Jumaat, April 30, 2010

kakak dan adik

Semalam macam biasa sebelum tido kami anak beranak guling2 dan bergurau senda dulu kat atas katil.. Diorang mmg happy kalau dapat guling2 atas katil dgn Mummy diorg ni.. Masa ni lebih kurang dalam jam 8 lebih gitu..

Pas penat guling2 dan gurau2 tu tetiba tekak aku terasa ingin nak nyanyi pulak, so aku nyanyile lagu suatu masa nyanyian M.Nasir tu.. Sayu plak hati sbb bait2 lagu tu sangat2 menyentuh jiwa... Belum pun sampai rangkap terakhir........







Diorg dah zzzZzzZZZZZZZZZ.. Aik??? Dua2 dah terlena.. Lama tak dengar Mummy nyanyi ek?? Hohohoho.. Ariq kat ketiak kanan, Qila plak kat ketiak kiri sbb Mummy dok baring tengah2.. Tu, Mummy baring kat bantal merah yg disarung dgn baju Daddy.. :(
Lena sungguh!!!! Masa aku on lampu utk ambil gambar diorg, sikit pun tak bergerak... Kompem penat main masa siang hari ni..Adiknya pun sama.... Tetiba tgk kerassss je tak gerak2.. Memang lena sungguh penangan dengar lagu M.Nasir nyanyian Mummy... :) Sah2 suara Mummy shedap ek?? Huhuhu..
Ninit mesti ada... Nanti esok nak gi beli ninit baru utk bebudak ni..
Yg kakaknye, selain ninit, nimut mesti ada...
Ni baju busyuk Daddy yang Mummy balutkan dgn bantal busyuk Mummy.. So ade bau2 Daddy..
Selain baju, kain pelikat Daddy pun ada.. Satu untuk Ariq,
Dan selebihnya utk Qila..........

Sehari dua ni, anak2 aku mmg tidur dgn mudah sekali.. Macam sudah ter-set timing, dua2 org akan tidur serentak.. Kepada Mummy2 yang ada anak dua, rapat2 lak tu.. Meh berguru dgn aku mcm mana cara nak tidurkan anak2 serentak.. Huhuhu.. :P

Pas dah lena sikit, aku letak Ariq kat dalam cot, dan aku berdua tidur dgn Qila kat atas katil.. Tapi, tgh2 malam, kadang2 bila penat nak duduk netekkan Ariq, aku baring je.. So kami tidur bertiga atas katil.. Kadang2 ada gak Qila terhempap adik dia.. Dia tido lasak.. Tp Ariq tido lagik lasak! Huhuhu.. Sadis btol..

Hermmm.. Dulu masa Bi ada, pernah gak kami tido berempat atas katil... Walaupun sempit tapi sangat bahagia...... :|

Rindunyaaaaaaaaaaaaa...

~Mummy ♥ ⒶⓡⓘⓠIsyraf & ♥ ⒶⓠⓘⓛⓐIzzara~
{ ا' قيل' اززار } & { اريق إشراف }

Khamis, April 29, 2010

Mummy, Qila dan Ariq..

Tentu Daddy rindu nak dengar suara kami kan???

Ni Mummy upload video Qila dan Ariq... Ariq happy sangat bila Mummy balik works.. Kalau Mummy tak dukung dia, mesti dia nangis.. Manja sangat.. So, terpaksa Mummy layan dia sampaile dia tidur, baru Mummy bleh makan, mandi dan etc..

Qila pulak baik budi.. Akan tidur serentak dengan Ariq sekali.. Senang keje Mummy..

Tapi selalunye pas maghrib diorg dah tido. Tak puas Mummy nak main2 dengan diorg.. :(

Sian anak2 Mummy... Diorg pun tak puas nak main2 dgn Mummy...

Dadddyyyyy... Daddy dah masuk belum butik FILA dgn LACOSTE tuuuuuuuu?? Ngueheheheheheh

video

~Mummy ♥ ⒶⓡⓘⓠIsyraf & ♥ ⒶⓠⓘⓛⓐIzzara~
{ ا' قيل' اززار } & { اريق إشراف }

Peti ais aku

Adusssssssssssshhhh... Datang kau rajin, tetiba jadi rajin.. Benda yang aku tak suruh dan tak perlu buat pun kau nak buat.. BODEK ka??









Nak terkentut aku tengok peti ais aku jadi macam ni... Haih..

Tatau nak suka ke nak sayu..

Kampungnyaaaaaaaaaaaaaaa....

~Mummy ♥ ⒶⓡⓘⓠIsyraf & ♥ ⒶⓠⓘⓛⓐIzzara~
{ ا' قيل' اززار } & { اريق إشراف }

Rabu, April 28, 2010

Bibik oh bibik...

Buat pertama kalinye dalam blog ni aku nak review pasal bibik aku..

Weeellll... Secara rasminya, bibik ni baru je berkhidmat utk keluarga aku just lebih kurang 18 hari..

Masih baru dan masih dalam tempoh percubaan so amat tak adil kalau aku byk sangat nak komplen pasal dia atau nak puji dia setinggi langit. Lagipun, masa aku dan dia adalah amat terhad.. Aku tak dapat nak pantau dia 24hrs.. Ape lagi nak ajar dia tentang macam2 perkara..

Dalam masa 18 hari ni, tak banyak yang boleh aku ajar dia untuk buat house cores ataupun cara2 mengurus keperluan anak2 aku.. Tugas tu sebelum ni diambil alih oleh mak mertua aku dan sekrg ni turn Mama. Dan bibik ni pun actually baru pertama kali dtg ke Malaysia utk bekerja sbg pembantu rumah. So what do you expect??

Dan, dulu selalu jugak aku membaca bloggers yg aku kenal dan tak kenal selalu komplen pasal maid masing2 tak pandai buat kerja dan tak mendengar kata atau secara perkataan lainnya buat kerja sambil lewa.. Dan dulu aku selalu rasa diorg tu cerewet sangat, pasal benda kecik pun nak komplen dan nak cerita dalam blog.

Hahahaha.. Tapi skrg benda tu terkena kat batang hidung aku sendiri....

Yes, benda kecik. Tapi kalau kau dah dibayar untuk membuat sesuatu kerja, kau harus melakukannya sebaik mungkin. Sebab kau telah DIBAYAR.. Bukan mcm kerja suri rumah normal yang lain. Itu kalau kau nak buat sambil lewa lantak kau ar.. Laki kau tak marah, ada org kisah??

Aku sebolehnya tidak suka utk menjadi terlalu bossy sebab aku benci dgn org perempuan yang bossy.. Suka mengarah dan memerintah..

Aku tak kisah kalau bibik masak tak sedap, gosok baju aku tak betul2 tegang, buat air nescafe rasa milo, dan suka tido waktu tengahari TETAPI kalau melibatkan anak2 aku.. Aku memang sangat emo dan marah.....

Apa dia dah buat???????

Herrrmm.. Tarik nafas dulu..

Sebelum ni aku dah ajar cara nak basuh botol2 susu anak aku.. GUNA AIR PANAS.. Aku paling pantang botol2 anak aku basuh lebih kurang je.. Tu sebab setiap malam sebelum tidur aku spent almost 1 jam untuk basuh semua botol2 Qila dan Ariq yang ada lebih kurang 10 botol.. Kalau tak caye, gi tanya Mama dan Bi.. Aku tak pernah percaya Mama dan Bi utk basuh botol2 susu anak2 aku.. FYI, Qila guna Nuby & Avent dan Ariq guna MAM..

Semalam, pas tidurkan anak2 aku, aku pun buatlah spot check. Aku tgk teats Ariq kotor gila.. Getah putih yg ada dlm bottle MAM dia tu berkerak! Kuning!! Penuh dgn saki baki susu yg lama dan telah kering! Mengamuk aku.. Aku paling pantang lah benda2 berkaitan anak2 aku ni org buat sambil lewa.. Dia basuh pakai ape? Tak guna ke sabun pencuci botol tu? Aku dah siap ganti bottle brush yang dia patahkan tu dgn yang baru.. Sedih aku tgk botol2 dan teats anak2 aku tu.. Nak nangis rasanya... Kesian anak2 aku.. Kite yg tua ni pun kalau minum air pakai cawan kotor kita tau rasa geli. Betul tak?

Malam tadi jugak aku gegar dia suruh bangun dan tanya dia kenapa semua teats tu kotor gila.. Kenapa dia basuh tanpa menceraikan teats tu dr penutup botol.. SENGAL kan???!!!

Aku tak le marah sampai menengking2, tapi aku sebolehnya cakap dgn lembut tetapi amat tegas sekali dgn dia.. Aku cakap, kalau anak2 aku jatuh sakit.... Daddy nya jauh... Susah aku nanti.. Benda2 macam ni le yang boleh buat anak2 aku boleh terkena cirit birit tau tak..

Muka dia terpisat2 sbb tgh tidur.. Barule menggelupur nak tolong aku masak air dan rendam semua teats tu.. Haih.. Emonyaaaaaaaaa aku malam tadi tuhan je yang tahu.

Marah aku jadi lebih marah bila aku check bag pakaian Qila.. Duit RM2 yang ada dalam tu dah hilang... DAMN!

Duit tu kawan MIL aku bagi kat Qila beberapa minggu lepas tapi aku just letak dlm bag pakaian Qila.. Bukan lupa nak amik tapi just macam rasa biarlah dulu kat situ.. Tapi semalam aku check duit tu dah takde. Dan semalam siang jugak aku suruh bibik susun segala baju yg ada dalam bag tu masuk ke dalam almari...

Haih.. Bukan pasal duit RM2 yang aku kecohkan tapi pasal AMANAH..

Aku sedihlah..... Gagal ke aku mendidik maid aku sendiri?? Cerewet ke aku??

Gagal ke aku sebagai seorg majikan di sini??

Dengan cara apa lagi aku harus gunakan untuk mendidik maid aku menjadi org yang baik atau mereka2 yang datang bekerja disini sememangnya take advantage atau sengaja menjadi bodoh atau sengaja memilih untuk menjadi tidak baik?

Aku sedih lah.. Aku sebolehnya tak mahu merungut.. Kehadiran bibik dlm keluarga aku amat2 aku perlukan. Aku sebolehnya tak mahu merungut ataupun komplen itu dan ini. Aku bersyukur sangat2 kerana suami aku sudi nak sediakan seorg maid untuk bantu aku uruskan kerja2 rumah. Sangat2 bersyukur tapi kalau baru 18 hari dah macam ni, apa pula yang akan berlaku dalam masa 2 tahun yg akan datang?????

Buntu sangat.. Nak tukar org ke?? Kena bayar lagi ke???

Tempoh percubaan ada 2 bulan lebih lagi.. Macam mana ni??? Apa perlu aku buat? Berbincang baik2 dengan dia?

Bi..... Nak buat macam mana ni?? Beri peluang kedua atau sebaliknye?? Ling penatlah............


~Mummy ♥ ⒶⓡⓘⓠIsyraf & ♥ ⒶⓠⓘⓛⓐIzzara~
{ ا' قيل' اززار } & { اريق إشراف }

Selasa, April 27, 2010

Kami pergi swimming

Pagi2 buta dah bangun hari sabtu kelmarin... Dgn bibik2 sekali aku angkut bawak gi swimming... Yelah kesian pulak nak tinggalkan Ariq kat rumah..

Tapi mostly gambar Qila berendam sebabnya, masa aku celupkan Ariq dalam pool tu, takde sape nak suruh ambilkan gambar..
Qila adelah paling excited.. Dari parking lagi dia sibuk nak bwk pelampung dgn ball dia.. Suka aku tgk mulut dia becok cerita itu ini... Aku kesini dgn opismate aku.. Dia ada 3 anak.. Laaaaaggi meriah wooo... Actually ni swimming pool kat Puteri Resort. Aku dan Qila tak kena bayar tapi kids 4 tahun ke atas kena RM6.. Okaylah sebab pool utk kids ni luas. Siap ade slide, mini slide dan cendawan kuar air tu.. Huhuhu..
Ariq macho.. Tapi mata dia takleh bukak langsung.. Silau manjang.. Maklumle, 5 hari tak keluar rumah.. Huhuhu..
Best kan? Aku try naik slide besar hujung sana.. Best gila sbb laju.. Hahahaha.. Nak naik slide kat sunway lagoon tak berani. Kat sini pun jadilah...
Qila memula tanak bukak baju.. Bila aku dah masuk dlm tu, baru dia berani nak masuk.. Dah masuk tanak keluar pulak.. Makan dan minum susu semua kat dalam pelampung.. Huhuhuhuhu..
Happy betul dia.. Kesana kemari sorang2 bukan main berani.. Pagi tadi sebelum pakai swimming suit, aku pakaikan dia cloth diaper. Memula dia tanak pakai sebab pelik.. Jalan pun kengkang.. Hahahaha.. Lama2 dia biasa pulak. Tu belakang tu opismate aku. Takde org lain mandi masa ni so rasa macam private pool utk kitaorg le pulak..
Bukan main terkuak2 kaki dia...
Lama gak kitaorg berendam dalam tu. Sampai pukul 11 lebih baru balik.. Habis Qila punye muka kering & merah2 sunburned.. Aisehmen.. Terus gi JJ beli face cream..
Ni anak bongsu opismate aku.. Bukan main santai then bagi jelingan tajam kat sape ntah..
Ariq pun merasa mandi tapi kejap je sebab dah panas... Balik tu terus singgah JJ untuk beli barang sikit. Masa makan kat food court aduhaaaiii Qila sambung main kat playground tatau penat langsung..

Balik umah terus masing terbongkang kepenatan.. Nanti kalau Bi balik kita gi lagi ek sayang??? :)

~Mummy ♥ ⒶⓡⓘⓠIsyraf & ♥ ⒶⓠⓘⓛⓐIzzara~
{ ا' قيل' اززار } & { اريق إشراف }

Isnin, April 26, 2010

Akhirnyaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa

Kami sudah pulang ke rumaaaaaaaaaaaaaaaaaahhhh!~

Sangat bahagia ok... :P

Qila paling happy sbb berjumpa semula dengan semua mainannya..... Sampai je umah, terus dia jerit "Dah sampaaaaaaaaaaaaaaaiiiiiii..."

So semalam anak2 aku happy bergolek2 minum susu... Dengan selesa sekali..
Bahagiaaaaa... Yang paling kami rindukan sudah tentunya yang ini :-
Syurga nyaaaaahhh... Pasang paling sejuk dan kipas paling power.. Nguahahahahahahahahaha... Balas dendam okay..
Ariq pandanggggg je akak dia.. Dia mmg suka pandang akak dia.. Akak dia jerit keee melompat kee... Dia tumpang tgk dan tumpang excited.. Memang dia tak sabar nak join tu.. :P
Aku paling happy sbb badan tak lekit2 lagi.. Muka pun tak berminyak lagi... Yay!~
Qila bebas untuk menghisap ninit dan mencium nimut busuknye... OOOOoooo.. Depan nenek takut ye...
Sudahnye petang semalam berjam2 anak2 aku tido.. Sampai kena kejut utk bangun minum susu. Yelah, aku nak keluar petang tu sekali diorg sket punye syok tido sampai tanak bangun.. Terpaksa kejutkan suruh bangun mandi... Amboi amboiiii...
Ni pun satu... Bukan main lena... Siap dgn selimut kaaauuu.. Kalau kat umah PIL aku, jgn harap nak pakai selimut.. Panas kemain..
Yes ofcoz.. Paling dirindui, tuan tanah kedaung iaitu pemilik semua harta dalam rumah ni.. Huhuhu.. Sang suami dan mem besar dia.. Rindunyaaaaaaaaaaaaaaaaaaa kat Bi.. Tulah, bila dah sampai rumah, yang sedihnya teringat segala memori bersama Bi.. Aduhaaaaaaiii.. Sedih pulak..

Tapi tak kisahle.. Janji ade aircond dan takde nyamuk!!~

Yang penting lagi, semua keje bibik buat.. Aku boleh tido bangun makan berak cangkung!!! :P

Syurgaaaaaaaaaaaaaaaaa....

Thanx Bi, untuk segala.. LOVE u so much!!~

~Mummy ♥ ⒶⓡⓘⓠIsyraf & ♥ ⒶⓠⓘⓛⓐIzzara~
{ ا' قيل' اززار } & { اريق إشراف }

Jumaat, April 23, 2010

Qila pun nak jadik bibik??

Aik... Mahal2 Daddy gi kuar duit untuk bayar bibik, Qila pulak tetiba rajin mengalahkan bibik ni???
Habis kat dapur, kat depan pulak Qila mengelap... Heuheuheuheu..

Rajinyaaaaaaaaaaaaaaaaa anak Mummy ni...

video
~Mummy ♥ ⒶⓡⓘⓠIsyraf & ♥ ⒶⓠⓘⓛⓐIzzara~
{ ا' قيل' اززار } & { اريق إشراف }

Khamis, April 22, 2010

Hati ibu mana tak pedih...

Nyamuuukkkkk... Gi lah main jauh2.. Janganlah gigit Ariq lagi.. :(
Tgklah lengan kanan Ariq ni... Jahat kan nyamuk lahabau tu??? Ariq dok garu2 sebab tak tahan gatal.. Walaupun aku dah sarungkan mittens, dia tetaaaaaaappp berjaya membuka mittens tu... Haih..
Tangan kiri dia tak teruk sgt.. Sbbnya, Ariq ni macam lebih menggunakan tangan kiri dia.. Tu sebab dia bnyk menggaru menggunakan tangan kiri. So lengan kanan dia teruk kena garu dan bekas gigitan nyamuk..
Walaupun begitu, dia tetap happy dan ceria..
Huwaaaaaaaaaaa... Hancur luluh hati aku tgk lengan dan kaki dia..
Sekarang ni dah panjang akal dia.. Dia dah kenal kelibat aku.. Kalau aku lalu je, tak amik dia, habislah dia melalak sepenuh hati.. Manjaaanyeeee dengan Mummy..

Dia gak suka main air liur dia.. Main sembur2... Habis tersembur air liur...

Pastu kalau takde org layan dia, dia akan menyanyi atau menjerit sensorg.. Makin lama makin kuat sampaile ade org amik dia.. Notty....

Dia dah mula angkat bontot kalau baring, dan akan tangan mcm pumping kalau sedang meniarap.. Dah nak bangun sangat dah tu...

Mesti Ariq dan Qila bosan kan bila Mummy kerja..

Sabar ye sayang, weekend ni Mummy banyak Ariq dan kakak gi jenjalan... :)

~Mummy ♥ ⒶⓡⓘⓠIsyraf & ♥ ⒶⓠⓘⓛⓐIzzara~
{ ا' قيل' اززار } & { اريق إشراف }

Selasa, April 20, 2010

Sedih

Bilalah Mama nak balik ni... :( Sepanjang Mama takde ni aku terpaksa duduk kat umah PIL sbb tak sanggup nak tinggalkan anak2 dijaga bibik seorg diri..

Dah hampir seminggu aku duduk kat umah PIL.. Aku bukan tak happy duduk sini, aku happy... Cumanya, aku sangat kesian kat Ariq.. Banyak sangat masalah kat sini dan Bi takde nak solve the problems.. Aku sakit hati sangat bila PIL macam tak kisah pun nak solve the problems.. Sangat tertekan okay..

Begini...

Rumah PIL aku ni bebetul tepi longkang besar.. So, siang malam pagi petang banyak sangat nyamuk.. Ariq jadi mangsa sebab dia mana tau nak libas nyamuk mcm kita org besar ni kan.. Sedih sangat bila semalam aku balik umah, hancur tangan dan kepala dia kena gigit. Sedih hati ibu ni... Ariq ketawa melekek2 bila aku sampai rumah, tapi aku rasa sangat sedih bila melihat keadaan dia tu.. Aku jadi marah sangat. Tatau nak marak kat mak ke, marah kat bibik ke.. Diorg tak pantau keeeee anak aku ni? Kena gigit nyamuk ke tak, kena serang semut ke tak..

Tu satu hal.. Semua segala sumber powerpoint kat bilik aku rosak sbb wiring dimakan anai2.. So, no aircond, no powerpoint utk pasang ubat nyamuk letrik etc.. Anak2 aku tidur dalam keadaan panas dan lekit satu badan.. Ariq dan Qila langsung tak lena tido. Bukan aku nak merungut, tapi bilik kami tu mmg takde angin langsung. Bukakle kipas laju mana pun, mmg sangat panas.. Tetiap malam Qila terjaga kepanasan dan mintak air sbb dahaga.. Bayangkanlah..

Aku terpaksa sembur air untuk sejukkan badan mereka..

Bangun pagi tgk tangan dan kaki Ariq hancur.. Sebab Ariq garu2 kesan gigitan nyamuk tu.. Aduhaaaiii.. Takde satu bahagian pun yg bersih licin.. Semua permukaan kulitnya hancur digigit nyamuk..

Tidur luar?? Adik ipar aku tonton tv dan tidur kat ruang tamu.. Kalau dia takde, boleh gak aku anak beranak tido luar.. Bilik belakang pulak dah jadi port dia.. Bilik satu lagi kecik, bibik tido sana..

Sedih sangat bila kenangkan Ariq.. Qila pulak basah lencun sebab berpeluh..

Mama balik ahad ni.. Rasa lamaaaaaaaaaaaa sangat nak tunggu Mama balik..

PIL aku macam takde inisiatif pun nak pulihkan powerpoint bilik tu.. Ataupun buat something utk kurangkan nyamuk2 kat umah tu.. Sedih sangat tau..

Tapi, bukan malam je yg ade nyamuk, siang pun sama.. Nyamuk sangat banyak.... :(

Paling aku takut. Kawasan rumah itu adelah kawasan hitam denggi..........!

Ya Allah, jauhilah segala penyakit daripada keluarga ku... Aku sangat risau dan tertekan..

Td ke watsons, cuba nak beli any lotion yang boleh legakan luka gigitan nyamuk utk babies tapi out of stock.. Yang ada jual tak sesuai utk Ariq..

Korang tahu tak ape yg bagus? Untuk kurangkan gatal dan kesan gigitan nyamuk???

Share dgn aku please..

~Mummy ♥ ⒶⓡⓘⓠIsyraf & ♥ ⒶⓠⓘⓛⓐIzzara~
{ ا' قيل' اززار } & { اريق إشراف }

Isnin, April 19, 2010

Hari2 terakhir bersama Daddy... :(

Hari Rabu yang lepas, sekali lagi Daddy tinggalkan kami sekeluarga..... Sangat sedih.. Selalunya hanya Daddy tinggal Mummy dgn Qila.. Tapi kali ni, bersama Ariq... Nak buat macam mana, kehidupan tetap perlu diteruskan seperti biasa...

Kali ni, Daddy hanya dapat bercuti hanya selama 12 hari SAHAJA okay.. Tak macam selalu, 3 bulan Daddy bercuti... :(

Tuntutan kerja, tiada siapa boleh menghalang.. :( Bi sendiri tidak pernah merungut.. Dan aku terpaksa akur..

Hari Rabu tu, kami duduk rumah, bermanja sesama sendiri.. Sempat gak ke Tesco buat stok barang2 dapur... Aku harap sangat waktu bergerak sangat lambat hari tu, tapi apekan daya..
Sedih sangat terutama bila tgk muka Qila.... Belum puas dia bermanja dengan Daddy kesayangan dia ni... Belum puas dia tunjukkan skills dan kenakalan dia pada Daddy.. Belum puas dia bacakan books untuk Daddy.. Belum puas dia nyanyikan lagu untuk Daddy..
Bergambar macamle tak pernah datang ke Tesco... Inile bibik aku.. Eni nama dia.. Kering kan?? Hahahaha..
Hari rabu tu jugak sempat ke klinik untuk 5th month jab Ariq.. Dia naik sikit je.. Ikut perkiraan, naik 400gram aje.. So skrg Ariq 7kg.. Tapi dia paling tembam utk babies 5 bulan kat klinik tu. Nurse panggil dia debab.. Kose aku..

Ariq pun sama.. Dahle Daddy takde masa pertama kali dia melihat dunia.. Baru nak kenal bau Daddynya, Daddy dah kena pergi semula.. Sian Ariq.. Tak puas bermanja dengan Daddy kerana pada masa yang sama Daddy terpaksa berbahagi perhatian kepada kakak dan Mummy.. Mummy pun dapat sipi-sipi je.. Tu pun lepas dua budak bertuah ni tido.. :(
Di klinik, A'qila pun nak kena timang lambung2 jugak.. Beginilah kalau anak dah dua.. Pas timang si adik, kakak pun kenalah timang jugak.. Baru adil dan saksama... :)
Ariq tertidur pas kena jab.. Dia nangis kejap je... Lepas 2 saat kena jab, terus pengsang ketiduran.. Boleh? Mcm kena jab ubat bius le pulak... Maybe sbb dia dah ngantuk sangat kot..
Nak pakai suar pun tak sempat dah...
Ni anak aku ni ntah ape dia kira ntah.. Bapak dia kat dalam bilik tgh buat kiraan bajet. So, dia pun nak buat jugak... Haih...
See... Qila belajar menulis sambil meniarap sbb meniru Daddy dia lah ni...
Sayu hati aku petang tu... Rasa tak keruan gitu... Tgk gelagat Qila... Sedih sangat.. Dia tatau lagi beberapa jam Daddy dah kena works..
Tgkle Bi... Penuh heli je dalam bag dia.. Org lain bawak makanan, dia bwk heli..
video video
Dua video Qila dan Daddy dia sedang bergurau... Sedihnyeeeeeeeeee... :(
Dalam pukul 10pm kami dah sampai di KLIA... Flight Bi jam 11.30pm ke Seoul.. Jam 10.30pm Daddy dah check in so kami pun pulang... Sedih sangat.. Mata pedih nak drive sbb drive sambil nangis.... :(
Masa sampai airport tu Qila tido.. Puas gak aku kejut suruh bangun.. Last2 aku dukung je bawak keluar kereta. Bila dia dengar je bunyi burung kat airport tu terus terjaga.. Terus tunjuk2 birds.. Hahaha... Terus masuk jalan ke dalam teman Daddy check in... Sian Qila.. Takpelah sayang.. Daddy works, cari duit utk beli Qila new toys ye sayang... Jangan sedih2 ye... :(
Herrmm.. Memang selalu aku idamkan yang Bi dapat bersama aku dan anak2 24hrs a day, 365days a year... Indah kan?? Tapi itu semua belum tentu akan terjadi dalam masa beberapa tahun ni.. Kids lain semua happy dengan Daddy masing2 tapi Qila dan Ariq tak dapat nak merasa semua tu..... :(

Tapi aku rasa, anak2 aku semuanya kuat.. Mereka akan memahami career Daddy mereka ni.. Sama macam Mummy kan sayang???? Kami semua akan kuat dan tabah demi Daddy.. Kami sedih, Daddy lagi sedih.. Kami rindu, Daddy lebih rindu..
Haih.. Sedih sangat time ni.. Ni bibik yang amikkan gambar.. Gelap sket sbb tak pakai flash.. Semoga Bi sihat2 je kat Korea tu.. Jaga makan minum ye sayang.. Ling akan jaga anak2 darah daging kita ni sebaik dan semampu yg mungkin.. Anak2 dan Bi adelah syurga Ling... Ling sayang sangat family kita ni..

Harap Bi dapat balik berpuasa dan beraya bersama nanti.. Pasti bahagia kan??

Oklah.. Aku dah sedih sangat ni.. :(

Sabtu, April 17, 2010

Demi menggembirakan anak kesayangannya..

Biarpun hanya 12 hari Daddy bercuti kali ni, macam2 Daddy buat utk gembirakan Qila... Apa Qila nak, semua Daddy turutkan.... Qila sangat happy..
Daddy beli byk sgt toys utk Qila... Paling Qila suka shopping troli ni.. Hehehehe.. Ngam2 tinggi dia... Masa 1st time Daddy pasang, habis satu rumah dia tolak troli ni... Tataule berapa lama troli ni boleh tahan.. Hehe..
Qila dapat gak set memasak yg baru... Pas penat tolak troli, dia memasak pulak...
Siap suap Daddy... Sebelah Qila tu cousin dia, anak akak Bi..
Daddy jugak belikan Qila swing ni... Memang dah lama Qila tunggu Daddy belikan swing... Tgklah muka Qila... Happy dan bangga sangat tuuuuu.... Siang malam pagi petang asyik nak naik swing..
Tak cukup dgn itu, masa Daddy ke KL jap aritu, Daddy bawak balik pulak satu lg swing so Mummy boleh naik sekali... Yay...... Tambah2 happyle anak dara aku tuuuuu...
Anak kesayangan Daddy ni sangat excited okay.. Sepanjang hari tunggu Daddy balik dr KL, akhirnya Daddy bawak pulang swing... Dia tak sabar sangat dah nak naik swing....... :) Nampak tak clarks doodle yang Qila pakai tu? Kasut tu saiz 7... Besar utk dia tapi dia suka sangat pakai kasut tu... Selesa kot... Aku just bagi pakai kat umah je, kalau nak bwk jalan, tunggu muat dululah.. Kang org kata anak aku pakai kasut pinjam pulok.. :P

Dulu masa baru pindah umah ni, Qila belum sampai nak pegang kunci tu.. Sekarang bukan saje dah sampai, malah dah pandai bukak gate tu okay.. Sangat bahaya kalau biar dia main sensorg kat luar.. Harus kena kunci btol2...

Tadaaaaaaaaaaaaaaaaa....
Dengan pantas Daddy pasang buaian ni..... Habih hati dia bak kata org Penang.. Hehehehe..
Daddy pun ada toy baru... Dia mmg hantu heli.. Bukan main banyak heli kat umah.. Yang dia beli harga beribu2 tu just buat pekasam je.. Aku sound tak tahu main keeee tapi dia jawap "Sayaaanggg.. Takut nanti jatuh rosak.." Hok aloh... Beli ribu2 tapi simpan buat pekasam.. Sayang konon... :P Aku kalau terer main dah lama aku main, tapi aku sendiri pun haram tatau main.. Baik aku tulis blog dr main heli.. Mak tak taste..

Tapi bila Bi jawap, masa dia kecik2 tak dapat nak main semua ni.. Iyelah, betul jugak.. Dia keje penat2, biarlah dia beli apa yg dia suka.. Dia happy, aku merana eh happy jugoookkkk.. :P

Sepanjang 12 hari Bi sempat bercuti ni, mmg banyak sangat dia beli toys utk Qila termasukle hadiah hari jadi utknya.. Yelah, aritu Bi ade plan utk buat birthday party utk Qila dan aku serentak bulan depan. Tapi apekan daya... Kite merancang Tuhan yg menentukan. Sekali lagi Bi takde di hari jadi Qila... So, untuk membahagiakan anaknye, Bi ada beli advanced birthday present utk Qila.. Tu lain kali cite ye sbb aku blom amik gambar lagi benda tu...

Aku cakap dgn Bi, macam2 Bi beli utk Qila... Tapi utk Ariq takde pun... :( Bi cakap balik, dulu masa Qila 4 bulan, Bi takde beli apa sangat pun utk Qila... Skrg ni Qila dah besar, dia perlu banyak toys.. Lagipun, ape yg Bi beli utk Qila ni Ariq akan dapat main jugak suatu hari nanti... (Kecuali troli shopping dan masak2 tu lah ye)

Betul jugak kan??? Ariq kecik lagi.. Nanti dah besar, macam2 toys menanti Ariq ye sayang... Terutama helikopter Daddy yang melambak2 tu... :D

Terima kasih Bi... Untuk segalanya..... :)

~Mummy ♥ ⒶⓡⓘⓠIsyraf & ♥ ⒶⓠⓘⓛⓐIzzara~
{ ا' قيل' اززار } & { اريق إشراف }