Khamis, April 30, 2009

May Day

Loosernyaaaa.. Org semua syok bercuti, aku ni haaaaaa gersang tak sudah. Apa nak buat ek? Dahle musim2 panas ni.. Nak keluar harussssslah panas. Kalau nak kuar jugak, kenalah tempat ber-air cond gitu. Kat mana tpt ber-airconnnddd?? Harusssssslaaahh shopping mall.. Nguehehehe.

Tapi bosanle shopping kat Melaka. Rasa nak muntak dan jelak pulak.. Lalalalalalala.. Aku ajak Mama gi KL tapi dia tanak. Ceh, tak memberangsangkan betul. Boring!

So, terpaksalah aku buat rutin biasa jeghs. Maybe habiskan masa untuk prepare birthday bash untuk A'qila. Yelah dari aku buang masa tak tentu arah tu, baik buat keje berfaedah..

Hermmm.. Apa lagi yg perlu disediakan untuk sebuah birthday bash utk anak yang baru nak sambut 1st birthday ye? Maklumle, takde pengalaman. Birthday party sendiri taule aku.. Nguehehehe..

Mari check list:-

1. Booked tempat
2. Booked hostess dan maskot McD
3. Door gift
4. Guest list
5. Theme color
6. Invitation cards
7. Cake
8. Photographer
9. Menu
10. Errrkk... Ape lagi ye??

Oleh kerana aku menguruskan seorg diri, sila beri bantuan ye kawan2 yang comel2... :)

Ohye, mari selit satu gambar party terakhir aku sambut as org bujang masa birthday aku tahun 2007 dulu. 3 tahun berturut buat party besar-besaran. Tahun 2008 plak aku tgh sarat ngandung dan tahun 2009 ni aku takkan sambut sebab, aku lebih excited utk birthday anak aku ni. Ohye, birthday aku 6 Mei ye.. Nguehehehehe.. Setiap tahun aku mmg sambut dgn Angela sebab birthday kitaorg selang dua hari je. Tu Bi nyiboks enterframe.. Kira ni lastle aku tiup lilin. Dah lama tak merasa tiup lilin. Huhuhu.. Bi kijaaammm!!

Jangan lupe ye.. Bagi pandangan dan jelingan apa perlu buat lagi utk birthday bash A'qila.. ;) Daaaaaaaa...

~MummyⓐⓠⓘⓛⓐIzzara~

Hidup untuk makan.. Kuikuikui

Dulu kat fotopages, aku selalu letak gambar makan sedap2.. Sampai meroyan org2 pregnant yg masuk fotopages aku.. Eheks, tapi sejak menjadi ibu ni, jarang sangat makan luar. Lainle laki ade, ni lakinye takde so sendiri mau ingatle nyah..

Sepjg pregnat ni selera aku tunggang langgang. Dulu ms sblm pregnant aku tak suka gila makan nasik lemak yg jiran aku jual ni. Tapi skrg, ini yang aku bedal hari2.. Heaven pulok.. Makcik tu pun pelik, tak pernah2 aku beli nasik lemak dia, budak ni kena santet kooot.
Nasi lemak dia biasa jeghs tapi entahle tekak aku ni. Rasa syoookk je nak telan. Aku makan ni setiap hari.. Tunggu bila jemu nanti aku tukarle menu. :p Ohye, harganye RM0.80 sahaje..
Ni jugak makanan fav. aku tapi jarang sekali dapat makan. Haritu masa baru habis bayar card credit, aku singgah Tengkera makan Mee Sup Tengkera. Sape org Melaka mesti tau punye. Ni air yg aku order, kicap dan lada sulah tu adalah barang wajib utk makan bi hun sup ni. Aku order Bi hun sebab aku cuma suka makan bi hun sup aje.. Yariiibaaaaaa..
Juga, bi hun sup ni pun biasa aje tapi hantunya kuat woooo.. Ramai sekali org datang makan. Kat sini hanya jual mee/bi hun/kueh teow sup sahaje... Org kata banyak ajinamoto, tapi lantak ah.. Aku bukan makan selalu. Takde pun rasa aji sangat pon. Janji sedaaaap. Kena makan time panas2 dan makan laju2.. Perrggghhh, menitik peluh.
10 minit pas tu.. Huhuhuhu.. Aku segan nak amik muka aku sbb aku makan sensorg. Org tgh ramai kau nanti diorg kata aku pelancong plak, tak pernah datang makan sini. Tak pun diorg saspek aku mereng, amik gambar sendiri time makan sendiri. Kalau yg kaki blogger tu mesti tahule, 'ni mesti nak masuk dlm blog ni....' Nguehehehe..
Harganya? Aku tak ingatle.. Tak lebih RM2.50 kot. Sebab termasuk harga minuman RM3 ++ jeghs..
Semalam seronoknye mak aku masakkan ketam masak lemak cili padi. Siap pas makan dengan nasik, bila Qila dah tido, aku repeat ratah ketam. Walaweyyyyy.. Malam nak tido sakit perut sebab banyak sangat makan pedas. Tapi mmg layaaaannn..
Dah dah, merana org yg tgh diet membaca nanti.. :P

~MummyⓐⓠⓘⓛⓐIzzara~

Rabu, April 29, 2009

Yuhuuuu..

Tak sangka sangat tau nyah.. Tiba jeghs.. Semalam sumbody hit aku kat YM. Tetiba je kata dia nk dtg Melaka weekend ni dan nak jumpa mak.. Wah gitu. Artis YM maaaaaaaaaakk?? Wynn! Jangan jelessss.. :p

Dia ni bekas drummer Meet Uncle Husin, dan skrg drummer Pesawat yg fofular ngn lagu Mirage tuuuuu.... Daaaaaaa.. Tak sangka dia ingat aku lagi. Actually dia ajak gi show dia lah. Bukan jumpe berdeting nyah.. Pastu terus DC..

Sesaat dua pastu terus dia call mak okaaay? Tergezut mak dia sbb dai masih simpan nombor mak biarpun mak dah kahwin dan dah beranak satu.. Huhuhu.. :P Mak tersipu2 tau, tatau nak borak ape.. Dammmnnn!

Oouuwww.. Kudux.. Wakakakaakaka... Meroyan keeerrss? Mak dah kawin okay?!

Nguahahahahahaa... Laki aku tak heran nyah. Takde maknanye nak nusyuz.. Mak bukan buat hape pon.. :P

Aku dah lama berkawan baik dgn Kudux ni lah.. Sejak zaman hingus meleleh lagi. Aku tak ingat mcm mana boleh baik dgn dia, yang pasti kat Friendster dan aku layan msg dia kat inbox sebab dia ni lelaki bijak. Mak taste lelaki bijak jeghs.. :P

Tapi lepas beranak, terus diam membisu gitu. Last aku date ngan dia masa aku pregnantkan Qila 4 minggu gitu. Boleh? Jap ek nak carik gambar Kudux yg aku pernah publish kat fotopages masa dia masih dengan MUH. Kepada sesiapa yg layan indie band, mesti kenal Kudux, MUH dan band Pesawat. Dulu time muda rumaja aku tak lepas gigs diorg ni. Sekarang ni, bukan malas nak layan cuma aku lebih cenderung melayan lagu2 nasyid dan ceramah2 agama sajeeeerss.. Huhuhu.. Sentaaapsss.. :P

Okaylah.. Mesti Rai ngn Wynn tgh ejek2 aku ni.. Huhuhu.. So, tujuan entry aku kali ni, adelah untuk promote band baru Kudux iaitu PESAWAT. Suara vokalisnye sedap macam ala2 suara AC Mizal. Lagu dia pun best! Gi lah dengar ye?? Yay!~

Ohye, saje nak updates, tadi gi borong susu Qila kat kedai ubat cina. So far harga paling murah aku dapat untuk Enfapro A+ iaitu RM47.90 sekotak. Hehehehe.. Ade sesape pernah dapat lagi murah? Cite sket kat aku kt mana.. :)

~MummyⓐⓠⓘⓛⓐIzzara~

Benda yang aku perlu telan setiap hari

Gila bosan.. Kalau tak mengenangkan baby dalam perut, jangan harap aku dah telan benda2 ni sume.. Buweeeeeeeeeeekk!

Yg kaler putih tu pil kalsium. Bagus utk yg asyik skip minum susu dan jarak anak rapat mcm haku.. Lalalala.. Yang kuning tu plak, lagi mau tanya.. Acid Folic daaaaa..... Yang jernih tu, Neurogain PB untuk kuruskan badan.. Nguehehehe... Tak nyah, mak gurau.. Vitamin untuk ibu2 di awal2 kehamilan gituh.. Bagus untuk perkembangan otak baby.

Dan.. Yang hijau macam taik lembu tu, adelah Spirulina. Dari dulu masa pregnantkan Qila aku ngidam nak makan ni tapi tatau nak beli kt mana. Dan skrg dah ade sourcenya, so vitamin ni dtg depan mata.. Nguehehehe.. Actually aku nak makan vitamin all in one masa aku pregnantkan Qila dulu. Aku beli kat pharmacy. Tapi serius lupe apekenama minatang tu. Minah pharmacy yg suggest. Tapi rasanya, cukupla dulu benda alah ni utk aku telan setiap hari. Kang makan vitamin byk2 sangat kang, jadik taik pun tak guna. Badan hanya akan ambil ikut keperluan, bukan ikut napsu ye puan-puan..

Ingat, baby akan dapat faedah atau kesan dari apa yang kita makan. So beringatlah. Anak rakan sekerja aku kena kanser perut stage 4 pd umur 3 tahun.. Emaknya suka sangat makan asam + limau cina yg pokoknya mcm pokok bonsai tuh spjg kehamilan. So, sendiri mahu fikir. Semoga Allah melindungi anaknya dan anak2 aku sekali.. Amin.....

~MummyⓐⓠⓘⓛⓐIzzara~

Qila mashak ape tu shayang??

Selain muzik, dan menyepahkan barang2 Mummy dia, dia sangat cenderung dalam bidang masakan.. Ngueheheh.. Pantang nampak senduk, kuali, periuk belanga, mesti menggeletis nak main masak2..

Dah namapun pompuan... Semoga pandai masak untuk menantu Mummy nanti yeeee?? :P Ni sume aku beru beli. Senduk kayu dengan bekas air HIJAU tu aku baru beli kat kedai yg buat sales besar-besaran sempena ulantahun kedai tu. Masa tu aku baru kuar dari klinik utk beli vitamin.. Dah nama pun kaki ngabiskan duit laki. Nampak je khemah2 ala2 warehouse tu harus jadik kepohci mahu singgah. Padahal aku tatau pun khemah2 yg dihiasi belon banyak2 tu utk ape.

Tapi, keluar je dr kedai tu, aku bawak keluar satu bag plastik besar hasil borongan. Entah apa2 yg aku beli pun aku tatau.. Nguehehehe.. Sudahnye, sampai je rumah, Qila gi bongkar bag plastik tu dan jumpe dua benda ni. Terus dia buat main masak2.. Laju je tangan dia mengacau konon tgh masak. Siap suruh aku rasa masakan dia.. Nguehehehehe.. Sampai ke sudah benda2 ni tak simpan kat dapur, bersepah kat living room jadi mainan dia pulak..

Aik.. Mummy beli mainan mahal2 tanak main, senduk dan bekas aiirrrrr ni jugak yg kau dambakan ye Qila.. Ikut suka kau le sayaaannnggggg... Janji Qila berak setiap hari. Erkk ada kena mengena kers?

~MummyⓐⓠⓘⓛⓐIzzara~

Selasa, April 28, 2009

IPIN

Sejibik macam IPIN kan? Ihiks..
Tengah ushar ayam goreng kat luar umah.. Ngeee.. Ni port fav Qila kalau kat umah nenek Tengkera..
Aku suruh senyum tapi dia lentuk macam ni..... Gigi dia dah ada 2 kat bawah, dan 1 kat atas belah kiri.
Wooow.. Seksi, nampak tetek Qila yuuuu..
Ni pulak saje tayang pungkok... Kembang sungguh pungkok Qila sayang....
Atok bukak gate, terus anak aku terlepas ke porch.. Bila tarik masuk, ngamuk!

Sedikit updates Qila:-

i. Kalau outdoor, dah tanak berdukung!! Dia nak bertatih sendiri dan kita hanya dibenarkan pegang sebelah je tangan dia. Konon dah besar sangat le tu.. Sakit pinggang aku nak bengkokkan badan nak pegang tangan dia. Naik tangga pun macam tu. Bersungguh2 dia melangkah setiap anak tangga mcm org besar. Takde langkah satu2 ye, terus langkah mcm org2 besar naik tangga. Sebelah tangan berangan nak pegang pemegang, sebelah tangan je Mummy boleh pegang.. Cet.

ii. Sangat obsess dengan muzik. Sampaikan masa tido2 mamai tu pun boleh goyang badan bila dengar lagu. Aduhaaaiii..

iii. Sudah ada toothbrush sendiri. Size 6 months to 3 years. Beli kat Tesco.. Huhuhu..

iv. Dah pandai sapu lotion, powder kat badan sendiri. Try untuk sikat rambut sendiri. Diaaaamm je bila sapu face cream kat muka sebab pas siap mesti nak dapat pujian CHANTEKNYEEEEE dari Mummy..

v. Sangat sayang kat dua pupu dia Shameera yg umur 6 tahun tu.. Tu lah kawan bermain dia. Kalau Shameera balik dr sekolah, habis dia peluk, dan gomol then portkan pungkok dia untuk duduk atas pangku minah tu. Si Shameera tu dahle kurus, sian dia selalu kena hempap ngan Qila. Qila sangat pandai menunjukkan sayang dia pada sesorg. Hurmmm..

Dah dah kang ade yg vote boring kang sebab banyak sangat puji anak sendiri.. Kuangkuangkuang...

Cucu kesayangan atok nenek

Bila balik umah Mak Bi, Qila mmg jadi rebutanlaa.. Qila kat sini more independent. Takdelah 24hrs nak ngempeng ngan aku.. Ini fav place PIL aku kalau nak lepak2. Sedap berangin kalau nak landing. Nak2 pas lunch kaaann. Samalah macam Qila, pas lunch je dalam pukul 1-2pm time dia layu-layuan nak tido. Tengokle tu, nenek popok dia, dia pulak popok atuk sambil minum susu. Last2 tiga-tiga tertido kat luar tu.... Macam manale nanti kalau Qila dah ade adik? Mana adik dia nak selit tido ek??

Syok plak aku tengok.. Tu yang aku ambil gambar ni. Sori ye, atoknye Qila sheksi skeeet. Janganle dia baca blog aku ni. Mamfussss.. Huhuhuhu..

~MummyⓐⓠⓘⓛⓐIzzara~

Isnin, April 27, 2009

Syian anak Mummy

Qila jatuh dengan tragis pagi semalam. Masa bertatih dia tersungkur terus terhantuk kepala ke bucu meja. Dia jatuh depan mata aku. Aku tak sempat buat apa2..

Kesian anak aku.. Tengokle kesan kat kening, kelopak mata, bawah mata dan tepi bibir dia tu. Mesti sakit kaaan? Bodohlah aku ni, jaga anak sorang pun tak tahu.. Dahle sehari sebelum tu muka dia teruk kena gigit nyamuk. Aku lupe sembur ubat nyamuk sebelum tidur. Compang camping muka anak aku.
Qila nangis sampai tak keluar suara dan sampai terhenti nafas. Macam kena dera.. Sian Qila. Maafkan Mummy sayang..... Mummy janji akan lebih alert lagi. Semoga tanda lebam tu cepat hilang ye sayang..

~MummyⓐⓠⓘⓛⓐIzzara~

Eiiiii..

Kalau dah pompuan tu, sifat kepohci tu mesti ada kaaann.. Qila ni suka sangat menyelongkar apa sahaja yang dia nampak depan mata. Terutamanya handbags, bag make up aku, bakul susu dia, dan ape jelah yang terbuka.. Dia bongkar dan akan keluarkan segala apa yg ada kat dalam tu.. Tengokle video ni:-

Habis bag make up aku diselongkarnya. Satu2 barang dicampakkan ke satu sudut. Dia akan tengok satu2 yg mana dia berkenan goyang2kan samaada ada bunyi ke tak. Leka tu.. Kalau aaku kasi satu bag besar utk dia selongkar, mesti dia suka. Boleh aku tido kejap. Huhuhuhu..

Yang tak tahan tu, bila jumpa brooch aku, pandai pulak dia gayakan kat rambut. Siapa ajar ni sayang?? Rotan nak?

~MummyⓐⓠⓘⓛⓐIzzara~

Jumaat, April 24, 2009

Mydin oh Mydin

Semalam aku ke Mydin yang baru bukak kat MITC ni.. Kali ketiga aku pergi tapi kali ni dengan A'qila dan Mama.. Qila punyalaaaaaaaahh suka sebab lama tak kuar. Balik keje aku terus amik diorg, Qila tak sempat makan. Minum susu je 8oz one shots dlm keta. Lapar kot.. Tapi sket tak merengek, jalan punye pasal..

Memula sampai mmg semangat shopping tu sangat berkobar2.. Aku naik 1st floor dulu shopping diapers. Kat sana tgk stock Drypers size L dah habis. RM32.99 je utk brand tu. Aku carik Huggies Ultra pun elek.. Mamypokok je ade tp pack kecik je. RUGI.. Last2 borong je Huggies Dry for RM33.99 untuk L72. Balik umah tengok... Alahaaaii, lebih kurang size L Drypers gak. Sendat je Qila pakai. Nasib ko lah nak.. :P Aku tanak beli XL sebab takut cawat jadi labuh sangat.. Burukleee..

Aku borong jugak baju tido untuk Qila sebab kebykkan baju tido dia dah sendat. Carik baju bahagian baby semua kecik2.. Last2 aku borong baju tidur infant untuk Qila. Alllaaaa.. Kalau korang perasan baju tido infant byk bercartoon, then kalau yg girlish tu ada corak2 dan ropol2 kat baju.. Baju baby kan takde macam tu.. Anak aku dah boleh pakai size infant. Size 2-3 gitu.. Bila try kat rumah, alahai shumelnyeee.. Macam anak dara sangat. Satu je slack sebab belum berjalan. Kalu tak kompem lagik manis! Huhuhu.. Sorry ye, aku lupe nak amik gambar sebab penyakit penat dan letih menyerang..

Tetiba aku rasa lemah sangat. Penat sangat. nak baqwak handbag pun tak larat. Ohya, aku beli gak spender fancy2 untuk Qila, baju basahan duduk rumah dan flashcard untuk dia. Murah2.. baju tido paling mahal 12 inggit. Spender Qila RM1.99 je.. Baju basahan RM3.90 tapi sangat cute. Murah kan? Fully cotton lak tu. MYDINNN!!~ Flashcards tu satu RM7.90. Besar.. Selesa nak pegang. Lepas je bayar kat 1st floor, terus penyakit tu datang.. Aku rasa nak tido je dalam troli tu.. Macam sakit penat bila puasa.. Campur mabuk carsick.. Korang dpt bayangkan tak?? Erk, takpelah..

Turun bawah borong susu Qila. Kat sini sekotak RM48.60. Mahal 60 sen dr kedai selalu aku beli. Tin nye pulak mahal gila.. Baik aku beli kat kedai biasa. So aku beli stock untuk sehari dua ni je. Nanti beli lain. Penyakit dah datang tu, semua benda lupe nak beli. Hampehs betul. Manusia punyalah ramai lagi buat aku nak muntah. Qila pun dah start menguap (sampai berbunyik koo) tanda ngantuk. Sayur kat Mydin, LAYU! Org ramai gila beratur nak beli ayam. Aku terus tak jadi nak beli fruits sbb ramai gila beratur nak timbang.. Pas konon dh dapat apa yg nak, terus bayar. Dah habis bayar baru perasan, teh, gula, ridsect, biskut dan byk lagi lupe beli.. Hampehs.. Malas aku nak fikir, tahun depanle beli... Otak ni lembs asyik lupe.. Pastu gi makan kat foodcourt! HAMPEHS.. Salah tekak aku kot. Dah sangat2 penat. Tadi berkobar2 nak shopping. Tapi separuh jalan sebab aku dah tak larat. Sedih.

Terus balik.. Singgah Klebang jumpa anak ikan mana entah bayar duit helikopter baru Bi.. Yeee... Bi beli helikopter lagi. Entah apa da nak buat beli banyak2 tak.. Buat semak bilik je.. Huhuhu..

Bosan sungguh entry tanpa gambar. Tapi, nak buek macam mano.. Aku rasa aku takkan gi Mydin lagi utk shopping brg dapor kot. Tesco much better. Entahle, maybe sbb semalam ramai sgt org kot. Mak rimas.. :p Hermm.. Apa suppliment untuk tambah tenaga ek? Suggest lah kat aku ni..

Kepada Arin, nak pegi boleh, hari ni last day promotion. Gilah time org tak ramai.. Selamat Shopping!~

~MummyⓐⓠⓘⓛⓐIzzara~

Khamis, April 23, 2009

Entry untuk Bi gak, tapi kali ni dari bini dia :P

Biiiiiiiiiiiiiiii.. Nak nenennnnnnn..

Tiba jeghs.

Ohye, Ling baru buat bajet bulanan ni. Herm.. Banyak betul nak kena bayau. Apsal Bi bagi duit sket sangat? Bagile 11 ribu ke.. 28 ribu ke.. Baru style.. Kemut arrr..

Memandangkan Qila dah fully minum formula milk, so perbelanjaan untuk susu dia alkisahnye jadi double.. Satu bulan dianggarkan Qila minum sebanyak satu tin besar + 6 kotak refill susu Enfapro A+. Tuhari Ling cuba campurkan Enfapro biasa dengan A+, dia boleh tauuuule.. Punyelah lembabs dia nak habiskan susu tu, dahtu asyik terkincit je.. Bila tanya susu campur ni sedap ke tak? Dia GELENG KEPALA!!!! Cit. So, kena fully beli Enfapro A+. Tapi rasanya genap setahun dia dah boleh minum Enfagrow tapi tatau nak pilih perasa apa. Entah dia serasi entah tidak. Yang penting lebih murah.. :P Bajet untuk susu sebulan lebih kurang RM352.00

Diapers Qila Ling ingat nak tukar dari Drypers ke Huggies atau MamiPokok. Sebabnye size L Drypers buat peha & pinggang Qila melecet. Nak tukar XL takut labuh sangat cawat dia. Dahle anak Bi tu ketot. So, kalau sebelum ni dia pakai 2 pack sebulan bersamaan RM70 lebih kurang tapi lepas tukar brand, Bi kira sendirilah ye.. Ling tak pasti harga Huggies ngn Mamipokok berapa yang pasti mahal gila babun. Anak Bi jugok.. :P Tapi Ling tetap akan skit2 cuba pakaikan Qila cloth diaper tapi tak pasti brand ape nak beli. Kena try satu2.. So, untuk diapers, Ling rasa bajetnye lebih kurang RM150.00 sebulan. Cloth diapers punya bajet belum kira lagi. Sebulan beli selai dua dulu cukup kot.. Lagipun mahal. Satu lebih kurang RM80-90.. Huhu.. Botak den.

Vitamin dan susu untuk Ling! Ni semua Bi punye pasal. Sape suruh buntingkan Ling? Vitamin Ling costnya lebih kurang RM150 untuk sebulan setengah dan susu Ling dah kira tak lebih RM50 sebulan. Herrrkk.. Ni nasib baik selera makan masih tertutup ni, kalau dah ada nanti, bajet untuk makan sebulan?? Huhuhuhu.. Ohya, bajet untuk beli baju baru?? Bajet untuk shopping dikala jiwa tgh kacau?? Bajet beli kasut untuk tempoh pregnant ni?? Bajet untuk gi urut2 kat spa sebab Bi takde nak urut?? Bajet elaun khas bagi ibu tunggal sementara?? Bajet untuk elaun kritikal sebab sedih kena tinggal lama?? Errmm.. Ape lagi ek? So bulan depan Bi kena up elaun Ling tau.. :P Ingat ye.. :P

Baju2 tido Qila banyak yg dah sempit dan ketat. Dulu Bi ada kasi bajet untuk beli baju Qila setiap bulan. Tapi rasanye tak cukup. Memandangkan anak Bi dah besar, so bajet baju dia pun kena besar. Maknye hi taste. Boleh?.. Duuussshhh..

Huhuhu.. Pandai tak bini Bi buat kalikasyen? Huhuhu..

Nak buat macam mana Bi.. Ekonomi jatuh barang mmg naik harga.. (Tiba jeghs) Ling tak demand check up kat Hospital Pantai dah cukup baik.. :p

So, kalau ada mana2 anak kapal nak sign off tu sila kirim elaun sara hidup tambahan untuk anak bini Bi ye??? Kihkihkih.. Ye taaauuu, Bi buat SI tetiap bulan dari gaji Bi, tapi elaun tambahan perlu untuk elakkan tekanan bila penat bekerja ni.. Nguahahahahahahahaha.. Cabuts!

~MummyⓐⓠⓘⓛⓐIzzara~

Rabu, April 22, 2009

Entry khasss untuk Daddy kat Yemen dan Kak Aishah kat UK

Hellluuu Daddy, hellllluu kak Aishah.. Qila niiiiiii.. Kite nak cerita apa Kite buat masa Kite kat umah atok.. Kite macam kak Aishah, tak reti duduk diam.. Kak Aishah ingat tak troli pasar nenek ni? Dulu masa kak Aishah ada, kak Aishah selalu letak teddy bear dalam ni. Tapi Kite laaaiiinnn, atok letak tong air kasi berat, so Kite wat belajar jalan.. Tapi nenek kata gaya Kite macam kat shopping mall. Macam tgh berbelanja gitu.. Huhuhu..Kite kalau tolak troli ni.. Lajuuuuuuuuuuu.. Kedek2 je..
Syok gak Kite gentel tutup tong air ni..
Cakkk kat Daddy, caaaaaaaakkk kat kat Aishah.. Kite mmg suka cak sampai terteleng gini..
Pas boring main troli Kite main tucing lak.. Kak Aishah ngan Daddy rindu tak kat tucing ni?? Nenek panggil tucing ni Puntit. Atok lak panggil Pussy.. Daddy panggil Dezzel, kak Aishah panggil Bazzel.. Banyak betul nama tucing ni... Tucing ni gemokkk.. Daddy kata ni anak bongsu atok. Kira tucing ni pok cu kitelah..
Bila Mummy marah sebab kite tarik bulu tucing, kita gelak.. Kite tak takot kat Mummy poooonnn..
Tucing ni takot ngan kite. Sebab kite suka tarik tinge dia.. Tucing ni dah kena sunat. Telo dia keciiiiikk je. Sebab tu tucing ni tak garang. Dia diaaamm je bila kite buli dia.
Kite kalau borak2 ngn tucing ni, kalau dia tak layan, Kite sedih.. Terus kite jerit.. Bila kite jerit tucing ni terkejut pastu dia lari.. Huhu..
Mummy bengang je atok kasi kite pegang tucing ni.. Tapi kite kena bashuh tangan le pasni.
Boring main tucing kite gerak ke depan TV. Ade projek baiiiiikkk punye...
Tadaaaaaaaaaaaa... Kite suka tekan punat TV ni.. Huhuhuhuhuhu.. Nenek tak marah, atok tak marah, tapi kalau skrin tukar benda lain, Mummy kite bising.. Huhuhuhu.. Kite ni takbleh tengokle butang2 atau punat2 macam ni. Kite rasa nak menggenteeellll. je.. Gewam.. Huhuhu..

Okaylah.. Daddy ngan kak Aishah jangan lupe dgn kite kat sini tau.. Kite rimduuu Daddy. kite rimdu kak Aishah.. Birthday kite nak dekat dah, jangan lupe hadiah untuk kite tau.. Babai.. Huhuhu...

~ⓐⓠⓘⓛⓐIzzara~

Selasa, April 21, 2009

A'qila Izzara dah 11 bulan... :)

Anak aku dah 11 bulan harini.. Yooo.. Dan aku dah 10 minggu bunting.. Yeeee.. Kan best kalau aku dah 11 minggu bunting. Senang kira.. Apelah Bi! Tak terer.. Kahkahkahkah..

Okay, harini A'qila Izzara genap 11 bulan. Sama macam Maizara Zulaikha.. Teka sape tuhs? :P

Lama betul tak shoot gambar Qila pakai dslr aku.. Ni semua masa baru pas sembahyang maghrib. Qila bijak, Mummy semayang dia duk diam2 kat tepi. Aku selesai je terus dia serbu sejadah then duduk atas tu.. Kadang2 dia suka tiru kita sujud. Tapi dia selalu buat masa kat dapur, atau kat luar rumah. Menonggeng mcm org tgk kaki hantu..
Auuwwww.. Sexy tak saye Mummy?? Am cooommmiiinngggg..
Kan?? Kalau depan dlsr aku, baik je dia posing.. Hover tau.. Tapi dia suka sengih macam ni. Sangat tak manis.. Apa Mummy nak jawap dengan semua bakal2 menantu Mummy ni?? Anak Mummy sengih sampai kemek hidung..
Cehh.. Mulalah buat aksi rajin. Qila mmg suka 'tengok' buku sebab belum tahu baca ye kawan2.. Tapi setiap kali tgk, mesti terbalik.. Hehehehe.. Tak pernahnye betul.. Aku rasa dia suka kot baca terbalik kot. Majalah ke... Buku keee.. Flyers ke.. Mesti terbalik.
Peluh2 kepala dia.. Ini dalam aircond ye puan-puan. Sebijik macam bapak dia. Nasib baik tak busyuk. Kalau tak, Mummy laaaaaarrriii. Orang tua2 kata, sihaaaatttt..
Muka serius tuuu.. Tau Mummy nak letak gambar dalam blog, buat2 rajinle.. Nanti abg Ghazi, abg Hadif, Wafiq, abg Hafeez, abg Aqeel, abg Aqil, Rayyan, abg Rayyan, abg Naufal, abg Harris, Adeef, abg Adin, abg Haziq, Afiq, Abg Adib, abg Amsyar dan semua baby boy yg tgk blog Mummy akan jatuh chenta kat i... Bluwekkk!~
Argghh.. Tetiba rasa ngantuk yang amat... Biaselah anak dara i tido time dia 8-8.30 malam.. Sharp! Walau macam mana lorat dia tgh main, otomatik terus ngantuk..
Tapi tetap meneruskan sesi membacanya.. Rajinnnyeeee...
Aku suka tgk jari dia time nak turn to the next page tu... Lentik.. Hehehehe.. Semoga membesar dengan sihat dan bijak ye sayang.. Ohya, sedikit updates ttg Qila yang dah berusia 11 bulan ni:-

** Selain Daddy, dia dah boleh sebut ayah dengan jelas.. Tetek, kaka, tak.. Aku dia panggil apa?? Arrrkk ye puan-puan!! ARRRKK! Huhuhu.. Pantang tgk laki tak pakai baju, dia akan cubit & tarik nipples sambil jerit TETEKK.. Then gelak..

** Dia dah start nak melawan ye.. Kalau aku larang atau dia tak dapat apa dia nak, dia jerit ye puan-puan.. Satu Melaka boleh dengar..

** Dah terer makan pedas.. Mulut dia kumat kamit mintak makan kalau tgk aku makan. Pedas pun dia belasah janji dapat rasa apa yg kami makan.

** Dah pandai tiru cakap orang.. Kalau nenek nyanyi dadidu, dia tiru.. Aku buat bunyi car vrooomm vrooomm, dia tiru.. Dah amik kunci rumah then cuba nak start basikal dia ye puan-puan.. Dia hingat itu motor kaaa??

** Suka sangat nak pakai helmet, kunun nak jalan naik motor.

** Sangat cenderung dengan periuk dan senduk.. Leka dia memasak. Siap hulur senduk kat mulut aku suruh rasa then dia pulak rasa.. Huhuhu..

** Suka dipotong kuku. Walau dia ni tak pernah duduk diam, tapi time potong kuku sangat diam dan behave.

** Akan buat muncung bila tanya mana mulut, sengih naikkan hidung bila tanya mana hidung, dan kenyit2 mata bila tanya mana mata.

** Bila memberak, akan keluarkan bunyik berak sambil kentut. Dia mesti akan terkesima lalu memegang montotnya. Pastu buat muka "alamak, den terberaklaaahh" Maklumle, anak aku berak cair, sekali keluar mmg menyembur ye puan-puan.. Satu rumah bau.

** Masa balik keje, dari jauh kalau nampak kereta aku dah lambai2 dah.. Bijaaaakkk.. Bila dah sampai dekat siap angkat tangan mcm tgh tahan bas.. Wakakakakaka.. Paling tak tahan, tang mukaaaaa.. Sangat serius dan konfidents.. Qila mmg suka buat muka konfidents + bangga + serius = mulut kedepan sket. (macam bapak dia..) Wakakakaka..

Dah dah dah.. Gi sambung buat koje.. :P

~MummyⓐⓠⓘⓛⓐIzzara~

Isnin, April 20, 2009

Mari memasak bubur

Hek eleh.. Kecoh.. Nak masak bubur pun nak tepek sini.. Sesape yang bosan tu, gi berambos.. Ini blog aku, aku punye sukeeeeeeeee leee.. :P

Actually, Qila pernah dah dicuba makan nasi panas.. Dengan lauk2 lah.. Then 3 hari tak berak kaaauuu.. Terpaksalah aku guna method lama, iaitu masakkan bubur.. Janji anak aku berak tetiap hari. Makan pun laju.. Setiap hari menunya akan bertukar. Qila tu cepat bosan kalau menu yg sama... Mmg ikut perangai bapak.. :P
Memula, aku sagatkan baby carrots dan sweet potatoes.. Baby carrots letak dalam 2 batang dan sweet potatoes sebijik kecik tu.. Senang..
Terus masakkan satu pot kecik beras ke dalam periuk. Jangan tanya nape aku pakai periuk nasi elektrik ni ye.. Masa ni kat umah Mak, Mak pernah guna ni utk masak bubur Qila dulu, so aku just follllooowww.. Tak baik melawan cakap Mak mertua.. :p
Masukkan terus baby carrots dan sweet potatoes utk empukkannye.. Lama gak nak tunggu bubur ni masak. Sempatle aku tgk TV.. :P
Ohya, sementara tu cincang brokoli ye puan-puan.. Dah last nanti baru masuk. Selain brokoli Qila juga makan sayur bayam. Wajib ada sayur ye puan-puan. Dari kecik kena didik makan sayur. Maklumle, bebudak zaman skrg alergi betul nak makan sayur. Bagi diorg memakan sayur beerti memakan DAUN. Macam kambing.. Dua anak buah Bob sangat susah nk makan sayur. So aku tanak Qila macam tu gak.. Selain ni, menu Qila setiap hari adalah ikan salmon, isi ketam, tauhu jepun, tahu biasa, isi ayam dan mcm2 lagilah.. Menu dia harus bertukar.. Harini ni ala2 vegetarian gituh..
Tadaaaaaaaaa... Dah siap.. Yang coklat tu ikan bilis goreng yang ditumbuk. Qila tak suka bubur dia campur terus dgn ikan bilis. Kena buat mcm ni baru licin mangkuk tu.. Aku pun suka sebab aromanyeee.. Waaalllllaaaaa...

Inile kerja anak dara aku spjg aku kat dapor..
Dia 'mengemas' ye puan2.. Panjannggggg je tangan dia nak capai itu ini. Kalau aku larang, satu Melaka dia jerit. Ikut perangai sape ni???????

~MummyⓐⓠⓘⓛⓐIzzara~

Cloth diaper..

Aku ni biasalah, pantang nampak benda best, mesti nak try.. Org pakaikan anak CD, aku pun lorat nak jugak.. Alaaa.. Tak salah mencuba kan.. Cuma aku beli made in China jeghs.. RM150 untuk 3 keping.. Tak payahle sebut aku beli dari mana.. Local bloggers gak.
Ni 1st time aku pakaikan Qila malam tadi. Aku start pakaikan dia jam 7 petang.. Saje nak test. Aku kurang suka tang pelekap pinggang tu. Nampak tak kemas, macam CD tak siap je.. Masa order yelah kan, tgk gambar, macam cantik.. Macam tak kuaatt jeghs.. Qila tu, susah betul nak amik gambar dia.. Renyah! Ini size maximum aku cuba..
Dari pandangn sisi.. Huhu.. Samenye color Cd ngan color cadar aku.. Dah gila color hijau. nak buek macam manoooo.. :P
Pakai CD buat montot Qila laaaaaagggi gemuk dan besar.. Tebal gila. Tak muat dah nak pakai suar.. Kalau siang oklahkan, tapi kalau malam takkan anak aku tido pakai CD jeghs.. Sejuklaaah.. Tapi kalau nak pakaikan jeans, mmg tak muat ni..
Sendatttt je anak aku nak duduk. Tang perut dia mmg masalah, sbb CD ni tebal dan keras sket tang pinggang tu.. Tak macam diapers biasa.. Maybe sebab CD ni made in China kooottt.
Sian anak aku.. Nak duduk seksa.. Sebelum beli aku tanya semua, tapi minah tu mcm konfidents CD dia ni tip top.. Sekali seksa betul perut Qila.. Kalau dilonggarkan, gelebeh pulak..
Boleh nampak kan kebesaran montotnya?? Kalau aku kecilkan ke size M, masalah pulak. Nanti terlalu ketat kat peha dia.. Lagi kesian..
Ni pun dah tergelebir lebihan lemak dia terkeluar.. Tulah, Qila ni susah sket nak pakai CD.. Puas aku tanya semua org, tapi semua konfidents kata Qila pasti muat dan selesa.. Bagi aku.. Not worth it.. CD ni tebal dan keras..

Aku try sampai pukul 8, baru rasa sket dah lencun. CD mmg kena tukar setiap kali baby tencing ek?? Atau aku kena pakai inserts yang power? Yang RM16-RM30 jenis microfiber sehelai macam wahmies, hemp, yang imported dari US tu?? Ape ke nama CD dia?? Drybees? Happy Hens? Kalau begitu, nape tak terus terang je inserts biasa ni tak bagus?? Nape tak suruh je aku beli inserts mahal tu?? Ni aku malas membeli dgn melayu ni.. Cakap tak terang, janji dpt untung.. Maaf cakaplah.. Sape meniaga nak rugi, ye tak? Atau, maybe terlalu awal utk aku buat penilaian.
Aku ada ikut cakap diorg, basuh 3 kali. Susun inserts baik2 dan kemas2.. Tapi, maybe sebab inserts aku jenis cap ayam, so mmg cepat lencunlah.. Itu takpelah.. Inserts boleh beli lain. Bapak aku kan tokeh balak... :P
Tapi bab kekemasan pinggang tu.. Tak kemas, tebal dan keras.. Sian Qila.. Perut dia tu... Boleh tak sesiapa yang sedang pakai dan jual CD ni, terus teranglah dengan aku, CD apekah yang sesuai dgn fikizal anak aku ni????? Dia gebu TETAPI PENDEK.. So, CD yang sesuai harus lembut di bahagian pinggang supaya tak mengganggu perut dia.. CD brand ape yang sesuai???? Mahal pun tak kisahle, janji eden puas hati.. Jangan main sebut je.. Sesuaaaiiiiilaaah, lembuuuuttttlaaah.. Sekali datang CD, hampehhhsssss..

Aku tak kisah nak mencuba, tapi kalau kena auta kosong jeghs, kucing aku pun hangin.... Menjual kena jujur.....
Aku mmg nak sangat try pakaikan Qila CD. Bayangkanlah, jika berpuluh ribu baby kat Malaysia ni pakai lampin pakai buang setiap hari, sampah2 tu semua kalau tak dapat dilupuskan, apa nak jadi kat dunia ni?? Apa akan jadi pada zaman ketika Qila berusia 17 tahun?? Herrrmmm.. Nak kata jimat tu, buat permulaan ni modal mmg besar. So, belum dapat nak cakap jimat ke tak sebab dalam masa setahun dua ni maybe Qila dah boleh di train ke tandas sendiri. Betul tak.. So, mmg tak guna lama pooonn.
So, apa pendapat korang??

~MummyⓐⓠⓘⓛⓐIzzara~

Ahad, April 19, 2009

Siannye anak aku

Huhuhu.. Semalam masa otw dr umah Mama ke umah Mak, panas betul. Padahal baru pukul 10 pagi. Qila before that bangun sekitar pukul 7 pagi. Dengan tak minum susu ape sume dah ikut ayah dia jenjalan naik motor. Ikut ayah gi beli breakfast. Siap goyang2 montot happy naik motor.

Dahtu, sampai je umah pas mandi & isap susu semua aku terus bawak Qila gerak gi umah Mak iaitu nenek dia yg satu lagi. Mak Bi laaaaa.. Dalam keta mulanya merengek nak tido.. Dia nangis olok2 je sebab tak kuar air mata dan buat muka penyek. Aku memula pujukle baik2.. Tapi still tak jalan.

Merengek lagi.. Terus aku keraskan sket suara cakap kat dia "Haaammbboooii.. Masa naik keta ngan Daddy pandai lak tido sendiri. Ngada ni... Mummy babap kang nak?"

Terus dia berhenti merengek. Pandang tempat lain dan terus ngomel lagu nak tido dia tu. Dia kalau nak tido mmg akan nyanyi untuk diri sendiri.. 10 saat pas tu,
Alahaaaiii. Keshiannnnnye anak Mummy ni kena marah.. Ternganga molot dia tertido sendiri... Matahari kena kat seat Qila. Shiaaannnyyyyyeeee.... Sayu lak hati aku ni..
Tido gak dia dalam panas2 tu.. Aku pakaikan dia tshirt MU ngn jeans. Saje ikatkan rambut dia toncet dua biar nampak girlish sket. Kalau tak macam boy le..
Tengok tangan kanan dia.. Style tu, tido pun ala2 berposing gitu.. Huhuhu..
Syian Qila.. Dian dah mula faham banyak yang aku cakapkan dengan dia. Walaupun dia masih belu reti nak sebut mama atau mummy, mak tak kisahle.. Janji aku tetap vouge.. Tiba jeghs.. :P

~MummyⓐⓠⓘⓛⓐIzzara~