Jumaat, Julai 31, 2009

Pertemuan dengan Dr John Singsit

Pagi tadi sekali lagi aku berjumpa dan berbincang dgn Dr John.. 1st thing aku tny, boleh tak Qila discharge esok..

Dia termenung dan dgn sangat berhati2, he explained everything - pro dan kons kalau Qila balik tanpa mendapoat treatment yg sempurna...

Aku pun termenung kodok..

Paling cepat Dr John boleh beri balik hanya pada Tuesday morning.. Aduhaaaiii...

Aku minta dia hentikan segera lung suction dan dia janji akan hentikan petang ni sekiranya lendir Qila di paras small amount. Subuh tadi masih moderate amount...

Aku tanya kenapa lendir masih ada lagi.. Sedangkan masa admitted last few weeks Dr Zainal dah buat 8 kali lung suction ke atas Qila..

Jawapan dia, sama ada infection yg sebelum ini tidak properly diubati atau jangkitan drpd environment hospital.. Yelah kot, Dr Zainal hanya buat lung suction. Tidak beri sebarang antibiotik dan ubat-ubatan lain.. Lagipun masa tu Qila tak drip, dia merayau satu ward utk hilang bosan... Well, susah utk dibuktikan..

Dr John jelaskan lg, apa treatment2 yg perlu Qila jalani utk pastikan dia benar2 sembuh. Ohye, dia bukan terkena blood infection, hanya throat infection.. Aku salah dengar semalam...

Dia tak mahu ambil risiko kalau tak buat treatment yg lengkap sbb takut Qila kena attack lagi.. Sekali dia terkena viral @ bacteria infection, badan dia berisiko utk terkena lagi.. Dan ketika itu mungkin boleh teruk dan athma bila2 boleh attack..

No choice, aku redha dan berserah.. Jika itu yg terbaik utk Qila.. Aku redha... Aku mintak Dr cari alternatif lain bg menggantikan suction dan bukak drip Qila.. Sebab Qila dah boleh minum susu dan makan walaupun tk banyak but still ok.. Drip tu buat dia susah nak gerak lah.... Pastu byk sgt kencingnya.. Pakai Mami Pokok Kelapa pon lencun! Pakai huggies pants pulak basah tilam!!! Air kencing ke air laut aku pun tatau.......

Dan! Tadi Dr Zainal tetiba tegur aku.. Dia kata problem apa pulak kali ni..

Kau lagi mahu tanyeeeeeeeeeeeeeee.... Takmoh kawan! Gi main jauh2 gi! Aku sudah ade kekasih baru. Dr John Singsit yang suka pakai suit hitam.. Mcm Jackie Chan pun ada, tapi dia Indian.. Mix kot, tapi kulit aku lg hitam dr dia... Perghhh... Kalau Shah Rukh Khan taaawww..

Ya Allah, cepatle gerakkan masa ni.. Cepatle petang.. Selamatkanlah perjalanan suamiku dr Pasir Gudang itu... Semoga dia cepat sampai dan kami boleh berpelukan malam ini.. Nguahahahahahahahahaha.. Kena request single room ni nyah..

Ohya, aku tatau lagi nak claim under Prudential Takaful Qila punye atau ING company Bi punye insurans.. Ade sesape pernah deal dgn ING??

Lama ke nak tunggu dpt balik claim? Yelah kan.. Nak raya ni nyah.. Kalau makan bulan, sesak jugak nafas ni.. Ada cable baik punye tak?? :P

Oklah.. Got to go.. Lama pulak Qila tidur ni.. Letih nangis kot.. Hermm.. Sian anak aku ni.. Cable transfer gmbr tertinggal kt opis.. So, tgklah mcm mana.. Bi sampai nanti aku minta dia belikan cable yg baru..

Lepas Qila kuar ward nanti InsyaAllah aku nak gi scan baby.. Lama tak lihat wajah anak kedua aku ni..... Keadaan sebulan dua ni agak bercelaru dan aku takde masa nak berjumpa mana2 gynae pun. Sibuk ke malas aku pun tatau.. Paler otak ingat shopping je.. Smlm sempat pulak gi Brands Outlet, konon nak carik baju tido utk Qila, saje nak dia nampak cantik dan anggun di hospital.... Tapi baju tido tak byk beli, baju lain pulak yg aku beli.. Baju2 tido yg aku sempat amik smlm kecik dan sendat... Terpaksa tukar.. Tuleeee, aku ni takleh shopping dlm keadaan tergesa2.. Mesti salah size punye.. Dlm rushing2 tu sempat gak aku shopping dress utk aku pakai masa wedding Raymond hari sabtu ni.. Nak tanak kena gak beli sebab dah rsvp table.. Sian dia, rugi angpow lak nanti kalau aku tak gi.. 5 stars hotel maaaaa...

Dah dah... Bebel pulak..

Khamis, Julai 30, 2009

Dugaan datang lagi

Lama aku tak update blog. Semuanya bersebab...

A'qila jatuh sakit kembali. Ahad tu, selepas kami semua pulang dari kampung, tepat jam 1.30 pagi, pada hari Isnin, A'qila tiba2 demam kuat kembali. Suhunya setinggi 39.5...

Aku betul2 terkejut sebabnya, dia begitu sihat pada siang ahad itu. Makan dan minum dengan penuh selera.. Melasak seperti biasa. Ceria.. Kenapa tiba2 boleh demam dgn begitu tinggi??!

Sehingga selasa petang, demamnya masih tidak kebah. Ubat makan diberi setiap 4 jam. Ubat vontot aku sumbat bila demamnya lebih dari 39.5 degree tapi selepas je 3 4 jam ubat diberi, demam dia mendadak naik semula. Sampai Qila menggigil dan tangan serta kakinya kebiruan..

Puas aku dan Mama berubat cara yang dipinta Mama, iaitu cara kampung. Bertangkal dan memulih semuanya. 2 3 tempat kami pergi tapi keadaan Qila masih tidak berubah. Ada yang kata Qila diganggu, terperanjat dan macam2 lagi... Aku tekad nak bawak ke hospital je tapi Mama berdegil. Dia tak sanggup tgk Qila kena tahan ward lagi tapi, aku betul2 risau sgt tgk keadaan dia. Puas bertekak dan bergaduh dgn Mama, dia tetap berdegil nak berubat cara kampung. Memang aku jadi anak derhaka sehari dua ni. Aku bertekaaaaaakkk je dgn Mama. Masing2 nak guna cara sendiri untuk mengubati Qila, tetapi masing2 pulak tidak sekepala..

Last2, hari Rabu petang sekitar jam 5pm, kaki dan tangan Qila kebiruan lagi. Panasnya naik mendadak. Telinganya pucat lesi. Dia menggigil mengerang kesejukkan padahal 15 minit sebelum tu dia ok bermain dan melasak mcm biasa. Mama dan aku dah start menangis dan aku bertekad menghantar jugak Qila ke hospital...

Kali ni aku tukar paed Qila. Aku pilih Dr John Singsit sebab naluri aku berkata suruh memilih dia. Tatau kenapa..

Tertanya aku tak silap. Doktor John sangat lembut dan lebih terbuka dgn aku dan kami byk berbincang. Tak mcm Dr. Zainal, dia tu tak frenly sgt dan selalu rushing.. Nak tanya apa2 pun tak sempat. Charge je mahal dapat harap..

Kali ni urusan admission ward sgt cepat.

Satu lagi dugaan datang bila admission clerk cakap, bermula hari tu, 28 July 09, Prudential Takaful tak cover lagi rawatan di Putra Specialist Hospital.. Pungkek.... Anak aku tgh terjerit2 dlm treatment room untuk pasang drip, takkan aku nak tukar hospital dan ulang balik semua prosedur semula????! Gila! Kesianlah Qila..

Last2, aku cakap dgn clerk tu, bayar sendiri pun aku tak kisah.. Nak buat mcm mana.. Terus aku call agent dan 'marah-marah'!!

Tapi nak buat mcm mana, diorg tanak renew kontrak dgn hospital sbb ada beberapa doktor terkantoi buat tuntutan melebihi sepatutnya.. Itu normal ape. Sape yg pakai insurans, mmg kaw2 kena charge oleh doktor.. Apalah nak diherankan.. Manusia semua ada sifat tamak. Bila agent dah cakap mcm tu, apa daya aku.. Kalau aku tau, mampos lah aku nk dtg hospital ni..

Tapi, bila Doktor John tau, aku kena byr sendiri, dia sgt bertimbang rasa. Dia tak charge pun consultant fees before admitted.. Tak mcm Doktor Zainal tuhari.. Sentuh sikit je anak aku terus charge rm60.. Syukurlah aku ditemukan dgn Dr John..

Settle pasal tu, esoknya iaitu hari ni, blood test Qila pun keluar..

Menurut kata Dr John Singsit, darah Qila terkena bacteria infection.. Bacteria infection selalu berlaku kesinambungan daripada viral infection yang menyerang Qila 2 3 minggu lepas.. Aku sangat bersyukur ia bukannya denggi ataupun pneumonia... Alhamdulillah.. Harap ia tidak begitu serius.. Qila juga mengalami masalah tonsil yg agak teruk. Itu penyebab utama demamnya sgt tinggi dan tidak kebah2.. Doktor memberi antibitik terbaik utk Qila dan explain everything dgn jelas dan sangat tidak tergesa2.. Aku bersyukur kerana tukar paed Qila ke Dr John. Dia sgt membantu..

Dia jelaskan Qila selepas ni tidak boleh menyentuh seafood dan minuman sejuk. Kerana aku ni ada penyakit athma, jadi utk elakkan Qila juga mengalami athma, dia dilarang sentuh semua itu. Viral dan bacteria infection yg dijangkiti Qila bila2 masa boleh berikan athma kepada Qila. Langkah berjaga2 perlu aku ambil sehingga usianya mencecah 5 tahun. Baru aku faham, Qila jadi jatuh sakit selepas makan sup ketam pada hari ahad kelmarin. Itu sahaja puncanya....

Memang terseksa bila tgk Qila menjerit2 kena drip dan lung suction tapi aku redha.. Demi kesihatannya, walaupun aku sgt2 sedih skrg tetapi aku tetap redha..

Dan esok petang, suami aku akan tiba dari Pasir Gudang. Syukur alhamdulillah dia pulang ketika aku benar2 perlukan dia disisi aku ketika ni..

Aku betul2 terlalu letih.. Sangat letih sejak Isnin sehingga ke saat ini.

Qila, bertahanlah sayang.... Mummy janji, ini yang terakhir... Mummy akan jaga Qila dgn lebih baik dan teliti selepas ini... Maafkan Mummy sayang... Maafkan Mummy..

Ya Allah, sembuhkanlah anak kesayanganku ini dgn segera Ya Allah.. Aku rindu saat dia gendut dan lasak dahulu.. Aku sgt rindu gelak tawanya...... Walaupun Qila tetap lasak dan tertawa sekali sekala, tapi tangisannya membuat hati aku sangat hancur bila dia menerima rawatan. Environment ini sgt tidak baik untuk dia.. Aku takut dia akan trauma dan menjadi pasif & deffensive kerana dia dah pun menunjukkan tanda2 itu. Aku takut semua ini akan menjejaskan tumbesaran dia..

Aku bermohon pada mu Ya Allah, kurangkanlah kesakitan yang dialaminya....

Cepatlah masa berlalu, aku tidak sabar mahu lihat wajah suami ku.. Aku tidak sabar mahu pulang ke rumah... Semoga Allah memakbulkan permintaanku. Amin.

~MummyⓐⓠⓘⓛⓐIzzara~

Isnin, Julai 27, 2009

Hujung minggu

Aku sekeluarga balik kampung hujung minggu yg lalu.. Lama tak balik kampung...

Buah rambutan, manggis dan rambai masih byk lagi. So, org2 laki gi petik2 buah, kami duduk umah baring2 sambil tunggu buah.. :P
Aku yang masih belum mandi. Asyik keje kejar Qila je... Dia tak nak tido langsung... Asyikkkkk main je.. Tak main pun, dia 'mengemas'... Fenat mak..
Kau tgkle tu, dia sibuk bongkar bakul susu dia. Yang benda2 bersepah kat belah kanan kat atas lantai tu dia campakkan dr bakul susu dia. Bertuah punya anak.
Tengah hari sikit kami ke jeti, carik lauk.. Org2 yang ke laut ramai dah balik time2 macam ni. Masa ni le nak dapat udang, ketam dan ikan segar yg murah2 harganye... Harusle murah kan, beli straight dari nelayan2 tu.. Tgkle si Qila, aku suruh posing dia gi dongak pandang muka aku..
Tapi kalau tak mendongak, sunglass dia jatuh rupanye... Nguahahahahaha..
Hidung Qila kemek ek sayang????? Mashamnye muka..
Dalam keta bukan nak duduk diam.. Senak perut aku nak layan karenah dia..
Sampai jeti, turun je keta, dia menjerit. Semua org pandang.. Suara dia kalau jerit, mmg besar.. Tapi kalau buat suara manja, sgt lembut dan manja okaaaaaaaaaaayyyy.. :P
Tengok sana tengok sini.. 1st time aku datang sini ikut Mama. Kalau balik kampung, Mama mmg shopping lauk pauk segar kat sini. 2 minit je drive dr umah.Ni le sungai Muar.. Muara laut, so nelayan mmg port kat sini utk jual hasil tangkapan dgn org tengah. Udang galah besar2 baru RM40 sekilo. Mmg puas hati. Ketam pun murah... Haritu kami beli banyak sgt udang, ketam dan ikan segar. Tak sampai RM100 pun tapi dpt makan satu family besar.. Kenyaaanggggggg....View kat sini. Nasib baik tk panas. Mendung aje.. Qila suka sgt.. Dia kan suka benda yg berbunyi mcm binantang dan transportation.. Bila boats lalu, dia excited sangat...Mmg seronok sekali sekala balik kampung... Makan besar tapi tak banyak belanja...
Bentang surat khabar panjang2, makan bersila ramai mmg heaven! Tatau nak amik lauk mana satu. Menu tgh hari tu ialah udang galah masak cili, sup ketam, sayur turi, ikan mayong masak lada.. Perghhhhhh.. Sangkak perut. Qila pun makan banyak sebab dia hantu ketam..
Gambar??? Lupe daaaaaaaaaaa.... Mana sempat nak amik sbb excited makan lauk segar. Best gila...
~MummyⓐⓠⓘⓛⓐIzzara~

Jumaat, Julai 24, 2009

22 weeks pregnant

Herm.. Tak pernah aku update pasal anak kedua aku ni kan??

Mesti ramai yg tahu, tapi ramai yg tatau dah berapa lama. Minggu ni dah masuk minggu ke 22 aku pregnant. Kiranya 5 bulan lah ye??

Berat aku so-so aje iaitu 45.6kg.. Aku start at 43kg di awal pregnant tuhari. Tak berapa naik sgt kan? Bagusleee... Tak le susah aku nk diet nanti. Nguahaha..

Perut aku mmg dah jelas kelihatan. Yelah, 2nd baby memang perut cepat buncit sebabnya perut tu mmg dah kembang dan berlemak kot.. Huhuhu..

Aku dah start rasa baby movement since 4 bulan lagi. Tp skrg movement sgt kuat dan sampai boleh nampak gelembung perut aku ni.. Ni lah rasa yang aku rindu2 sejak Qila baby lagi dulu.. Dan aku dapat merasakannye skrg.. Indah indah...

Aku masih belum scan jantina lagi. Tunggu Bi balik lah kot. Lagipun aku rasa mcm nak surprise aje.. Mcm syok aje kan??

Barangan baby?? Aku rasa aku akan shopping last minit je kot.. Aku takkan beli sikit2. Beli sekaligus aje.. Senang dan mudah. Dulu masa Qila aku beli sikit2.. Yelah anak sulung, byk kena beli. Utk 2nd baby ni rasanya tak banyak nak beli kot. Sebabnye, brg2 masa Qila baby dulu masih byk boleh recycle antaranya:-

1. Baby cot - si Qila Qila tu mmg tak guna langsung baby cot dia. Mahal2 aku beli just buat letak mainan ngn baju je.. :P

2. Baby carseat - condition masih tip top. Yelah aku beranak setahun sekali nyah.. Lagi mahu tanye.. :P

3. Bath tub - masih ok.. Pakai je yg tu. Color pun unisex.

4. Feeding bottles - Qila dulukan tanak nyusu bottle. So aku ada banyak stock bottle susu dr pelbagai brand. Cuma kena beli teats baru je. Bottle2 melambak kat rumah tu..

5. Newborn suits - banyak jugak Qila punya yg masih ok. Belasah pakai tu aje kalau buat tido. Tapi tetap akan beli baru untuk adik dia ni. Taaaaaaaaakkkkaaan nak pakai sume baju lama ye tak? Tak aci le tu..

6. Barut dan semua yg berkaitan dgnnya - Qila tak byk barut tu semua tp adelah jugak. Still boleh guna.

7. Baby bouncer - hadiah nenek sedara Qila masih elok. Cuma perlu basuh je sbb kotor sikit. Tu nanti keje Daddy dia..

8. Baby playgym - pun kena basuh.. Kalau Daddy malas, beli baru jeghs..

9. Baby carrier - Qila ada 2! Masih elok dan mahal tu aku beli. So, pakai tu aje... :) Cuma stroller aku rasa kena beli satu lagi. Qila masih perlukan stroller hingga umur 3 thn. Aku tanak biasakan dia berjalan sendiri. Nanti habis kena kejar satu shopping complex kalau time shopping nanti.. Mamfus..

10. Mattress - Qila punya masih ok.. Cuma bantal lah kena carik baru sebab Qila masih pakai bantal2 dia..

11. Changing mat - masih elok dan baru lagi..

Perrgghhh.. Bagus jugak beranak rapat2 ni. Byk gila jimat. Banyak sgt brg2 Qila yang boleh dipakai lagi.. So, lega...

Duit lebih boleh buat shopping ape yg patut dan tak patut. Okay tak?? Hehehehe..

So, kalau ade sesape nak bagi hadiah, hadiahkan aku breast pump lah.. Nguehehehe.. Aku nak try fully breastfeed adik si Qila ni. Qila dulu aku bf sampai 10 bulan. Hasilnye sgt memuaskan... Jimat dan anak aku tu tk senang sakit pun. Pas benti je bf, asyikkkkkkkkkkkkkkk demam.. Takdir nyah.. :(

Tak sabar pulak nak shopping brg2 baby ni... Aku suka bau brg2 baby.. Wangi........ Kena buat check list mulai skrg ni.. Dan kena pilih mana brg2 dan baju2 yg boleh pakai dan nak susun tepi. Stand by.. ;)

~MummyⓐⓠⓘⓛⓐIzzara~

Reward kerana telah sembuh..

Haritu masa ke JJ, Qila suka sangat dgn bag Barney ni.. Peluk tak lepas. Aku malas nak belikan sebab Bi dah pun belikan bag Samsonite utk Qila.. Watpe sampai nak ada sampai 2 3 bag kan? Dia pun kecik lagi.

Tapi sbb dia baru sembuh dr demam dan batuk, Mama kata belikanlah bag tu untuk dia. Hadiah kerana dah sembuh. Sebab masa ke Terengganu tuhari pun, dia nampak anak ofismate aku pakai. Dia suka dan excited sgt bila tgk bag tu.. Maklumle penggemar Barney..

So, sempena J Card semalam, aku belikan bag ni utk Qila.. Suka dia..
RM59.90 kot harga dia.. Aku confused dgn pattern yg satu lagi. Dapat 20% diskaun.. Mama yg over pilih mcm dia yg nak pakai..
Gambar ni aku amik pagi tadi. Qila belum bangun walaupun aku dah bukak lampu. Selalunye kalau aku bukak je lampu mesti dia terjaga. Letih kot sbb semalam shopping sempena J Card.
Alalalala.. Syiaaannnnyyyeee.. Dia tidur tak lena sbb aku tak bukak aircond mlm tadi. Pasang kipas meja, dia berpeluh2.. Huhuhu.. Aku selsema, malas nak pasang aircond. :P
Cakap pasal J Card, aduhaaaaaaaaaaaaiiii.. Jatuh muflis aku! Nasib baik Bi dah nak balik dah. So, boleh cover sket aku punya yg dh terover bajet tu.. Nguahahah.. So, takdele kena makan roti bulan ni.. :P

Punyelah ramai manusia kat JJ semalam. Mabuk aku dibuatnya. Sgt cargas memilih baju2 raya Qila. Tapi takdele dapat pilih sepenuhnya.. Sebab manusia punya ramai. Nak memilih baju pun susah.
Nasib baik aku pegi dgn Mama dan sepupu aku. So, Qila dijaga oleh husband sepupu aku yg dia panggil ayah. Dia mmg rapat dgn ayahnye tu sebab tetiap hari ayah bwk jalan naik motor. Dia aku upah naik mcm2 minatang kat playland.. Modal besar gak tu.. Huhuhuhu.. Qila tak meragam pun. Jalan punye pasal. Happy je.
Selain baju2 raya Qila, aku beli set comforter baru. Maklumle, laki nak balik kaaaaaaaaaannnn.. Dan beberapa mainan untuk Qila jugak.. Hermm... Botak gakle sbb tak semua aku beli yang sales gila baban punya. Mata berkenan gak yg sales shalala tu.. Hisshh.. Nafsu nafsu
Bulan Jun lepas baru bersumpah setia nak stop shopping... Hermmmm.. Poyo yarabbi.. Tapi seronok sangatlah sebab dpt beli baju2 Qila dgn harga yg murah tetapi cantik2.. Nanti Bi balik nak carikan gown pulak utk dia. Kasut raya dia dah settle dah sbb maklong dia dah belikan 2 psg kat UK tu.. Huhuhu..
Tapi memang peliklah..Sebelum gi JJ aku mmg nazak betul. Sakit satu badan, selsema, demam, cirit birit dan muntah2.. Masa kat JJ sangat sihat walafiat. Sampaaaaaaaiileee skrg.. Betullah badan aku ni kalau lama tak shopping, mmg boleh jatuh sakit! :P
Harini nak gi lagi JJ lg dgn opismate.. Dengar kata still ada sales utk stock yg tak habis smlm.. Ngeeeeee..

~MummyⓐⓠⓘⓛⓐIzzara~

Rabu, Julai 22, 2009

Tiga perkara yang buat aku terharu semalam..

1. A'qila memandang dan meraba muka aku sambil menyebut 'Mammaaa'.. Indahnyeeeeeeeeeee rasa itu. Kan sebelum dia dia hanya memanggil aku 'Arrkkk' ajers..

2. A'qila membuka baju dan mencium perut aku bila aku sebut 'Sayang baby cepat.. Sayang baby..'

3. A'qila berlari ke depan pintu bila aku pulang dari check up.. Berlari sambil menjerit kesukaan dan excited sebab aku sudah pulang. (Dia tak pernah buat mcm tu kalau Mama yg jaga dia.. Sejak Sabtu lalu kami tinggal di rumah family Bi sbb Mama takde..) Terasa sangat dihargai..

Kadang2 sikit pun benda yang dia buat tapi sangat2 buat aku rasa terharu. Indahnye perasaan menjadi ibu kan?

Sedikit updates pasal Qila..

** Dah pandai bukak diapers sendiri then buang dalam bakul sampah. Baju kotor pulak dicampak ke dalam bakul baju kotor. Tapi semalam aku suruh dia masukkan lampin dia ke dalam bakul. Tapi dia tak dpt carik bakul baju kotor sbb tersorok kt belakang pintu, terus dia campakkan kan lampin tu ke dalam bakul sampah!! Bertuah punya anak..

** Suka sgt makan keropok yang aku beli kat Terengganu.. Asyikkk mintak keropok nak makan sambil berjalan..

** Skrg suka sgt menonton discovery channels terutama Animal Planet sebab banyak cerita pasal binatang..

** Sudah boleh sebut beberapa perkataan susah such as fish (walaupun bunyik mcm tish), bear, cat, car, book, mamam dan suka sangat belajar bunyik binatang.. Sekrg dah pandai buat bunyik snake.. Hisshhh hisssshhh.. :) Suka bunyik caterpillar, munch munch.. Dia mesti goyang2 badan..

** Suka makan ayam goreng dan minum air suam guna cawan..

** Cenderung 'menjahanamkan' barang2 mainan.. Macam Daddy dia masa kecik.. Nak bukak tayar motor laaahh.. Bukak seat motor lah.. Nampak kunci je mesti nak korek ape je dgn kunci tu.. Ape je yang ada screws concept dia berusaha nak bukak.. Daddy dia ms kecik mmg mcm tu.. Dah bukak tapi tak reti nak pasang balik..

** Dah pandai tunjukkan mana mata (kenyit), hidung (kemik), mulut (muncung), perut (usap perut) gigi dan pusat (tunjuk).. Suka selok tek Mummy & nenek.. Tek org laki plak dia suka cubit.

** Sgt addicted dgn buku terutama mengenai binatang dan bunyi. Dahtu akan suruh org bacakan dan buat bunyik binatang. Satu hari adele lebih 20 kali dia suruh bacakan buku2 dia.. Aduuussshhh.. Letih nak fikir mcm mana binatang ini dan itu berbunyi.. Kadang2 aku hentam je.. Selagi kau tak buat bunyik, selagi tu dia merengek suruh buat kau bunyik gak! Satu buku dia boleh suruh kau ulang beratus kali. Takde jemu punyalah...

** Suka jalan terbalik atau mengiring mcm ketam.. Saje buat lawak agaknye..

~MummyⓐⓠⓘⓛⓐIzzara~

Selasa, Julai 21, 2009

Qila versi kurus & langsing.. (evening walk)

Sehari selepas kuar hospital, minah ni semakin sihat dan lasak.. Nakal pun ye.. Dah makin byk akal dia... Makan dan minum belum mau sangat.. Asyik menggelengggg je tanda tak mahu.. Rasa nak babab2 je..

Sampai je umah atok perkara pertama dia nak buat ialah merempit.... Baik punya tonggeng.. Dress tu dari Terengganu.. RM14 aje.. Cumel..
Kurus dan langsing kan Qila skrg?? Kepada semua bakal2 menantu.... Harusssss naikle hantaran pasni ye sebab anak Mummy ni dah tak montok lagi.. Langsing ala2 model gituh.. Model domestik je ye sebab Qila fendek.. :p
Pas merempit dia jalan2 keluar amik hangin.. Lamaaaaaaaaaaaaa dia tak jalan2 mcm ni kan.. Happy tak terkata.. Bila nampak buah mangga jatuh dr atas pokok.. Beria2 dia bercerita dgn nenek dia.. Tunjuk pokok then tunjuk buah mangga kat atas jalan... Pastu membebel2 sambil jerit2 excited.. Wooooo.. Demam nak pandai cakap rupanyeeehhhh...
Macam biasa, suka buat muka kepohci macam ni...
Lihatlah bakal2 menantu, Qila dah ramping ni.......
Namun begitu, montot tetap menten tonggek ye.. Ni harta masa depan gituh.. Sekian report untuk kali ini.. Mekacih....

~MummyⓐⓠⓘⓛⓐIzzara~

Sabtu, Julai 18, 2009

Selamat tinggal nurse2 Putra Specialist Hosp. dan Dr Zainal Abidin yg hemsem

Yeay.. Punyelah lembab Prudential ni buat keje, aku disuruh balik ke rumah dulu.. Deposit tak boleh dipulangkan lagi sebab belum dpt approval dr Prudential..

Org kata gomen buat keje lembabs, isshhh ade yg lagi lembab rupanye..

Kalau aku duduk kat Zimbabwe, mcm mana tu? Nak datang balik ke semata2 nk dptkan deposit yang 2 3 sen tu? Cit!

Lantaklah... Janji Qila boleh balik..

Masa tgh kemas2 tu tetiba jer dia mintak nak makan roti.. Lapar ke sayang?? Baru kau tahu nikmat makanan.. Haaaa..

Yelah, aku rasa dia pun tau kot nak balik rumah. Sebab aku kemas2 dan angkat barang ke kereta.. Masa tunggu bil tu, dia tetiba mintak nak roti. Habis seketul.. Terperanjat gak sbb dia dh masuk seminggu tak makan kaaauu.. Bila dia mintak roti tu kami ala2 terharu dan sangat teruja kasi dia makan.. Nguhuhuhu..

Happy sungguh masa lambai2 dan salam2 nurse tu.. Ada sorg nurse gi sakat anak aku.. Dia ajak Qila masuk bilik treatment. Hampesshhh.. Qila tu macam faham je terus meraung!! Aku nak timbang berat dia pun tak dapat sebab timbang tu kt dalam treatment room.. Baru sampai pintu dia dah meraung takut.. Memang anak aku betul2 trauma kena lung suction.. Herrmmm... Dia cukup takut dgn treatment room tu..

Terus aku bawak lari ke lift. Hampeh..

Sampai rumah Qila sangat happy... Senyum dan tertawa sampai telinga.. Kembali makan dan minum macam biasa. Syukur sangat.

Mama berlepas ke Vietnam subuh2 tadi.. So aku duduk kat umah Bi.. Tak sabar pulak nak tunggu dia balik.. Lambatnyeeeeeeeeeeeee masa bergerak ni..

Qila dah kembali minum 7 oz susu dan mula makan.. Mak masakkan lauk kegemaran iaitu sup ayam. Selain sup Qila makan banyak cake yg mak buat.. Anak Daddy le katakannnnn...

Batuk masih ada tapi tak teruk. Semoga terus sembuh ye sayang.. Next week J Card Day, Mummy akan beli sumthing utk Qila ye sayang.. Reward sbb dah sembuh.. :)

~MummyⓐⓠⓘⓛⓐIzzara~

Jumaat, Julai 17, 2009

Qila discharge hari ni...

Alhamdulillah... Selepas 5 hari Qila kena seksa dgn nurse2 dan Dr Zainal kat sini, arini dia dibenarkan pulang.. Lepas lunch nanti dia dah boleh balik....

Syukurlah, Qila tak perlu kena seksa lagi.. Sian sgt kat anak aku. Everytime kena buat lung suction terjerit2 dia tahan sakit.. Kuar je treatment room mata bengkak2, berpeluh2.. Sedih sangat..

Hopefully dia akan sihat sepenuhnya lepas ni. Kembali aktif macam biasa. Akan tembam balik seperti sedia kala.. Aku belum timbang lagi berat badan dia.. Nanti petang sikit atau malam aku akan update.

Lega.. Malam ni dah boleh rest kat rumah sepuas-puasnya..... Alhamdulillah..

Walaupun dia masih belum ada selera nak makan dan minum susu, takpelah.. Janji dia sihat dan tak batuk2 lagi.. Baby kalau batuk mmg bahaya. Berat badan forsure akan turun banyak.

Biar demam, jangan sampai batuk teruk.

Lepas ni aku akan lebih berjaga2.. Takkan aku biarkan penyakit batuk itu mengganggu Qila lagi. Cukuplah sekali dia admitted ke hospital. Takkan aku hantar dia ke hospital lagi.. Cukuplah!

Serik wooo..

Tapi agent insuran Qila kena marah dgn aku sebab dia MIA. Padan muka.. Sebabkan dia kawan aku sejak belajar dulu, mmg aku marah dia kaw kaw punya.. Dia tak balas sms aku sejak aku bagitau Qila masuk ward. Makan gaji buta betul.

Bayar mahal2, tapi agent makan gaji buta. Sekeh kang.. Kalau document utk pembayaran fees hospital Qila ade problem, siaplah dia.. Dulu masa suruh amik insuran bukan main janji manis.. Tu sbb aku benci dgn ape sahaja manusia yg keje berkaitan dgn sales dn insurans ni.. Cekik darah betul. Masa nak deal dgn kita bukan main janji manis. Tapi lepas dah closed deal, janji kemana dia kemana. Ade je alasan dia. Kompem ar anak kedua ni malas aku nak amik dgn dia. Biar aku sendiri jadi agent insuran, so biar aku jaga akaun anak2 aku sendiri. Senang!!

Weelllll... Gee, jgn terasa sayang.. U lain, u agent yg baik. I tau.. Org lelaki mmg tak komited sket. Malas.. Heuheuheuheu.. (Agent i laki le..)

Hermmm... Letih sangat. Terbayang rumah yang bersepah, kain baju byk tak basuh sebab dua tiga minggu ni mmg takde kat rumah. Letih. Sangat letih.

Cepatlah balik Bi...... Tolong urut Ling satu badan ni. Letih!

~MummyⓐⓠⓘⓛⓐIzzara~

Khamis, Julai 16, 2009

Seksanya nak bagi dia minum susu...

Kadang2 okay... Kadang2 langsung tanak.. Aku rasa berat dia mmg dah jatuh bawah dr 9kg berbanding 11kg last week!!
Semalam, aku terpaksa pulok masukkan dia dlm stroller, ngadap tv then goyang2 stroller tu.. Habis 2 oz jeghs.. Kalau paksa mulalah batuk then buat2 mcm nak muntah..
Tebiat baru dia, skrg mesti nak gentel2 selimut dia time tido.. Pulak... Mcm2 peel baru dia tunjukkan... Takde selimut, ngamuk!! Skrg ni mmg jimat susu.. Sejak sakit ni, satu hari dia hanya minum 2-4 oz je.. Compare kalau sihat dia akan minum 42 oz sehari.. Bayangkan betapa jimatnye susu Qila.. :P
Tapi takle jugak jimat.. Selalu aku buat susu dia tak habiskan.. So........................... Jangan membazir nok..... Baik aku yg settlekan... Sedaaaaaaaaaaappp.. Rasa vanila lagi... :PView bilik Qila. Nasib baik dapat katil tepi tingkap dan tingkapnye besaaaaaarrr.. Malam2 boleh nampak sungai Melaka (eerrr sungai ape ntah nama dia yg boleh boleh naik cruise RM10 sekali naik tu..) Boleh jugak nampak Eye On Malacca dan laut dr sini.. Malam2 view sangat cantik sebab sepanjang sungai tu akan ada lampu2 warna warni.. Cantik! Nanti aku try amik gambar tp camera kat umah.. Tatau sempat ke tak nak amik..
Doktor janji nak kasi Qila keluar esok... Dia nak habiskan sedut lendir tu.. Katanya masih ada lagi..
Mintak2 Qila betul2 boleh discharge esok.. Malam tadi batuk dia kuat jugak.. Tapi pagi ni dah kurang.. Harap2 tak batuk lagi.. Tapi, mcm biasa dia tanak menyusu laahh.. Isshhh.. Qila tak lapar ke sayang oiinnk??

Harini dah 16 Julai.. Lagi 2 minggu kemungkinan besar Bi akan sampai Malaysia dan terus balik bercuti.. Sangat tak sabar... Cepatle masa berlalu......
Ohya, smlm jugak Qila dah tak merengek2 lagi.. Dia dah kembali lasak.. Dia dah mula nak berjalan kembali. Takdele berdukung aje.. Dia dah start baik dgn nurse.. Salam cium tangan lagi.. Bila nurse jauh, siap panggil.. Berani kau ye... Tapi bila kena masuk treatment room utk lung suction, hamik kooooo... Jeritan satu melaka boleh dengar.
Qila tak takut dgn nurse baju putih. Sebab yg buat lung suction adalah staff nurse yg pakai baju biru.. Yang baju biru dan Dr Zainal mmg Qila anti habis.. Diorg lalu je dia dah meraung... Takut dan fobia..
Qila juga tak suka atok dia.. Sebab, atok dia berkulit cerah dan bentuk muka & badan sama mcm Dr Zainal.. Dia trauma dan keliru.. :( Sian atok. Tak pernah dapat dukung & cium Qila..
Semoga Qila akan sembuh dan dpt discharge esok.
Rindu Qila.. Ni video masa Qila jalan2 kat Masjid Kristal, Terengganu.


~MummyⓐⓠⓘⓛⓐIzzara~

Selasa, Julai 14, 2009

Day 2 - Selepas 4 kali lung suction

Pagi2 tadi aku dah dapat bilik. 2 bedded room.. Jadilah.. Oleh kerana aku sorg yg jaga Qila adelah mustahil nak tido malam2 sensorg dalam bilik.. Gila kau.. Aku takut hantu.. Mama hanya datang siang.. Maybe esok baru dia teman aku tidur kat sini..

Aku request katil besar.. Selesa sikit utk aku dan Qila.. Takdelah mcm semalam.. Macam anak kucing aku dan Qila tidur..

Ohya, terima kasih atas kasih sayang dan doa kalian... Qila beruntung sebab ada kalian dalam hidupnya..

Harini sgt mencabar bagi aku dan Mama.. Qila meratap dan menangis tatau sebab apa.. Harini dia langsung tanak makan, minum susu dan minum air suam.. Setitik susu dan air suampun tak masuk ke mulut dia kecuali ubat..

Puas dipaksa dipujuk semua.. Tu semua tambahkan kuat tangis dia je.. Lagi teruk dia menangis lagi teruk batuk dia menyerang.. Aduh..
Sepanjang hari melekap aje..... Muka layu, mata kuyu.. Hari ni dia ada muntah sekali masa nurse bagi ubat, iaitu selepas suction ketiganya pagi tu..
Qila kalau mood dia baik sket, barule nak duduk atas katil. Barule ada mood nak tgk buku dan habiskan masa dia sendiri.. Baru dpt rest tapi tak lama, sbb tetiba je dia boleh meraung tak tentu pasal... Puting 24hrs kat mulut.. Bagus gak tetiba dia nk isap puting seminggu dua ni sbb inilah penenang dia bila dia menangis.... Aku yang serabai.. Kasihan baby dalam perut. Kadang2 aku lupe makan dan lupe ambil vitamin.. Susu jauh sekali nak minum sbb tak bawak.. Bila korang comment beri nasihat baru aku teringat... Bukannya apa, kadang2 otak kita ni tak boleh nak concentrate pada dua benda yg penting dlm satu masa.. Tetiba aku tak faham kenapa ada laki yg boleh kahwin dua dan bertindak adil... :P
Masa ni dia ngamuk dah.. Tanak langsung duduk kat bilik.. Tanak jalan, nak berdukung.. Walaupun berat dia jatuh banyak tapi aku still lenguh nak dukung.. So nasib baik ada stroller.. Belon tu dia ternampak kat kedai bawah.. Kecik2 dah pandai paw aku barang.. Cis..

Tanak dia ngamuk lagi, belikanlah jugak....
Inilah imej terbaru Qila... Mata bengkak, cengkung.. Hingus tak henti2 kuar sebab asyikkkkkkkkkkkkkkkkkkkkk menangis.. Tambah2 lagi kalau Dr Zainal datang check.. Habisss... Macam2 dia nak buat.. Nak main mcm2 yg menguji kesabaran aku tapi aku layankan gak sbb nak kasi dia diam.. Ni pulak dia tgh main ubat gigi dan berus gigi dia.. Siap picit2 sampai habis kuar sume ubat gigi tu... Lantakle yang, janji kau bahagia...

Bilik dan katil yang bersepah.. Kemas seminit sepah dua minit...
Aku rindu sangat nak balik rumah... Rindu sangat nak jumpa Bi... Letih sangat melalui semua ini..
Paling aku rindu wajah ceria budak nakal serta mutuk kat bawah ni......
Gambar ni diambil beberapa jam sebelum Qila demam teruk di Terengganui.. Dalam bas yg membawa kami semua... Dia sgt happy sebab dapat naik bas jalan2 sana sini.. Bila suruh bergambar siap melentuk segala.. Rindunyaaaaaaaaaaaaaaaaaa dgn perangai dia yg lincah dan aktif tu.. Rindu gelak tawa dia... Dah beberapa hari Qila tak gelak dan tertawa...
Tapi, aku tetap bersyukur... Sakit Qila ni masih ada penawarnya... Walaupun dah masuk 4 hari dia tak mahu makan dan minum, akhirnya selepas lung suction kali ke 4 jam 8 malam tadi, Qila tiba2 mahu menyusu.. Walaupun just 4 oz tapi hati aku amat lega.. Dia sedang tido lena kat sebelah aku ni... Alhamdulillah... Berkat doa semua, moga2 dia segera sembuh dan segeralah kami berambus dari hospital yg maha bosan ini..
Aku rindu nak balik umahhhhhh... Huhuhuhu...
Apalah akan jadi pada esok hari??? Adekah malam ini akan sangat panjang seperti malam smlm?? Herrmmm... A'qila sayang, tidur lena ye sayang... Lena A'qila tidur, lena jugakle Mummy tidur... Kita sama2 tidur ye sayang???
Cepat sembuh sayang..... Mummy sayang Qila sangat2.. Daddy pun sama... Qila discharge nanti Mummy beli hadia beeeesaaarrr ye sayang?????? :)

Qila masih belum fully recover

Stil tanak makan dan minum susu... Dia nak air suam je... Kalau dipaksa, boleh jadi perang saudara nyah...

Semalaman aku takleh tido.. Qila merengek meratap.. Entah lapar atau badan tak sedap aku pun tatau... Malam yang sangat panjang bagi kami berdua.. :(

Bi risau sangat... Tapi bila aku cerita anaknye lasak macam biasa, dia lega sikir. Tapi Qila mmg tak boleh tgk kelibat Dr Zainal.. Meraung!!! Fobia kot sbb mamat tu yang cucuk kaki tangan dia utk amik darah.. Nurse pecah lubang, Dr susah nak cucuk sebab tak jumpa urat.. Tangan dan kaki anak aku tembam! Ape daaa.. Masa belajar dulu nape tak tanye lecturer mcm mana nak deal kalau tangan dan kaki patient tembam??? Cit!

Sakit sakit pun anak aku ni tetap nerd.. Tak banyak mainan yang temani dia. Cukup color pensil dan buku2 gambar binatang.. Mainan hanya turtle yang beli kat Terengganu serta Barney kesayangan dia.. Dia dah cukup happy sebab aku bawak byk stok buku2 dia.. Pagi tadi nenek datang bawak lg buku2 dia..
Sian dia.. badan sangat susut dan dia agak lemah sekali selala.. Maklumle tak makan dan minum susu.. Takde tenaga. Tapi Dr Zainal kata, janji dia minum air suam...
Separuh dari stock buku2 peneman Qila..
Lepas lung suction.. Sian dia.. Aku tak sampai hati nak dengar dia menjerit... Sakit ke sayang???? Tu turtle baru Qila... So far Qila dah lalui 3 kali lung suction.. Petang ni kena lagi sebab lendir masih ada dalam lung dia... Aduuussshhhhh... Bengkak2 mata Qila setiap kali kena suction..
Kat sini bising sebab ward full.. Penuh dgn bebudak.. Aku masih tunggu bilik 2 bedded yang kosong sejak smlm. So far penuh semua belum ada kosong.. Nak tanak skrg kena duduk kat dorm.. Bising betul nak2 budak sebelah kiri Qila ni... Geram aku.. Dia suka menjerit.. Atok dia kalau datang sampai tgh malam! Bercakap 'london' ngan cucu dia sikit punya kuat... Tensyen aku!!! Mental tochure siol.... Dahle cakap kuat.. Satu perkataan kena ulang sampai 40 kali.. Irfan seat Irfan.. Seat.. Seat sayang.. Gud boy seat.. Seat baby... Seat sayang seat... I said seat sayang... Seat Irfan seat!! Huwaaaaaaaaaarrrggghhhhhh!!!!! Hangin aku satu badan. Memekaaaaaaaakkk jeghs! Org lain pun nak ajar cucu cakap omputih tapi takyahle kau laung satu ward ni. Lainle kau duduk bilik sorg.. Dahle sampai tgh malam pun memekak lagi.. Aku rasa nak bomb je hospital ni.. :P

Aku pulak kena share katil kecik ni dgn Qila... Kat dorm takleh mintak extra bed.. Lainlah dlm bilik... Hissshhh.. Cepatle ada bilik kosong.. Tak kuasa nak duduk dgr atok Irfan membebel 'london' lagi...

Doakan segalanya berjalan lancar ye kwn2.. Thanx kepada semua doa2... Korangle penguat semangat aku ni.. Nak menangis dah takde air mata dah..

Kan pernah aku cakap dulu.. Ye aku mmg tabah dan kuat.. Sbb macam2 dah aku lalui sepanjang aku hidup di dunia ni.. Tapi kalau perkara yg membabitkan anak aku, A'qila tu... Aku tak tahu kemana hilangnya rasa tabah dan kuat tu.. Aku tiba2 jadi sangat2 tidak kuat.. Aku tak kuat utk lihat dia sakit begini.. Tangisan dia.. Rintihan dia bila tidak tahan menahan batuk yang kuat.. Hancur luluh hati aku ni... Anak... Siapa tidak sayu kalau terjadi pada anak kandung sendiri...

Tapi, walau apa pun aku tetap cuba utk menjadi tabah dan kuat sbb Qila hanya ada aku.. Daddy dia jauh.. So, aku perlu kuat.. Perlu tabah... Perlu teruskan semua ini, janji A'qila cepat sembuh dan kembali aktif mcm biasa...

Amin.. Ya Allah, permudahkanlah segalanya.. Sembuhkanlah A'qila Izzara......

~MummyⓐⓠⓘⓛⓐIzzara~

Isnin, Julai 13, 2009

Qila admitted

Aku dan Qila baru sampai dari Terengganu malam tadi.

Qila demam dan batuk teruk sepanjang kat sana.... Sayu hati aku. 2 malam tak tidur jaga dia yg demam sgt kuat.. Sepanjang kat sana jugak dia tanak makan dan minum susu. Langsung tanak.. Sedih aku..

Sampai je Melaka, terus check up dgn paed Dr Zainal dannnn...... Dia akhirnya kena tahan ward sebab lung dah penuh dengan lendir.. Buat pertama kalinya Qila demam dan batuk teruk dan buat pertama kalinya dia ditahan ward..

Tadi, segala prosedur ambil darah dan lung suction dah settle... Harap anak kesayangan aku ni cepat sembuh..

Aku skrg kat Putra Specialist Hospital.. Nasib baik broadband tak buat hal.. Boleh guna sbb aku tak bawak lappy ke Terengganu. Berat..

Oklah.. Malam kang Qila dah tido aku update lagi pasal dia.. Ni curi2 update blog sementara Mama jaga Qila..

Doakan Qila cepat sembuh. Aku rindu nak tgk perut buncit dia. Lately perut dia kempis sebab tak makan dan minum.. Pipi dan badan dia dah susut.. Berat turun lebih sekilo..

Malam kang aku upload gambar dia..

~MummyⓐⓠⓘⓛⓐIzzara~

Qila admitted

~MummyⓐⓠⓘⓛⓐIzzara~

Rabu, Julai 08, 2009

A'qila selsema dan batuk

Macam manalah aku nak bawak dia ke Terengganu esok????!

Dia berjangkit Shameera, dua pupunya yang diserang batuk sebab makan banyak sangat rambutan dan durian.. Adussshhhh...

Aku dah pesan dah dengan Mama, jauhkan bebudak berdua tu takut berjangkit.

Tapi Mama kata, "Alaaaaaaaaaaaa... Dah diaorg main sama2.. Mcm mana nak kasi tak berjumpa.. Shameera batuk tak reti nak tutup mulut"

Shameera tu pun satu. Kalau batuk berminggu2 tak baik. Takkan berminggu2 aku nak halang dia datang umah main dgn Qila kan?? Adussshh serba salah!

Dahle aritu masa aku ke BTN, Mama terbagi ubat batuk aku pada A'qila.. Meraung aku kat dlm phone! Aku teeerrrrrmarah kat Mama.. Dia tu careless sket. Main belasah bagi bukan nak tanye aku.

Aku pun dh pesan, jangan bawa Qila ke tpt terbuka sbb gelaja H1N1 tu kan.. Tapi Shameera dah pecah lubang kat aku. Mama bawak Qila ke Tesco laaaaaaahh, pasar laaaaaaahh umah org kawin lah.. Sentap je aku. Org tua tu susah gila nak dengar cakap aku ni.

Bila Qila selsema tak baik2 ni aku jadik risau lah pulak. Skrg ni batuk pulak. Batul mcm berkahak lak tu. Risau hati mak ni..

Aku baruuuuuuuuuuuu nak bwk dia ke Terengganu esok. Family day opis..

Bistu kalau dah batuk2, selsema bagai.. Macam mana?

Tensyeeeeeennn.. Mama jaga pun aku tak puas hati.

Inikan pula kalau maid jaga, baby sitter jaga, nursery?? Harussssssssss aku bergaduh besar dgn diorg tu sume agaknye..

Iye.. Aku mmg cerewet. Bi jaga pun aku tak puas hati ye kawan2..

Mcmle aku sorg je yg sayang Qila.. Yelah, aku yg tahan sakit nak beranakkan dia.. Sayang2 diorg kat Qila, sayang lagiiiiiiiiiii aku kan anak dara aku tu okay. Aku Mummy dia...

Marah ni...

Tapi tatau nak marah kat sape.

Ya Allah, sembuhkanlah anak ku dengan segera... Sembuhkanlah si comel mutuk buah hati pengarang jantung aku nan saorang itu...

Bi....... Lagi nak dekat Bi nak balik, lagi rindu pulak..

Ni pun lagi satu, baju raya dia belum hantar tempah lagi.. Aduuussshhh.. Sgt takde masa nyah.

Bukan bz, tapi time management terabur.. :P

Hermmm...... Rasa nak benti keje. Jaga anak 24hrs. Tapi.... Ingat entry aku pasal kain batik terlondeh????!!!

Sendiri mahu ingatlah.. ;)

~MummyⓐⓠⓘⓛⓐIzzara~

Selasa, Julai 07, 2009

070707 - Selamat Ulang Tahun Perkahwinan Sayang...


Buat Bi yang jauhhhhhhh di negeri China tu..

Mekasih sayang sebab call malam tadi. Ling ingat tapi lupe skeeeettt.. ;)

Mekasih jugak sebab sepanjang kita kenal sampaile berkahwin ni, Bi banyak sangat bersabar dengan karenah Ling ni dan menjadi suami paling sporting dalam donia ni.. Suami yang tak banyak songeh, suami yang ringan tulang dan suami yang boleh buat ape je untuk Ling..

Mekasih sebab selalu berusaha utk membahagiakan Ling dan A'qila.. Walaupun Bi jauh, tapi kasih sayang Bi sentiasa menemani Ling dan Qila setiap masa..

Bi lah insan kesayangan kami dunia dan akhirat. Hero kami sampai bila2..

Mekasih sayang, kerana memilih Ling menjadi suri Bi walaupun dugaan dan saat genting yang kita pernah alami suatu ketika dulu buat keluarga dan kenkwn rasa nak bunuh2 je kita ni kan? Hehehe.. Tapi best tu.. Dah tua nanti mesti syok wooo kalau kenang2 balik.. Kita pasangan paling rock kan sayang kan??

Cepat balik ye sayang.... Kita buat persiapan raya bersama. Celebrate birthday Qila dan anniversary kita bersama.. Rindu sangat kat Bi.... Ling sayang dan chenta Bi sampai akhir hayat Ling. Muaacchs!~

~MummyⓐⓠⓘⓛⓐIzzara~

Opppss, Qila pun nak cakap ni..

Mami, Dedi.. Celamat Uyangtahun Kawen Kawen.. Tawun lepas Qila dalam pantang lagi, tapi tawun ni Qila nak jadik kakak daaahh.. Tahun depan kita shambut 4 oyang ek?? Jangan Mami nandung lagik shudahle... Penat Qila nak jaga adik namti.. Huhuhu..

Dedi cepat alik taw.. Qila adeee banyak cherita yang cite kat Dedi.. Qila dah pandai masham masham.. Qila remdu kat Dedi banyaaaakkk2..

Nenek shelalu komplen penat dokong Qila mashe naik tangga.. Nanti Dedi balik, Dedi lak dokong Qila ek Dedi ek? Kita gi maen2 kat playgorund ek?? Qila shuka naik yang gerak2 tu.. Dedi balik nanti coti lama2 shikit ek Dedi ek??

Babai Dedi..... I lof u Dedi.. Muaaaahhhhh!~


Qila

Sabtu, Julai 04, 2009

Bila si mutuk ni tak dapat isap puting...
















Macam ni rupa anak aku si mutuk tu kalau tak dapat puting!

Masa ni otw balik dari umah Bi... Kat umah Bi aku mmg tak bawak puting. Mak dia tak suka.. So, Qila agak meroyan sket lah kat dalam keta bila tk dapat puting... Kat dalam umah dia okay je sebab sibuk main.. Bila dalam keta, bosan dia pun datang....

Dia nangis tu bukan betul2 pun. Tak kuar air mata... Mengada yang amat! Nangis pun gedik2 je, gerak badan je yg over.... Sampai macam tu sekali dia duduk dalam carseat..

Aku tahu, Qila just nangis tipu2 sebab tak kuar air mata dan suara nangis dia pun tak kuat mcm kalau nangis betul2.. So, aku buat muka cekodok sambil nyanyi lagu barney..

Terusssssssssssssss sengih macam kerang busuk!

Gambar last tu terus tertidur bila dh dpt puting.. Masa ni aku dah otw ke opis nak gerak ke BTN daaahh..

Qila semakin bijak nak amik perhatian dari aku.. Taktik terbaru dia adalah menangis olok2.. Geram sangat aku tgk gambar2 ni..

Skrg aku masih berkursus.. Rindu sangat kat dia..

Mama kata, kat rumah dia asyik bimbit suar tidur aku.. Dia mmg suka bongkar baju2 kat dalam bilik then bimbit bawak jalan satu umah.. Masa aku call dia semalam, tengah sakan gelak.. Tak rindu Mummy ke shayanggggg???

Mummy rindu sangat kat Qila... Nangisss jap bila dengar suara dia ketawa.. Rinduuuuuuuuuuu... :(

Rindu kt Bi jugaaaaaaaaaaaaaaaakk..

~MummyⓐⓠⓘⓛⓐIzzara~

Khamis, Julai 02, 2009

Aku sudah berada di Kem Bina Negara, Alor Gajah..

Hutan!!!!

Dah lama tak merasa tido kat dorm. Nah hamik koooo.. Kena pasang cadar sendiri.. Cis.. Toilet jauh. Dahle belakang ni hutan belukar.. Sekali pak harimau mengaum, mencecet lari...

Semalam, aku spent masa dgn anak dara aku. Happykan dia.. Bawak dia ke Tesco utk beli makanan kegemarannye.. Biskut, roti, coklat, yakult, buah kiwi, dan segala mcm mak nenek keperluan makanan asasi dia mcm sayuran tu sume.. Pas tu, mcm biasa ajak dia main kat playground.. :)

Dia sangat happy...

Aku happy sangat bila tgk dia happy.. Lepas dah puas main, kami pun pulang.. A'qila menyanyi2 sambil tunjuk sana sini.. Seronok betul dia..

Rindunyaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa kat dia.. Cepatle hari isnin. Nak balikkkkkkkkkkk!!!!~



















Qila suka sangat naik kereta ni... Mama siap tanye, kalau nak beli ni brape agaknye... Benda lain dalam tu dia tanak main.. Dia tunjuk keta ni aje.... Memang rempit... Heuheuheuheuheu..

Nanti Daddy balik kita suruh Daddy beli satu keta mcm ni ye sayang???????

~MummyⓐⓠⓘⓛⓐIzzara~