Selasa, Jun 30, 2009

A'qila 13 bulan

Kejap je masa berlalu.... 7 July ni genap 2 tahun usia perkahwinan aku dan Bi.. Qila pulak dah 13 bulan... Herrrmmm.. Dah nak jadik kakak dah pun.. Cepatnye masa berlalu kan?

Dalam usia 13 bulan ni byk sangat perkembangan A'qila setiap hari... Yang pasti, dia makin mengada2 dan dah start memberontak kalau tak dpt apa dia nak.. Walau senang dipujuk, tapi mencabar jugakle.. Rasa nak babap2 je montot dia..

Berat dah 10.02 kg. Tinggi tak pulak aku nak ukur. Rambut makin panjang... Gigi dah ada 5 batang. Dah mula lari2 anak.. Makin lasak dan sukar dikawal.. Tidur pun lasak ape lagi dalam keadaan berjaga.. Yang pasti A'qila adalah anak yg hidup dalam kegembiraan.. Happy je 24hrs lebih2 lagi kalau ade ramai org di keliling dia.
Tunjuk Mummy gigi mana gigi??? Dia akan menunjukkan giginya sambil tersenyum.. Sangat murah senyuman dan manja kalau mood baik...

Nak updates tentang Qila memandangkan dia dah melepasi 13 bulan ni..

* Dia sudah pandai bezakan kasut kiri dan kanan.. Dia suka sangat sandals crocs yg aku belikan tu. Kadang2 dalam rumah pun nak pakai. Kalau jumpa sebelah kiri, dia akan sarung kat kaki kiri then pusing2 satu rumah dgn sebelah kasut tu. Kalau jumpa belah kanan, dia akan sarung di kaki kanan.. Kalau kasut tu terbalik atau senget dia akan betulkan dgn tangan sebelum menyarungnya ke kaki. Bijak kan?

* Sangat suka melihat gambar2 di dalam buku. Terutama kalau ada gambar2 binatang. So far, hanya satu bunyik yg dia tahu buat iaitu bunyi pig!!! Bila nampak gambar pig, terus dia buat bunyik siap angguk2 kan kepala dia.. Wakakaka.. Dia suka kita bacakan dia buku, atau ajar dia sumthing dr buku. Dia akan ambil buku tu dan tunjuk kat kita suruh kita bacakan... Rajinnya..

* Dah mula nak berlari dah... Lagi kita tegur, lagi laju dia bukak langkah... Sambil terjerit2 excited..

* Suka carik port utk duduk.. Misalnya dia suka duduk sendiri kat anak tangga, atas pangku sesape je yg dia nak, atau ape je tpt dia rasa nak buat port bontot dia, dia akan duduk termasukle celah bedah mana pun..

* Dah pandai suap makan sendiri. Guna tangan dan sudu.. Tapi sepah je lebih. Minum pun dah pandai minum sendiri...

* Suka sangat dengan baby. Bila puting baby jatuh, dia suapkan kembali ke mulut. Kalau baby ketawa, dia ketawa, baby nangis dia punnnnn nangis... Ciri2 seorg kakak kan?? :)

* Takut sangat kalau aku buat2 menangis.. Dia pun akan nangis.. Hahaha

* Dah pandai turun katil sendiri. Hulurkan kaki then bontot then turun..

* Dah faham banyak arahan aku. Boleh diharap suruh ambilkan sumthing.. Dia tahu nak kemana bila mencari sesuatu teruatama puting dan kasutnye..

* Sgt suka tiru semua benda yg aku buat contohnya menyapu sampah, bukak penutup susu, melipat baju.. Adussshhh benda jadi makin lambat!

* Sgt suka bermain.. Ape je yang boleh main dia akan main.. Ohya, kena belikan satu bola untuk dia... :)

* Dah ada tabiat tidur + menyusu yang baru iaitu menyeluk tangan ke dalam baju aku sambil mencari tek utk dipegang! Adussshhh geli aku nyah! Macam kena raba gitu.. Marah pulak tu bila aku tak kasi.. Pulak daaaaaaaaaahhh..

* Sgt aktif, bukak je mata dari tidur terus nak berdiri. Kalau tak pun terus buat2 baca charts kat dinding sebelah katil.. Padahal mata pun belum bukak sepenuhnya.. Dia mcm terasa, alamak! Lamanye aku tertidur ni.. Cepat study cepat!!

* Qila sangat manja. Suka nangis olok2.. Geram sgt bila dia buat mcm tu... Ngada sangat..

Dahle.. aku nak balik dah ni.. Ohya, lusa ke kursus BTN.. Baru ade can nak gi.. Aku gi jugak walau pregnant. Senang nak escape aktiviti lasak. Boleh tido lama sket.. Wakakakaka..

Tapi sedih sgt nak tinggalkan Qila... Dah lama tak tinggalkan dia. Sejak dah berakal ni, rasa rindu sangat nak tinggal dia lama2... Mesti dia selalu mencari2 aku.. :(

~MummyⓐⓠⓘⓛⓐIzzara~

Baju raya..

Hermmm... Selesai sudah bab membeli baju raya utk aku anak beranak.. Semua atas bantuan Mama dan taste aku ye...

Tema tahun ni biru dan purple.. Ade yang beli kat Tangkak, ade yang beli kat kt Melaka.. Usshhh.. Punah harapan nak stop shopping bulan ni.

Tapi takpe, baju raya punya pasal. Bulan June, tailor aku dah start tutup tempahan. Tu yg nak tanak kena beli gak sebab nak sama ngan laki dan anak den!

Cukuplah 3 pasang baju kurung aku.. Sebabnya, mak pregnant dah 7 bulan time raya nanti. Entah muat entah tidak.. :P

Untuk Qila dan Bi pun, 3 pasang aku beli. Untuk Qila semua dr Japanese & English Cotton.. Sejuk..

Untuk PIL pun dah siap beli sepasang dua.. Ikut tema gak. Untuk Mama je aku belum beli.. Dia tu cerewet dan tak main baju2 harga biasa2 ni.. Taste tinggi nau.. Adeke patut dia berkenan yang RM600++ sepsg kt astana moda tu.. Tu pun after sales okaaaayy.. :P

Nantilah aku belikan dia... Baju raya dia tahun ni pun agak banyak dah.. :P

Haaaapppppyynyaaaa.. Tak sabar nak tunggu Bi balik. Baju2 dia aku akan hantar kat tailor kesukaan dia. Teluk belanga & cekak musang..

Baju aku? Maybe kain yg paling mahal tu aku kena hantar kat tailor mahal aku. Yang biasa-biasa, gi hantar tailor murah je. Sebab takut yang murah tu jahit tak lawa.. Sayang siooot.. Sehelai dua takpe.. Setahun sekali nyah...

Aku ada juga beli kain utk buat jubah. Konon perut dah buncit, elok pakai jubah.. Tu tatau nak tempah kat ne.. Huhuhu..

Herrmm.. Bi balik nanti, bleh shopping baju2 lain utk raya. Tak sabar sungguh! Baju utk anak dara aku tu semua cute2... Tambahan pulak dia dah pandai jalan ni, mmg syok gila dress upkan dia cantik2.. Dgn hairclips bagai tu. Kasut lagi.. Eeeiii.. Tak sabar..

Dalam tak sbr ni, terbeli jugak sehelai jeans dan tshirt utk dia. Maklumle, Qila bermasalah sket nak carik jeans sbb pinggang & montot dia yg gebu tu. Dia boleh pakai jeans yg lembut2 je tang pinggang dan material dia.. Kalau tak, anak aku senak nak duduk.. Nak beli jeans pun yg 3 suku panjang punya. Sebabnya, Qila skrg hanya muat size 3 tahun, tapi kalau beli jeans betul, labuh sgt. So, terpaksa beli yg 3 suku so boleh ngam dgn ketinggian dia..

Apa? Size 3 tahun??

Ye puan2.. Suar jeans bebudak skrg kecik sangat kat pinggang. Getah keras lak tu. Sgt tak selesa utk Qila.. Aritu dah jumpa sehelai, hanya size 3 tahun yg selesa utk dia. Sian anak aku.. Sebijik mcm bapak dia ms kecik2.. :P

Okaylah. Gila panjang aku bebel.

~MummyⓐⓠⓘⓛⓐIzzara~

Isnin, Jun 29, 2009

Imej terbaru Qila Qila

Adussssssssshhhhh... Imej yg sangat buat aku punya darah naik tinggi wooooo... Dulu, ngoncoi (bahasa pasar untuk memuting) time malam2 bila dia buat perangai tak lena tido je. Tapi skrg ni, 24hrs nak ngoncoi..

Tengok TV pun nak ngoncoi..

Tgh main pun nak ngoncoi..

Dalam keta nak ngoncoi..

Masa mandi pun nak ngoncoi..

Bila aku mintak, dia bagi.. So, aku simpan kat dalam bilik. Tapi bila dia nampak puting tu, dia amik dan tunjuk kat aku suruh bukakkan cover puting tu, sambil kaki menggelepur macam bebudak excited nak dpt mkn ice cream!! Macam sedaaaaaaaaaap sangat puting tuh!

Kalau dia tak nampak puting, tapi nak ngoncoi, mulalah merengek semacam. Semua tak kena. Tu mmg nak puting lah tu tapi carik2 tak jumpa.

Kalau tak bagi, ngamuk... Kalau tak ngamuk pun habis dia jilat2 tangan dia.. Meleleh2 air liur!

Lagi sadis, dia amik sume benda atas lantai then masuk dlm mulut! Berontakle tu konon.. Tu yg aku hangin tu..

Terpaksa bagi gak walau hati sakit..

Habislaaaahhhh.. Anak aku akan berimej begini tataulah sampai bila... :(

Tetiap hari aku tgk gigi dia takut jongos pulok.. Huhuhu..

~MummyⓐⓠⓘⓛⓐIzzara~

Lagi alasan kenapa blog tidak terupdate..


Orang tamak mmg begini.. Nasib boleh pinjam maximum 7 buah buku je dr library tu. Kalau taaaakkkkkk..

Jangan marah aaaaa...

~MummyⓐⓠⓘⓛⓐIzzara~

Jumaat, Jun 26, 2009

Aku sudah ada bibik nyah..

Untuk menguji tahap kecekapannya, 1st task untuk dia adalah ke TESCO..

Huhuhuhu.. Bibik aku ni sangat rajin.. Lepas bosan duduk dalam troli dia merengek nak turun, lari sana lari sini. Jerit sana.. Jerit sini...

Pastu dia berminat nak tolak troli pulak. Terus dia tolak troli tu ke kaunter bayaran seterusnya ke playland berdekatan.. Rajin sungguh.. Beria-ia dia tolak troli tu. Jauh gak dia jalan... Tak best kalau tak tgk video... Ngueheheh..



Lepas tu, sebagai majikan berwibawa, aku telah upah dia main di sini.. Kopak aku.. Dia naik semua yang ada kat situ. Satu mainan kena 2 token bersamaan RM1.. Pas main2, dia pow pulak aku kereta mainan. Bukan satu ye puan2, tetapi LIMA!!!
Qila mmg cenderung kepada kereta.. Bukan kereta je, motor, lori, trailer.. Sume yang ada bunyik vrooommmm vrooommm lah... Pelik anak aku ni. Nasib baik anak patung pun dia suka, kalau tak.... Mamfuss!Tgkle anak aku ni... Mcm dah umur 2 3 tahun lagaknye.... Muka eksyen tak boleh blah... Yang peliklah, dia tak takut langsung bila benda2 alah yg dia naik ni bunyik mcm ribut dan goyang mcm kapal karam. Selamba jeee.. Dua kereta racing yg dia naik pun, dia tak heran. Dia just buat muka eksyen je.. Takde perasaan takut langsung.. Budak2 sebaya dia cuma naik kuda pusing2 tu je, tu pun ade yg takut.. Minah ni relax je naik keta racing..Sempat merempit lagi.. Matured nya kamu wahai anakku... Huhuhuhu.. Ohya, ni lah bibik baru aku.. Si Qila-Qila ni leee... Sebab dia rajin tolong aku skrg ni... Nak jadi kakak le katakaaaaaaaaaannnn...

~MummyⓐⓠⓘⓛⓐIzzara~

Khamis, Jun 25, 2009

Pertama kali aku ke hospital untuk check up

Aku tak pernah ke GH untuk check up.. So, aku ingat tak perlu datang awal. Sebab appoinment sudah ada, datang terus dapat jumpa doktor. Tapi, beranagn!!!

Aku sampai GH dalam pukul 8.05am. Takde parking!!!!! Nazak nak carik parking woooooo... Nasib aku terer selit2 memarking..

Sampai terus letak card appoinment, sekali dapat no 1032! Dan no skrg 1005.. Perggghhh! Masa tu dalam pkl 8.20am. 15 minit pastu, aku tgk minah depan aku punya no adalah 1096!!!!! Aku dah agak mesti lama. Thats y aku bawak buku cerita, buat tahan boring.. Tahu sampai pukul berapa kat sana???! Sampai pukul 12 tghari!!!!! Perggghhh.. Kebas bontot aku!
Masa nak amik ubat, aku belasah roti ni. Licin tak sampai 5 minit.
Selain roti, aku ada 2 plastik bag stok makanan dan air.. Hehehehehe..
Berbalik kepada cerita check up aku, seriously, aku rasa nak tampar je muka nurse yg set next appointment utk aku. Aku tanya baik2, muka mcm kimak... Senyumlah sikit. Macamlah penat sgt keje kau.. Setakat duduk lebarkan montot pastu set appointment utk patient bukannye penat sangat.. Aku tanya pasal kat mana nak amik ubat dan date untuk amik darah pun kau buat muka mcm aku nak pinjam 10 ribu.. Pundeks betul.. Nasib baik sebelum tu yg layan aku adalah chinese nurse dan chinese doktor yang baik sgt. Cuma yg scan baby, doktor melayu. Pun kewats semacam! Aku bukan nak racist, tapi melayu mmg buat keje tak ikhlas laaahhh. Kalau mcm tu, benti keje jaga laki kat rumah laaah!
Tahap thyroid aku, hypo free T4.. Rendah sikit. Still tak ok sebab rendah. Doktor tu kata rendah tak bagus, tinggi sangat pun tak bagus. Takkan ada effect apa2 kat baby cuma untuk tujuan keseimbangan denyutan jantung & metabolism aku, so kena amik hormon thyroid.. Untuk elakkan kelahiran pramatang.. Dos yg aku perlu makan hanyalah skit je dulu utk permulaan. Dan bestnya, dia bagi MC. Takyah mak amik cuti... Tu yg best!
So aku balik dgn happy.. Rindu sangat dekat A'qila.. Sejak dua menjak dia dia sangat darling dan menghiburkan... Anak aku tu mmg kelakar.. Sgt menghiburkan dan tak reti duduk diam.. Aku, perut dan buku pink otw balik ke rumah... Sampai rumah terusssssssss Mama ajak keluar. Dia tu memang, pantang nampak aku cuti, mesti ajak berjalan.. Itu aku dah cerita kat entry bawah.. :D

~MummyⓐⓠⓘⓛⓐIzzara~

Rabu, Jun 24, 2009

Kami beli baju raya

Actually aku teman Mama ke sini.. Kedai baju ni baru lepas sales, tapi akan ada lagi sales minggu depan. Aku dan Mama beli lebih kurang je.. Selebihnya tunggu sales next week. Sales girl tu yg pecah lubang cakap akan ade sales dlm masa terdekat ni.. So, i follooowwww... Aku siap bagi no phone mintak dia call kalau sales dah start..

Yelah, kalau tak beli skrg, bila lagi.. Bi pun kompen dah dapat beraya dgn kami tahun ni, for the very 1st time. So aku agak excited nak beli baju raya kami anak beranak.. :)

So, ni aktiviti masa Qila kat sana. Dia baru bangun tido, tapi jalan punya pasal happppppy jeghs.. Masih mamai........
Tapi dia happy sebab bebas berjalan kesana kemari... Aircond pulak tu kan.. Syiok
Aku duduk rehat sementara tunggu Mama pilih baju2 dia...
Qila excited, tp belum berani pergi jauh2... Sbb dia nampak byk patung takde kepala.. Dia takut sket..Belakang tu Shameera, dua pupu A'qila yg buat masa ni jadi teman rapat Qila sepjg masa... Mama hampir amik baju ni.. Sepasang RM300++.... Biar betul Mama ni... Terus aku tanya minah tu, bila Astana Moda ni nak buat sales? Terus dia jawap, maybe minggu depan...
Terus aku cakap dgn Mama, minggu depan datang balikle. Rugi je beli time ni.. Terusssss Mama mcm baru tersedar dari mimpi. Macam kena rasuk gitu.. Wakakakaka.. Nak tak nak, terpaksa gak dia bayar kain2 yang dah dipotong sebelum ni.. Wakakakaka.. Hampehs lak mak aku ni. Kalau aku takde, sure dia dah bayar dah beratus2 untuk kain2 ni.. Padahal, kalau tunggu sales harus lagik murah..
Aku berkenan dgn yang ini. Yang belah kiri tapi harga dia RM500++ sepasang.. Tunggu sales next week ajerrr... Cantik kan? Nampak class dan harus color hijau olive.. :)

Huh?! Apa jadi pada misi aku utk berhenti shopping???? Herm.. Ini keperluan raya, takkan nak berkira kottt.. Baru 1st time aku dapat beraya dgn Bi, alaaaaaaaaaaa.... Bagi can le nyah... Ni kira bukan shopping tak tentu arah kan? Ngeeeee...
Lepas tu kami ke Mahkota Parade misi mencari jewelery Mama. Dia tu kalau shopping, tak fikir panjang psl harga nyah.. Dah bayar deposit, otw balik umah baru terfikir yang beribu jugak dah spent tadi.. Cis.. Terus aku sound dia, patutle aku ni boros, ikut perangai dia rupanye.. Tapi mak aku mmg macam tu, dh lama dia merengek nak gi MP nak carik gelang dgn cincin. Bila dah sampai kedai, dia up pulak satu set jam yg sama materialnya, harus dah makan ribu riban.. Tapi aku rasa, mcm tak lawa je.. Tapi di mata dia sangatle lawanyeeee.. Nguhuhuhu.. Tak habis2 tanya, jam tadi lawa tak.. Lawa kaaann??? Gelang tadi sempat tak siap masa raya?? Sempat kot.. Bla Bla Blaaa..
Settle pasal Mama, aku pulak mencari puting baru yg cute2 dan sweet2 utk Qila... Sekali balik umah dia tanak pulak dgn puting tu.. Hampesssshhhhhh!
Tapi aku tanak biasakan dia dgn puting. Takut alignment gigi dia lari nyah.. Huhuhu.. Skrg gigi dia nak tumbuh yang kelima. Belah atas sebelah kanan. Nampak mcm kapak jugok.. Huhuhuhu..

Tapi puting baru Qila sangat cute. Nanti aku amik gambar.. Aku lak yg over excited mcm aku yg isap puting tu... Huhuhu..

Ohya, Bi ada kt Pasir Gudang-Sipore skrg.. Syoknyeeeeeeeeeeeeee...... Hilang sket rindu dendam jiwa kesumat ni. Dia kompem akan sign off sekitar akhir bulan depan. Yaaaaaayy!!~ Meriahlah raya tahun ni......
~MummyⓐⓠⓘⓛⓐIzzara~

Bila anak den menyuap makanannya sendiri...

Ni gara2 ternampak sepupunya, (actually dua pupu) makan atas lantai, dia punnnnnnnnnnnnnnnnnnn nak makan atas lantai gak... Macam biasa, terkangkang dan terbongkok2 mengambil dua tiga butir nasi utk disuap ke mulut.. Aku alaskan surat khabar... Leka dia menyuap makan.. Sambil tu, Mama suap gak nasi ke mulut Qila. Kalau nak tunggu Qila suap makan sendiri, alamat kebulurle anak den ni haaa..
Aku tak pernah ajar dia guna tangan kanan. Sejak baby dia cenderung guna tangan kanan dia sendiri. Maybe tangan tu lebih selesa dan kuat kot.. Bagus gak, senang keje den.. :P Bebudak zaman skrg mmg cepat terdedah kepada benda2 sekeliling dia.. So, setiap saat adalah tempoh belajar.. Kadang2 aku risau, cukupkah pembelajaran & pengajaran yang aku dedahkan pada dia.. Yelah, sebagai omak, den tak mahule anak den ketinggalan.. Tahun2 pertama kan penting dlm tumbesarannye nyah.. Dulu den selalu risau bila dia tanak/malas nak suap makanan ke mulut dia bila kita hulur biskut atau ape sahaje. Mesti nganga je, tanak suap sendiri. Kalau bagi kat tangan, terus dia buang.. Minum susu pun mcm tu, tanak pegang sendiri..
Tapi sebenarnya, dia boleh melakukannya sendiri.. Cuma dia mengada, atau malas.. So, as ibu, pandai2 lah ekau nak idup nyah.. Yakin pada anak sendiri.. Bukan dia tak boleh, dia ngade je...
Alolololoooo.. Kembung pipi juga lobang idungmu... Takpelah sayang, selagi ada tulang empat kerat Mummy ni, Mummy akan suap A'qila guna tangan Mummy ni selama mana yang A'qila mahu.. Dah besar nanti, takdenye Qila nak makan bersuap dengan Mummy... Sampai satu tahap, anak2 dah tak suka dimanja seperti bayi lagi. Mereka tentu akan mahu berdikari.. Konon dah besar sangat le tu kan? Tapi as ibu, anak2 adalah baby kepada mereka sampai bila2.. Walaupun dah besar panjang..

Haaaaaaaa... Dengar tu bakal2 menantu eden.. Esok2 dah kawin nanti, jangan tak bawak anak den balik jenguk den kat kampung.. Setiap minggu mesti balik jenguk den! Kalau tak, den lepuk sekor2 kang.. Anak omeh den ni...... Anak manjo den.. :P

Isk isk isk.. Cheers!!~

~MummyⓐⓠⓘⓛⓐIzzara~

Selasa, Jun 23, 2009

A'qila menunggang motor tanpa lesen

Dulu masa umur 8 bulan, Daddy dah perkenalkan motor ni pada Qila.. Masa tu kaki dan tangan dia still tak sampai lagi.. So, duduk diaaaaaaaammm je atas motor tu. Lepas Daddy sign on, atok simpan motor dalam stor sbb Qila tak nak main sgt.. (actually Mummy dia yg malas nak tolak motor tu.. Huhuhu)

Tapi, last weekend, dia asyikkkkk ulang alik masuk ke dalam stor. Dia dah ternampak motor tu atas rak tu... Dah masuk bilik tu, dia asyikkkkkkkk tunjuk kat motor tu. So, nenek kasi turun itu motor. Suruh Qila try duduk atas motor tu.. Sekali tgk kaki dan tangan Qila dah sampai untuk pegang handle dan letak kaki kat tempat letak kaki tu... Sangat macho.. Hehehehe... Sukalah dia.. Nak2 motor tu battery operate. Boleh jalan sendiri. Kembang gilaaaaaaaaa hidung Qila masa naik motor tu. Tapi sebelum tu, future engineer ni kena buat quality control dulu. Dia check angin tayar depan. Cukup angin ke tak...
Pas dah check tayar depan, dia check tayar belakang pulak.... Lepas dah kompem selamat, baru boleh naik.. Hehehe.. Mummy, no camera please.. I need privacy.. (bluweeek)Sekali dua je aku ajar dia pijak butang merah ni utk gerakkan motor. Si bijak ni kemudiannye dah pandai pijak, lantas bergerakle motor ni ye puan-puan.. Tapi mak risau, Qila menonong je, habis semua dia langgar.. Aku risau terbabas jeee.. Kang jatuh kang mak jugaaaaaaaaakkk yg susah..Tgkle muka anak dak Zaki ni............ Bangga gila.... Gelak besar atok & nenek bila dia buat bunyik broooommmm brroooommmmm sambil goyang2 montot dia.. Kihkihkih.. Tgk bibir dia.. Tu tgh buat bunyik brooommm brooommm lah tu. Atok kata, mcm biasa naik motor jeeeee.. (mmg pun.. kan ayah dia bwk dia setiap pagi & ptg)
Kembang2 lubang hidung masa menyebut brooommm brooommm tu... Gaya seorang penunggang motor yang handal tapi berapa kali terjatuh sebab bila dia turun, dia pijak tepi motor, so motor terbalik sebab balancing lari.. Huhuhu.. Shaaaayaaannggg Mummy kat dia.. Tapi Qila kata "eeeeeiii.. syibuklah Mummy ni.. " Buncitnya perut aku! Jgn percaya, itu LEMAK ye... :p Qila menelek je motor dari pagi sampai ke petang sampai tak lalu tido.. Kat tepi tu ada ampaian. Dia boleh amik spender aku yg tgh sidai tu (sebab rendah) dan gi lap motor dia tu ye puan-puan.... Mesti selalu tgk Daddy lap kereta kan??? Aduhaaaaaaiii sayang.. Bukan perut Qila je yg sama dgn perut Daddy, sayang harta pun ikut sama macam perangai Daddy.. Huhuhu.. Lap pakai spender aku yg tak tahan tuuuuuuuu....

Jom tgk video Qila bawak motor lak.. ;)


~MummyⓐⓠⓘⓛⓐIzzara~

Punca aku tidak update blog

Hahahaha.. Sejak Jumaat aku terjebak baca buku cerita.. Sume pasal bebudak opis aku lah.. Ni sume aku pinjam dr diorg kecuali buku pasal anak pintar cerdas tu..

Aku dah lama gila tak baca novel cintan cintun ni.. Sebab aku choosy sket bab2 pilih penulis tu.. Last aku baca novel melayu, ntah berapa tahun lepas. Tu pun dari Faizal Tehrani. Perempuan politikus melayu. Best gilaaa.. Aku lebih suka baca buku2 based on fakta daripada merapu meraban tak tentu pasal..

Dan, aku kalau dah baca, mmg addicted. Tak sedap pun kena habiskan jugak sebab tak puas hati. Nak tahu gak ending cerita.. Dahtu tamak lak tu. Kejap baca buku ni, kejap baca buku yg satu lagi.. Sudahnye, keje lain sume tak jadi.. Huhuhu..

Tu sebab aku tak update blog. Sibuk baca buku. Buku paling kiri paling best. Yang lain, so-so ajeghs.. Aku menulis lagik best! :P

Macam rasa nak tulis novel lak.. Dulu masa belajar selalu gak menulis. Mcm2 cerita aku karang.. Masa tulis tangan okay, tapi ntah mana ntah aku campak. Konon nak jadi macam Ahadiat Akashah le kononnya..

Tapi mcm best je kan kalau dapat buat buku sendiri.. Nguahahahahaha..

Nanti masa dalam pantang, kalau aku free, aku nak menulis baliklah... Buat satu blog baru, khas utk cerita2 aku.. Bukan aku, means cerita2 hasil tulisan aku.. Woaaaahhh.. Pasang angan2 dulu nyah.. Buatnye belum tentu..

Harus nama pena kena carik mulai hari ni.. Wakakakakaka..

~MummyⓐⓠⓘⓛⓐIzzara~

Jumaat, Jun 19, 2009

Jumaat yang kelam

Eceh.. Tajuk macam lahar..

Malam tadi aku tido berdua je dgn Qila.. (aik? Selama ni mmg bukan berdua ke? :P)

So, pagi tadi tiadalah sesi mandi wajib.. Haisshhh.. Lama gila tak mandi wajib ni. Takut ai lupe plak yu.. Nguhuhuhuhu.. (woiii! Mandi wajib sebab period laaaaaaahhh.. ) Gatai..

Sape yg mandi wajib pagi2 buta tadi angkat tangaaaaaaaaaaannnnn!!!~ Woah..

Hari ni agak bosan jugakle. Aku tunggu2 gak, YM dan Facebook ni bilanya Najib nak blocked. Tak sabar plak ni.. Hahaha.. Youtube pun mesti dia blocked jugak.. Yelah, dah kisah bini dia byk dalam tu.. Ape daaa.. Siapa lah fitnah kak Rosmah kita tu? Melampau betul.. Aku kenal kak Rosmah tu, dia baiiiikkkkkkklaaah nyah!~ Tak baik tau, fitnah2 gitu.. Doseeeee tauuuuu.. (sengaukan sket suaramu..)

Pukul 11 pagi kang aku ada kuliah agama kena pegi. Prof. le ni, gi letak nama aku.. Cis! Kena tarbiyah le aku jap lagi... Prof. ni macam tau2 je... Bluweeekkk...

Takpe, aku ada spare beberapa buku cerita untuk ubat ngantuk. Wakakaka.. :P

Petang kang balik umah Bi. Itule rutin biasa aku every weekend.. Baik kan aku? Setiap minggu balik umah mertua. Harus jadi menantu kesayangan..

Dahtu, umah dia ngan aku pun sepelaung je.. Tak balik kang harus kena tembak.. Lagipun aku mmg kena balik selalu. Diorg pun rindu kat Qila.. Atok nenek mana yg tak rindu cucu nyah. Dah itu aje cucu yg diorg ade.. Yang lain2 jauh....

Lagipun Mama tu kalau weekend, bukan lekat kt rumah. Baik aku balik umah sana. Qila pun kena biasakan dengan family sana. Takdele melekat dgn nenek yg sorg je tu.

Sebelum gi kuliah agama, nak gi breakfast dulu. Pastu, gi klinik amik ujian darah. Isnin ni aku ada check up kat hospital besar. Isnin gak aku nak rujuk pakar private. Nak mintak pandangan kedua belah pihak yg arif.

Moga2 tak serius dan taklah effect pada anak aku yg comel lagi bijak kt dlm purut ni. AMIN..

Rindunyaaaaaaaaaaaaaaaaaa kat Bi.. Dah 4 5 hari tak dengar berita dia. :( Rindu sangat.. Sedihnyeeeehhh...

Oklah, nak gi gosip jap kat belakang. Ada cerita hanttttuuuuuuu... Lalalala.. Bye bye!

~MummyⓐⓠⓘⓛⓐIzzara~

Khamis, Jun 18, 2009

Qila dah pandai isap puting!!!!

Errkkk...

Umur dah nak masuk 13 bulan, baru Qila tahu isap puting???? Ni kisah sedih ke kisah lucu ni nyah???!!!

Pada sape yang follow kisah Qila ni sejak lahir sampaile skrg, mesti faham.. Aku dulu di awal2 kelahiran Qila, banyak mengomel di marshazliyana.com.

Tapi lepas domain tu asyik buat hal sbb hosting macam haram, asyik hilang je semua entry pasal Qila, terus aku aktifkan balik blog ni dan tukar nama segala..

Kat domain aku tu kan aku pernah ceritakan, yang Qila ni dulu tak mahu menyusu guna bottle. Tetek mak dia ni jugaaaaaaaaakkk dia nak 24hrs. Dah kalau bottle susu dia tanak, puting kopek jauhle sekali.. Pernah aku paksa dia isap, terus dia muntah!!

Beberapa minggu lepas kan aku ada cerita, puting Avent untuk baby 0-3 bulan ni aku jadikan sebagai teether bila Qila susah nak pakai diapers dan baju.. Yelah dari beli tapi tak guna, baik buat geli2.. :p Tapi kadang2 jelah.. Nak dijadikan cerita kelmarin, dia ternampak puting tu dalam bag baju dia. Terus dia amik, then masuk mulut. Masa tu baru pas mandi, belum pakai baju lagi.. Aku tgk dia terus nyonyot puting tu macam dah biasa nyonyot jeghs.. Aik? Siap lepas lagi puting tu. Selalunye dia akan pegang mcm ala2 takut jatuh gitu..

Mama suka tgk Qila nyonyot. Dia kata comel.. Aku nak cabut, dia kata, biar je dia nk tgk berapa lama Qila tahan nak nyonyot puting tu.. Maklumle ye puan2.. Qila tak pernah isap puting.. So mak aku tu ala2 jakunlah tgk cucu dia isap puting. Comel pulak dikatenye..

Sudahnye sampai ke malam Qila menyonyot puting tu. Terus sunyi sepi rumah sebab dia tak bersuara. Yelah, mulut ade puting!

Dan malam tadi, sket punyaaaaaaaa lena bila aku sumbat puting tu kat mulut dia bila dia start gelisah masa tido malam. Anak aku mmg tido gelisah. Lasak dan ntah ape2 lagi ntah.. Kan dia boleh berdiri sambil tido nyah.. 5 minit je bantal tahan kat kepala dia, selebihnya lutut aku, perut aku, tangan aku yg jadi bantal dia. Kadang2 tetiba bangun aku tgk dia ade kat celah kangkang aku.. Bertuah punya anak.

Tapikan, malam tadi, kepala dia tak bergerak langsung dari bantal!!! Punyalah lena.. Woooaaahh.. Sungguh AJAIB penangan puting ni ek?? Patotle aku tgk baby2 lain betul2 syok tido bila isap puting.. Memang ajaib.. (mulut nganga) Ni le rupa anak aku yang baru 2 hari terer isap puting.. Baru dia tahu penangan puting ni.. Sedaaaap rupanya.. Selama ni sombong... :P
Sakan dia nyonyot padahal tidur dah lena dah.. Takde lagi dengkuran.. Cuma bunyik nyot nyot nyot..
Ngueheheheheh.. Amik dr tepi lak.. Rasa syoklah tgk dia isap puting sebab puting tu gerak2 kena nyonyot.

Mesti korang kata, ape daaaa.. Dah tua bangka baru nak isap puting..

Tulah pasal.. Aku takdelah nak kasi Qila terus isap puting ni.. Ni saje je test tgk berapa lama dia boleh tahan.. Bila aku cabut, dia tak kisah pun, tapi bila dia nampak balik puting tu, ngaaaaaaaaaap dia masuk balik dlm mulut dia.. Hehehe..

Yang tak tahan, bila tanya mana mulut, dia tetaaaappp muncungkan mulut tanpa membuka putingnya.

Qila, Qila. Dah tua bangka baru nak isap puting.. :P

Aksi memuting ni boleh buat kat rumah aku je.. Kat rumah family Bi jangan harap! Mak mertua aku anti puting. Cucu2 dia dulu pun sorok2 isap puting.. Kekekekekek.. Nenek garaaanngggg.. :)

~MummyⓐⓠⓘⓛⓐIzzara~

Selasa, Jun 16, 2009

Entry khassssss untuk bakal2 menantu Mummy.. :P

Hari ahad tu, kami anak beranak ke Giant borong susu dan diapers.. Best! Susu Qila, sekotak 650 gram Enfagrow A+ perisa vanila dapat semurah RM30 sajorkkk.. Sebab promoter tu baik kasik voucer diskaun.. Sebab aku pengguna setia Enfa, kononnyelah... Bestnya, nanti dia akan sms bila ade sales utk susu Enfa..

Sebelum ni aku ingat setin 1.7 kg plus 6 kotak refill 650 gram itu ngam2 soi cukup.. Sekali belum cukup bulan dah habisss dah.. Qila minum ke buat mandi ke aku pun tatau... Aduuussshhh.. Qila sayang, tolong diet ye. Nasik makan ciput. Minum berliter-liter ko ye? Kencing pun melambak2!
So dah alang2 membeli susu dan diapers tu, aku belilah sekali brg2 perhiasan anak dara ku ini.. Aku borong hair clips murah2 utk clip rambut dia.. Yang mahal buat stock jalan, brand Giant ni buat stock duduk umah jelah..

Pas borong susu dan diapers, ternampak pulak koleksi sunglass yg amat canthek2... Qila pun try le satu-satu.. Ni sgt vouge kan?? Sebab color gold. Sebelah kiri Qila ada cermin besar. Aku suruh dia tgk cermin, terussssssssssss anak aku tu ala2 berangan DIVA.. Siap senyum2 kambing.. :P
Tgkle tu... Tgk cermin lagi.. Alahaaaaaaaaaaaiii.. Menitik air mata Daddy kau kalau tgk gambar2 ni.. Huhuhu.. Sebabnye, tak lama lagi Qila dah boleh carik menantu utk Daddynyeeeee.. Nguehehehe..
Ni sgt tak sesuai.. Nampak Qila mcm boyan pun ade.. Huehuehue..Nguehehehe.. Aku tak beli pun. Bapak mahal.. RM19.00 hingga RM29.00!! Daddy dia beli sunglass utk diri sendiri kat Rotterdam baru 5 Euro! Qila punya sunglass yg beli kat Manchester tuhari baru 1 pound! Cet.. Poyo je Mummy nak cerita brg2 beli kt obersi.. Eh, suka mak laaahhh.. Bukan dia pakai pun. So, aku beli hairclips je.. Lupe lak nak amik gambar. Sebab byk sgt yg cute2.. Aku rasa nak kaut semua... Huhuhu..

Pas dapat brg2 Qila terus blah gi bayar.. Terbukti misi aku untuk tidak shopping brg yg bukan2 telah berjaya pd petang ahad tu.. Serius ni.. Aku betul2 nekad nak try stop shopping utk tahu berapa aku boleh saving untuk Jun dan July ni... :) Mesti Bi bangga dengan aku.... :)

Pas settle bayar, aku teringat kat Arin yg buat entry psl playland yg ada kat Giant ni kat blog dia.. Soooo aku pun ajak Qila main2 kat sana jap.. Qila punyalah happy sebab dapat naik benda alah gerak2 tu.. Dahle free, boleh naik sampai muntah.. Tgkle video ni.. Terpancar kegembiraan dan keseronokkan hati anak aku tu.. Syiaaann dia, sbb ni 1st time dia main benda2 mcm ni sejak dah berakal ni. Dulu masa kecik dia pernah main tapi tak faham sgt kan... So petang tu, tanak balik kaaaaaaaaaaaaaaaaauuu!! Meraung bila aku letak dia dalam troli ajak balik.. Adussshhh!!!

Nasib baik anak aku ni makan pujuk.. Kalau tak, nayeeeeeeeeeeeeeeeee... Berkampung lah pulak aku kt Giant tu nyah..

Sian Qila.. Takpe ye sayang.. Nanti Daddy balik, kita ajak Daddy hari2 datang sini ye??? Qila main puas-puas ye sayang??? Sabar ye...

~MummyⓐⓠⓘⓛⓐIzzara~

Syiannye anak Mummy niiiiii

Malam minggu lepas, masa kat umah parents Bi... Qila tgh lawan ngantuk dia...

Habis dia tawaf satu rumah sambil gelak ketawa. Dia bawak sama bantal merah tu. Peliknya dia bimbit bantal tu dengan menyubit kat bahagian tgh bantal tu, bukan memegang kat bucu bantal mcm biasa..

Alaaa, mcm bawak kotak cake, kasi seimbang cake.. Huhuhu..

Dia pusinggggggggg satu rumah. Masa tu pun aku mmg tak kasi dia tido dulu sbb nak skype dengan Bi.. Masa ni baru lepas maghrib.. Thats why aku biar je dia main puas2 dulu..

Tiba2... Aku tgk dia dah terbaring kat atas lantai... Dia mmg selalu salah landing.. Bantal kemana, kepala dia kemana...

Syiaaaaaaaannnnyeeeeeeeee anak Mummy. Pandai pulak Qila carik port nak landing ye.. Ni lantai bebetul depan pintu masuk rumah ye puan-puan.. Sayu hati aku ni tgk... Terus aku bagi susu. Nak pulak tu dia isap sendiri.. Huhuhuh.. Kalau biar ni kompem tertido sendiri.. Tak pernah dia jadi independent sampai mcm ni sekali.. Kompem dah ngantuk sgt tapi tak pulak ngamuk nak tido. Maybe dia faham kot aku suruh tunggu kejap sbb nak skype dgn Daddy.. Dia baring kat situ maybe sbb aku pasang laptop kat depan tu aje..

Pandai pulak bawak diri.. Kalau tahu Mama ni, bisingggg dia kat aku. Kat sini Qila lebih independent sket.

Yang sadisnya, bantal tu licin, so bantal tu melorot ke tempat lain. Sudahnye kepala Qila pun port di atas lantai jugok.. Huhuhu..

Tetiba tu jugak aku terus dapat skype call dari Bi.. Terus aku angkat Qila dan pangku dia.. Kang dia ngandu kat bapak dia kang, habis elaun aku kena potong.. Nguhuhuhuhu..

Bi dapat cakap kejap je sebab Qila dah longlai di tasik madu.. Huehuehuehue..

~MummyⓐⓠⓘⓛⓐIzzara~

Mmmm..

Sehari dua ni aku telah bertaubat..

Huhuhu..

Aku baru buat kalikasyen.. Aku bertekad nak berhenti shopping dan aku mahu berjimat cermat. Nak try tgk berapa banyak aku boleh saving dalam bulan ni kalau aku tak membazir lagi..

Dan aku yakin aku boleh buat macam tu. Selagi aku tak keluar membeli belah, pasti boleh menyimpan lebih banyak..

Chiaaaaaaaayyyoookkk!

Aku akan start projek ni untuk gaji bulan Jun ni, dan elaun yang Bi bagi pada akhir Jun ini..

Semua bayaran penting aje aku akan settlekan. Aku akan beli segala keperluan A'qila sekaligus untuk stok sebulan. Selebihnya aku tidak mahu langsung membeli apa2..

Dan aku akan update pada korang sama ada aku berjaya atau tidak..

Sape berani nak cabar aku weeeyyy?? Nguehehehehe...

~MummyⓐⓠⓘⓛⓐIzzara~

Isnin, Jun 15, 2009

Siapa nama A'qila Izzara angkat tangannnnnnnnn

Qila pun angkat tangan, nampak ketiak.. Paler teleng sket... Tu kalau mood dia baik, kalau tak haraaaaaaaaaaaaammmmm..

Hari sabtu petang tu, Qila baru bangun tido.. Muka bosan.. Lantas aku ajak dia keluar gi umah nenek Anim (Mak Bi punye adik) Dekat je umah dia. Satu taman tu jugak.. Memandangkan petang tu redup sangat.. Molek benarle aku bawak Qila jenjalan... Boleh tgk Ayot (moyang) dia sekali.. Moyang dia rindu sangat dah kat dia. Ayot baru sampai dari KL umah auntie Bi paling bongsu.. Lama betul Qila tak naik stroller..... Muka takbleh blah. Aku saje park stroller dia sebelah pokok tu.. Daun2 tu terkena muka dia.. Terpaksa dia telengkan kepala dia.. Dalam hati bengang je dia dengan aku.. Takde tpt lain ke nak park stroller nih?!
Masa dalam perjalanan, aku tanye dia, siapa nama A'qila Izzara angkat tangan... Dia pun angkat tangan. Malas je..
Pastu aku jerit lagi kuat. Siapa nama A'qila Izzara angkat tangannnnnnnnnnnnnnnnnnnn.. Tunjuk gigi sekali!!!!

Dia angkat tangan sambil gelak tunjuk gigi... Atok kata, dah boleh pergi sekolah dah macam ni.. Nanti cikgu tanya, Qila dah boleh angkat tangan untuk menjawap.. Huhuhu.. Tgkle kasut dia... Hitam legam.. Busyuk.. Aku ni malas. Lama aku tak basuh kasut dia ni... Huhuhu..

Lama tak update pasal Qila kan?? Jom!~

** Suka belajar.. Bila kita ajar dia, dia dah mula ringan mulut untuk ikut.. Kadang2 bunyik betul, kadang2 dia guna bahasa German dia jeghs.. Nenek ajar, Beeeeetik.. Tapi dia sebut Teeeeetek! Cis.. Heuheu.. Tetek jugak yg menjadi favourite word Qila.. :)

** Dah reti tunjuk gigi bila kita tanye mana gigi.. Gosok gigi pun dah terer. Berus gigi dia dah kembang dah sebab dia tenyeh kuat2..

** Baaaaarrru reti nak suap makan ke dalam mulut sendiri. Masih malas nak pegang bottle susu sendiri. Sekali sekala je tu pun sbb kena paksa.. Dah juga boleh minum pakai straw dan cawan. dah boleh suap sumthing ke mulut guna sudu.

** Dah pandai angkat tangan bila kita tanya 'mana A'qila Izzara???' atau 'mana budak pandai??'

** Dah pandai bukak diapers sendiri bila kita ajak mandi dan dah tahu menuju ke bilik air sendiri bila kita cakap jom mandi. Akan bukak diapers sambil diri, dan sangat comel bila dia kangkang sket utk keluarkan diapers dia tu.. Kihkihkih..

** Dah terer memanjat. Adussshhh.. Makin kuruslah aku ni. Mahunye tak, dia suka gila panjat basikal dia, panjat walker untuk duduk atas meja walker tu, bukan kt dlm walker tu then panjat sofa tapi duduknya sipi2 je.. Naik darah tinggi mak nyah!~

** Dah pandai duduk kat kerusi biasa semasa makan.. Tapi masih pendeklah kan, mendongak je dia nak dengar apa org2 tua bercakap.. Qila suka dilayan sama seperti org2 dewasa.. :)

** Makanan kegemaran adelah ayam goreng dan sup ketam.

** Sangat lasak ketika tidur. Tgh tidur2 tu dia boleh tetiba berdiri atas katil tu then bedebussshhh baring then sambung tido balik.. Apekah???

** Currently sgt addicted to playground mahupun playland... Aduuussshhh... Kalau tak puas main, merauuuuuunnng sampai kuar air mata. Namun begitu amat mudah dipujuk. Walaupun makan pujuk, tapi mulut dia sambung merungut marahkan sesuatu sambil hingus dan air mata still mengalir.. Mahunye hati aku tak kesian??

~MummyⓐⓠⓘⓛⓐIzzara~

Jumaat, Jun 12, 2009

Seronoknya dapat ber-skype dengan Bi yang jauh di sana....

Hai darling...sure terkezut bile anta msg kan?...actually masa nie tengah konvoi ngan Royal Malaysian NAvy kat Gulf Aden...so one team lead by the Lt.Commd bwk set wifi diaorg so kami bleh la tumpang kejap...by the way thanx for this entry story...u remind me last 13 years masa bercinta dulu...merah gak mata masa baca coz a thousand miles away from malaysia but still feel like a steps...( nie tengah duty,type ada kelam kabut skett..)...sonok sangat tgk and baca citer2 Qila, at least updated la jugak kat tenagh2 laut nie...by the way jap lg nak tepon ling suruh online kite layan skype ehh?...love u n qila so so much!!!...

Aduuussshhhh.. Time aku nulis entry ngutuk dia, dan dan dia boleh online atas kapal then baca blog aku... Kat entry aku ngutuk dia tu jugak dia tinggalkan comment.. Tapi mcm dia tk perasan pun aku ngutuk dia.. Aduhaiiiiii Bi... Inilah laki aku nyah... Lurus sket.. Heuheuheu...

Daaaaaaaaaaaaannnn.. Kami anak beranak pun melepas rindu di Skype tadik.. Syok betul.. Nasib baik Qila belum tido.. Tapi spjg ber-skype dia sibuk nk tekan keyboard lappy aku.. Ape lagi, harusle asyik terkeluar yg macam2.. Bila aku bagi main benda lain, ngamuk sakan... Rupanye ngamuk nak tido... Pas buat susu (padahal baru habis 8 oz sebelum Bi ajak skype tadi), pas beberapa minit menyonyot susu, Qila pun longlai sebelum sempat susu sebyk 6 oz yg aku buat tu habis.... Dia mmg kena gak isap susu utk tido. Maklumle, dh biasa menetek.. Tu yang kenyang sgt sampai bangun sekali je utk nyusu iaitu pd jam 3 pagi.. Relaxxx Mummynye ni.. :)

Takpelah, janji Bi puas hati dapat tgk dan dengar anak dia jerit, anak dia panggil dedi, tunjuk mulut serta sempat tunjuk nade nade dia kt Daddy.. Yelah, lama Bi tk dengar anak dia ngamuk tk dapat ape dia nak.. Huhuhu...

Okay, ni rupa Qila masa berskype dgn Daddy dia tadi..
Actually sebelum skyping, dia ngade2 nagmuk sikit sebab dah ngantuk.. So aku bagi dia main headband ni.. Menten lak pakai.. Nak tunjuk kat Daddy.. Ihiks.... Maknye belum mandi sebab agak moody dan down sejak petang tadi.. Huhuhuhu...
Ni le buah hati pengarang jantung kami.. Isshh.. Series lupe nak tanye dia kat mana tadi... Yg pasti dia sampai Sipore dalam 23 June... Cis lama lagi nak tunggu dia ade line.. :( Tak sabar nak MMS dan 3G... :( Bi tgh duty masa ni.. Mcm dia bagitau kt previous entry, TLDM yg supply wifi ni sbb kapal diorg escott tanker Bi untuk lalu di Teluk Aden.. Owhhh.. Means Bi kat area lanun tu lah.. Makan hati je kalau lanun tahu ni.. Nguehehehe.. So, bila escott tu, beberapa org2 TLDM akan berada atas tanker Bi.. Stand by kan mana tahu ada lanun cuba ganggu..
So, bila diorg dah on wifi tu, Bi tumpang sekaki le.. Sporting gak Lt. Command TLDM ni... Huhuhu... Mcm tau2 je yg aku terlalu rindukan suami aku yg busuk ni... Bi siap tunjuk Qila kat semua yg ada situ.. Nguhuhuhu... Hilaaaannggg sket rindu.. Malam ni tido lena lah aku.....
Ohya, saje nak selit gambar Bi masa kitaorg berskype last few weeks.. Bi kat Rotterdam masa ni.. Comel tak laki mak buat mcm ni???? Huhuhuhuhuhuhuhu..
Sebelum habis skype, dia ade pesan spy aku letak dlm blog gambar2 yg diambil td.. Hamboooiii.. Tp aku tak letak sumele.. Kang ade yang muntah darah lak kang... Ngueheheh.. Cukuplah ini aje sekadar permintaan Bi.. Dia pun nak enterframe dlm blog mak ni.. Huhuhu..

Bi, thanx sebab luangkan masa untuk Ling dan Qila even Bi tgh sibuk duty masa ni... Thanx sayang.. Lepassss sket rindu Ling ni... Huhuhu..

Jaga diri tau sayang.. Kalau nampak lanun Somalia tu, kim salam je kat diorg.. Cakap ngn lanun tu, gi rompak Rusia punye kapal lagik banyak untung.. MISC apelaaaah yang adaaa.. Kuikuikui.. Tk care sayang...


Okaylah... Selamat malam sume.. Daaaaaaaaaaa....

~MummyⓐⓠⓘⓛⓐIzzara~