Rabu, April 27, 2011

Dilema....

Semalam kan Mama yang hantar Qila gi school.. So Mama duduklah kat school tunggu Qila.. So dia dapat perhatikan perangai bibik yang bengis tu.. Minah tu baru 10 hari kerja.. Dia yang masak dan assist bebudak ke toilet.. Tapi Mama tengok masa budak 3 tahun gi toilet, tiada siapa assist budak tu cuci punggong pas buang air kecil.. Bibik tu biar je budak tu kencing sendiri.. Aku tatau lah Mama silap ke ape kan tapi bibik tu mmg bengis.. Aku haritu try borak dgn dia, dia buat tatau je...

Mama dengar dia ckp on phone, dia komplen cikgu2 sana sume pemalas.. Sume budak2 yg buang air besar dia yang kena cuci.. Principle mmg ada ckp dgn aku, mmg tu keje bibik.. So aku risaulah bibik tu tak kids frenly.. Memang bengis macam kimak je muka dia..

Aku risau dia tak assist anak aku nanti.. Toilet tu bertangga, bahaya takut tergelincir.. Mama tu asyik dok zikir2 kat telinga aku naik rimas aku dengarkan.. Dahle aku risau, dia tambah lagi kerisauan aku dgn imaginasi dia yg macam2 tu..

Macam mana nak buat ye??? Aku takde pengalaman hantar anak2 ke taska apetah lagi ke sekolah.. Ape perlu aku buat sbb aku betul2 risau sbb Qila mmg dah mmg free-diapers.. Kalau kat school mcm mana aku nak buat?? Nak pakaikan diaper atau tidak? Kalau tak pakai, aku takut dia terkencing ataupun too rushing bila nak gi toilet.. Bahaya plak.. Pastu, kalau yak, bersih ke bibik tu basuh punggong anak aku?? Hai....

Pening kepala aku macam ni.... Terlalu awalkah aku hantar anak aku ke school??? Macam mana uols yang ada anak umur 3 tahun survive kat school ek.. Qila mmg manja, dia tak biasa kalau takde org assist... Aku risaule...

Apa nak buat ek.. Takkan nak suruh Mama duduk kat school kan?? Sampai bila?? Kesian pulak kat Qila.... Menyesal plak hantar dia awal ke school..

Hati aku mmg runsing dan tak sedap hati ni...

Aduhaaaaaaiiiii.........

Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

6 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Dear Marsha,

Jangan risau, semua tu dugaan. I memang hantar
anak I kat sekolah yg ajar chinese jugak.
Masa tu dia 3 tahun, punyalah puas dok
fikir mcm mana nak buat dgn dia ni, sebab
cikgu2 dia tak akan cebok kan dia.
So I start balik pakaikan pempes.
Balik tengeharai tu sampai lencun pampes
tu tak tukar2 pun. So setiap hari I ajar
dia cara2 nak cebok mcm mana. Bila dia mahir
I try tak pakaikan pampes then I ckp
dgn cikgu dia tolong bawa anak I pegi toilet
je tak payah cebok. Mula2 memang susah
tapi sekarang dah masuk 2 tahun dia di
Sekolah yang sama dan tak ada masalah.
Sekarang anak I dah pandai membaca, ckp
Cina dan lebih confident. Masa mula2 dia masuk
sekolah tu hari2 aku nanggis. Tapi bila aku
fikir balik semua tu unt kebaikan dia aku
serah je semua padaNYA.


Kalau I jadi you, I sound je bibik pu**m**
tu, dah lah ko dok bayar bulan2 mahal. Satu
lagi ko ugut le cikgu tu sikit, kalau bibik
ni buat hal lagi, ko tak nak hantar Qila kat situ
lagi. Ataupun ckp dgn cikgu dia elok2, tolong
tengokan Qila tu bila dia pegi toilet.

Marsha,

Kadang2 bila kita nak terbaik untuk anak2 kita,
Mesti ada cabaran yang kita tak jangka kan.
Ko kena kuat semangat mcm selalu.. Kacang je kan? Selama ni
berbulan2 laki ko tinggalkan ko, okay je..
So tak apa, bagi Qila berdikari kat sana.
Nak anak kita pandai bukan senang kak oii..

So fikir fikirkan lah.jangan sentap ahh.
Aku pun sayang Qila tu.

Bebehku

dila~noor berkata...

marsha..jgn mengalah,qila will be ok.
tomot pun gitu,potty train pun sebahagian bermula di sekolah.cikgu2 die mmg ok sbb tpt tu mmg taska.tapi ade jgk perasaan mcm marsha tu,rs takut tak slmt ke ape..tp kalau org lain ok,qila shud be ok too..just bile die blk kalau tak yakin cebokkan je lg sekali n bekalkan baby wipes ke or towel kecik utk lap kt situ after g toilet..sekurang2nye kering..

Marsha berkata...

thanx korang.... atas nasihat yang diberikan... betul tu, bukan senang nak menjadi senang... bukan senang nak besarkan anak2 ni.. semua perlu pengorbanan pada mulanye.. hati mmg ekna kuat... harap2 qila boleh adapt denagn situasi kat school.... harap2 jugak hati mummynye ni takdelah selalu fikir yg bukan2...

Aida berkata...

marsha, hmm tu lah salah satu sebab aku tak hantar anak awal .. apa lah budak tu tahu umur 3 tahun .. dia tahu dia kencing, dia berak ada org cibuk .. kalau taska melayu, ampun lg lah .. tp kalau taska international ni susah skit sbb dia hire indonesia asst .. dorang nak masak lagi .. dorang nak kemas lagi .. mana lah dorang ada masa nak jaga semer bebudak tu kan .. jadi kalau boleh, ajar Qila cara nak cibuk dgn betul .. takut kulit dia sensitif nanti tak cuci dgn betul .. kalau dia duduk kat taska tu 2-3 jam je ok lah kot .. sbb nanti tengahari dah bley cuci dan mandi kat rumah plak kan ..

Tanpa Nama berkata...

sis, sya nk share jgak pengalaman sya... ank sulung sya skrang 3 thn... dan sya start hantar dia kindergarten n sya transit dia kt situ smpai pkul 4.30 sbb sya kerja... dlm 1st month mmg sedih gila... 1 hari sya saja sembang ngan ank sya...

sya tnya: kakak berak x kt sekolah td?
dia jwb: kakak berak...
sya tnya: sapa basuh berak kakak?
dia jwb: cikgu la basuh..... pakai kakiiii
sya tnya: haaaa???? kaki???!!
dia jwb: ya la cikgu pakai kaki cmni (smbil goyang2 kaki dia)

mmg sya frust sgt sbb tadika tu suma cikgu melayu....

skrang plak ank sya selalu sembelit (popo dia keras)

bila sya tnya kakak x berak kt sekolah ka?
dia jwb: cikgu x bagi berak... cikgu kata kencing saja..

nmpak sgt cikgu/pembantu tu geli / malas nk basuhkn...

kesian kt ank2 kita bila cmni tjadi kt dorang..

kita harapkn yg terbaik utk ank2 tp bila situasi cmni berlaku... hmmm

hani berkata...

pengalaman saya antar anak di Q-Dees, kita as parents ada hak utk komplen mana yg kita fikir tak sesuai. sebab kita bayar mahal. saya komplen cikgu terlalu garang sampai anak saya sedih bila tengok kawan2 dia kena pukul. so saya bgtau pada principal. princial tu buat kejutan, one day dia masuk kelas konon mcm nak check kelas tp sebenarnya cikgu garang tu. and yes principal tu agree dgn saya, cikgu tu garang. and dia nasihatkan cikgu tu.... and cikgu tu terima. anak saya feedback... selepas tu dia kata dia seronok pegi sekolah sebab cikgu dah baik.