Rabu, November 12, 2008

Aku tak kira

Aku nak jugak stroller baru! Aku betul2 benci stroller yang ada skrg sebab terlalu berat untuk aku... Huwaaaaaaaaaaaaaaaaaaa....

Aku tak kira! Bi balik nanti, aku nak jugak suruh dia belikan stroller baru untuk aku. Tak dapat yang mahal pun, yang murah pun jadilah.. Janji yang RINGAN..
Tapi selalunya, yang ringanle yang paling mahal. Betul tak?



Yang ni okay gak kan? By Maclaren.


Yang ni laaaaaaaaaaaaagggiiik cun! Sebab color hijau fav. aku.. Chomel kan? Ringan je.. Murah pun murah.. (Yeke murah?)Brand Combi mmg ada banyak kat Melaka. Brand lain haram jadah takde. Graco adelah satu dua kat WOC.. Tu sebab aku kena gak tunggu Bi balik. Sebab nak gi KL untuk beli. (Ngada ke? Biooooorrrr!!~)

Jeles sangat tau sesiapa yang duduk overseas terutama Lily si comel tu. Dapat beli product yang best2 dan cantik2.. Kat sini kalau yang cantik, forsure imported. Dan sudah tentu beribu2 harganya kan?

Yang ni pun aku suka sangat. By Stokke Xplory. Macam Lily Satrina punya. Sangat worth it kalau dapat ni. Tapi sangat mahal dan macam takde kat Malaysia jers.. Kalau ada kat Malaysia pun, mesti Bi bising. Huhuhuhu.

Hermm.. Brand Peg Perego pun style gak ek? Huhuhuhu.. Beloved readers.. Any suggestion??

~Mummyⓐⓠⓘⓛⓐ~

Sedihnya aku..

Bukan senang untuk mendapat peluang untuk menyaksikan perkahwinan sahabat yang kita sayangi, terutama yang sudah bercinta sekian lama, bertahun-tahun. Dan aku menjadi antara sahabat2 yang mengetahui kisah cinta mereka...

Lantas, bila mereka akan melangsungkan perkahwinan, maka aku tidak dapat menghadirkan diri! Bengong kan?

Alasan? Kerana kekangan kerja..?

Apa? Tak masuk akal kan? Tapi aku tak mampu nak berbuat apa2..

22 November 2008. Kawan mengumpat aku masa di Universiti, Epool akan melangsungkan perkahwinannya dengan gadis pilihannya, yang aku kenal sejak bertahun lalu. Setiap kali Epool menelefonku, aku tak bosan bertanya, bilakah dia akan berkahwin. Dan soalan itu aku ulangkan bertahun2 lamanya. Tetapi bila sudah sampai masanya mereka untuk berkahwin, aku pulak tidak dapat menghadirkan diri. Mengong kan? Poyo gila.

"Nak seribu daya.. Aku kahwin sekali jer" Kata Epool.

Tapi aku tak boleh nak berbuat apa-apa. Hari yang sama juga adik aku Konvo di UTM Skudai. Hari yang sama juga aku sedang berkursus Induksi di PD dan hari yang sama juga, mengikut jadual Induksiku, aku akan ada kerja luar di Banting, Selangor. Hari yang sama juga Epool akan bersanding di KL. Macam mana aku nak bahagi2kan diri aku ini untuk 3 perkara penting itu, di tempat yang berbeza sekaligus??

Dengan tanpa kusengajakan, aku terpaksa mengecewakan adiku dan juga Epool.

Itu yang pertama.

Yang kedua. 27 Disember 2008, kawan baikku, Charmaine dan Navin akan melangsungkan wedding mereka pada hari itu, di Melaka. Sedangkan aku akan terlibat dengan meeting di Cherating pada 26 hingga 28 Disember! Aku tidak dapat hadirkan diri di perkahwinan kawan2 baikku yang aku nantikan sejak bertahun-tahun lamanya?? Kami berkawan lebih dari 10 tahun! Tapi aku tak dapat utk menghadirkan diri di majlis perkahwinan mereka.. Sedihnya!

Sedihnya aku. Kenapa tarikh-tarikh penting dalam hidup aku selalu bercanggah dengan kekangan kerja aku yg maha bosan ini??

Aku tak mampu hendak menarik diri dari meeting di Cherating tersebut kerana aku baru saja menarik diri dari seminar dan makan malam di Jabatan aku atas alasan yang pertama! Induksiku masih belum tamat pada tarikh itu.

Maaflah Epool.. Maaflah Boy.. Maaflah Charmaine.. Maaflah Navin..

Aku terpaksa kecewakan kalian.. Jabatan aku yang baru ini banyak menuntut aku bekerja jauh di luar. Maaflah...... Kalau kalian sedih dan terasa hati, aku jauh lebih sedih....

*Aku benci boss aku!


~Mummyⓐⓠⓘⓛⓐ~

Kena tag lah pulok

Aku kena tagged dgn Qimie. Dan to be sporting aku pun buatlah jugok..

1. The age you'll be on your next birthday:
ceh.. 1st soalan dah menyakitkan hati! Aku start bercinta dengan Bi masa umur 17tahun. Kat sebelah tu ada tulis tarikhnya, so kiralah sendiri! kuikuikui..

2. Place you want to travel to:
For the moment, hermmm.. Manchester kot. Sebab itu yang ada dalam kepala aku dan Bi. InsyaAllah kalau ada rezeki, kami pergilah..

3. Your favorite place:
Pantai.. Apa saja yang berkaitan dengan pantai aku akan suka.

4. Your favorite food:
Semua yang sedap, pedas dan CANTIK aku akan belasah.

5. Your favorite pet:
Kucing!!

6. Favorite color combination:
Aku suka olive green, pink dan putih

7. Favorite piece of clothing:
Jeans & seluar tidur

8. Your all time favorite song:
Band dr Indon dannnn Anuar Zain.. Nguhuhuhu

9. Favorite TV show:
Sejak ada A'qila, aku jarang tgk TV. Tapi kalau kat astro's learning channels cerita pasal babies, aku suka sgt nak tgk

10. First name of your significant other/crush:
Mazhar.. Agegegegege (mesti Bi berbulu jeeeekk)

11. Which town do you live in:
Melaka lah

12. Your screen name/nickname:
Marcia

13. Your first job:
Waitress kat Riviera Bay

14. Your dream job:
Fulltime Mummy yang dapat banyak sangat elaun dari Daddy.. LOL

15. One bad habit that you have:
Degil, boros, malas, panas baran bla bla bla

16. Worst fear:
Accident

17: Things you'd like to do before you die:
A'qila membesar dengan sihat, sambung belajar ke peringkat tertinggi sampailah dia kahwin, ada anak.. Hermmm.. Sempat ke?

18. The 1st thing you'll buy if you get $1,000,000:
Bungalow berwarna putih yang sangat cantik. Harus tepi pantai..

19. Your husband/wife:
?? Aku tak faham soalan ni? Nama dia ke?? Muhamad Zaki lah kot.. huhuhu

Skang aku nak tag :
1. Dyla
2. Nazs
3. Wynn
4. Tya
5. Rawlins

~Mummyⓐⓠⓘⓛⓐ~

Selasa, November 11, 2008

Mulur tu cover sket eh...


**Aku shoot pagi tadi guna hp..

Aduhaaaaaaaaaaiii.. Moncong tu cover sket Qila!~ Jatuh nilai hantaran nanti sayang oooiinnkkk...

Moncong2 depan camera ni hanya Mummy dan kronies aje yang boleh buat hokey? So, jangan tiru yek!~


~Mummyⓐⓠⓘⓛⓐ~

Isnin, November 10, 2008

Just 2 of us..

Lepas keluar makan dan minum dengan dua orang thani kupeks (cerita tentang itu di www.marshazliyana.com/blog ye kawan2), aku bawa A'qila ke Tesco.. Huhuhuhu.. Tescooooooooo laaaagiiikkk... Bistu takkan nak gi bengkel keta lak kan?

Masa otw tu dah jam 5 lebih.. Matahari tengah nak condong. So, kesian Qila kena panas sikit. Dah cover pakai cover carseat tu still kena panas. Terkebil2 mata dia silau.. Huhuhu. Tgkle rambut baru mak ni.. Aku potong pendek terus sebab tak tahan nak layan rambut yang gugur tak hingat tu.. Puas hati! This friday nak dtg balik saloon tu utk color pulak.. Hihihiks..


Pendek gila kan rambut aku?? Takpe.. Janji tak meroyan tengok rambut yang gugur tak hingat tu..... Tak pernah rambut aku sependek ni...


Masa ni A'qila okay lagi.. Lama tak masuk dalam carseat ni. Dia pandang kiri kanan je.. Siap bawak bekalan susu walaupun time pukul 5 ke atas A'qila memang tak akan mahu isap botol dah. Dia dah terbiasa, pukul 5 ke atas aku akan bagi tek.


Tapi masa sampai kat Tesco, parking untuk family yang bawak baby penuhlah pulak.. A'qila dah start meneran suara nak bukak seatbelt dia.. Dia dah meronta2 dah. Keta depan tu, Iswara merah tu nak keluar dah. Tapi sikit punya lembab nak masukkan barang2 dalam kereta! Lembab nak mampos.. Aku rasa nak lastik aje dari sini.. Geram betol.. Dah tau orang dah bagi signal nak masuk, kau cepatle sikit buat keje tu kan.. Ini tak, terhegeh-hegeh!! Siap pandang2 aku buat muka toye..

Tengokle muka A'qila.. Beria-ia dia nak bukak seatbelt dia.. Cuba try tengok! Bukakle kalau boleh.. Huhuhuhu..

Masa kat Tesco, aku tak beli apa sangat just barang2 keperluan aku untuk berkursus on this coming sunday je. Mak kena kursus 2 minggu hokey?? Terpaksa beli barang2 keperluan diri aku dan A'qila lah kan? Aku carik baju lengan panjang dan seluar track murah2 untuk aktiviti lasak kat Ulu Yam nanti.. Dengar kata kena masuk lumpur. So, beli baju murah2, dah pakai terus buang aje! Tapi, not badlah jugak kan? Save bajet mak.

So, aku saje jers pergi berdua dengan A'qila. Biasalah.. Mak ni kan independent nyah! Dan dah ditakdir pun dapat anak kaki berjalan. Sikiiiiiiiiit pun dia tak merengek kecuali bila bosan duduk dalam carseat dan stroller bila lama sangatlah ofcoz.. (Ni semua Mamale yang ajar A'qila berdukungggggggggg je bila dalam kereta dan time jalan2.. Geram aku tau. Bila aku letak je A'qila dalam stroller je, dia akan amik dukung. Dia kata kesian, A'qila tak dapat tengok view.. Cet!) So, aku saje gi berdua biar A'qila ni independent sikit.. Belajar2 duduk dalam carseat dan stroller dia tu.. Jangan asyik nak berdukung ajeeee.. Babap kang!

Tapi kaaaannn.. A'qila ni pandai buat muka seposen tau.. Satu Tesco dia jerit kau.. Dia bukan jerit nangis tapi jerit menyanyi meneran2 mintak perhatian.. (Yelah. Kan stroller tu ngadap depan so dia tak nampak aku. Dia kalau sensorang kat rumah takde orang layan dia mmg menjerit menyanyi meneran2 macam tu) Pastu buat muka kesian mintak dukung.. Bila aku tegur, usap2 kepala dia terus dia meneran lagi. Cet! Terpaksa dukung gak. Takut aku tgk dia meneran macam nak terberak tu.. Alkisah masa kat fitting room tu, nasib baik yang jaga fitting room tu volunteer nak dukungkan A'qila... Dia geram sangat kat A'qila.. Dalam fitting room aku test baju ala kadar je sebab takut anak aku kena culik.. Kuikuikui..


Pas dah bayar barang2 tu, aku lepak bagi A'qila susu. Tengokle tu.. Dia bukan minum pun. Dia kunyah2 je teats tu.. Siap dia gentel2 teats tu dengan jari macam dia buat kat tek aku.... Cet!!!!!

Tulah, lepas pukul 5 macam mana dia lapar pun, dia takkan minum pakai bottle.. Dia tetap nak tek jugak. Macam manalah aku nak tinggalkan dia kat rumah masa aku berkursus nanti? Nak tak nak terpaksa gak bawak Mama dan A'qila sekali. Aku kursus di PD.. 2 minggu lebih nyaaaaaaahhh!

Tentu orang kata, alaaaaaaaaaa... Orang lain ada anak gak, menyusu badan gak, boleh jers nak tinggal..

Eh! Suka hati akula.. Anak aku tanak menyusu bottle nak buat macam mana kan? Aku bawak dia ke... Bawak nenek aku ke... Bukan korang yang kena bayar! (Ayat khas utk LPC)

Lagipun aku pun tak sanggup nak berpisah dengan A'qila lama2.. Dahle Daddy dia takde. Kalau Mummy pun takde mesti dia sedih sangat kan? Orang lain tu lainlah kan, laki diorg ada.. Boleh jaga anak kat rumah. Tak sangguplah wey... Potong 18 pun aku tak akan tinggalkan A'qila. Mummy tak tahan rinduuuuuu........

Sampai rumah pukul 8pm. Mama menggelupur dukung A'qila dan kasi makan bubur bila aku sampai je kat rumah. Hek eleh... Macamlaaaaaaaaah aku dah bawak lari cucu dia gi ntah mana2 tak balik berbulan2! Cetttt!!!

~Mummyⓐⓠⓘⓛⓐ~

Kite pun adelah..


Huhuhuhu.. Pagi ni, Mummy kite tgk Inas dan Zara pakai hairband ni.. Actually kite pun ade taw.. Mummy beli untuk kite last week kat McD.. Tak shangka taw, Inas dan Zara pun ade.. Huhuhuhuhuuuu...

Kite bertiga shomel kan sebab ada benda ni?? Shomel taaaaaaaaakkk?? Tapi kite belum tahu sangat nak senyum depan camera shebab kite pelik lah, Mummy kejap cakap dengan benda ni, kejap ade shuare Dadddy.. Pastu tetiba Mummy letak benda ni depan muka kite pastu suruh shenyum.. Kite kelirulaaaahh.. Benda ni apa shebenarnye Mummy??? Tipon ke... ??? Camera keee...????

Huhuhu.. Mummy tak shabar nak beli hairband Madagascar lain untuk kite.... Yay yay.. Tenkiu Mummy.. Qila shayang Mummy banyak2.. Muhuhuu..

~ⓐⓠⓘⓛⓐ~

Oooppsss.. Maknye pun nak enterframe sini hokaaayysss.. Huhuhu..
Bi, maknye shomel ke anaknye shomel?? Wakakakakakaka..

~Mummyⓐⓠⓘⓛⓐ~

Jumaat, November 07, 2008

10 Senarai Kesyukuran

Aku terbaca blog fav. aku :- Lily Satrina Javaid yg telah menyenaraikan 10 kesyukurannya dan aku terharu. Lalu aku terpanggil untuk mencatitkan 10 senarai kesyukuranku di sini, hari ini:-


1. Aku bersyukur kerana mempunyai sebuah keluarga (termasuk keluarga mertua) yang hidup penuh dengan kesederhanaan dan penuh dgn nilai2 kekeluargaan serta limpahan kasih sayang.


2. Aku bersyukur kerana dipertemukan dengan seorang lelaki yang benar-benar ikhlas menyintaiku dan kini menjadi suami serta serta pelindung aku dan keluargaku. Aku benar-benar bersyukur menjadi sebahagian daripada hidupnya.


3. Aku bersyukur kerana mempunyai anugerah tuhan yang tidak ternilai iaitu seorang anak perempuan yang sangat comel (bagi diriku) yg berada dalam keadaan sempurna sifatnya, sihat walafiat serta memberikan kebahagiaan kepada kedua2 keluargaku.


4. Aku bersyukur kerana mampu menjadi seorang wanita yang kuat dan mampu berdikari sepanjang ketiadaan suamiku disisi untuk menguruskan segala hal yang berkaitan keluarga terutama yang melibatkan anak kami.


5. Aku bersyukur kerana aku dan suami hidup dalam serba sederhana, selesa makan dan pakai serta mampu untuk memberikan yang terbaik kepada anak kami jika dibandingkan dengan mereka yang hidup susah dan mempunyai masalah untuk membesarkan anak dengan selesa.


6. Aku bersyukur kerana aku mempunyai ramai kawan-kawan pelbagai bangsa yang memahami dan menyayangiku tak kira dimana aku berada kerana mereka lebih dari seorang sahabat buatku.


7. Aku bersyukur kerana mempunyai pekerjaan tetap yang selesa, yang tidak memerlukan aku untuk mengeluarkan setitik peluh sekalipun dan mampu untuk membantu suamiku untuk menyara keluarga walapun gajiku jauh lebih kecil daripadanya. Sekurang-kurangnya aku tidak berpeluk tubuh sahaja di rumah kan?


8. Aku bersyukur kerana Tuhan masih memberi peluang kepadaku untuk menikmati keselesaan hidup walau kadang2 aku alpa di atas perintahNya. Aku masih hidup sihat dan masih bernafas hingga ke hari ini.


9. Aku bersyukur kerana mampu untuk menyusukan sendiri anakku di kala dia lapar dan hanya mahukan susuku sebagai peneman tidurnya dan dengan menyusukannya aku dapat merasa kenikmatan yang tidak terhingga daripada Tuhan untuk kami. Betapa indahnya rasa itu.


10. Dan yang terakhir, aku bersyukur kerana aku masih mampu mensyukuri semua nikmat pemberianNya kepada aku dan keluargaku dan aku berharap aku akan terus mensyukuri dan menikmati semua ini dengan penuh rasa insaf dan rasa rendah diri. Terima kasih Tuhan..

Khamis, November 06, 2008

Apa yang aku benci tentang KL?


Tol, tol dan tol!~

Jammed sana sini.. Jalan macam semut!

Beginilah keadaan kakiku ketika drive.
Apa? Yepp ye kawan2.. Aku memandu mmg tak pakai kasut. Rasa tak konfidens nak tekan pedal. Disebabkan keta Bi ni auto, so aku hanya bukak sebelah aje kasut aku. Buwek!

Rabu, November 05, 2008

Mummy babap kang!!

Geram tau tengok si mutuk ni! Geram sangat. Rasa nak rotan2 aje.. Lebih2 lagi bila dia main toes dia macam ni... Huuuuuuuu.. Geram!!~

Dah pandai tarik2 socks atau kasut dia.. Nampak ketot je A'qila ni.. huhuhu..

Daddy!!! A'qila suka main toes dia. Takyah beli mainan lain dah. Jimat duit Mummy.. Buwek!

Besar gila..

Gila pun tak besar macam ni..

Inilah rumah boss aku.. Gila besar kan? Rumah Ali Rustam pun tak sebesar ni! Huuuuu... Ni pun aku shoot pakai handphone, tak wide so tak dapat cover the whole bungalow. Yang aku shoot hanya wing sebelah kanan sahaje. Yang wing belah kiri dah penuh dengan khemah untuk makan.

Nak masuk sini aje, kena tempuh dua guardhouse. Kalau aku bawak kenari cabuk aku tu agakye, harus kena halau... Pergh! Agaknye, harga kereta Bi ni jauh lebih murah dari harga pintu gate utama rumah Boss aku ni. Comfirm!

Dia ni memang hartawan. Bapak dia sendiri memang hartawan dari Sarawak. So, sendiri mahu ingatlah kan..

Gi keje pun, neck tie dia yg paling cikai pun brand Versace okay? Kasut paling bangsat pun LV. Memang stylo lah.. Tapi, gasak dialah kan?

Janji aku jugak yang vouge... Nguehehehe.. Takde maknanye. Aku macam biasa, akan rasa paling miskin dan selekeh! Dengan t shirt cartoon je, aku boleh gi masuk makan kat rumah sebesar ni.. Malu? Ahhhh! Selamba... Huhuhu..

Shameera, Bobot dan Mama pun kagum dengan rumah Boss aku ni.. Diorg kata berapa ratus ribu harga bungalow ni? Helllooo.. Ni dah makan juta ni. Dalam gambar mmg kecik, tapi kalau korang tgk live, rumah Datuk K pun tak secantik ni...

Herrrmmm... Teringat kata Boss aku,

Malaikat takkan tanya rumah kamu sebesar mana, tetapi siapakah yang kamu jemput untuk datang ke rumah kamu.. Iyeee.. Memang betul Prof. Prof. memang kaya. Nguehehe..

A'qila? Happylah sebab dapat duit raya lagi... Bertambahla koleksi duit raya A'qila.

Aku? Sangat tak sabar nak balik tido ni.. Kenyang dan penat sangat!

Ke Alamanda le pulak....

Actually tak plan pun nak kesini. Tapi bila jumpa Abah haritu, dia berikan kunci rumah akak terus plan menjadi lain. Dah kebetulan dah tidur Putrajaya tu, kami pun sambung shopping di Alamanda sebelum balik ke Melaka... Huhuhu

Aku sebenarnya tak tahu jalan nak ke Alamanda dari Presint 9 tu.. Aku drive terusssssssss je takde corner2. Sekali sampai pulak.. huhu.. Masa ni, A'qila tanak minum susu. Dia dok belek je susu dia tu. Cet!

Kami keluar awal sebab masing2 lapar.. Aku berkobar2 nak shopping untuk diri sendiri kali ni. Taknak dah beli apa2 untuk A'qila sebabnye, bulan ni aje dah 5 pasang baju baru untuk dia okay? Aku pun nak gak baju baru ke.. Handbag baru keee kan??! Huwaaaa... Tapi, aku hanya merancang.. Tuhan yang menentukan. Cewah!

Tengokle aku ni.. Selebet dengan t shirt cartoon. Tu pun aku amik dari rumah akak. Huhuhu.. Sejak jadi Mummy ni, dah takmoh pakai sexy2 lagi. Nak pakai baju biasa2 je.. Time ni pakai t shirt je.. Alaaaa.. Gi shopping je, buat pe nak pakai canthek sangat kan? Buwek!~

Tapi kalau Bi ada aku tak boleh le selekeh kan? Nguhuhuhu.. Ni masa otw ke Alamanda.. Korang tengokle 'toyol' yang duduk kat belakang tu.. Muka nakal gila kan? Dia memang sangat hyper dan nakal. Penat sangat aku dan Mama jerit itu ini kat dia spjg kat KL dan Putrajaya ni.. Semput mak! Gediks!

Inilah A'qila dengan stroller murahnye.. (Tak baik Mummy cakap murah.. Daddy beli pakai duit hasil titik peluh dia gitu) Tapi Mummy sumpah dah tak suka stroller ni. Berat sangat utk Mummy. Untuk Daddy lainlah kan.. Penat tau Mummy nak lipat dan hangkut masuk dlm kereta... Huhu... Bi, ape lagi?? Tak sayang bini? Gi Europe tu singgahle beli pushchair yg ringan sket!!~ Huhuhuhu...

Tengok tu. Stroller tu aje dah makan ruang yg byk sangat. Mana nak letak barang shopping lagi? Kan A'qila kan?? Kalau Daddy tanak beli pushchair yg ringan, Daddy belikan Mummy 4x4 aje.. Okay?? Ngeeeeeeeee..

Berbalik ke kisah shopping tadi.. Aku rasa aku semakin menjadi seorang isteri yang taat gitu.. Sampai je Alamanda, benda pertama aku beli adalah untuk suamiku di Bonia.. Apa dia? Biarlah rahsia nyah. Huhu.. Benda kedua?? Huwaaaaaaaaaa... Baju A'qila lagi.. A'qila santet Mummy ek? Apsal Mummy spent beratus2 just untuk A'qila sorang aje ni? Barang2 untuk Mummy yang Mummy pilih semua Mummy tak berkenan nak beli huh?? Huwaaaaaaaaaa... Tensyenlah kan?? Takkan dah shopping jauh2 ni takde satu pun utk aku kan??? Namun, akhirnya aku tetap terjebak membeli sepasang lagi dress untuk A'qila from Lovely Lace Baby.. Huhuhu.. Tapi sangat canthek! Aku puas hati walaupun aku tak dapat ape2..

Paperbag ni tercicir plak tu masa aku tgh breastfeed A'qila.. Huwaaa.. Nasib baik aku tertoleh ke belakang balik, kalau tak.. Menangis tak berlagu aku! Serik dah aku nak sangkut barang kat stroller lagi.. Takut tercicir lagi. Bi, tulah sebab Ling nak pakai maid tau Bi.. Senang nak suruh maid bawak barang2 nanti.. Huhuhuhuhu..

Sebelum balik, aku sempat gak beli sling bag untuk aku sendiri. Senang pakai sling bag bila dah ada anak ni.... Takpelah, macam Mama kata. Butik baby yang macam kitaorg pergi takde kat Melaka. Shopping jelah kan. Barang2 aku bila2 masa pun boleh beli. Demi anakanda tersayang, Mummy pasrah. Even duit elaun yang Daddy berikan hampir habis Mummy kerjakan demi untukmu, Mummy redha.. Nguehehehe.. Sebelum bertolak balik, sekali lagi aku berjumpa kroni tersayang iaitu Wynn. DIa teringin sangat nak jumpa A'qila. Semalam A'qila tidur kan. So, kali ni jumpa gak dia dengan A'qila dalam keadaan sedar.. Eheks..

Thanx Wynn sebab dtg gak jumpa mak walaupun kejap..

Perjalanan kami ke Melaka ambil masa 1 jam lebih saje. Mummy pecut sebab nak gi rumah big boss aku a.k.a Mr Dekan yang buat open house haritu..... ;)

Selasa, November 04, 2008

Pagi itu di Presint 9

Macam biasa A'qila akan terbangun seawal jam 7 pagi. Walaupun semalam kepenatan, dia tetap akan bangun awal.. Juga budak berdua tu. Bangun2 je, terus try bukak TV tapi TV3 aje yang ada. Tu pun gambar sket punya blur. Akak dah hantar smart card Astro ke Astro balik. Yelah, setahun dia tinggalkan rumah ni kosong, rugilah kalau tak pulangkan smart card tu kan?

So, bebudak ni tunjuk rajin pulak membaca buku. Dah macam anak ayam dok baring beratur macam ni sambil maca buku. Tengokle tu, A'qila pun sama join baca buku. Ye ke baca tu? Ke koyak buku?? Huhuhu..

Tapi sekejap je A'qila diam melihat2 buku tu. Pastu dia mulalah merengek. Sebab biasanya kalau pepagi gini dia akan dibawa berjalan2 ke luar, tengok burung.. Tengok kenderaan lalu lalang dari balkoni rumah. So, aku pun ajakle dia turun ke playground.

Punyalah suka. Masa aku dukung tu, terkinja2 kaki dia. Dia tengok aje kakak Shameera ngn abg Bobot main kat playground sambil kaki terkinja2.. Sabar ye sayang? Dah besar nanti A'qila boleh main sama..

Masa ni jam 8 pagi tapi matahari punyalah terik. I time gini selalunya dah ada kat office pekena aircond u... Mana lah biasa kena panas2 ni.. Huhuhu... Ohya, inilah 'hotel' kami tinggal...

Lihatlah muka kami yang masih belum mandi.. Nampak busyuk je muka..

A'qila ni, kalau dia merasa hairan, dia akan buat muka kesian macam ni.. Rasa kesian dan sayang sangat... Rasa macam... Entahlah.. Kalau dia excited pulak, muka nakalnya pun keluar. Maybe dia pagi tu pelik kot.. Dimanakah aku berada sekarang ini???? Huhuhuhu..