Jumaat, Februari 27, 2009

UK's trip - Old Trafford

Mari sambung update pasal UK's trip.. Yay! Ok, hermm.. Siapa minat MU?? Actually aku tak berapa minat sangat bab2 bola ni. Tapi dah kebetulan dah dtg Manchester, harussss gi Old Trafford Stadium Tour ye tak? At least bila org kampung tanya, gi stadium tak? Harusss mak jawap pegiiiiiiii.. So, pepagi dah bangun sebab nak ke Old Trafford tour. Seorg kena batar GBP10 dan dapat sijil lagi. A'qila pun excited je pagi tu sebab Maklong, Kak Amirah dan Kak Aisyah ada ikut sekali. Diorg tak gi sekolah aritu.. Eheks.. Tengoklah anak aku melaram.. Topi tu beli kat Leeds.. Siap dgn sarung tangan dan mafla, GBP5.. Mahal! Sunglass tu beli kat Primark.. Hehehe.. GBP1 ajegghhsss.. :P Masa ni tour guide tu cerita pasal sejarah MU ni semua.. Aku dengan sambil lalu je sebab sibuk bergambar.. Lawa betul stadium ni. Kemas, bersih, terjagalah.. Masa ni lah korang boleh jumpa dgn pekerja2 am tgh bersihkan stadium. Pekerja am dia pun dressing macam pegawai jeghs.. Cuba tgk pekerja am kat stadium bukit jalil??? Lu fikirlah sendiri.. :P
Ini pulak kat bilik persalinan diorg.. Harussss bergambar dengan baju Ronaldo.. Hamsemmm orgnye. Dan dan pulak haritu aku terus jadi peminat fanatik MU!! Buwekk..
Bi tak minat Ronaldo. Dia minat goal keeper jeghs.. Sebab Bi kalau main bola pun dia akan jadi goal keeper gitu.. :)
Anak beranak family potrait gituh..
Masa ni kiranya dah last2 tour lah.. Kat sinilah pintu gerbang dimana player semua keluar masa awal2 perlawanan.. Woaaahh.. Terasa dramatik gituh.
Inilah cara diorg jaga rumput padang. Lepas diorg siram, diorg akan jemur gini. Sana kan sejuk, so terpaksa buatkan rumput tu jadi panas. Comel je diorg pasang lampu mcm ni. Tapi rumput sana cantik.. Kalaulah dapat rumput macam ni kat rumah sendiri. Mesti best.Padang dia macam sebuah cake rumput yang besaaaaaarrrr gitu. Tinggi sket dari laluan yg aku pijak tu. Tak boleh sentuh ye, tgk dari jauh je.. Hijau subur rumput dia, mcm boleh buat ulam je. Kambing dapat ni mesti dia suka..
Ni tempat duduk coach serta pemain simpanan tak salah aku. Tgk le seats dia, AUDI COBRA okayyyss.. Siap boleh adjust lagi.. Ikut selesa badan ekau nak duduk yo? Tgkle mat salleh hujung tu. Kecoh menyengih bila aku buat2 konon mcm menonton bola.. Ape daaa.. Kantoi!
Last.. Family potrait.. Tourguide tu yg tolong ambilkan. Dia kata camera aku camera mahal. Ceh!! Satu penghinaaan!!!
Dua insan kesayangan aku sedang posing...
Aku kat luar megastore.. Kitaorg singgah lagi megastore buat kali KETIGA untuk shopping. Kali ni hanya Bi yang membeli jersi. Untuk A'qila, Bi belikan romper AIG color putih yg gambar dia dah aku publishkan 2 3 hari lepas. Anak beranak nak jugak baju MU. Dah kata sefamily. Aku tak beli jersi pun. Nak buat hape.. Jersi mahal nak mampus.. Bi nak belikan beria-ia tapi aku tanak. Baik aku suruh Bi belikan handbag kee... Kasut keeee.. Betul tak? Den nak pakai gi mano jersi merah menyalo tu? Den bukan peminat fanatik.. Den suko-suko ajo minat si Ronaldo tu. Sebab hemsem jo. Kalau tak datang sini, mampuih den tak konal sapo Ronaldo tu. Ronaldo Brasil den konal laaa.. Kuikuikuikui.. (Yee.. Aku peminat Nabil. Tu sebab aku suka tiru loghat dia ye?)

Lepas tu kami naik bas turun kat Piccadilly. Konon nak gi Manchester Market nak shopping tapi 2 3 gerai je bukak. Ntah pehal ntah. Last2 kami gi lunch kat RICE. Aku makan nasi goreng yg di-serve dalam kotak seperti di bawah. Sebab dah lapar, habis aku belasah. Bi makan sumthing mcm beehun goreng Singapore, tapi keras macam dawai. Tapi oklah, lapar punya pasal..
Lepas tu masa otw ke PRIMARK (again??!!) aku terjumpa benda ni.. Hehehe.. Inilah toilet lelaki ye puan2.. Hulur je punai masing2 kat lubang tu then lepaskan apa yang terbuku kat pundi kencing.. Nguehehe.. Sejuk??? Sendiri mahu ingatle.. Kahkahkahkah..

~MummyⓐⓠⓘⓛⓐIzzara~

Khamis, Februari 26, 2009

Wah wah wah...

Semalam visitors blog aku melambung2.. Bukan main ramai singgah... Ewah-ewah.. Kan aku dah cakap, kalau pasal shopppiiinnnggg semua suka ye.. Heheheheh.. Terima kasihlah pada yang singgah tu, pada silent readers, thanx jugak.. Amboi2.. Kalau pasal shopping, laju ye.. (nak tahu berapa banyak hit blog kita, registerlah Nuffnang ye? Nuffnang, bukan saifulnang.. :P)

Herrmm.. Cuba aku letak entry pasal ekonomi, politik, agama? Bagi ceramah muhasabah diri ke.. Akekekekeke.. Agak2 ramai tak yg nak singgah baca? Nguehehehe.. Takdelah... Gurau aje..

Herrmm, sehari dua ni baru aku perasan, mostly readers aku dari kalangan wife/gf pelaut.. Seafarers.. Ye, yang senasib dengan aku.. Kadang2 bila singgah blog diorg rasa sedih pun ada bila diorg bercerita tentang suami/bf yang jauh di mata, berbulan2 tak balik...

Dan ada jugak yg sedang menghitung hari menunggu suami/bf yang lagi 2 3 hari nak balik.. Aku tersenyuuummmm je.. Yang sedih tu aku tanak baca lama2 sebabnya, Bi dan aku pun sedang menghitung hari untuk berpisah sementara kembali.. Sedihnya. Kali ni Bi pergi pasti lama, sebabnya untuk cukupkan sea time untuk kelayakan bonus dan merit juga, untuk bajet2 pulang terus berhari raya.. Horaaaayyy! Dah bertahun-tahun aku tak beraya dengan Bi.. :(

Beginilah nasib isteri seafarers.. Kalau malas kejar seatime, tak dptle bonus dan merit. Alhamdulillah, Bi tak pernah tak dapat merit. Berkat menjadi pekerja yang baik dan rajin, tetiap tahun meritnya pasti ada. Rezeki..

Tahun ni, harap2 tercapai impian kami untuk beraya bersama, bersama anak tercinta. Doa2kanlah ye. Sejak berkahwin, aku tak pernah beraya dengan Bi. Nak merasa jugak mencium tangannya di pagi raya.

Ok, mari update sikit tentang perkembangan A'qila nak tak?

1. Dia dah nottyyyyyyyyyyyyy. Dah mula kedekut kalau org nak pinjam/ambil toys dia. Dia punya jerit. Satu Melaka boleh dengar. Dia cenderung bermain/mendengar muzik. Muzik dari gitar Bi pun dia boleh goyang2 montot.. Yang paling tak tahan, kalau dah naik sheikh, siap goyang2 kepala tuuuuu...

2. Dah pandai sayang (cium) pipi aku bila aku sebut "sayang mummy".. Dia macam cium tapi macam nak menjilat.. Ehehehekksss...

3. Dah pandai mengorak langkah. Kalau ada sesuatu yg boleh support dia, laju gilaaaaaaaaa dia jalan. Sambil menjerit excited lagi. Bertatih jangan ceritalah..

4. Dah mula nampak gigi dia mula tumbuh kat bahagian bawah. Sebesar sebutir beras.. Patutlah dia agak meragam dan kurang selera makan.

5. Dah faham dan dengar cakap aku. Contohnya kalau dia sedang menetek dalam kereta, bila aku cakap "Dah ye sayang, kita dah sampai ni" Terus dia lepaskan tek dan terus bangun dan bersedia untuk keluar.. :)

6. Dah pandai makan nasi. Tak payah makan bubur tapis lagi. Lebih suka disuap pakai tangan daripada sudu. Ini gara2 meniru cara makan kita lah ni.

7. Dah pandai pegang pensil dengan betul. Beria-ia dia menulis atau mewarna.. Anak Mummy ni sangat bijak tau. Suka tiru apa orang lain buat...

8. Selain meniru org lain menulis dan membaca, dia juga selalu tiru cara kita tukar channel TV. Beria-ia dia menghalakan remote ke arah TV sambil tekan2 buton remote tu.. Selalu kacau Mummy tgk TV!

9. Setiap kali dipakaikan diapers, beria-ia dia nak bukak balik pelekat diapers tu. Sampai meneran2 dan merah2 hidung.. Cit!

10. Sangat manja. Terutama dengan Daddy dan nenek.. Kalau Daddy takde, dia susah gila nak tido. Bila daddy ade, daddy dukung tepuk2 sket aje dia dah tido. Mummy kecik hati.. Huhuh.. Tapi takpe, Qila cuma nak sayang (cium) Mummy seorg je. Org lain dia takmoh.. Heuehuehuehue..

11. Suka sangat ambil hati org dengan buat sengih seperti dalam gambar.. Siap kenyit2 mata lagi..

12. Suka sangat naik motor.. Diri tegak tu dalam bakul sambil dua2 tangan pegang side mirror.. Aduhaaaiii.. Hari2 mesti nak naik motor. Ayah (hubby sepupu aku yg tinggal dekat2 rumah) dia mesti tetiap petang bawak dia jenjalan naik motor pusing2.. :)

~MummyⓐⓠⓘⓛⓐIzzara~

Rabu, Februari 25, 2009

Kemana Pounds aku pergi?

Actually aku malu sangat nak letak gambar2 ni. Gambar brg2 murah yang aku beli kat UK. Yelah, kang ada yang mengata dan mengutuk. Hek eleh minah ni beli barang murah pun nak tunjuk dalam blog. Tapi ramai sangat request nak tengok barang2 yg aku beli. Kepada yang berbulu tu gi berambussss.. Ini blog aku, aku punya suka nak letak gambar apa. Apa barang nak jeles.. Murah pun murahlah, janji aku shopping kat UNITED KINGDOM.. Bukan kat ebay ataupun petaling street! Apa barang berlagak.. Huhuhuhu.. 1st thing nak show off, ni hand luggage aku beli kat Argos. Dengan alasan selalu gi kursus pakai bag buruk. Ngengada nak beli hang luggage baru. Padahal, barang2 belian dah tak muat masuk bag Bi, terpaksa mak bawak hand luggage ni. Tapi mak suka sebab polca dots! Gediks.. GBP19.90 ajeghs.

Aku upload secara pukal lah ye.. Aku pun dah lupe bila aku beli2 benda2 ni semua. Yang mana ada dalam handphone aku je aku upload. Sebab banyak barang lain kat rumah Bi. Aku skrg kat rumah Mama sebab Bi ada shortcourse. Lambat lagi baru nak balik umah Bi.. Katanya ramai yg tak sabar kan tengok kaaaaaaaaaaann?? :P So, yg mana aku ingat aku bleh bagitau kt mana & harganya. Lain kali sesape gi UK jangan lupe bagi komisyen sebab aku dh byk bagi tips! Tak reti2 belikan mak brg? :P Ohya, ni beli kat Megastore MU. GBP5 ajeegghhss. Romper utk anakanda terchenta. Glory glory!~ Tisu merah tu printed no 7 Ronaldo. 75 pence aje.. Semua nyesal tak beli sebab comel! Aku at first beli utk lap ingus Qila, tapi sayang nak guna..
Ni semua souviners aku beli dari web http://www.clicksouviners.com/ order dari sana. Beberapa hari je dah dapat. Byk gak aku beli. Termasuk yg kwn2 kirim GBP83++. Actually ada gak jual kat tourist centre tapi tak semua ada.. Aku just beli key chains, fridge magnets, money boxs etc.. Semua tu aje dah lebih sekilo. Berats gilos..
Ni pulak souviners aku beli kat Leeds. Masa ni aku beli tuala kecik tu, handmade dan fridge magnets. Kat sana satu fridge magnet paling murah pun GBP1 ajer.. Kat sana, lepas beli2 tu korang kena check satu2 barang korang beli. Aku kena tipu masa kat Leeds. Cilakak punya mamat.. Masa packing tu dia tipu aku. Kata semua ada 17 tapi 16 aje.. Rugi GBP1!! Kat sana kalau shopping tepi2 jalan ni, diorg akan tanya nak plastik bag ke tak. Better korang bwk bag sebab kalau diorg bagi plastik bag, diorg akan bagi yg used punya. So, tataule before this diorg pernah letak apa dlm tu. Geli den nak pogang!
Ni semua pakaian2 yang Bi dan aku beli. Masa kat UK tu, termenung gak nak packing mcm mana. Termasuk hand luggage, aku dan Bi sudah tambah 3 bag. Tu belum termasuk bag2 kecik lagi. Seksa woooo masa cek kastam. Penat sangat.
Ni cara Bi susun semua baju. Dia susun dalam traveller bag untuk reduced angin. So, kempissss ja baju2 tu.
Ni pulak souviners yg aku beli kat Manchester Tourist Centre. Tak perlulah aku nak tayang. Nanti kwn2 nampak mulalah diorg cakap "Noookkk, nape mak tak dapat key chain yg mcm tu?? Mak nak jugoookk" Boh layan. :P

Aku beli gak keychain & pen dari Harrods tapi utk simpanan sendiri aje.. Mahal wooo.. Keychain je GBP7.99!!! Meroyan nak bagi org. Sayang..

Ni pulak cara aku susun barang. Bergaduh2 ngan Bi wooooo.. Mak ada style mak sendiri, Bi pulak ada style sendiri. Last2 dia susun barang2 dia, aku punya barang jgn usik! Majuk2 pun 5 minit jeghs! Nampak tak tuala gambar kucing tu GBP2 aje.. Tuala dr Leeds tu pun GBP2. Semua utk bebudak ofis.. Tabung Qila mahal sket GBP3.99..
Ni pulak baju paling mahal utk Qila yg aku beli kat Manchester. GBP9 kat Next. Rasanya ni aku beli di hari terakhir aku kat UK. Baju A'qila je dah berpuluh pasang. Anak manje betul. Namapun anak tongggaaalll. Yelah. Dah namapun misi menghabiskan POUNDS! Ada lagi baju dari Zara Baby yg aku nak upload tapi ntah kemana pergi. Baju dari Doha, Qatar pun ada tapi itu lain kali punya cerita.. ;)
Ni pun sama, hari2 terakhir di UK. GBP20 dari Next utk leather purse ni. Aku suka sangat..
Ni pun dr Next. GBP30 ajeghhss.. Sudah! Mak penat ni..
Ni suits yg aku cerita semalam. GBP11. Mutu gambar kurang jelas sbb pakai HP. Warna hitam ada jalur2 halus.
Ini kemeja hitam gak. Wrist dia punya butang byk tu sebab nampak kemeja dia special di mata aku. GBP2.5 aje.. Beli kat Primark.
Yang ni kemeja Marks & Spencer hanya GBP3.99 ajerghhss.. Meroyan? Relaaaxxxx..
Ni lupelah brand dia.. GBP3.99 jugoookk.. Dua2 beli kat Windermere, Lake District.
Ni trousers color kelabu dr Primark dan Zara.. GBP10 kedua2nya..
Ni bahaya! Trouser yg dipadankan dgn jacket atas tu. GBP8 ajergh. Siap ada belt lagi. Dah sampai Malaysia baru Bi perasan yg belt tu dr kulit piggo. Yaraaaabbbiiiii.. Harus mak kena samak tangan mak! AAARRrrrggghh!
Ni sume baju Hard Rock. Mahal jugak tapi pejam mata je.. Yg ni GBP21..
Ni pun sama GBP21 yang bwh sekali tu GBP18 ke 19 mak tak hingat..

Addduuussshhhhh.. Fenatnyaaaaaaaaaaaaaaaaaa.... Tu baru separuh, ada lagi tapi mak tak laratlaaahhh.. Nantilah sambung ye?


~MummyⓐⓠⓘⓛⓐIzzara~

Selasa, Februari 24, 2009

TAG dari Qimie..

Huhuhu.. Baru ada masa nak buat. Qimie tag aku dah berminggu dah kot.. ;P

1. WERE YOU NAMED AFTER ANYONE?
* Tak kot sebab nama aku gabungan dari nama mama dan abah. Mar dari Mariam dan Sha dari Sharip so jadi Marsha. Ditambah jadi Marshazliyana. :D

2. WHEN WAS THE LAST TIME YOU CRIED?
* Kat London, masa tukat diapers Qila. Hehehehe

3. DO YOU LIKE YOUR HANDWRITING?
* Handwriting aku hanya lawa dengan pencil dan pen mahal.. Wakakakaka

4. WHAT IS YOUR FAVORITE LUNCH MEAT?
* Nasi dan lauk pedas

5. DO YOU HAVE KIDS?
* Tu si Qila tu

6. IF YOU WERE ANOTHER PERSON WOULD YOU BE FRIENDS WITH YOU?
* Comfirmlah, aku ni kan best.. LOL

7. DO YOU USE SARCASM?
* Selalu gak

8. DO YOU STILL HAVE YOUR TONSILS?
* Ada kot


9. WOULD YOU BUNGEE JUMP?

* Takut ah

10. WHAT IS YOUR FAVORITE CEREAL?
* Yang chocolate aje

11. DO YOU UNTIE YOUR SHOES WHEN YOU TAKE THEM OFF?
*Kadang2. Kalau ketat kena gak bukak dulu

12. WHAT IS YOUR FAVOURITE ICE CREAM?
* Chocolate.

13. WHAT IS THE 1ST THING YOU NOTICE ABT PEOPLE?
* Mata, mulut, gigi, baju.. hehehe

14. RED or PINK?
* Pink

15. WHAT IS YOUR LEAST FAVOURITE THING ABT YOURSELF?
* Tummy kot.. Skrg ni buncit

16. WHO DO YOU MISS THE MOST? (Read: WHO not WHAT)
* Kawan2 KTR

17. DO YOU WANT EVERYONE TO COMPLETE THIS LIST?
* Yes.

18. WHAT COLOR OF PANTS AND SHOES ARE YOU WEARING?
* Coklat

19. WHAT ARE YOU LISTENING TO RIGHT NOW?
* Entah, tatau siapa nyanyi lagu ni

20. IF YOU WERE A CRAYON, WHAT COLOR WOULD YOU BE?
* Olive green

21. FAVOURITE SMELLS?
* Light blue - D&C

22. WHO WAS THE LAST PERSON YOU TALKED TO THE PHONE?
* Aien

23. DO YOU LIKE THE PERSON WHO SENT THIS TO YOU?
* Nak mampus jawab tak suker? >>> Aku copy paste ayat dia ni.. Kekekeke

24. FAVOURITE SPORTS TO WATCH?
* Entah. Lama kena fikir ni. Football??

25. HAIR COLOR?
* Dark brown

26. EYE COLOR?
* Dark brown - mana ada manusia mata color hitam??

27. DO YOU WEAR CONTACTS?
* Dulu aku suka sangat, skrg ni boh layan.

28. FAVORITE FOOD?
* Yang sedap, mahal dan pedas. LOL

29. SCARY MOVIES OR HAPPY ENDINGS?
* Both.

30. LAST MOVIE YOU WATCHED?
* Tak ingat


31. WHAT COLOR SHIRT ARE YOU WEARING?

* Coklat

32. SUMMER OR WINTER?
* Summer lah

33. HUGS OR KISSES?
* both

34. FAVOURITE DESERT?
* Ice cream

35. MOST LIKELY TO RESPOND?
* Bi & A'qila

36. LEAST LIKELY TO RESPOND?
* Org2 yang tak reti bahasa

37. WHAT BOOK ARE YOU READING?
* Mostly pasal babies skrg ni

38. WHAT IS ON YOUR MOUSE PAD?
* Apa barang pakai mouse pad

39. WHAT DID YOU WATCH LAST NIGHT?
* Tak sempat pon.

40. FAVOURITE SOUND(S)?
* Dengkuran A'qila

41. ROLLING STONES OR BEATLES?
* Neither.

42. WHAT IS THE FURTHEST YOU HAVE BEEN FROM HOME?
* UK

43. DO YOU HAVE SPECIAL TALENTS?
* Banyaaaaaaaaakkkk

44. WHERE WERE YOU BORN?
* Muar

Im tagging :

Sesape yg sayang aku dan rajin nak buat.. :P

~MummyⓐⓠⓘⓛⓐIzzara~

Tag dari Ena Mazly

Pergh.. Banyak betul hutang tag aku nak kena bayar.. Maafle lambat ye, dan mana yang aku belum buat tu nanti aku usahakan ye... Ni tag dari Ena Mazly. Dia ni senasib ngan aku sebab hubbynya pun berlayar jugak.. :D

Aku kena senaraikan 16 perkara tentang aku. Mak oihhh.. Banyaknye..

Once you've been tagged, you have to write a post with sixteen random things, habits or goals about you. At the end, choose five people to be tagged, listing their names and why you chose them.

Ini dia :-

1. Aku anak kedua dari 3 beradik. Arwah kakak aku meninggal 9 tahun lepas di usia semuda 24 tahun dan kini tinggal aku berdua dengan adik lelaki aku yang berumur 25 tahun..

2. Aku juga berkahwin dengan Bi yang juga anak kedua dari 3 beradik. Tu sebab kami sekepala dan independent. Anak tengah kan begitu. Degil pun sama, nakal pun sama.. :P

3. Aku sangat minat dengan fotografi. Pernah berhabisan untuk beli DSLR yang aku namakan Mukhriz sempena nama cicak arwah kawan baik aku. Kalau dah namapun suka fotografi, tentunya aku akan suka travel. Aku suka ke Indon dan Thailand sebab negara2 itu mempunyai pemandangan dan budaya yg unik. Tapi sejak ke UK ni, aku suka pulak environment sana sebab langit di sana sentiasa berwarna biru. Sangat cantik kalau nak ambil gambar permandangan gitu. Errrrkk..

4. Aku juga suka shopping. Siapa manusia tak suka shopping kan? Aku gila membeli barangan babies. Sekarang tengah gila beli mainan untuk Qila pulak. Masalahnay aku addicted pada barangan yang mahaaaalll aje.. Camne tu? Kasut handbags tu semua jangan cakaplah. Itu lumrah biasa manusia yg namanya PEREMPUAN. ;) Lagi satu tabiat aku kadang2 bila poket penuh, aku akan membeli barang tanpa melihat harga barang tu. Dah sampai rumah baru aku perasan yg barang2 tu mahal. Memang bebal..

5. Aku tak ramai kawan baik tapi aku terlalu ramai kenalan baik. Mana2 aku pergi, aku boleh cari kawan dan tak susahlah kalau nak campak aku kemana saja pun. ;)

6. Aku boleh dikatakan sangat independent. Aku boleh kemana atau buat apa saja seorang diri tanpa teman. Sebabnya aku tak suka susahkan orang lain dan aku juga tak suka nak ikut time orang lain sebab aku ni sangat berpegang pd masa dan janji. Tapi ke-independent-an aku tu agak kurang dan merosot ketika aku pregnant dulu. Tu sebab skrg Qila pun begitu, pantang kena tinggal sorg, dia jadi ratu air mata. Cet.

7. Aku seorang yg panas baran dan degil. Hehehehehe.. Tapi aku rasa panas baran aku dah kurang sikit sejak ada A'qila.. Degil tu, menteeeeennnnnn...

10. Aku jarang memasak sebab masih tinggal dengan family. Ok ok, aku mmg tak pandai masak. Tapi aku pandai kemas rumah.. ;)

11. Aku jarang makan tengahari kat ofis. Bukan sebab diet, aku malas nak keluar cari makan sebab malas nak berpanas. Tu sebab aku selalu ambil heavy breakfast. Tapi kalau kat rumah, aku tak boleh kalau tak makan. Lapaaaarrr je perut ni.

12. Sebelum aku lahirkan A'qila, semua follower blog/fotopages aku kalangan orang2 yg muda yg belum berkahwin dan dari pelbagai latar belakang. Tapi skrg, mostly kaum2 ibu yang jadi follower blog aku. Ihiksss.. Nape ek? Ohya, gaya penulisan aku pun bertukar sama sekali.

13. Aku sedang dalam usaha nak tambah baby. Harap2 dapat baby boy pasni dan dalam proses mengumpul data utk dapatkan baby boy. Sesape nak share maklumat, silalah bantu aku ni ye? Ihiksss..

14. Aku seorang yang garang tau. Tapi boleh jadi seorang yang sporting dan kelakar dan juga manja.. Auuuwwww.. Pendek kata, masuk kandang harimau aku mengaum, kandang kucing aku mengeeeooowwww.. Gedik?? Boleh tahan gak. huheuheuhuehe

15. Ohya, aku tak suka dengan manusia yang show off dan terlalu membangga diri. Plz lah dengan org2 yang macam ni. Aku betul2 tak selesan dengan manusia golongan macam ni. Aku rasa errrr macam errmmm plzlah.. Get a life!

16. Last sekali yay!! Aku sangat addicted ber-blogging.. Adduussshhhh.. Hari2 mesti nak update blog. Bi pun sama dah kena penangan aku hari2 tengok blog. Kalau tak update mesti dia tanya. Errrkk.. Ke dia perli je??? Okay, sekian terima kasih.

Dan aku akan men-tag :-

i. Eina (pepandailah kau buat tag ni kat facebook pastu report kt aku!)
ii. Qimie
iii. AinHusna
iv. Daalia
v. Gee
vi. Intan Maria
vii. Linda
viii. Raihan
x. Tya
ix. SweetDarling


UK's Trip - Dating hanya berdua ke Albert Square

Hehehe.. Bagile caaaaaaaaaannnnn..

Actually masa ni aku dan Bi kuar jap, nak beli tiket bas ke Leeds & Liverpool, so ada can kuar dating gitu. A'qila tinggal rumah main2 ngn cousins dia. Dah kuar berdua ni, harus ambil peluang..

Macam biasa, kami naik coach ajerghs..

Bi kat sana bz u.. Tak benti2 orang call dia. Tapi kat sana kalau nak call back Malaysia murah je. Jauh beza dengan harga roaming. Tu sebab Bi pakai line sana utk call org2 Malaysia.

Sesekali kuar berdua, harus messsraaaa sedikit. Bila lagi nak memanja dgn laki ye tak? Kang dah jauh aku peluk bantal je.. Huhuhu
Bi macam Mongolian pulok. Topi tu antara barang yang Bi beli dalam entry kat bawah tu. Tak salah aku 2 - 3 Pounds kooottt.. Nguehehehe
Inilah bus stop yg selalu kitaorg guna. 5 minit jalan kaki dari rumah akak. Bas setiap 10 atau 20 minit gitu.
Ni lah laki bini yang bosan nunggu bas
Tadaaaaaa.. Ni semua gambar dari HP aku. Dari DSLR aku dah upload kat facebook. Gi lah add aku ye: marcia.zlyana@gmail.com
Kat sini aku selalu pekena coffee. Ta[i kat starbucks, harga coffee mahal sketlah. Selalunya coffee GBP1 je kalau kat tepi2 jalan.
Ni pulak kat Albert Square. Sini banyak sangat burung ala2 mini Trafalgar Square. Jaga2 dengan taik burung ye..
Cuaca hari sangat cerah. Tak sejuk sangat. Seronok jalan2 ambil gambar kalau selalu macam ni. Baru nampak matahari sket. Best!


Masa ni tengah jalan2 lagi sampai rasa penat. Kitaorg carik gak barang2 souviners untuk di bawa balik. Kami berdua DIHARAMKAN memandang ke arah Arndale, Primark dan yang sewaktu dengannya. Huhuhu..


Dahlah ye.. Kang bosan lak tgk muka kami. Gambar2 lain di facebook. Ohya, kami sempat ke HRC lagi untuk beli souviners dan Machester Tourist Centre untuk beli souviners gak. Ohya, gambar2 dan cerita aku upload ni agak tunggang langgang. Gambar dalam simpanan pun agak tunggang langgang. Aku upload yang mana ada depan mata dan ikut kronologi HP aje.. Banyak sangat gambar dan pening nak ingatkan tarikh dan tempat. Ohya, dan juga HARGA.. Yang mana sempat itulah aku upload. Jangan risau, barang2 yang dibeli tetap akan muncul gilirannya.. ;)

~MummyⓐⓠⓘⓛⓐIzzara~