Selasa, Mac 31, 2009

Huhu..

Aku betul2 tengah sibuk exam dan study ni.. Esok last paper, so sangat bz study ye kawan2.. Kate nak lulus, kenalah struggle sket. Maklumle dah tua, otak lembab sket nak menghafal..

So, esok baru ada masa nak tgk2 blog ni.. Ni pun aku dah langgar pantang ni. Sepatutnya, haram oi nak masuk sini. Banyak benda tak study lagi ni.. Huhuhu..

Macam biasa, korang doa2kanle aku ni. Biar terang sket hati aku ni masa study tu ye.. Nguahahaha.. Ohya, aku siap makan kismis doa lagi yuuuu.. Nak terang hati punya pasal. Okay tak?? Nguehehehe..

Dah dah! Gi doa untuk aku cepat!

~MummyⓐⓠⓘⓛⓐIzzara~

Ahad, Mac 29, 2009

Qila the rempits

Muka eksyen tak bleh blah.. Yelah, tak nampak ke?? Qila lepas tangan ni.. Fuyoooo...
Bila Mummy suruh senyum, sikiiiiiiiiiiiiiiiiit jeghs dia senyum. Eksyen betul. Mementang motor dia ada siren..

Aaaaa.. Mulalah nak buat aksi menonggeng tu.. Jangan tiru A'qila nak merempit ni ye kawan2.. Bahaya ni....

Cuba perhatikan kaki Qila.. Akibat ketinggian yang tidak menepati syarat, Qila terpaksa letakkan kaki dia kat situ. Huhuhu.. Jadilah, janji buleh merempits..
Ni kalau terkentut ni, memang bersepai orang belakang..
Lantakle sayang, janji Qila bahagia.. Nak merempit pun gasakle. Janji jangan jatuh bedebus sudah! :P

~MummyⓐⓠⓘⓛⓐIzzara~

Jumaat, Mac 27, 2009

Bosannye..

Aku sepatutnya study malam ni untuk exam nextweek. Tapi baru je baca mukasurat pertama aku dah rasa mengantuk dah.. Huhuhu. Boleh lulus ke macam ni?

Dahle tu. Laptop terpasang ni lagi takleh study. Asyik crusing blog je.. Maklumke, aku nak jugak mengadakan kunjungan balas ke blog2 kwn2 yg lain.. Nanti org kata sombong lak kan? Eceh.. Alasan malas nak study.. :P

Tadi suami kesayangan yang aku rindui call. Dia masih di perairan selat melaka. Tgh loading produk Petronas paling mahal iaitu Jet-A1. Minyak katebang kata Bi.. Fuyyyooo, mari rompak tanker ituh! Huhuhu.. Mampos aku kalau org kuat Petronas baca ni. Eleh.. Relaxle pakcik, tak kan den nak curik. Den nak berenang ke laut pun den tak gheti.. :P

So, Bi mmg akan ada line 2 3 hari ni. Cuma dia sibuk jelah. Susah nak calling2 selalu. Syiaaannn dia. Sedih dia bila aku cerita anak kesayangan dia tu mencari2 dia. Sabar ye sayang.. Rindu kami kat Bi, rindu lagi Bi kat kami kan? Sebab Bi rindukan 2 jiwa.. Kami rindukan 1 jiwa je.. So, kurang azab sket kot.. Huhuhu..

Tadi terbaca blog seseorang tentang jadual dia kat rumah as a mother of baby yang baru 3 bulan. Dalam masa yang sama dia bekerja di sektor awam. Balik rumah lepas kerja rushing memasak, membasuh, menyusu, menjaga anak bla bla bla.. Terus aku insaf.

Sebabnya, aku agak bernasib baik. Kerana masih duduk dengan family. Masak memasak ni aku mmg tak payah nak amik pot. Balik keje semua dah siap. Anak aku pun, mak yg jaga. Beruntung kan?? Bukan aku tanak berdikari duduk rumah sendiri. Tapi bila Bi takde, takkanlah aku nak tinggal berdua je dengan Qila?? Wooooo.. Tak sanggup aku. Biarlah aku duduk dengan family. Lagipun Mama tinggal sorang. Mak Abah mertua pun tinggal berdua je. So, aku ambil keputusan untuk tinggal bergilir dengan mereka.. :)

Tapi dalam masa terdekat ni mmg aku nak merasa duduk rumah sendiri jugak. Sampai bila nak bergantung pd org tua kan? Tapi sendiri mahu ingatle aku nak jugok sorg maid.. Kalau maid takde, aku nak berhenti keje. Bi takde hal punye. Dia mesti kata "Yeeeeee boleeeehhhhhh" dengan nada jawanya. :p

Tapi tulah. Rasa sayang pulak nak berhenti keje. Sebabnya, pada akulah kan, minda kita akan lebih terbuka sebab lebih banyak dpt bergaul dengan orang. Takdelah menghadap dapur je 24hrs.. Memangle kat rumah boleh berintenet, tapi kalau setakat main blog je, tak jadik keje jugak.. Maaflah kalau ada yg terasa. Terserah masing2 lah kan? Tap bagi aku, biarlah aku terus bekerja. Biar A'qila independent sket. Takdelah nak berkepit je 24hrs dengan aku. Nanti dia tak independent pulak. Sekarang ni pun ada unsur2 mengada2 sket. Nak buat macam mana. Anak tonggal.. Huhuhu..

Berbalik pada cerita awal tadi. Pasal rushing bila balik rumah nak siapkan macam2 untuk anak dan suami. Aku betul2 beruntung, sebab bila Bi bercuti, dia yang buat semuanya. Membasuh, menjaga anak (bila dia free lah). Dan bila pulang keje, aku tak perlu memasak untuk dia. Weekend pulak, samaada makan luar ataupun mmg kami tak ade kat rumah.. Tu sebab aku rasa, aku bukan isteri yang baik utk Bi, sbb jarang masak utk dia. Jarang?? Jarang ke? Haritu Bi bercuti almost 3 bulan. Aku masakkan dia sekali je. Itu pun hanya telur sambal.. Huhuhu. Dan Bi komplen sayur aku masin. Nguahahahahahahahahahahahaha.. Tu je.. Sian laki aku kan??

Tapi nak buat macam mana.. Nama pun sayang BINI.. :P

Tambahan lagi, Mak mertua dan Mama memang pandai masak. Sekali sekala anak menantu diorg balik, diorg akan masak macam2.. Aku rasa diorg pun sedih je kalau nak suruh aku masak. Takut anak menantu kesayangan tu nanti keracunan makanan pulak.. Huhuhu...

Tapi tulah. Tak dapat aku bayangkan kalau aku berada di tempat mereka2 yang berjadual padat begitu. Aku ni kena packing barang2 kami sefamily untuk holiday pun aku dah tense inikan pulak rushing sebagai surirumah yang pd masa yg sama turut bekerja. Macam mana tu? Bolehkah aku handle semua tu?? Herrrmm..

Maka dengan itu aku rasa beruntung sebab Bi keje as navigator. Berlayar lama-lama sampai 6 bulan.. Tak perlulah aku susah hati memikir nak memasak dan mengemas hari-hari. Ye tak? Tanggungjawab tu ringaaaaaaaaannn sket. Hehehehe.

Boleh tak fikir macam ni untuk kurangkan rasa rindu dan sedih??? Aci tak?? Ca Alif Bot!!!!

~MummyⓐⓠⓘⓛⓐIzzara~

Frust menonggeng

Ini namanye frust menonggeng!!!

Aku pergi kedai buku tadi, cari buku Malaysia Kita latest edition untuk exam isnin ni, sangat berkobar2..

Tapi bila sampai je office, sekali tgk salah publisher laaaahh.. Puntit betul! Terbang RM37.50 aku!! Dahle seumur hidup aku, ini kali pertama aku beli buku2 gomen nih! Hampehsss..

Bab2 dalam buku ni tak sama dengan buku yang sebenar.. Badigol soot betul lah...

Frust menonggeng aku. Mana nak carik ni???? Kusut betul lah. Tanya orang, semua kata takde.. Boring betul!

Huwaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa!!

Khamis, Mac 26, 2009

Rindu

Aku tak tahulah A'qila sudah merasa kehilangan dan kerinduan terhadap Daddynya atau tidak.. Tapi semalam, masa aku pulang ke rumah Mak, dia jadi ratu air mata. Tak boleh letak langsung.. Menangis tersedu-sedu. Habis keluar segala air mata.. Dia tu, kalau nanges sekadar mengada2 tak akan keluar air mata.. Tapi semalam dia betul2 menangis... Air mata keluar begitu laju. Sayu.
Aku tunjukkan gambar Daddy.. Dia menghulur tangan dan menatap gambar tu.. Lama.. Kalau dilihat dalam gambar ni, motion image tu adalah actually tangan dia yang menyapu2 badan Bi di dalam gambar tu. Sayunye hati.. Rindukah A'qila pada Daddy sayang???
Tengoklah.. Dia belai muka Daddynya di dalam gambar tu.. Agaknya dia fikir, lamanya Daddy keluar rumah. Kemana Daddy pergi? Kenapa tidak nampak Daddy sejak kelmarin???

Semalam, selepas mandi petang, dia menangis tersedu-sedu lagi. Aku sedih sangat. Aku tahu dia mencari Daddynya. Setiap pagi dan petang, Daddy yang memandikannya. Dia mungkin sudah merasa ada yang tidak kena.

Aku hampir-hampir tinggikan suara. Agak tertekan kerana A'qila menangis tanpa henti. Puas dipujuk, puas dibelai.. Masih menangis. Diberikan tek, menetek sambil tersedu. Aku seru nama penuhnya, pujuk dia sebaik mungkin.. Memujuk dengan dengan bahasa yang paling indah. Mohon dia agar mengerti. Lepas beberapa lama, dia berpaling mengiring menghadap ke dinding. Bermain dengan jari2 sambil mata sedikit layu. Lama. Sangat lama.

Merajukke?? Mummy tak marah A'qila sayang... Mummy cuma mahu A'qila jadi anak yang baik, mendengar kata.. Jangan bersedih, Daddy keluar bekerja sayang.. Puas aku memujuk dalam tangisan. Harap sangat dia dapat faham.. Daddynya tiada kerana keluar bekerja. Belikan susu, belikan baju, belikan mainan.. Semuanya untuknya..

Beberapa lama selepas itu, dia masih termenung. Aku memujuk lagi. Mengajak keluar menonton TV. Barulah A'qila tersenyum, dan bermain gembiran seperti biasa. Kembali aktif dan lasak seperti biasa. Syukur.

Ya Allah, sudahkah anak sekecil faham pujuk rayuku? A'qila tidak lagi menangis sejak itu.

Terima kasih A'qila. Sebab menjadi kuat untuk Mummy. Kita sama-sama kuat ye sayang?? Kita tunggu Daddy pulang...

**** A'qila tinggal bersama Mak dan Abah mertua. Terasa sangat rindu padanya. Apa agaknya dia sedang buat ek?? Nakal tak? Ohya, semalam, dia sudah berani tekan2 punat TV neneknya. Selamba je tukar channel masa atok sedang nonton Buletin Utama. Pastu buat muka nakal dia tu.. Adoooiii. Yang penting, marah hokaaayy bila kita larang dia picit2 punat tu.. Fenin kepala atok dan nenek Qila sayang.. Huhuhu..

~MummyⓐⓠⓘⓛⓐIzzara~

Mencari carseat baru

Sehari sebelum Bi kena sign on balik, office call bagitau. Sangat tergempar dan tergesa-gesa. MISC memang begitu ye puan-puan.. :P Ohya, pada yang tertanya-tanya, suami aku tu kejenye navigator ye puan-puan.. Sign on tu means kena naik kapal le.. Sign off pulak sendiri mahu fikirle sendiri. :P Sape yang tatau apa itu navigator, gi lah google..

So sehari sebelum Bi kena sign on tu, banyak sangat benda nak settle. Aku sangat sedih sebab masa tu aku kat office. Sampai je rumah sangat terkejar-kejar. Bi settlekan semua hal rumah yang belum settle. Aku pulak malam tu ada perlawanan badminton. So, masa sangat mencemburui. So, malam tu jugak, sebelum aku gi main badminton, kami gi Jusco redah carik carseat.

Aku dan Bi hanya spent masa selama 5 minit je mencari carseat. 5 minit parking dan 5 minit lagi amik masa jalan dari carpark ke 1st floor. Sebabnya, carseat lama A'qila dah sempit sangat. Kami sangat2 perlukan carseat sebab aku kena hantar dan pulang bersama A'qila nanti ke Melaka. Susah kalau takde carseat..

Qila sangat happy dapat naik troli ni. Lama dia tak naik. Muka banggaaaaaaaaaaaaa betul.. Asal ade budak lalu naik troli dia akan excited dan tegur.. Sangat peramah!
Dia tu kalau buat muka eksen mesti nak main2 bibir.. Geram kot.. Baik je dia.. Dah namapun berjalan..
Kalau nampak bebudak lain, dia mesti buat muka nak berkawan. Kadang2 kesian pulak tgk. Sebab dia buat muka kesian. Yelah, tak semua budak yang dia tegur akan senyum dan layan dia. Ada yang buat bodo je.. Sian anak aku..
Dengan laju kami memilih carseat. Aku dah lama perasan carseat ni. So, haritu terus tanya color terus bayar..

Sementara mamat tu amik stok dalam stor, aku testkan si Qila duduk dalam ni.. Maaakk aih. Macam biasa dia akan buat muka eksen semaximum mungkin..
Sandar macam anak boss besar. Punyalah kewat..
Pastu baru nak menggeletis..... Selesa tak sayang????Pastu dia dah start bosan. Dia nak masuk balik dalam troli.. Nak sambung cruising.. Kami amik carseat color merah. Jadilah. Murahje.. Janji ada nak pakai.. Masa ni tengah otw nak turun. Cuba perhatikan mata dia yg merah dan hidung yang kembang dan berwarna merah tu.. Itu tandanye dia sedang berak ye puan-puan. Gaya anak aku berak mmg macam ni. Kau saje je kan Qila. Mummy dahle rushing nak main badminton ni.. Nilah Qila dalam carseat baru dia.. Boleh baring lagi... Sangat selesa bagi dia yang kaki tido dalam kereta.. Masa ni otw ke KL nak hantar Daddy. Rajinnya dia menulis dalam kereta... Sangat behave.

Leka betul.. Aku suka sangat masa dia menulis tu. Dia pegang pen dengan betul dan akan membetulkannya dengan tangan kiri kalau pen tu tersenget. Aku tak pernah pulak mengajar dia menggunakan pen dengan betul. Dia sendiri observe dan memegang pen dengan menggunakan tangan kanan dengan sendiri. Bijaknye anak Mummy ni. Skrg apa yang aku buat semua dia akan tiru. Sekarang ni amat cenderung pada make up pulak sbb selalu tgk aku make up. Ada hati pulak nak pakaikan aku eyeliner. Ceeehhh.. Ohya, Qila dah pandai suap makanan sendiri ke mulut. Tapi masih terhegeh2 le.. Tak banyak makanan yang masuk ke mulut, jilat sudu je lebih. Takpe ye sayang.. Pelan-pelan belajar.. Nanti Mummy belikan highchair ye sayang...

~MummyⓐⓠⓘⓛⓐIzzara~

Rabu, Mac 25, 2009

Hari pertama tanpa Daddy..

Aku masih bercuti.. Pakej. Cuti sedih dan cuti menjaga A'qila.. Kedua2 neneknya tiada di Melaka.. Perhimpunan lorat UMNO yang maha lorat...

Hari pertama tanpa Daddy... Bangun pagi A'qila menangis mencari sesuatu.. Mummy memujuk, membawanya ke rumah ayah, ayah juga memujuk.. Membawa A'qila naik tuk tuk... A'qila happy..

Masa untuk nap time.. A'qila menangis lagi.. Keluar air mata tanda bukan menangis biasa. Mummy selimutkan baju yang Daddy pakai semalam. Dia terlelap dalam tangisan...

Ayah kepada kawan baik Mummy semasa di Universiti, meninggal dunia pagi ni. Mama terpaksa patah balik dari KL, kerana itu juga kawan baiknya. Hati Mummy tersentuh. Dia pergi tanpa sakit. Tanpa tanda2.. Sedih dan Mummy insaf.. Sekurang-kurangnya yang Mummy rindui masih ada di dunia ini. Dia hanya keluar bekerja jauh dari mata kami. Sekurang-kurangnya rindu kami ini rindu kepada yang masih hidup. Bagaimana pula yang merindui pada yang sudah tiada. Tentu lebih sukar.....

Semalam, aku adalah wanita paling cool di dunia.. Aku memandu seorang diri pada malam hari, pulang dari KLIA ke Melaka, seorang diri. Bersama anak tercinta yang lena di dalam carseat baru.. Berbekalkan air mata dan berbekalkan lesen yang sudah mati. Cool kan??

A'qila start terbangun dan menangis sejurus selepas aku keluar tol dari hiway.. Maybe jalan tidak rata dan selalu berhenti di traffic light. A'qila tidak makan pujuk. Mengalir-ngalir air matanya minta dipujuk dan dipeluk. Aku takut berhenti seorang diri di jalan yang gelap. Lantas aku memandu sambil memeluk A'qila. A'qila memelukku dari depan sambil menetek.. Cool kan?? Aku pasang hazard light dan teruskan memandu pada kadar 40km/jam. Aku memandu manual, bukan auto. Cool kan?? Siapa boleh buat begitu? Aku rasa aku seorang sahaja.. Demi anakku tersayang, kulakukan apa sahaja walaupun terlalu bahaya... Alhamdulillah. Selamat sampai. Mama menunggu di parking dan terus menyambut cucu kesayangannya.......

Sampai di rumah, melihat bilik.. Melihat barang2 suamiku.. Aku menangis lagi. menghadap laptop hadiah hari kekasih darinya. dan menulis cerita sedih......

Marsha!! Cheeeerrr up!! Bi pergi cari duit.. Cari rezeki.. Tabahlah demi A'qila Izzara...

Aku akan ke rumah Mak petang ni. Kami akan tinggal disana sementara waktu kerana Mama akan tiada 3 4 hari ni kerana berada di KL. Perhimpunan lorat UMNO.. Aku tidak boleh sendirian di rumah.. Sedih.

Ohya, usb cable untuk transfer gambar entah kemana hilangnya. Perlu cari di rumah Mak. Kusam pulak cerita tanpa gambar..

Terima kasih kepada teman2 yang memberikan kata2 semangat. Jangan risau. Aku OK.. Sedih tu tetap sedih tapi hidup perlu diteruskan... Meratap bukanlah jalan terbaik.. Jangan risau. Sehari dua nanti, pasti tiada lagi cerita sedih. Aku tanamkan dalam hati. Bi akan dapat pulang beraya bersama kami nanti. Untuk pertama kali sejak aku memilih untuk menjadi surinya. Pertama kali kami akan dapat beraya bersama, sebagai suami isteri dan sebagai Mummy dan Daddy.. InsyaAllah.. Itu aja yang bisa buat aku rasa sangat bersyukur dan happy...

Akan kutunggu kepulangan suamiku itu pada September nanti dengan penuh kesabaran. Akan aku sediakan baju-baju melayu untuknya, agar kami dapat bergaya di pagi-pagi raya. Bersama anak tercinta yang barangkali pada ketika itu sudah pandai berlari dan bercakap.. Indahnya kan?

Bi, kami tunggu Bi ye sayang??? Jagalah diri baik-baik ye sayang... Thanx for everything.. Walaupun Ling selalu mengabaikan tanggungjawab Ling sebagai seorang isteri, Bi tidak pernah merungut... Terlalu cepat masa berlalu kan sayang?? Walaupun hampir 3 bulan Bi bercuti, kita tak sempat buat banyak perkara kan sayang.. Walaupun sempat bercuti ke UK, tapi kita tak sempat nak shopping kat TESCO macam kita selalu buat dulu kan?? Kelakar sungguh..

Namun, Ling happy. Selain percutian kita ke UK, at least Bi sempat menjadi coach badminton untuk Ling. At least, malam sebelum Bi berangkat, Bi dapat saksikan isteri Bi ni menang dalam perlawanan badminton. Semua atas tunjuk ajar dan sokongan padu dari Bi. Terima kasih sayang. Bi adalah suami paling hebat untuk Ling. Bi boleh jadi apa sahaja untuk Ling.. Apa sahaja.....

JANGAN lupe ye apa Ling pesan.. Jangan beli apa2 yang mahal2 untuk Ling.. Designer handbag sepasang pun dah cukup okay.. (yeke penjodoh bilangan utk bag - sepasang? Ke sebuah ek?) Nguehehehehehehehe.. Jangan lupe tau.. Color coklat :P Lain-lain Ling tanak..

Sayang Bi sangat2 hingga hujung nyawa Ling. Peluk sayang dari Ling dan Qila untuk Bi... Muaaccchhs!~

~MummyⓐⓠⓘⓛⓐIzzara~

Selasa, Mac 24, 2009

Selamat jalan sayang..

Hari paling sedih untuk aku di tahun 2009 ni...

Suamiku kembali bekerja hari ini. Aku dan A'qila menghantarnya ke KLIA jam 8 malam tadi dengan penuh emosi dan air mata. Terlalu sedih. Terlalu...

Ye.. Memang aku dikenali sbg seorang yang sangat tabah. Tetapi, bila ia melibatkan A'qila Izzara, aku akan menjadi sangat sensitif dan terlalu sedih... Bila melihat wajahnya, tingkah lakunya yang masih belum tahu apa makna perpisahan..... Sangat sedih dan sangat menyeksakan... Kerana dia terlalu rapat dengan Daddynya..
Air mata sekarang mula jadi teman rapat aku. Terlalu rapat.

Aku tidak boleh tidur. A'qila pun sama.. Kami merindui lelaki yang paling kami cintai dunia dan akhirat.. Lelaki yang sangat2 melindungi kami zahir dan batin. Lelaki yang menyayangi kami sepenuh hatinya. Lelaki yang paling baik, yang pernah kami kenali seumur hidup kami..

Lelaki itu juga terpaksa bekerja jauh, mencari rezeki untuk kehidupan kami, selama hampir 6 bulan.. Sangat jauh terpisah..

Hati, tabahlah dikau..

Sayang, pergilah sayang. Ling dan anaknye setia menanti kepulangan Bi. Kami iring pemergian Bi dengan limpahan kasih sayang serta doa restu yg tidak ada penghujungnya.

Anakku sayang.. Tabahlah sayang.. Jadilah sekuat Mummy.. Pandailah dikau membawa diri. Daddy jauh sayang.... Jangan merindu, terlalu merindu hingga memudaratkan diri. Daddy mencari rezeki sayang... Untuk kita.. Jangan bersedih... Qila masih ada Mummy, ada nenek, ada atok, ada busu Boy, ada uncle Jib, ada mama, ada ayah, ada kak Shameera, Abg bobot.. Ada puntit.. Dan A'qila tetap ada Daddy, selalu ada Daddy di dalam hati.. Teguh di dalam hati..

Mummy sayangkan A'qila sepenuh jiwa Mummy. Walaupun terpaksa diganti dengan nyawa sekalipun, kepentinganmu Mummy letakkan di tempat yang paling atas di jiwa Mummy. Sesukar mana pun dugaan ini, pasti Mummy tempuh demimu sayang.... Mummy berjanji akan menjagamu dan membelaimu seperti mana yang Daddy lakukan.. Mummy berjanji A'qila pasti tidak akan sempat merasa kehilangannya.. Mummy akan jadi Mummy yang terbaik hanya untuk A'qila.. Kita akan sama2 kuat ye sayang??

Anakku sayang... Tabahlah sayang..

Hati, kuatlah hati...

Rindu.. Lindungilah kasih sayangku... Lindungilah cinta hatiku... Lindungilah.. Hingga sampai ke pintu syurga..

~MummyⓐⓠⓘⓛⓐIzzara~

Ahad, Mac 22, 2009

Perfume kami

Ni Daddy punye.. hadiah kahwin Mummy bagi.. Individuel by Mont Blanc.

Ni pulak kite punye.. Baby Touch by Burberry. Daddy beli kat Rotterdam...
Ni pulak Mummy punye.. Light Blue by Dolce & Gabbana. Pun Daddy beli kat Rotterdam.

Kami keluarga yang mangiiii.. Ngeeeeeeee... Sebabkan Daddy suka perfume, jadi kami pun akan selalu dapat perfume jugoookk.. Nggeee lagi.. :)

~MummyⓐⓠⓘⓛⓐIzzara~

Sabtu, Mac 21, 2009

Saya menang motor - A'qila

Memandangkan cucunya mmg addicted naik motor setiap hari, maka atoknye pun mengeluarkan motor kepunyaan cucu yang satu lagi, yang berada kat England tu ha.. Lantas diberikan motor itu kepada cucu bongsunya ni ha..

Cucu bongsu ini sangat happy dan bangga sebab sememangnya motor ini boleh bergerak dan mengeluarkan bunyik hon yang sangat cool..

Terima kasih atok. Saya menang motor, kata Qila dengan nada penyek.

~MummyⓐⓠⓘⓛⓐIzzara~

A'qila Izzara dah 10 bulan!!~

Pheeewww.. Kejap je masa berlalu kan? Dah 10 bulan A'qila lahir ke dunia ni.. Dan aku betul2 konfius! Nape aku tak pregnant2 lagi ni?? Wakakakakakakaka...

Okay, okay.. Aku nak update sikit tentang dia, anak tunggal aku nan saorang, buah hati pengarang jantung buah kepayang aku tu..

1. A'qila dah boleh ikut apa orang lain ajar (mostly Daddy dialah). Daddy dia suruh sebut Daaadddyyy, dia akan ikut. Kadang2 keluar bunyik Dedi, Deda, Didi.. Sekali sekala je macam betul kuar bunyi Daddy.. Aku suruh sebut Mummy, dia buat tak reti je. Tapi kalau sebut tetek, mmg jelas belaka.. Huhuhu.. Kecik ati Mummy!~

2. Dia dah pandai sayang (cium orang). Aku rasa ni aku dah update masa umur dia 8 bulan kot.. Argh! Belasah.. Baru2 dia baru reti sikit2 salam dan cium tangan bila kita hulurkan tangan dan suruh salam.. :)

3. Dia pandai sangat ambil hati org. Melentukkan kepada then buat sengih kerang busuk dia. Ntah mana dia belajar ntah..

4. Dia dah mula tiru apa org lain buat. Contohnya, dia dah pandai sapu bedak kat badan sendiri, pandai pegang sudu dan suapkan org lain selain suap diri sendiri, cuba2 nak sikat rambut sendiri, dah tau letak ganggang telefon kat telinga dia sendiri. Macam2 yg dia buat.. Kadang2 aku impress gak tapi bila fikir2 balik Qila dah besar dah, tentu ramai budak sebaya dgn dia pun buat benda yg sama.. Hehehe.. Manalah aku nak tau kan, ini anak 1st mak nyah! Harus mak jakun sket bila Qila tetiba pandai buat sesuatu. Bukan nak menunjuk2 tapi aku just buat catatan ni utk rujukan bila dia bsar nanti. Tu je.. :P

5. Qila dah pandai menggunakan jari telunjuk untuk menunjuk sesuatu terutama bila membaca buku. Rasa nak jentik2 je jari dia bila dia tunjuk2 gambar dalam buku. Keciiiiikkk je jari dia. Aku rasa nak jentik2lah.. Hahaha..

6. Dah pandai turun katil gunakan kaki dulu. Kalau dulu dia main terjah je, skrg dah terer dah..

7. Masih belum tumbuh gigi... Nguhuhuhu..

8. Masih cenderung kepada muzik. Pantang dengar muzik mesti bergoyang. Aku buat bunyik 'eci eci eci' pakai mulut pun dia menari okay.. Sangat gediks..

9. Baru pandai nak pegang bottle sendiri. Maklumle ye puan2. Baby yang masih direct breastfeed mmg lambat reti pegang bottle susu sendiri. Lebih2 lagi bila nenek sendiri yang jaga. Manja yang amat sampaikan tanak pegang bottle susu sendiri. Tapi aku tgk, Qila lebih independent bila kat rumah nenek belah Daddy. Bukan nenek belah Daddy garang tapi, kat sana dia diajar untuk lebih berdikari. Kat umah nenek belah Mummy semuanya terlalu dimanjakan. Mummy pun selalu kena marah sebab nenek sana sayang Qila lebih dari sayang kat Mummy! Menci.. :P

10. Qila dah pandai high five.. Ngeeeeeee..

~MummyⓐⓠⓘⓛⓐIzzara~

Jumaat, Mac 20, 2009

A'qila si shendek (pendek)

Hehehe.. Siapa yang ada anak umur sekitar 9 bulan tahule macam mana lasaknye budak umur macam ni. Masih belum tahu berjalan tapi sibuk nak bertatih sekitar rumah. Walker dah tanak masuk dah. Sibuuukkk nak jalan sendiri. Kalau berdiri biasa je takpelah, ni tak. Siap panjat2 apa yang boleh panjat. Terkinja2 macam dah terer sangat berdiri. Kalau jatuh tak nangis takpe, ni tak. Dah jatuh tu, dia menangis satu Melaka boleh dengar.. :P
So, petang tu tetiba Mummy nampak troli pasar nenek punya ni kat dapur. Masa tu kitaorg nak gi pasar malam. Daddy tanya, 'nak bawak tu ke??' Aku geleng je sebab saje je pegang troli tu.

Tetiba je Daddy masukkan Qila dalam troli pasar nenek dia ni. Siap dia alas supaya kaki Qila tak sakit.. Ape lagi, anak aku punyalaaaaahh buat muka bangga. Suka dia bila Daddy tolak dia satu rumah..
Konon dia jalan sendiri lah tu. Habis dia capai semua yang boleh capai. Kalau naik walker kan susah sikit.
Hek eleh.. Muka eksen tak boleh blah.. Tapi kena monitor selalu. Qila goyang2kan troli tu. Boleh terjongket wooo..
Aku cuba dudukkan dia. Tapi 2 saat je dia duduk. Tau pulak bangun sendiri even troli tu sempit. Muat2 dia bersila je..
Ada hati pulak nak panjat keluar.. Haaaiiipp! Dia skrg ni kalau kita marah, dia akan lentukkan kepala then sengih macam kerang busuk.. Huhuhu.. Dah pandai amik hati Mummy dan Daddy ye.. Babap kang!
Pastu kami gi pasar malam beli barang2 keperluan dapur dan bahan2 untuk bubur Qila. Carrier ni dah tak boleh pakai seminggu dua lagi sebab Qila dah 8kilo lebih. Maximum berat baby utk carrier ni just 9kilo. So, sendiri mau ingat.. :P
Qila tu kalau naik carrier ni muka facing depan, sikit punya eksen muka dia. Jenjalan pasar malam siap goyang2 kaki. Tak kisah pun berpanas janji dpt naik tuk tuk. (motor lah tu..)

Sekian, wassalam!
~MummyⓐⓠⓘⓛⓐIzzara~

Khamis, Mac 19, 2009

How well do you know your husband?

la Aduuussshhh.. Banyaknye hutang tag... Ini tag dari Zura@Nazs.. Ihiks.. Buat satu2 dulu ye kawan2.. Jangan kelam kabut. Aku buat yg senang je dulu.. Kihkihkih..

Ok, adekah aku mengenali suamiku yang baru ku nikahi selama 1 tahun 8 bulan ituh? Mari kita lihat...

1. He's sitting in front of the TV, what is on the screen?
** Sports, sports, sports, sports & discovery channels

2. You're out to eat, what kind of dressing does he get on his salad?
** Thousand island, mayonis dan apa saje yang boleh buat dressing dia akan ambil..

3. What's one food he doesn't like?
** Alamak.. dia tu food lover. Semua dia suka tapi bila dah kenyang sangat, apa pun dia tanak

4. You go out to eat and have a drink. What does he order?
** Air buah for lunch or dinner, teh tarik for breakfast

5. Where did he go to high school?
** MRSM Muar

6. What size shoe does he wear?
** 10

7. If he was to collect anything, what would it be?
** Matawang asing, boarding pass, majalah motor trader

8. What is his favorite type of sandwich?
** Tuna kot

9. What would this person eat every day if he could?
** Mc D

10. What is his favorite cereal?
** Entah.. Jarang dia makan cereal.

11. What would he never wear?
** Baju batik.. LOL

12. What is his favorite sports team?
** Bola ka?? Manchester United laaaahh..

13. Who did he vote for?
** Tidak, dia tak mengundi.. :P

14. Who is his best friend?
** Rosdi, Adik, tu yg kat darat lah.. Yg keje kapal melambak..

15. What is something you do that he wishes you wouldn't do?
** Shopping kot. Aku selalu shopping tanpa pengetahuan dia. Balik2 rumah je dah bawak paperbags.. Huhuhu. Tapi aku tahu, dia takkan marah punye, tu sebab aku berani buat.. :P

16. What is his heritage?
** Melayu mix jawa.. :) Bi lahir kat Johor, kampung nenek dia kt Batu Pahat dan Yong Peng.

17. What is his favourite colour?
** Biru

18. What is his habit?
** Kalau nak berak, mesti nak ada something untuk dibaca. Dalam toilet penuh dgn majalah.

19. What is he proud of?
** Kerja dia kot.. Kat darat comfirm dia tak boleh earn macam mana dia earn skrg even keje 24hrs per day sekalipun. Yang lain2 tu, maybe anak dia kot. Kalau org tanya siapa nama anak dia, dia dengan bangga menyebut "A'qila Izzara". Bangga sangat bila org kata anak dia tu photostat muka dia.. :P Aku suka sangat bila dia pronounce nama anak kami.. :)

20. Lastly, do you think he will read this?
** Of coz sebab dia selalu online kat umah. Jangan tatau, dia jugak silent reader org2 yang selalu comments kat blog aku ni. Akekekekeke..

Okay, aku nak tag :-

1. Tya (lama Tya menghilang, harap dia baca ni.. :)
2. Ena Mazly
3. Linda
4. Arin
5. Ida
6. Intan Maria
7. Farah (Japan)
8. Dalila
9. Azma
10. Aznitaz
11. Aida

Hamikk ko.. Banyak aku tag. Itu namanye balas dendam.. Wakakakaka.. Sape dah kena tag dgn org lain tu, abaikan ye.. :P

~MummyⓐⓠⓘⓛⓐIzzara~

Doha, Qatar - hanya untuk 23 jam

Tak pernah seumur hidup aku, aku bermimpi akan dapat datang ke negara arab ni, QATAR.. Satu-satunya tempat yang aku TIDAK HINGIN NAK DATANG LAGI!! Hahahaha.. Lebih2 lagi orang arab yang menyakitkan hati tu. Errrkkk..

Ok, lupekan pasal tu dulu.. Aku just nak share pengalaman masa flight delay kat Qatar aritu. Memandangkan aku naik flight murah jeghs, Qatar Airlines, so mmgle kena singgah kat Doha. So sebabkan flight kat Manchester dah delay, harus flight balik KL dari Doha pun delay tapi selama 23 jam!

Aku dah nak meroyan dah, tapi nasib baik dapat 2 bilik deluxe di Royal Qatar Hotel. Transport, makan semua juga disediakan. So, merasalah aku stay kat Doha. Memula mmg excited lah jugak..

Ni masa lunch kot, nasi dia nasi herba aku rasa. Nasib baik ada jugak lauk yg boleh masuk dek tekak aku ni. Dah lapar, belasah je.. Diorg tak bagi kebab dan capati dah cukup baik. Mostly kakitangan hotel adalah org Filipina so layanan mmg 1st class...
Yang aku risaukan A'qila sebab makan pakai dia.. Masa kat dlm flight ada sorg stewardess baik hati berikan 6 bottle cheese & vege puree brand Cow and Gate utk A'qila tapi dia kureng sukalah. Sket je dia makan.. Dia cuma makan kentang dan sup je.. Nasib baik ada.. Kalau tak, sian anak aku..
Bi happy sebab ada tempat utk mandi dan rest. Cuma satu je, kami anak beranak TAK BAWAK BAJU SPARE LANGSUNG!!! Sehelai sepinggang aje!! Nama je setiap seorang bawak hand luggage sampai TIGA tapi takde satupun baju yg boleh pakai kat dalam hand luggages tu! Sengal kan?? Itule kesilapan besar kami. Masa pegi, teringat nak bawak spare baju tapi masa balik HARAM TERUS LUPA!!
Ni lah susu Qila sepanjang kat UK. Aku beli kat ASDA. Ni je yg ada tanda halal, so belasah beli. GBP3 je.. Murah gila dan Qila pun suka.. Nasib baik Qila suka..
Ni pulak, puree cheese & vege pemberian stewardess yg baik tu.. Benda ni sampai Malaysia, habis Qila bedal.. Aik?? Mana nak carik ni?? Qila suka lah pulak.. Ade sesape tahu mana nak cari brand Cow & Gate kat Malaysia ni??
Pas makan, kami jenjalan sekitar lobi hotel. Selain dapat makan tido free, kami dapat jugak panggilan ke seluruh dunia untuk 12 minit free.. Ok sangatle tu kan.. Dapat call Malaysia bagitau flight kami delay.. Hehehehe..
Qila dah bosan le tu.. Ngantuk pun ye.. Sian dia, letih sangat tau.. Masa ni kami tak jenjalan kat luar sebab kat luar yarabbbiii... Tengah sand's storm.. Habuk dan debu berterbangan. Takut aku nak bawak Qila keluar. So, aku dan Bi decide keluar berdua cari kedai2 berdekatan yang ada jual pakaian dan kelengkapan lain..
Terpaksa menutup muka kalau tak, pedih wooo.. Debu tebal giloss..
Kat negara arab ni, mana ade pompuan keluar bersepah2.. Aku sorang je pompuan yang keluar dari area hotel ni. Lain sume lelaki.. Diorg pandang aku pelik semacam.. Masa ni puas aku dan Bi carik at least minimarket untuk nak beli baju Qila tapi haraaamm. Yang ada hanya kedai langsir dan kedap carpet! Hampeeeehhs! Aku tak bawak camera sebab takut masuk dust. Pakai hp sudah!
Nilah hotel tempat kami duduk. Last2 pas penat jalan tapi tak dapat ape2, kami balik hotel suruh Mama siap2 then kami keluar semula ke Carrefour berdekatan.. Bi ada tukar duit Riyal dengan hotel, so kami adelah sikit duit utk naik teksi. Charge dari hotel ke Carrefour cuma 11 Riyal je. Lebih kurang 11 ringgitlah.. Jangan main2 tau, Carrefour sana tak macam kat Malaysia punye.. Kat sana Carrefour macam Mid Valley. Ada kedai ROLEX lagi hokay... :P
Coffee Bean org arab.. Huhuhu.. Kat sini baru nampak org pompuan.. Kat sini ada jugak branded butik untuk babies.. Memula kami tukar duit dulu then masuk Carrefour untuk carik baju Qila.. Maaaaaakkkk! Paling cikai pun baju budak 30 Riyal dan ke atas! Baju Carrreeeffooouurr je tuuuuu.. Mahal gila. Maklumle, kat UK biasa nampak 1 angka jeghs, bila sampai sini mana ade baju 1 angka atau 2 angka.. Kihkihkih.. Aku masuk NEXT & Mothercare, harga mahal gila compare to UK ngn Malaysia.. Gila lah.. Takut aku nak shopping sini. Last2 beli baju biasa2 je utk Qila, dan tshirt Doha utk kenang-kenangan gitu.. Janji malam ni kami ada baju utk pakai.. :P

Dah sampai sini kenalah bergambar dengan pokok kurma ye puan-puan... :P
Mall dia mmg besar. Org kata, org Arab ni masih amalkan sistem kasta. Yang kaya betul2 kaya dan diorg takkan beli barang2 murah.. Org miskin mana ade datang nak shopping kat Carrefour ni nyah. Thats y harga mahal gila.. Tu sebab mana2 org Arab yang ada driver gila berlagak.. Masa balik tu kami naik cab jugak tapi kena ketuk ngan mamat taxi tu.. Dia mula2 mintak 30 Riyal tapi Bi tanak bagi. Last2 dia offer 15 Riyal aje.. Tapi masa nak kuar cab, Bi bagi 20 Riyal sekeping, mamat tu boleh kata takde duit kecik nak bagi balance. Bila Bi ugut nak call police baru dia bagi balik 5 Riyal tu. Bangsat. Ni yang aku benci dengan perangai orang arab ni. Carik duit dengan menipu orang.. Sangat rasa tak selamat bila berada kat sini.
Sampai hotel terus lepak baring-baring sampaile pemandu airport datang.. Masa ni Qila tgh layan menulis. Leka dia.. Masa ni dia baru2 pandai nak pegang pensil. Semua pasal game Nitendo kak Aisyah le.. Game tu kat pakai benda macam pen tu untuk main.. Tu sebab Qila pandai pegang pen dengan cara yang betul.. Pukul 1 pagi gitu kami dah berada kat airport..

Ni lagi satu hal. Orang arab buat keje sangat LEMBAB!! Cakap dan berbual je banyak.. Nak check in, nak check bags SANGAT LEMBAB! Dahtu bila sampai sana baru tahu flight delay lagi 2 jam! Hangin aku.. Dahle tu, nak minum coffee pun mahal gila. Harga secawan coffee kat airport ni semahal 22 Riyal!! Gilllaaaaaaa...

Kat aiport Qila layan palyground sebelum dia pengsan!! Anak aku kan suka bawak kereta. Leka sangat dia main benda alah ni... Masa ni mata dia dah kelat2 sket dah tu..
Alhamdulillah sampai gak dengan selamat ke Malaysia. Masa flight dari Doha ke KL, Qila tak dapat baby cot sebab penuh. Aku agak hangin jugak pada mulanya tapi nak buat macam mana. Dahle nak naik flight kat sana kena naik tangga macam kat LCCT! Dengan hand luggage yg berat dan banyak tu, hermmm sendiri mau ingatle.. Nasib baik Qila tidooooooooooo je sampaile Malaysia. So, aku pun ada can untuk tido gak. Badan sangat penat sampaikan 7 jam dalam flight tak terasa langsung.. :)

Perghh! Panjangnya story aku.. Pheeewww.. Harap2 hujung tahun ni aku akan menulis lagi mengenai next holiday kami yang masih dalam perancangan tu. Mudah-mudahan dipermurahkan lagi rezeki suami ku itu.. Nguehehehe..

~MummyⓐⓠⓘⓛⓐIzzara~

Rabu, Mac 18, 2009

UK's trip - Ambleside, Cumbria, England

Haaaa... Ni gambar agak tercicir during holiday aku ke UK last month. Lantak! Nak jugak upload.. Sape bosan sila tengok gak.. Wakakakaka..
Lepas ke Bowness-on-windermere tuhari, kami teruskan perjalanan ke Ambleside. Sape yang tahu ape tu Lake District mesti familiar dgn tempat ni. Kat sini souviners jauh lebih murah dari Windermere. Maybe sebab lebih terpencil kot.. Angin still sangat sejuk kat sini. Masa ni Qila isi minyak dulu... :P
Masa jalan2 tu, tetiba snow turun.. Addduussshhh.. Romantiknya.. Dengan bentuk building yang sangat romantik, turun pulak snow.. Haaaiiihhh.. Jakun mak datang kembali.. Weeelllll.. Mak malas nak letak sume gambar. Tgk kat facebook sudah!
Masa ni mulalah gayat nak ambil gambar snow turun. Macam2 angle amik.. Nampak tak snow tu kawan2?? Kalau nak amik snow turun, kena tahu arah snow tu datang, so kena amik senget sket. Kalau tak, tak nampak ye puan-puan..
Mak naaaaaaakk jugok. Kali ni mak jenjalan tak bawak handbag. Terpaksa bawak diapers bag Qila.. Kat UK setiap kali nak tukarkan diapers Qila bila outdoor, aku mesti gelabah dan susah hati. Masa kat public toilet kat sini, sian Qila. Menggigil dia tahan sejuk. Tapi dia sikitpun tak nangis sebab ramai org keliling dia. Kalau aku sensorg, harus dia nangis mengila-gila macam masa kat London tuhari. Cet.
Qila terpaksa menyembam mukanya kat Daddy. Angin sangat sejuk.. Mama dah tak tahan dah. Aku okay lagi sebab baju pink aku ni tahan angin. Cuma tangan jelah tak tahan.. Lepas penat jenjalan, kami carik coffee house. Puas mencari kedai yang bukak sebab mostly dah tutp lepas pukul 4pm. Frust betul sebab kami dah kesejukkan. Nak carik coffee buat pemanas badan. Hampehs.. Last2 jumpa gak satu coffee house kat hotel apa ntah. Terpaksalah minum kat situ.
Baaaaaaaarrrruule anak aku senyum sebab kat dalam tu panas. Cantik pulak tu.. Tapi, nasib baik harga coffee tak mahal sangat kat situ. Dalam GBP3 aje.. Tempat pun selesa. Ok sangat lah tu..
Masa nilah baru Qila nak menyengih. Happy dia ramai org keliling dia.. Terutama ada sepupu dia si Aishah dan Amirah tu..

Pastu, apa lagi.. Mak amik peluang bergambar ngn Bi.. Bila lagi nak gambar peluk2 macam ni.. Huhuhu.. Akak Bi jadik mangsa tukang amik gambar..
Salji makin lebat.. Besssssstt!
Belakang tu gunung tempat org main ski.. Kot.. :P
Ini bas jadi transport kami..
Akhir kata, inilah aje... Cerita aku kat UK. Rasanya aku lebih banyak cite pasal shopping je kot daripada tempat2 menarik kat sana.. Ihikss.. Esoknya sepatutnya aku ke Liverpool tapi tak jadi sebab aku demam (sikit).. Ehehehehe.. Alasan sebenarnya.. Yang betulnya, aku nak spend masa untuk shopping last kopek sebab lusanya dah nak balik Malaysia.. Nasib baiklah suamiku yg tercinta itu memahami isterinya ini. So, hari terakhir kat Manchester kami layan shopping lagi.. Ngeeeeeeeeeee...

Actually flight kami delay kat Doha, Qatar. Merasalah jugak duduk sana selama 23jam. Nasib baik dapat hotel dan makan ditanggung semua. Merasalah pulak aku shopping sket2 kat Doha.. Huhuhuhu.. Itu nanti aku cerita kemudian ye? Daaaaaaaaaa...
~MummyⓐⓠⓘⓛⓐIzzara~