Sabtu, Januari 31, 2009








Ni masa pergi Old Trafford for the 1st time.. Tengoklah Qila punya stroller ada rain cover. Bagus pakai ni sebab baby tak akan sejuk kena angin. Public transport kat sini mudah kalau nak bawak baby pakai stroller. Bleh terus tolak masuk dalam bas atau teksi. Senang kan? Takyah lipat2.. Masa ni angin sangat kuat dan sejuk.. Herrrmmm...

Kitaorg tak masuk stadium lagi. Trip untuk tu sudah dijadualkan next weekend. So, gi sini hanya untuk shopping aje. :D

Kat Old Trafford beli saju baju untuk Qila. GBP5 dan bekas makanan serta bekas minum dia. Qila dah jadi Little Red Devil gitu.. Woaaahhh.. ;)

~MummyⓐⓠⓘⓛⓐIzzara~

Updates dari Manchester part 6





Ni pulak masa kami melawat tpt akak study, Univ. of Manchester. Banyak gambar dalam dslr je. Dari hp harus nampak ciput je view kan? :P A'qila sudahpun menjejakkan kaki ke Universiti ni dalam usia 8 bulan hokay.. Nguehehehe.. Nanti aku uploadkan gambar dia. Mana tau kan? 18 tahun akan datang betul2 dia sambung belajar kat sini. AMIN...

Masa ni kami jalan2 sekitar tu. Makan kebab maha besar. Tapi tak best sebab aku mmg tak suka kebab. :)

~MummyⓐⓠⓘⓛⓐIzzara~

Updates dari Manchester part 5






Ni semua masa kami jalan2 sekitar rumah akak kat Eston Street ni. Tengok2 sekolah anak2 dia. Dekat je, jalan2 sekitar situ gak. Masa ni pagi kot.. Ketika baru2 sampai tuhari. A'qila masih gigil2 manja lagi masa ni..

Aku belum lagi upload gambar dr dslr. Dari phone ajelah ye. Dari dslr tunggu balik Malaysia nanti. Sebab kat sini takde software PS. Susah nak resize gambar.

Ohya, harini genap seminggu kami kat sini. Another 17 days to go.
~MummyⓐⓠⓘⓛⓐIzzara~

Updates dari Manchester part 4

Ellluuu.. Baru ada masa nak check blog. Yep, semalam aku ke Old Trafford, borong jersi no 7 untuk adik aku. Bapak mahal.. GBP57!!! Perrrggghh. Tapi dah alang2 beli. Kesian gak kat dia, tinggal lama kat Malaysia seorang diri. Terpaksa beli gak utk happykan hati dia.. Herrmm. Semalam cuaca sangat sejuk. Angin kuaaaatttttt! Lantas mak telah demam okay harini.. Huhuhuhu...

Takda mood dah ni. Actually aku sepatutnya ke London harini, tapi ticket train sangat mahal. So, hanya murah pada Sunday, maka akan ke London pada Sunday ni. Kesian Annette dan Tya yang sudah menanti. Lagipun aku pun demam. Bagus gak relax sehari dua ni.

Maaf sangat pada yang nak kirim barang. Bukan aku kedekut nak belikan dulu. Tapi sales dah nak habis esok dah. Nak ke town balik agak sukar untuk susun jadual sebab esok kami ada tetamu dari Leeds. Aida kan? Maaf ya? Kalau permintaan kamu seorang aku turutkan, macam mana pula dengan permintaan teman2 blog yang lain. Biar adil ya untuk semua. Aku tak dapat nak penuhi permintaan semua.. Maaflah.. Cuma dapat aku doakan agar kalian juga punya rezeki untuk kemari suatu hari nanti. :)

Hari ni tak dapat upload gambar lah.. Esok aje ye? Harini takde mood sangat sebab demam. A'qila pun dah start selsema sebab semalam lama sangat kena angin sejuk. Ni semua Old Trafford punya pasal. Tapi dengar kata Bi nak ke Megastore semula esok. Nak beli jersi lagi.. Addduuuhhsss. Semuanya nak kejar Januari Sales!

Okaylah. Nak tidur dulu. Nak netekkan A'qila sambil tidur. Esok jumpa lagi.. Daaaa...

~MummyⓐⓠⓘⓛⓐIzzara~

Khamis, Januari 29, 2009

Updates dari Manchester part 3

Aduuussshhh.. Aku hampir gilak... Tak bleh stop shopping niiieeyy! Tolooonnnggg.. Bi dah bising dah sebab beli baju A'qila banyak sangat.. Sape tak gila weeeyyy tgk baju branded tapi just for 2-3 pound???!!!!!

Semalam gi sambung shopping kat Zara & HRC Manchester, selain shopping utk diri sendiri, untuk Qila mesti ada. Zara babies sangat cuteeeeeeeee! Murah dan buat aku tambah gila. Tu belum masuk NEXT, ARNDALE dan macam2 lagi butik kat sini. Nak masuk kena spend berjam2 wooo.. Sedangkan aku rushing gak ni sebab A'qila tinggal ngan Mama kat rumah. Sian diorg..

Tak payahlah aku nak publish apa yang aku beli. Kang tak pasal ada yang meluat dan muntah darah lak kang. I ni humble u.. Nanti ada pulak yang meluat kan. Belinye yang murah2 dan tak seberapa tapi sibuk nak publish kat blog. Suka hati mak lah kan? Taaappiii, actually takde pun yg macam tu. Readers blog aku semua yang baik2 dan sporting. So far aku takde pun terima comments yang dengki gitu. Sebab aku pun baik kaaaann? Takde usik org so org tak usik aku.. Ngeeeeeeee..

Tapi tulah, malulah nak publish. Biarlah menjadi rahasia gitu. Cuma ni aje nak tunjuk :-

My 1st HRC tshirt for A'qila Izzara.. Shooooommmmeeelll.. So far ini baju A'qila yang paling mahal. GBP8.99 ajeghs.. Ngeheheheheh..

Actually, sebelum ke town, kami ke Longsight Market beli maaaaaaacaaamm2 gak. Sana boleh dapat curdoroy (betul ke eja ni) A'qila Izzara color purple for only GBP5 ajeeerr.. Tapi kena tunggu dia besar sket baru bleh pakai.. Herrmm..

Huh. Aku ni tak habis2 cite pasal shopping kan? Ohya, cuaca kat sini dah okay. Tak lah sejuk berkabus lagi. Cuma pagi semalam je kabus tebal. Skrg dah okay dah. Yang penting angin tak kuat. Bolehlah tahan lagi. Harini kalau sempat nak ke Old Trafford. Esok le London. Lusa ada tetamu dari Leeds. Lusa jugak adalah hari terakhir Januari Sales. So, akan berhabisan hingga sabtu ni. :D Selepas tu baru aku akan keluar ambil gambar ye kawan2.. Ok tak mak punya time frame? Ngggeee.. Pasni dah takde sales lagi saaaaaaaaammmpppaaaaile hujung tahun. So, lu fikirlah sendiri. :P

Aku suka lah duduk sini. Sejuknya buat kita tak rasa penat. Makan ape je pun selera. Nasib baik Mama ikut, so dia lah jadi tukang masak. Cakap je nak makan ape, rendang? Roti canai? U name it! :D Aku tukang buat air dan masak nasik serta sayur aje. Errkk, tadi aku masak maggi style aku, macam biasa laki mak tambah 2 kali. LICIN! Terpaksa masak 2nd round. Nanti aku publish resepi ye? :D

Herrrrmmm.. Oklah ye. Akak ngan Bi kuar servis keta, aku main tenet. Jap lagi balik nak gi Old Trafford beli jersi adik aku. Maybe masuk lah kot stadium berhantu tu. Mak tak taste bola, tapi masuk jelah alang2 dah sampai. Huhuhu.. Daaaaaaaa.. Kenang daku dalam doamu!! Bye..

~MummyⓐⓠⓘⓛⓐIzzara~

Rabu, Januari 28, 2009

Updates dari Manchester part 2

Hellluuuu... Aku sefamily setiap hari takde fikir lain, asyik shooooopppppinnngggg aja! Macamlah tiada hari lagi. Sekarang kat sini tengah January Sales. Memang sales sana sini. Mau tak meroyan.. Bawak camera ke hulu ke hilir, tapi takde amik gmbr pun. Sempat shoot pakai hp aje sebab sibuk shopping! Yelah, sebelum January Sales ni habis, baik pulun habis! :P

Kali ni keluar tak naik kereta, kami naik bas sbb akak tak familiar dgn jalan town. Kids semua gi sekolah, so kami ja yg shopping. Naik double decker bas. 1st time A'qila naik bas.:D Dia sangat happy.


Bukan je A'qila hAPPY, mak bapak dia pun happy! Tak sabar nak perabih Pound! Huhuhu..

Oleh kerana Mei Tai buat A'qila susah nak tgk keliling, Bi decided beli gak basic stroller ni utk kemudahan anaknye. GBP16.99 ajers. Belum sempat nk tambah apa2 accesories semua. Later lah. Simple & sgt ringan..

Tgkle anakku ini syok tido.. Sheejuuukkkkk.. Kami shopping kat Primark. Sangat murah. Aku hampir gila tgk baju2 babies. Mahunya tak, paling mahal pun GBP5 ajerrss!!! Gilaaaaaaa murahhhhh!

Ini baru separuh hokay.. Naik senget stroller ni kami buat pikul bag shopping! Keluar je Primark serbu Clarks pulok.. Haiyoooo.. Mau pitams tgk boots dan handbag yg sgt murah.. Apa lagi.. Carik saizle nyah. Aku hanya publish brg aku jeghs! Barang2 Mama & Bi, suruh diorg bukak blog sendirik ye? Huhuhuhu..

Bak kata Bi, jangan kedekut dan jangan tamak. Beli seadanya jeghs! Nguehehehe..

Tgkle kasut anakku ini.. Beli kat Malaysia, tapi sudah hitam. Tak tahan shejuk, so Mummy beli satu boots utk dia. Comel kan? GBP9 ajegghhss..




Ini hasilan rembatan aku di Primark dan Clarks. Boots tu GBP39.99 dan handbag GBP24.99 kat Clarks. Kat Malaysia mana nak dapat harga tu? :) Jacket bulu2 vouge tu laaaaaaaaagggik murah! GBP10 aje.. Ngueheheheh. Mak nak pakai masa gi London nanti. Nguehehehehehe..

Ini semua baju2 A'qila beli kat Primark. Paling mahal GBP5 dan paling murah GBP1.5!!! Semua rasanya 15 items just only for GBP41.24 ajjjeeeerrrr.. Lepaslah baju2 raya dia nanti. Tapi aku masih tak puas hati, hari ni nak repeat shopping! Nguahahahahaha.. (Gelak syaitonnnnnn)

Ohya, cuaca sini dah tak sejuk sangat. Masih sejuk tapi bolehlah tahan lagi. Pakai baju tebal2 tapi dalam mall terasa panas gak sebab bertungkus lumus pilih barang. Herrrmmm.. Belum ke London lagi ni.. Hadoiii.. Maybe aku akan ke London Jumaat ni. Maybe sana pun tengah hebat January Sales.. Ngeee..

Aku plan ngan Bi, kita shoppppinnngg je dulu, nanti bila nak dekat2 balik baru keluar shoot amik gambar. Susahle nak shopping then amik gambar. Tak menang tangan nak pegang camera. Next weekend kami ke border Scotland! Yaaayy! This weekend maybe ke Old Trafford (betul ke eja ni?) Jap lagi nak ke HRC Manchester jap.. Ohya, Manchester sangat beeeeeeeeeeeeeessssttt! Senang sangat nak kemana2. Orang2nya baik dan peramah. Akak pulak racun suruh tukar flight balik! Lewatkan lagi.. Nguahahahahhaha.. Tanduk sudah keluaaaaaaaarrr.. :P

Okaylah ye.. Nanti aku updates lagi apa yg menarik kat sini selain shopping yee.. Daaaa...

~MummyⓐⓠⓘⓛⓐIzzara~

Selasa, Januari 27, 2009

Apa A'qila buat tu?

Perempuan.. :P A'qila seronok betul duduk kt sini. Byk sangat mainan sepupunya si kakak Aisyah di belasah. Kejap main masak2. Kejap main baby dolls.



Ni semua gmbr masa dia tgh kusyuk main masak2. Masa ni ada doll kak Aisyah, dia suka sangat dengan baby doll tu, siap dodoikan dan cium pipi doll tu! Alolololo.. Shoooo shweeet.. Tak sangka pulak dia boleh ada rasa sayang sampaikan mencium pipi doll tu. Shoomel sangat tapi aku tak sempat ambil gambar. Tengah gelak ramai2.. A'qila siap gerakkkan badan dia macam mendodoi baby doll tu.. Nanti Mummy beli satu baby doll utk Aqila ye sayang?

Kat sini banyak sangat perkembangan A'qila. Dia dah boleh merangkak dengan laju. Boleh duduk dan berdiri sendiri tapi dengan memegang sesuatulah. Dah pandai tunjuk kononnya dia marah. Kalau kita pegang atau nak ambil sesuatu dari tangan dia, dia mesti akan geget tangan kita tanda protes. Hahahaha... Macamle sakit! :P

Okaylah, nak kuar dah ni.. Bye bye sume..D

~MummyⓐⓠⓘⓛⓐIzzara~

Ahad, Januari 25, 2009

Doha - Manchester

Lupe plak nak upload gambar ni.. Ni masa dalam flight dr Doha ke Manchester. 7 jam perjalanan. Kami transit kat Doha selepas 7 jam perjalanan gak dari KL.


Masa ni tgh pass by negara2 arab sana. Matahari terik. Silau sangat.

A'qila yang baru 1st time naik flight agak jakun ye puan-puan. Sila abaikan kejakunan anakku itu. Dia langsung tanak tido dalam baby coat. Rugikkk je bayar memahal! Cet. Tapi dia sangat behave dlm flight. Cuma bila akhir2 perjalanan tu dia gelisah sikit sebab lapar satu hal, bosan tak dpt tgk view pun satu hal. Bila touch down je Manchester, dia sangatlah happy.. :D

Sampai je kat negara omputih ni selain sejuk apa lagi ye yang kita boleh lihat ye??

Cuba teka.. Mat saleh dan minah saleh? Salaaaah.

Rumah yg takde pagar? Pun salah...

Turun2 je flight, aku nampak sana sini org cium molot.. Wow! Best! Mak terkesima.. Wakakakaaaaaaakakkaka.. Dah dah.. Jangan berfikiran lucah!

~MummyⓐⓠⓘⓛⓐIzzara~

Updates dari Manchester part 1

Eluuuu... Kitaorg touch down Manchester Airport jam 12.30 tghari waktu UK smlm. Alhamdulillah tak jet lag dan cuaca pun tak berapa sejuk sangat, kecuali malam dan awal pagile. Beku jari.

Rumah akak kat sini pun selesa gak. Janji dapat sorang satu blik.. ;P (Ada can buat anak woo. Wakakakaka)

Yang tak bestnya, A'qila belum boleh tune jadual tido dia lah. Semalam sampai2 aje pas makan dia dah nak tido. Dah tu malam sikit punyalah lama kat sini. Pukul 1 pagi A'qila dah bangun. Kalau waktu Malaysia macam ni dia breakfast. Pukul 5 pagi lak dia ngamuk bangun lapar nak lunch! Addduuussshhh.. Pas 'lunch' bubur yg Daddy masak, dia tido balik.. Harap2 Qila akan biasa lepas 2 3 hari. Takdelah dia tido waktu siang dan berjaga pd waktu malam. Sengsara woooo...


Ni masa pagi tadi kami anak beranak bangun 'lunch'.. Hehehehe. Perut blom bleh tune lagi lah..

Ni view dari bilik kami..


Ni semua gambar baru amik pagi tadi. Kami gi kedai beli diapers A'qila. Sheeeeeeeejjjjuuuukkkk sangat angin Manchester. Kalau takde angin rasanya tak sejuk sangat. Qila siap menggeletis gigil gitu.. Huehuehue..

Okaylah.. Anak aku ngamuk nak tido puloks.. Jumpe lagi..

~MummyⓐⓠⓘⓛⓐIzzara~

Jumaat, Januari 23, 2009

Bye bye semua...

Aku akan bertolak ke Manchester pada pukul 11 malam ni.

Doakan aku, Bi, Mama dan A'qila sihat walafiat ye sepanjang percutian kami kesana. InsyaAllah aku akan update selalu dari sana. Harap2 cuaca dah tak sejuk sangat lagi. Tak bestlah sejuk2 sangat nanti susah nak berjalan.

Kalau kat airport nanti sempat update, pun aku akan update blog ni. Eceeeh.. Macamlah ada orang nak ambil tahu pasal blog ni sangat. Tapi takpe, mak tahu korang sayangkan mak kaaaaaaaannn? (buat suara sengau)

Aku excited gak ni. 1st time gi holiday dengan A'qila. Harap2 dia okay je dan tak kena jet lag. Huhuhu.. Kami akan transit di Doha then sambung flight ke Manchester. Esok malam dalam waktu Malaysia insyaAllah sampailah. :D

Okay girls (mostly pembaca aku girls kan?). Selamat Tahun Baru Cina buat yang menyambutnya terutama Angela dan Jace. Sorry, tak dapat raya ngan korang tahun ni. Till then, take care semua.. Kita jumpa bulan depan ye? Muuuaaccchhs!~

~MummyⓐⓠⓘⓛⓐIzzara~

Laparnyeeehhh..

Teringin sangat nak makan telur dadar.

Teringin jugak nak makan daging salai masak lemak cili padi.

Dengan nasik panas, dan teh o panas.. Perggghh! Makan pulak, kat bawah pokok rendang tepi sawah dengan ahli keluarga sambil ketawa2.. Yum yum.

Aku rasa aku dah mengandunglah.. Tadi pening2 pale.. Rasa mual.. Pastu teringin nak makan macam2.

Korang rasa projek buat anak malam tadi berjaya tak? Kiranya betullah ni aku ngandung ni?

Wakakakakakakakakakakakakakakakakakakak (Gelak sampai pengsan)

~MummyⓐⓠⓘⓛⓐIzzara~

Apelah punya manusia..

Semalam/kelmarin ada tak korang terbaca pasal bapak yang bengong buang anak dia umur 6 7 bulan gitu dalam tong sampah lepas bergaduh dengan wife dia??! Aku tak baca paper tapi terbaca dari blog kawan2. Lahanat betul. Perangai lebih kurang sama macam askar ISRAEL.

Sakit hati betul aku membacanya.

Kalaulah baran sekalipun, kau gi lah tumbuk dinding ke.... Geget ayam jiran keeee.. Terjun pokok keee.. Ini tak, anak dia jadikan mangsa. Kalau aku jumpalah mamat ni, aku lastik je bijik mata dia. Baru dia tau.

Ada orang menderita tak dapat anak. Ada juga yang menderita kerana anak sakit sejak lahir dan masih di hospital. Tak tahu bersyukur langsunglah manusia ni. Adakah ini petanda akhir zaman.

Nak buat anak sikit punya susah, nak beranak laaaaaaaagiiii susah.

Kawan2, tolong doakan semoga anak teman sekerja aku yang sedang sambung belajar di Scotland ini agar cepat sembuh. Anaknya mengalami komplikasi 3 organ penting dalam badan sejak lahir. Dah 7 bulan masih kat hospital dalam keadaan yang menyedihkan. Menitis air mata aku setiap kali membaca blognya. Harap kalian sudi mendoakan yang terbaik untuk anaknya, Amir Yusof. Thanx.. :|

Ohya, ini blognya : http://www.fajaril.net/blog/

~MummyⓐⓠⓘⓛⓐIzzara~

Khamis, Januari 22, 2009

Cepat Bi cepaaaaattt!

Bestnya.. Sebab bi balik malam ni. 2 malam Bi takde i horny u.. Wakakakakakakakaka..

Takde maknanyeeeeeeeeeer!

Cepat Bi cepat! Kita 'assalamualaikum' malam ni. MALAM JUMAAT ni.. Nguehehehehehe.. Nguahahahaha.. Heheuheuhuehuehueh.. Kita buat anak lagi. Yay!!! Kuikuikui.

Bebudak belum kahwin jangan baca ni ek? Gi main jauh2 ye.. :P

* Aku terbaca blog kawan2 yang pregnant gila shopping barang2 baby. Rasa syok sangat... Rasa rindu sangat baby kicking ngan shopping barang2 baby. Nak sangat pregnant lagi taaaaaapppiii dalam angan2 jelah.. Buweeekk! Sian A'qila. Nantilah dulu kan? Tapi aku dah tua daaaahh. Bila lagi nak buat anak kaaaaann? Lebih2 anak lelaki.. Herrrrrrrmmm.. Bistu, period pun tak pernah datang. Macam maneeee?

Herrmm. Orang kata tak baik tolak rezeki. Tuhan nak bagi, terima je.. Okay2lah. Malam ni i akan berusaha gigih. Wakakakaka. :P Dah! Jangan fikir lucah. Sila senyap. :|

~MummyⓐⓠⓘⓛⓐIzzara~

Rabu, Januari 21, 2009

Binatannnggg!!!!

Kuikuikui.. Kelaaasss tajuk. :P

Nape bila seorang tu marah pada orang lain (terutama dalam drama2 melayu) diaorang akan sebut "Binatang!!"?

Padahal, kebanyakkan binatang dalam dunia ni sangat cute dan tidak bersalah. Ntah ape-ape ntah kan?

Hari tu masa gi zoo, aku yang terlebih excited tengok binatang2 comel kat sana. Aku pulak yang terjerit2 dan ketawa tgk gelagat diorg. Errkk DIAORG?? Diatang kot.. Huhuhu..

Terutama yang ini:-

Shooooooooooomel sangat dia tidur. Kenyang sangat kot. Comel kan? Aku tengok sampai rasa nak nangis.. Nguahahaha.. Rasa comel sangat sampai aku rasa nak nangis sebab terharu! Boleh?! Rasa sayanggg sangat pulak. Tengokle bibir dia yang terjuih tu. Macam A'qila tidur kalau dah kenyang sangat. Ngueheheh. Aku terlupa apa kenama minatang ni..

Yang ni pun comel tapi nampak lonely. Bi nak cucuk montot dia dengan payung sebab dia baring betul2 tepi pagar. Kalau dia lompat pun lepas. Tapi sebab dia tapir, mana boleh lompat. Eh yeke?? :P

Seladang ni gila bagak. Besar gila. Aku terbayang kalau dia kejar & sondol aku. Perrggh!

Yang ni smart. Rasa macam drakula tgh tido lak. Ngehehehe.

Aku suka sangat dengan memerang. Tapi gambar Bi amik tak jelas. Diaorg errk diaotang tengah main kejar2 dan geget2 sambil berenang dan berlari2 sana sini. Comeeeeeeeeellll sangat! Nakal gila. Dari dulu lagi kalau gi zoo aku mesti nak tengok memerang.

Aku cuma suka semua binatang berbulu dan berkaki empat. Macam burung, buaya semua tu aku tak suka. Monyet, orang utan, harimau, memerang, dan semua yg comel2 je aku suka. Heheheh. Best gak gi zoo ni ek? Aku yang terlebih excited sebab A'qila tido lam! Dah nak balik baru dia bangun. Apedaaa..

~MummyⓐⓠⓘⓛⓐIzzara~

Selamat Ulang Tahun sayang!~

Hari ni genap usia A'qila Izzara 8 bulan. Kejaaaaaaaaaap je masa berlalu. Dah 8 bulan aku bergelar seorang ibu. Dalam usia perkahwinan yang baru mencecah 18 bulan lebih ni, rumah tangga kami sudahpun diserikan dengan seorang cahayamata. Alhamdulillah...

Selepas A'qila lahir jugak, rezeki kami sekeluarga makin bertambah. Daddynya dapat kenaikkan gaji. Mummynyeeeeeeeeeee jugaaaaaaaaaakkk tak naik2 gaji. Lembabs betul Mummy ni. Semoga rezeki dan limpah kurnia yang diberikan Allah s.w.t ini berkekalan dan dirahmatiNya. Amin..

Ohya, ini ada sedikit gambar masa kitaorg celebrate birthday Bi lastweek. Actually ada sekali Abah dan Mak juga Atok Nenek belah Bi. Tapi tak amik pun gambar diorg. Biarlah diorg ala2 low profile gitu. Takyah nak publish dalam ni. Eceh. Macamlah mak ni artis gitu. :P


Bi siap tukar baju chantek taaauu nak amik gambar. Huhuhu. Padahal tak nampak pon. :P Bi tu mmg, kalau melaram kasi kat dia. :P A'qila tak heran pun nak pandang camera hp aku ni. Dia excited nak terkam cake tu.

Last2 aku terpaksa pegang kepala dia macam ni supaya dia pandang camera. Kejam tak? Kihkihkih..


Tengokle tu. Sampaikan nak pegang lilin tu. Syiaaaaaaaannn Qila. Nanti birthday Qila Mummy buat birthday cake lagi besar ye shayang???

Ohya, macam biasa, setiap bulan aku pasti akan buat updates pasal perkembangan A'qila. Mari kita listdown ye :-

1. A'qila dah boleh merangkak!! Yay! Walaupun tak laju sangat kerana dia sangat berhati2 tapi bergeraklah jugak. Kalau meniarap tu lajulah dia kedepan. Cucu komando le katakaaaaaaaannnn.. :D

2. Dia dah boleh duduk dalam troli TESCO.. Nguehehehe. Sikitlah buat muka bangga sambil goyang2 kaki gitu. Org semua tanya A'qila berapa tahun sebab tak baring kat tempat baby baring tu instead dia duduk macam budak besar. :D

3. Dah tak takut dengan orang macam dulu. Dah pandai bye bye orang, tepuk amai2 pun dah terer. Suka sangat mengetap bibir macam nenek takde gigi dan buat mulut busyuk! Macamlah dia wangi sangat.

4. Dah mula nak berdiri sendiri. Dia akan berpaut pada orang ataupun sofa untuk berdiri. Selalu berjaya dan selalu juga jatuh. Berapa kali dah dia jatuh. Syiaaann anak Mummy ni. Sakit paler dia bila jatuh.

5. Ada hati dah nak berkawan. Walaupun terserempak dengan baby atau kids lain yg dia tak pernah jumpa, mesti dia tunjuk minat nak berkawan. Mesti nak pegang2 anak org tu. Aku risau gak, takut dia gi ramas @ cubit je anak orang tu. Nayaaaa..

6. Dah boleh makan ape sahaja yg kita suap. Walaupun tiada tanda2 nak tumbuh gigi, tapi selera makannye tetap tip top. Semua orang makan atau minum dia nak rasa. Kalau tak bagi, habislah dia ngamuk.

7. Dah tunjuk minat pada laptop dan TV. Kalau apa yang dia tengok tu menarik hati dia, memang tekunlah. Tapi entah kenapa dia tak suka cartoons' channel. Kalau Barney okay, tapi cartoon2 lain dia mcm kurenglah. Sports suka lak. Haiyoo.

8. Dah pandai jerit theeeetheeeeekk kalau mengamuk nak ishap tek! Bertuah punya anak. Kalau nangis masa dengan nenek akan jerit maaaaaaammmmaaaa.. Kalau nangis dengan Mummy akan jerit neeeeeeeeneeeeekk.. Pelik.

9. Dah boleh minum air suam pakai cawan. :D

10. Pandai joget dah hokay. Rancak lak tu.. (dulu tau sket2 dan sopan2 jeghs. Skrg makin hover tau!

Itu jelah so far yang aku ingat. Kalau ada nanti aku tambah lagi.. :)

~MummyⓐⓠⓘⓛⓐIzzara~