Isnin, Oktober 11, 2010

COMOT

Sesekali biarkan anak2 makan aiskrim dengan comot pun OK ape..... Nampak mmg selekeh tapi, dah namapun budak kan???

Qila ni mmg jarangggggggggggggggg sekali makan aiskrim.. Bukan aku jaga makan dia, tapi dia ngilu bila sejuk tu... Dia yg tak berapa suka.. So haritu masa tgk iklan TV, tetiba dia request nak aiskrim.. So belikanle aiskrim milo ni... Tak habis pun dia makan.. Lebih tu buat main je...
Bukan main serius lagi muka dia...
Ni bukan makan pon.. Main je lebih..
Dia kalau tgh khusyuk buat sesuatu, janganle kau panggil.. Memang dia akan buat bodo je...

Skrg ni dia ni dah banyak tanye lah... Sblm ni dia asyik tanye 3 benda ni,

"Ape tu Mummy...", " Dia buat ape tu Mummy??" dan "Dia nak gi mana tu Mummy???"

Jenuh gak nak menjawap kalau dia tanye bas, lori atau ape2 yang dia rasa suka nak tanye kat tepi2 jalan tu, mana diorg nak gi... Pening aku nak jawap.. Jawapan takleh sama dengan jawapan bagi soalan sebelumnya ok.. Kalau tak, nanti dia akan sound.. "Apelah Mummy niiiiii..." Sambil sengih konon aku ni tatau nak jawap..

Itu pun dah buat aku pening dan skrg Qila masuk lagi satu fasa iaitu bertanya "KENAPA???" Adeeehhh.... Pasni kenalah banyak baca baca buku pengetahuan ni kalau nak bagi jawapan kat dia.. :P
Acececececececece.. Posing buat muka manis lak Ariq ni... Rambut makin panjang sakit mata aku tengok.. Nak potong tapi tatau nak potong style ape.. Ariq pun comot dgn aiskrim..... Tapi tak bagi banyak.. Sket je sbb tuhari makan aiskrim dia muntah..
Dia ni pemakan.. Kau bagi jelah makan ape je pun sume dia belasah.. Kalau tanak dia akan geleng paler..

Dia skrg dah pandai diri lepas tangan.. Bukan main bangga lagi muka kalau dapat diri lepas tangan.. Merangkak jangan cakaple.. Laju bukan main.. Semua seluar dia kotor hitam legam!

Cakap bolehle dah cakap sket2.. Kalau dia tanak, dia akan geleng paler then cakap "Nanak" atau "Tanak"
Dah panggil aku "Mama".. Dah boleh sebut "Tatak" (kakak) dan "Nenek".. Tetap suka tido celah ketiak sambil peluk lengan Mummy..... Macam kakak, suka berjoget kalau dah dengar lagu.. ;)

Anak sape ni??? Heheheh..

2 ulasan:

Aliza berkata...

ice cream adalah feberet aina... nasib baik la jugak sbb since aina kena chicken pox ni, doc ckp kalau tak nak makan sangat, ice cream pun bedal aje la sbb ada cream jugak dlm tu.

bebudak bila dan mula "WHY?" mmg pening kan??? ehehehhehee....

mariaariffbaby.com berkata...

eskerem adalah favourite ecah gak
suka tgk budak2 makan eskrem comot2 ni..
dah nama pun budak kan..

if org tua macam kita ni makan eskrem comot..mmg nampak buruk!