2 mengelupur masa nak dukung Qila naik atas katil... Hahaha.. Ape daaa..
Masa ni dah masuk ward.. Sebelum result darah keluar, doktor kata Qila maybe dehydrate biasa sebab muntah2 dan tak makan... So aku macam boleh relax lagi.... Aku harap, lepas drip Qila akan okay... Seluar Qila dah habis kena muntah... So biarkan dia macam ni je.... Dia admit lebih kurang pukul 1.00 ptg... Bi bawak balik Ariq balik ke hotel dulu untuk ambil barang2 aku dan Qila... Sedih sangat bila terpaksa berpisah di tempat asing macam ni... Sedihhhh... Aku dengan Qila... Bi pulak dengan Ariq..
Bagusnya hospital ni.. Kami akan dapat dua set makanan.. Untuk ibu dan anak... Bagus kan??
Qila baru je bukak mata... Demam dia naik sikit so aku sponging je badan dia dgn air... Nurse bagi semua, kain dan semangkuk air.. Tepat 2.30 petang paed datang.... Macam2 dia tanya so aku dah syak yang bukan2... Aku jeling report darah kat tangan dia... Nampak dia bulatkan bahagian HB.. Hemoglobin Qila sangat rendah cuma 5.3 sahaja.. Terkejut aku.. Lepas tanya macam2, paed explain part ujian darah.. Dia kata HB Qila drop sehingga 5.3 adalah sangat abnormal.. Dia kata kemungkinan berlaku pendarahan dalaman yang buatkan red blood cells dia pecah dan keluar melalui air kencing dia... Ada dua kemungkinan.. Virus infection, ataupun G6PD Qila abnormal... Ataupun RBC Qila abnormal... Tapi.... Selama ni Qila takde masalah darah pun... Qila seorang anak yg sangat sihat dan pencapaiannya sgt memberangsangkan... Tumbesaran juga tip top.. Tiada delay development pun.. Dia membesar normal.. Tu yang pelik tu... Memula paed memang suspect thalassemia.. Tapi tak mungkin sbb aku dan Bi clear.. Confirm!

Bahayanya HB yang sgt rendah ni.... Darah akan failed untuk bawa oxygen ke seluruh organ penting dalam badan.. Means otak, jantung, paru2 semua akan kekurangan oxygen.. Kalau dah kekurangan oxygen, organ2 tu tak boleh berfungsi dengan baik.. Takutnye aku masa tu Tuhan je yang tahu.... Aku peluk dan cium Qila kuat2.... Kami berpelukan sambil menangis...
Menggigil aku bila doktor kata, kat Langkawi tiada pakar utk rujuk kes Qila ni... Dia akan call pakar di Alor Setar dulu untuk tanya.. Setengah jam lepas tu dia datang balik dan bagitau, Qila perlu di transfer ke Hospital Sultanah Bahyiah, Alor Setar petang tu juga.... Dia akan booking kan ferry dan aku dan Qila akan dibawa ke Alor Setar petang tu juga..

Menangis mengigil2 aku call Bi bagitau..... Tersedu sedan.. Call Mama dia tak jawap... Aku hanya terfikir untuk call adik aku dan mohon doa kawan2 kat FB.. Tu je yang aku termampu nak buat... Sangat takut......... Aku terfikir dan teringat kes anak Safura yang meningggal dunia sebab demam dan dehydrate... Anak dia sebaya dengan Qila... Aku takkan kuat kalau kalau... Ya Allah... Takut aku nak fikir balik situasi masa tu..... Berseorangan hanya dengan Qila mendengar berita menakutkan itu...
Walau Qila cuba untuk makan sendiri, tapi bila sampai je sudu kat bibir dia, dia tak boleh nak teruskan... Dia sambung baring..... Masa ni aku dah tak keruan.. Aku google maklumat kat BB... Google tentang bahayanya HB yang sgt rendah utk seorang kanak2 berusia 3 tahun....
Aku tunggu Bi dengan tenang... Aku berdoa tanpa henti.... Jam 5.30 petang ambulan dah sedia untuk bawa kami je jeti......

Masa tu sedih sangat.... Masa Qila dibawa masuk ke dalam ambulan, dia menjerit2 ketakutan memangggil Daddy..... Bila aku masuk ke ambulan pula, Ariq menjerit memanggil2 Mummy..... Dua2 anak aku menjerit dan menangis...

Pertama kali Ariq ditinggalkan dengan cara ni... Boleh ke Bi jaga Ariq?? Bi baru je jumpa Ariq tak sampai 3 malam... Bolehke Ariq behave ketika dengan Daddy dia?? Menangiskah dia malam nanti??? Boleh ke Ariq behave masa dalam kereta nanti??? Gundah gulana hati aku.. Mana nak fikirkan Qila... Mana nak kenangkan Ariq lagi... Aduhaaaiii....

Hanya Tuhan yang tahu perasaan aku dan Bi masa tu...........

Bi terpaksa tunggu semalam lagi di Langkawi.. Sebab di Alor Setar kami tak punye siapa2... Kenalan ataupun saudara mara.... Kebetulan battery BB aku pun dah nak habis... Bi pulak lupe nak bawak charger dari hotel.... Kami buntu.... Biarlah aku dan Qila je pergi dulu ke Alor Setar.. Bi tunggulah kat Langkawi stay kat hotel lagipun, kalau Bi ikut mcm mana dengan Ariq??? Kesian dia.... Thats why Bi terpaksa stay dulu di Langkawi sampai kami jumpa alternatif lain untuk tinggal di Alor Setar...

Alhamdulillah... Aku sentiasa ucap dalam doa aku.. Aku bersyukur dan redha dengan ujian yang Allah berikan pd keluargaku ini cuma aku mohon Allah selamatkan anak aku.. Aku belum bersedia utk kehilangnnya.. Aku mohon Allah permudahkanlah segala urusan untuk merawat A'qila... Alhamdulillah, Allah mendengar doa2 aku... Allah permudahkan segalanya sepanjang kami di Alor Setar..

Kebetulan, seorang kawan sekerja Bi, Ikbal.. Isterinya juga aku kenal melalui FB kerana kami senasib.. Kebetulan, wife Ikbal iaitu Zue memang sedang dirawat di hospital yang sama... Dia sedang mengandung tapi urinya berada di bawah.. So secara kebetulan kan??? Ikbal banyak membantu kami.. Dia yang ambil dan jemput Bi di jeti, bawa ke motel untuk check in, bawa Bi ke hospital untuk jumpa aku.... Alhamdulillah... Hanya Tuhan yang dapat membalas jasa Ikbal dan Zue.. Ohye, Zue juga bersusah payah menyuruh mak guard ward dia untuk hantar charger BB dia pada aku di ward kanak2 untuk aku pinjam... Syukur sangat2..... Facebook banyak membantu aku masa aku susah... Dengan facebook jugak, Ikbal dapat tahu, dan terus sms aku untuk menghulur bantuan... Syukur...

Terima kasih Ikbal...... Terima kasih Zue.. Semoga murah rezeki kalian...

Kebetulan juga, keluarga Bi ada kenalan lama yg agak rapat yang tinggal di Kuala Nerang, 30km dari hospital tu... So mereka juga yang memberi pinjam kereta untuk kegunaan Bi sepanjang kami disana... Dan di rumah mereka jugalah Bi, Ariq dan Mama tinggal selama 3 malam di sana... Terima kasihhhh Allah... Kerana mempermudahkan segalanya. Bayangkanlah kalau tiada yang menghulur bantuan?? Agak sukar untuk Bi untuk menguruskan Ariq sendirian dengan barang2 kami yg banyak tu... 

Ohye, aku dan Qila sampai di HSB, jam 9 malam.. Masa dalam feri, A'qila totally flat... Ade sesekali paras oxygennya jatuh... Nasib baik ada staff nurses yang ikut kami sangat2 taking care Qila sepanjang perjalanan...    Qila hanya tidur sepanjang perjalanan.. Aku tak henti2 membaca ayat kursi dan beberapa ayat lain yang diberitahu teman2 fb dan bbm.. Aku sangat takut...

Jam 11.00 malam, pakar datang jumpa aku.. HB Qila drop lagi ke 4.3... Makin jatuh.. So dia decided untuk buat blood transfusion malam tu jugak.... Tapi bergantung juga pada stok darah... Alhamdulillah syukur sekali lagi, ada bekalan darah O untuk Qila dan sesuai dengan dia.... Tepat jam 5.00 pagi, blood transfusion dilakukan.... Walaupun berisiko tinggi, aku tetap sign form kebenaran sebab aku no choice... Demi A'qila....

Dan spjgn blood transfusion, Qila tak mengalami masalah alahan... Semuanya smooth sahaja... Darah tu ngam dan sesuai dengan dia... Badan dia boleh terima dengan baik..

Tiada apa lagi perkataan untuk aku katakan selain, syukur alhamdulillah......... Tuhan permudahkan segalanya.... From A to Z! Syukur ya Allah...

Walaupun terpaksa duduk di katil extension selama 2 malam tapi aku tak merungut... Janji A'qila dapat rawatan yang sewajarnya... Dan HSB bukanlah seperti hospital gomen yang aku bayangkan.. Pakar, doktor dan nurses semuanya sangat baik... Mesra dan kebersihan ward pun bagus dan selesa... Besar dan bangunan baru.. Ward kanak2 macam private hospital kat Melaka je cuma sesak sangat sebab mmg skrg musim budak sakit.. Doktor pun cakap... Sampai 7 org diletak dalam satu bilik yg sepatutnya 4 org sahaja.. Malam kedua, ada katil diletak depan kaunter nurse... Sangat sesak.. Sekali sekala terasa mcm darurat le pulak..

Alhamdulillah..... Malam ketiga Qila dapat baby cot sendiri... Untuk aku pun ada ala2 sofa bed utk rest.. Selesa jugakle.. Ade play area dan study room... Next day tu Mama sampai naik bas... Bi dan Ariq pun sampai the next day... Blood transfusion selama lebih 5 jam... Mabuk aku tengok darah yang Qila dapat tu... Hermm..... 

Oklah.. Panjang sangat dah ni... Penat aku.... Nanti sambung ye..

21 ulasan:

far_east berkata...

sedih baca entri kak marsha..

sangat2 ralat tak sempat nak hulur bantuan..terlewat dapat maklumat.

myaishahhafiz berkata...

sedih baca entry awk,mengalir air mata sya,
klau sya dpt tahu awal mungkin sya dpt membantu awk, sb my hubby penolong pgawai perubatan di HSB & rmah pun tak jauh dari sana.

sya doakan semoga aqila cepat sembuh yer

Amy Z! berkata...

Ya Allah. tak sangka jadi mcm ni sekali Qilla. Wpun follow status kat FB, tak go thru details, jadi tak tahu serius mcm ni. Kasihannya Qila~ =(( sedih sgt baca ni.

Semoga lepas2 ni Qila terus sihat dan aktif mcm biasa..~

Tak mau sakit2 lagi ye sayang~

croft berkata...

aduh...tak boleh nak tahan nangis nih...

semoga marsha sekeluarga tabah menghadapi dugaan ni....jangan risau, Allah pasti bersama hamba yg ingat padaNya.

ummi nia berkata...

semoga qila sihat mcm biasa yer syg..

liza berkata...

menitis air mata baca entry ni..:(

Shiela Latif berkata...

semoga cepat sembuh Aqila. Amin yarabbal alamin.

Ummi berkata...

ya allah..memang takut sangat kalau jd macam ni kan..laaa..tak tau pon zura kt HSB?qila pon tak tau pon dok kat HSB?lembap kan sy ni.kalau tak boleh jupe dah qila n ariq sefamily..

norhidana berkata...

kak, semoga akak n sekaluarga tabah ye,menitis air mata dana baca cite akak nih... dana dpt rasa apa akak rasa, sbb masa aiyan msk ward aritu n doc ckp dia ada jantung berlubang... ini lah yg dana rasa... ni qila dh 3thn, aiyan baru 2bln kak, kesin sgt2 tgk dia kene cucuk sana sini... masa tu kalu blh dana nk gnti sgt tmpt dia...

tp nsb lah kt wad pediatrik HKL,mmg selesa...8hari kami msk ward, 15sept n kuar 22 sept...skrg nih aiyan kene mkn ubat tiap2 hari... dana hrp dana blh kuat n moga aiyan akan smbuh nnti

UyuNs NuRuls berkata...

sedey nye baca coretan akak kali ni ....anak yun pun demam ..bile anak kite sakit ..kita as ibu pun akan rase sakit macam dia jugak ...semoga aqila sembuh sepenuh nye...u are the strong mum in da world la kak ....solute kat u ....macam2 dugaan akak pernah alami ....

ibu chiqamie berkata...

marsha.....sedeynye.siap nangis2 taw bace.if nani pon x tau nk wat cmne.tkt.,risau.,sedih.,sume la.

tp syukur qila dh semakin ok...eh dh kuar wad ke.? doc ade ckp x nape tetibe Hb dia jth m'dadak.?

ape pon moga qila cpt sembuh...nsb baek jgk mase daddy dia ada.

Tanpa Nama berkata...

Semogaa qila cepat sembuh dan tak ada apa2 yg serius berlaku pada qila. Buat Marsya, diharap sentiasa tabah dgn segala dugaanNya..pasti ada rahmat di sebaliknya. Syukur segalanya dipermudahkan dan sgt2 syukur suamimu berada di sisi disaat2 genting itu..Take care

penaGlow berkata...

alahai, sian Qila..
Marsya dear, tabahkan hati yer...i doa u & family terlepas dr dugaan ini..Insyallah..amin..

Ena Mazly berkata...

Memang sayu hati bila baca ni... Anak adalah segalanya kan... Bila sesuatu terjadi pada anak, mmg kita jadi lemah dan sangat tak kuat.. Tapi kita perlu sentiasa ingat ada hikmah disebalik apa yg terjadi....

Take care dan semoga Qila terus sihat dan ceria seperti biasa..

Peluk cium buat Qila sayang....

Mrs. Mazlan berkata...

sedih baca entri ni.
kalo anak sakit, kita as mom ni memang la risau sesangat kan..
apepon..qila cepat sembuh ye.. :)

linda berkata...

sayu hati baca kisah Qila ni..semoga Qila cepat sembuh ya..

zoe berkata...

menangs sy bce entri ni kak. tabah ye kak.. semuanya dugaan Tuhan dan DIa tahu akak sekeluarga mampu mengdapinya. Qila is a strong girl, berdoa banyak2 kak.. kuatkan diri ye.. demi Qila... insyaAllah semuanya selamat dan okay...

mierafaziera berkata...

Ya Allah Marshaaaa.....berderai2 air mata kak mira baca entry ni..sabar ye dik....siannya Qilaaaa..sebbaik x jadi apa2 yg x diingini....semoga Qila kembali sihat walafiat ye..aunty doakan Qila sembuh sepenuhnya dan x mau sakit2 lagi....!!:-(

Tanpa Nama berkata...

Mengalir air mata ana baca entry nie..huaa sedih sgt..moga qila cepat sembuh sepenuhnya yekk.. -anasaliza-

LIP (^_^) berkata...

Mengalir air mata baca entry ni

tiefazatie berkata...

ya allah sis..sedihnya..sian qila..nangis ifa baca n3 sis nie..huhu

moga skrg nie qila dh sembuh mcm sedia kala eh..