Rabu, Disember 31, 2008

Senyuman paling manis tahun 2008






Cop cop.. Bagi akulaaaahh.. Kuikuikui...

Bukan senang nak suruh A'qila senyum bila bergambar. Tapi dengan camera bagak aku ni senang pulak dia nak senyum. Melekek2 dia ketawa. Ada dua sebab actually. Sebab pertama, aku baru pulang dari church wedding Navin, so dia sukalah.. Sebab kedua, aku pakai camera bagak ni. Kalau camera hp, mampos dia nak senyum.. Kerek wooooooooooo..

Mesti Bi meroyan tengok gambar anak dara dia ni. Bila gigi A'qila nak tumbuh sayang?? Nampak notty sangat A'qila dalam gambar2 ni tau. Mummy geget montot nak tak??!

Mummy shayang A'qila sangat2 tau. Be good selalu ye? Semoga membesar dengan sihat dan bijaaaaaaaaaakkk selalu. Muachs muachs banyak2 kat pipi.

p/s :- Daddy nak balik dah ni.. Okay tak kalau Mummy buat adik untuk Qila? Aci tak? Wakakakakakakakakaka.. Verangans! Period pun tak datang2 dah nak dekat 8 bulan ni.. Nak buat adik kebendanyeeeeee... Buwek!

Herrmm.. Bila nak period balik ni? Nanti lupe pulak cara pak pakai pad. Mamfus..

~Mummyⓐⓠⓘⓛⓐ~

Church Wedding ~ Navin & Charmaine

Puuffff.. Akhirnya wedding of the year 2008 menjelma juga.. After 13 years, akhirnya mereka berkahwin juga akhirnya.. Actually menariknya tentang diorg ni, tarikh anniversary diorg hampir sama dengan aku cuma beza sehari je.. Aku kenal Bi pun dah 13 tahun. Yg bestnya, aku dan Bi pernah break off 2 tahun, dan Navin & Charmaine pun pernah break off sekejap selama setahun lebih.. Hahahahahaha.. Well.. Means aku kenal diorg pun dah lebih 13 tahun.. Lama nyeeehhh.. Cinta budak sekolah bukan cinta monyet ye kawan2.. Cinta jujur sebenarnya kalau betul2 ikhlas dan MENERIMA SEADANYA. Yang penting satu kepala. Betul tak?

Okay, 27 Dec lepas, maka berlangsunglah wedding yang ditunggu-tunggu itu. Sangat penat sebab dah tua koott.. Huhuhu.. Charmaine sangat cantik dan Navin sangat hemsem hokay..

Aku mmg tunggu adegan YES I DO sebab mesti ada ciom ciom pastuh.. Akekekekekeke.. Bebudak belum cukup umur, gi main jauh2 ye..

Yang pakai gold dress ni semua bridesmaid. Aku dan George dan kena buang list sebab dah kahwin. So, yang anak2 dara dan teruna aje boleh jadik bridesmaid dengan bestman ye kawan2..

Naaaaakkk jugak posing dgn kereta pengantin hokay.. Jangan makan hati..

Nilah pengantin baru. Ni aje gambar dengan pengantin yang aku ada sebab aku sibuk amik gambar, then gambar sendiri takde dalam camera.. Keshian aku..

Nak buat macam mana, muka hot macam aku tak boleh terlalu expose dengan camera gitu.. Hilang seri nyah. Kuangkuangkuang.. See.. I told u, berseri tak mak dengan baju yang dah bertahun2 tak pakai ni???

Yang penting attitude mesti ada.. Pose jangan tak pose. Penat mak ayam ajar suruh pose semaxima mungkin di depan camera hokay..

Aku suka part ni.. Ala2 wedding gala gitu.. Erkk.. Yeke?

Laaasssttt.. Campak bunga tangan.. Nguhuhuhuu..

Jap lagi aku update pasal wedding dinner lak ye.. Laaaaagiiile ciput gambar aku masa dinner. Banyak dalam camera orang lain jeghs! Huks!

~Mummyⓐⓠⓘⓛⓐ~

Selasa, Disember 30, 2008

Hens party for Charmaine..

Jangan tanya apa makna hens party ye kawan2.. :P

Malam tu, sepatutnya Charmaine yang kena buli sebab party tu untuk dia, tapi nampaknya, dia yang buli orang lain okay? Takde maknanyeeeeeeeeeeeee...

Sorrylah girls, terpaksa pulang awal.. Anak aku merengek puloks.. Maklumle, sejak ada anak ni, terpaksalah pulang awal ye? huhuhu..

Macam biasa, aku keluarkan camera bagak kalau ada event tertentu macam ni... Baru sesuaaaaiii okay.. Pastu snap gambo sendiri hokay?

Memandangkan hari ni krismas, so amik gamba dgn pokok krismas dulu..

Pastu hen pun sampai.. Kena make over dia jadi ngeowww ngeoowww dulu ye kawan2.. Berbulu2 si Charmaine malam tu..

Siap ada ekor dgn tinge lagi.. Kucing hitam gitu..

Acara pun bermula.. Aku tak letak banyak gambar kat sini. Maybe akan upload kat facebook atau fotopages later.. Tu pun kalau aku rajin.. :P


Tengokleeeeeeee... Dia yang buli2 kitaorg boleh?

Last.. Grup photo..

Semoga pasni, disusuli dengan Angela dan Jace punya hens party le pulak.. Dah tua dah, bila korang nak kawen daaaa?? :P


~Mummyⓐⓠⓘⓛⓐ~

Hadiah Christmas!~

Setiap tahun dah jadi kemestian aku dan kawan2 utk tukar2 hadiah... Walaupun aku dan Jace bukan Kristian, tapi kitaorg pun lorat nak tukar2 hadiah sebab dah diorg bagi hadiah gak, kenalah balas babe.. Kang aku buat tatau jeghs, harus kena maki.. Huhuhu

Ini dari aku untuk mereka.. Selebihnya kt bawah ni semua untuk aku dan A'qila

Bestnyaaaaaaaaaaa... A'qila pun dapat jugak okeng..

Thank you le kawan2.. I like it sooooo much laaahhh..

Yang penting aku punye emsti color HIJAU okay.. I likeee...

Semoga tahun depan dapat laaaaggggi...

Yay!!~
~Mummyⓐⓠⓘⓛⓐ~

Isnin, Disember 22, 2008

Shayang Mummy, mamje Mummy dah 7 bulan..


Sekejap je masa berlalu.. Dah 7 bulan dah aku bertitle Mummy. Sekejap je dah 7 bulan dah anak dara kesayangan aku ni..

Rasa sayu pun ada. Tak sangka pun ada. Sepanjang 7 bulan ni. A'qila tak pernah menyusahkan aku. Dia hidup dengan sihat dan gembira. Jarang sekali sakit. Sihat dan cergas selalu. Walaupun sekarang dia makin hyper, tapi takpe. Itu perkembangan yang positif sekali.

Tengokle moncong hover dia tu.. Sangat hyper okay, aku kadang2 tak larat nak dukung. Dia dah tak nak duduk dalam carseat dan stroller. Bila dukung bukan duduk diam pun. Berpusing dan memanjat sana sini. Aduusshh.

A'qila dah mula minum susu tru bottle biasa. Aku belikan dia bottle Nuby semalam. Pink color lagi. Suka tengok dia isap pakai bottle tu. Takdelah susah aku nak pakai Breastflow punya bottle lagi. Leceh gila nak basuh teats yang double tu. Herrrmm.. Atleast bottle baru ni lebih mudah dan senang dicuci.

Mari listdown updates pasal A'qila :-

1. Sudah makan 3 kali sehari. Makan denagn penuh selera. Dia makan biskut untuk breakfast, dan bubur nasi untuk lunch dan dinner.

2. Masih breastfeed sepanjang aku ada kat rumah, dan petang hingga malam bila aku bekerja. Suka gentel2 kain bila menyusu atau breastfeed.

3. Dah pandai naik walker. Habis satu rumah dia jelajah.

4. Kuat membebel. Entah apa dia mengomel dan menyanyi bila dia happy. Suka geleng2 kepala bila excited.

5. Dah pandai tepuk amai2 dan peekaboo.

6. Dah faham dengan arahan Mummy. Kalau dia lama sangat ngempeng masa breastfeed, aku akan pujuk dia untuk lepaskan tek, so dia akan lepaskan. Begitu juga kalau kita mintak sesuatu yang dia tengah pegang, dia akan berikan brg tu kalau kita pujuk dengan betul.

7. Sudah pandai menunjuk arah yang dia mahu pergi. Contohnya ke pintu utama dan tangga turun ke bawah rumah. Maknanya nak keluar berjalan lah tu. Dia akan depangkan tangan dan sengetkan badan. Notti kan?

8. Lebih gemarkan benda2 lain compare mainan sendiri. Cepat bosan dengan mainannya. Dia lebih suka main hp Mummy, kunci kereta, majalah, dan benda2 yang kita tak kasi main itulah yang paling dia nak main! Bila kita kasi mainan dia, dia campakkan aje. Boleh?

9. Dah pandai nangis kalau kena tinggal. Kaki berjalan betul. Pantang nampak orang pakai baju cantik, mesti mintak dukung. Kalau kena tinggal, habislahhhh.

10. Manja sangat hokay. Kalau aku pulang dari kerja, dia akan hulurkan tangan mintak dukung then akan mencium dan menjilat (haa.. ni mcm kucing pulak) muka aku. Menggomol macam rinduuuuuu lah sangat. Pandai buat Mummy sayu dan sedih tau tinggalkan dia lama sangat. Huhuhu.. Tak tahulah betul rindu kat Mummy keeee atau rindu kat tek jeghs.. :P

**Jangan bosan ye baca updates A'qila ni. Aku perlu buat updates setiap bulan untuk rujukan Suamiku yang jauh dimata. Kalau kalian bosan, tapi tidak bagi Suamiku itu ye.. Harap maklum. ;)

~Mummyⓐⓠⓘⓛⓐ~

Award from Seroja


Actually Arin pun pernah bagi award ni kat aku tapi aku terlupa nak publishkan.. SO, kebetulan aku dapat lagi award ni dari Seroja, so aku publishkanlah..

Thank you Seroja..

Tapi, award ni ada terma dan syarat..

Sape yang dapat award nih, leh letak dalam blog memasing, link semula kepada orang yang bagi award ni kt korang.. Then bagi award ni kt 7 orang yang bertuah.. Tinggalkan la mesej pemberitahuan yang korang dah bagi award kat orang tuh..
siape ye yg bertuah penyambung warisan award ni yee....hee~

Ramai blogger yang aku nak bagi award ni mostly dah dapat. Nantilah ye.. Aku akan bagi award special dari aku sendiri.. Chhers!

~Mummyⓐⓠⓘⓛⓐ~

Khamis, Disember 18, 2008

Anakku oh anakku...

Sebelum memandikan A'qila, aku akan sediakan dulu air mandinya.. A'qila akan menunggu di bilik. Sebelum bukak diapersnya, aku check dulu samada dia ada poopoo ke tidak. Kalau takde, aku biarkan dulu diapers tu kat bontot A'qila then aku gi sediakan air mandinya..

Bila aku kembali ke bilik, tengok A'qila tengah berparty dengan diapersnya! Boleh?? Nasib baik diapers baru sekali kencing. Tak basah pun.. Boleh pulak dia pusing2kan diapers tu gaya macam orang tengah naik lembu liar.. Menggelitis sambil terjerit2. Aduhaaaaaai anak.. Macam2 hal kau ni. Sambil dia buat tu, kalau korang perasan dalam video ni dia ada tergeli geleman. Haaaa!! Masa tu dia terkencing! Boleh?? Nasib baik ada alas tilam dia. Kalau taaaakkk. Lencun katil aku! Cet.

AAAAAAAAAArrrrrrrrrrrggggggggHHHHHH!!!! Budus!! Aku terdeleted video tu dari hp aku. Mengong!! Sayangnyeeeee.. Takpelah. Aku letak aje video dia masa mandi aje ye. Adushh.. Bengang ni..


~Mummyⓐⓠⓘⓛⓐ~

Apa aku dan A'qila buat bila Mama takde PART II

Nguahahaha.. Pas mandi, A'qila akan kusiapkan secun-cunnya.. Anak dara le katakan..

Memula sekali, aku kena cepat2 pakaikan A'qila diapers, takut dia shooooot pulak nantikan. So, aku akan tepekkan tepung ubi ni kat pepet dia.. Heheheh. Sejak A'qila pakai tepung ubi, dia tak pernah kena nappy rash yang teruk macam dulu.

Cream nappy rash ni pun aku pakaikan gak sekali sekala. Dulu pakai baby sebamed punya brand tapi bila dia tak kena rash lagi, pakai ni pun okay..

Then, sapu pulak dengan minyak telon ni kat ari-ari dengan tapak kaki serta betis dia. A'qila tak pernah kena kembung sejak dia habis pantang. Alhamdulillah. Walaupun aku minum air bergas ataupun ais, dia yang masih breastfeed ni tak pernah meragam sakit perut. Pendek kata, walaupun dia ni ada masalah untuk terima bottle's teats, tapi tak pernah beri masalah kesihatan pada aku. Demam pun tak pernah kecuali kena jab dulu. Selsema pun jarang sekali. Aku memang selalu guna minyak ni, minyak yu yi cap limau dan vicks. 3 benda tu memang wajib. Alhamdulillah, A'qila membesar dengan sihat sekali.. Maybe dia pun memang kerap berpeluh.

Selalunya, aku akan urut satu badan A'qila ikut cara2 yang doktor suggest guna minyak ni. Tapi sekarang agak susah nak dapatkan kerjasama A'qila. Dia dah lasak sangat lah. Susah nak urut dia sekarang.. Mesti dia meronta2 nak meniarap. Herm..

Pas urut, aku sapukan lotion pulak. A'qila memang guna product milk based kat semua barang2 mandian sampaile ke lotion dan bedak semua. Aku yang suka baunya. So far, brand Johnsons je yang ada milk based ni. Oklah..

Pas tu sapu bedak pulak.. Aku suka lumurkan banyak2 bedak kat A'qila. Biar dia jadi tepung kurmak..

Pastu, brush lak rambut dia yang tercacak tu.... Tapi kejap je lah rambut tu cantik. Bila kering nanti, dia tercacak balik..

Last, Baru aku sapukan face cream kat muka A'qila. Dia selalu ber-air cond. So, muka dia kadang2 kering. So, aku sapukan cream ni. Sekarang muka dia bersih dan lembab selalu. Baguslah cream ni..

Aku campakkan semua barang2 mandi A'qila dalam bakul ni.... Selesai. Tapi, masa aku tengah carik baju dia untuk dipakai....

A'qila menjalan misi-misi menyelongkar. Laju je tangan dia selongkar bakul mandi dia.

Habis dia sepahkan... Tulah pasal aku campak2 dalam tu. Takde maknanye nak susun cantik2. Nanti A'qila akan sepahkan semula.

Tengoklah.. Entah apa dia carik aku pun tatau. Carik lisptik ke sayang oi???

Okay, dah siap pakai baju dah....

Pas dah mandi tentulah lapar kan.. Time untuk minum susu. Ni dalam pukul 10 lebih gitu. Bila dia dah tertidur, barulah aku breakfast dan masakkan bubur untuk dia. Perrgghh! Nasib baik A'qila tidur lena gak. Sempat gak masak bubur untuk dia. This is 2nd time aku berkesempatan masak bubur untuk dia. Selalunya Mama yang masakkan.. Aku campurkan ikan bilis dengan sayur bayam je. Nak keluarkan daging beku tak sempat wooo.. Takpelah, yang penting A'qila makan berselera.. Tapi masa tgh2 makan dia mengamuk. Leee... Nak tidur rupanya. So, lepas dia bangun tidur semula, sambung makan balik.. Heheks..

Masa ni dah petang gitu. Aku sempat masak untuk diri sendiri masa A'qila tidur kali kedua. Aku hanya sempat masak nasi dan buat sambal daging (qurban) yang tak jadi sangat. Liat dan entah hape- hape rencahnye.. Mana taknye, aku potong daging pakai gunting je.. Akekekekeke.. Kalau Mama nampak, mesti dia kutuk.. Lantak ar, janji aku kenyang. Bertambah nasi lagi okayyyss.. Tengokle A'qila. Dia main pelampung masa aku makan. Berangan mandi swimming pool ke sayang???

Pukul 6, sebelum mandi petang A'qila akan makan lagi.. Bubur yang sama cuma dipanaskan aje. Licin kau... Lepas makan dia ngamuk nak tetek pulokkkk... So, ngempeng sambil baring depan TV sampaile tertidur. Jam 8pm Mama balik A'qila suka gila.. Sebab bosan kat rumah takde sesiapa selain aku. Pas main2 ngan Mama, dia masuk tidur jam 8.30pm. Hurrrmmm.. Gitulah diari A'qila setiap hari. Bezanya setiap hari Mama yang jaga dia, dan dia excited menunggu aku pulang kerja. Hujung minggu pulak, dia tak lekat kat rumah sebab berjalan sakan kesana kemari... :D

~Mummyⓐⓠⓘⓛⓐ~

Apa aku dan A'qila buat bila Mama takde PART I

Jengjengjeng.. Suspen tak tajuk?? Huhuhu..
Semalam Mama takde, dia gi parlimen 'berbahas' sambil shopping kat jalan TAR. (Jangan tanye lebih2 huh? Malas nak cerita apa Mama buat kat KL tu)

So, aku tinggal BERDUA SAHAJA dengan A'qila Izzara yang... super duper hyper tu.. Actually, amat jarang sekali untuk aku tinggal berdua dengan A'qila sehari suntuk. Aku akui, kehidupan aku, sebelum ada A'qila bukanlah macam perempuan2 biasa yang dah biasa buat kerja2 dapur dan memasak sebagainya. Siapa yang betul2 kenal aku, tahulah kan aku ni perempuan macam mana kan. Helllooo... Bukan malas hokey, cuma aku memang jarang sekali masuk dapur. Aku lebih suka mengemas dan membasuh aje.. Huhuhu.. (Kecuali kat rumah Bi lah kan.. Nguehehehehehe)

So, sejak jadi Mummy ni, hidup aku totally changed. Aku jadi seorang yang agak rajin dan sudah mempunyai kriteria sebagai suri rumah gitu. Nguehehe. Aku pun tak sangka aku boleh berubah jadi macam ni. Agak drastik jugakle..

So, meh aku ceritakan apa yang aku buat kat rumah ye kawan2.

Seawal jam 7 lebih A'qila akan bangun dari tidur. Masa ni Mama dah gerak ke KL dah. Aku cuti. So saje je baring lama2 sket atas katil. A'qila tak kisah, asal aku ada sebelah dia tak kisah nak guling2 atas katil gak. Janji pampers kasi tukar dulu lah ye? Lepas puas berguling tu, benda pertama kena buat ialah suap A'qila dengan biskut campur susu. Kira breakfast lah tu kan..

Tgkle dua beranak yang comot ni.. A'qila memang suka makan. Suaplah ape je, ngangaaaa je lah mulut dia..

Dah kenyang tu, happy lah dia.. Gulik sana gulik sini.. Susah gak nak sendawakan dia. Dia lebih senang kentut berdekah dekah daripada sendawa. Kalau dia tiarap gini, senangle dia kentut sebab perut dia kena hempap. Dia kentut kuat wooo.. Berterusan gitu. Sama macam Daddy dia. Huhu.

Masa ni aku teringat Dyla, yang mengagah Inas dengan muka cekodok untuk Inas senyum bila bergambar. Terus aku try buat muka cekodok gak.. Huhuhu.. Menjadilah. A'qila senyum sikit. Huhuhu..

Lepas breakfast, aku kena mandikan A'qila pulak.. Dulu sebelum A'qila pandai duduk, aku tak berani nak mandikan. Dia ni jenis terkinja2 masa mandi. Takut licin lah. Sekarang dia dah terer duduk. So, senanglah.. A'qila? Dia paling suka main air. Duduk berjam2 pun dia tak kisah.

Sebelum dia duduk, dia test dulu air tu dengan kaki sejuk ke tak. Kalau okay, baru dia berani duduk. Kalau tak dia mandi berdiri je sambil leher termasuk tahan sejuk. Mama selalu mandikan A'qila dengan air sejuk. Tapi aku nak kasi A'qila duduk, so terpaksa rasuah dia mandi air suam.. Nguehehehe..

Dia akan tepuk2 air tu sampai air tu terpercik. Habis basah satu badan aku.. Cit..

Dia kalau dah start main air, memang susah nak berhenti. Susah sangat aku nak angkat dia balik. Dia mesti beratkan badan. Takpun dia genggam kuat bath tub dia tu..

Pas pujuk2 barulah dia nak bangun.. Nanti aku letak video dia mandi.. Lucah sket lah kan.. heheh.. Okay, jap lagi kita sambung ye???

~Mummyⓐⓠⓘⓛⓐ~