Khamis, Oktober 30, 2008

A'qila kembali menjadi bayi dalam pantang

Huhuhu.. Tengokle tangannya..
Aku terpaksa pakaikan kembali mittens ke tangan A'qila...

Dia tidur lasak sangatle. Bangun pagi je mesti muka calar balar.. Kadang2 sampai berdarah.

Tapi, korang rasa mittens tu tahan berapa lama? Hahahaa.. Tak sampai setengah jam!

Bila aku pasangkan balik, dia terjaga.

Dia tengok mittens tu, dia jadi hairan. Dia belek2 tangan dia yg dah mcm berbalut tu, terus dia goyang2kan tangan dia macam nak terputus!! Terus mittens tu tertanggal. Lepas tu dia akan cabut pulak mittens di tangan yang satu lagi... Aku tak sempat capture gambar sebab tengah gelak mcm orang gila.. hehehehe..

Bijaknye anak Mummy ni...... Rotan kang!!!

Esoknya, dahi A'qila bercalar lagi... Adooooiiii..

Kukunya tak panjang, tapi struktur kukunya amat keras. Pendek aje, tapi kalau dia mencubit, sangat sakitnya.. Leher aku pun selalu melecet terkena cubitannya.

Dia mmg ikut kuku aku. Keras dan tak mudah rosak walaupun kuku aku panjang.. Herrrmmm.. Ada petua? Untuk kurangkan dia menggosok-gosok muka time tidur? :P

Lagi aksi ngempeng

Minggu lepas, aku ada beli sebuah buku bertajuk "Anak adalah anugerah".

Dan sudahpun hampir habis membaca buku itu. Jadinya aku terus insaf..

Penulis itu kata, setiap anak berhak untuk menyusu susu ibunya kerana susu ibunya adalah susu terbaik di antara susu2 lembu (formula) waima yang paling mahal sekalipun. Dan ibu bapa wajib menunaikan hak anak2 mereka yang satu itu. Dia juga menyenaraikan segala macam penyakit yang dibawa oleh susu2 lembu (formula) yang aku sangat gerun membacanya..

Terus aku insaf nyah.. So, siang ke malam ke asal aku ada bersama A'qila, aku akan kasi dia mengempeng sepuas hati.. Isaplah sayang, selagi dikau mahu.. Mummy pasrah..

Namun (eceh), A'qila masih diberikan susu formula sepanjang aku di office atau kami berada di tpt awam..

Sebab pertama : aku sgt malas utk pump EBM.. Kadang2 aje aku pump dan buat bekalan untuk A'qila, itupun kalau aku tak tahan sakit tek rasa nak pecah.. :P

Sebab kedua : kalau di tempat awam. Aku malas nak breastfeed A'qila. Tak selesa sebab aku pakai bra biasa. Aku tak suka pakai bra untuk breastfeed, rasa tak best langsung!! Rasa tak confident.. Huhu..

So A'qila.. Ampunkan Mummy ye sayang?? Mummy sedaya upaya memenuhi hak A'qila yang satu ini ye sayang.. :)

Ni yang aku malas ni..

Amacam? Cun tak layout baru aku ni? (macam haram)

Huhu.. Macam tak lawa lah sebab aku benci dengan ruangan untuk mengomel ni.. Sempit lagi ciput!

Ni yang aku malas berbloging kat sini ni.. Hari2 rasa nak tukar layout.. Kalau kat www.marshazliyana.com dulu aku tak reti nak buat.. Kat sini semuanya senang, just click and click aje.. Tapi kat sana dulu, aku tak berani. Takut hilang database. Ahhh!!! Aku tak usik pun data hilang jugak... Hiissshhh!!!!

Actually, aku ni mmg buta IT lah jugak. Jangan cerita ngn aku pasal html tu semua. Pening doh.. Tapi kalau aku menghadap edit mengedit ni, sampai petang pun tak jadi apa.. Terbengkalai semua kerja2 lain.. Asyik ngadap PC ajolah..

Teringat time gila main Myspace dulu.. Sakan edit page itu ini. GIAN woooooo.. Bangga sangat dengan page kalau lawa.. Siap suruh mamat dari friends' list aku yang punya page lawa utk editkan page aku.. Hahahahaha.. Sangap!!

Tapi tu dulu... Skrg nak bukak Myspace pun aku malas. Tu semua utk budak2 bawah umur bolehlah.. Amik gambar sendiri, pose sexy gila. Sudut terbaik untuk nampak paling cun. Tak lupa sunglass ye? Paling banyak pose dalam kereta.. Bukan kereta sendiri tapi kereta pakwe. Nguahahahahahaha...

Cakap pasal sunglass, huwaaaaaaaaaaaaaaa... Aku perlu sunglass baru.. Sunglass yang sedia ada dah bercalar lah..

Huhuhu..

Esok aku cuti ye kawan2.. Sebabnye, aku akan ke KL esok.. Mak saudara aku nak gi Mekah, so kebetulan gi melawat dia, aku pasang niat nak shopping!!~ Aku gi ngan Mama dan A'qila lah ofcoz.. Maybe bawak kereta Bi, selesa sikit anak aku tu.. Takpelah, Mummy spend lebih sikit utk minyak.. Janji A'qila selesa......

Tapi kan, kalau dah jumpa sedara mara belah arwah abah aku ni, mesti semua berebut suruh aku tidur di rumah masing2.. Mesti susah nak buat pilihan woooo. Herrrmmm....

Shopping mana syiok ek? Tak jammed dan ada banyak baby outlets?? The Curve lah kot... Aku dah lama pangkah Mid Valley dan KLCC! Pijan!!!! Tumpang rumah nak mandi boleh?? Nguhuhuhu..

Sabtu?? Kalau sempat balik, aku mmg kena balik ke Melaka paling lewat jam 4 petang.. Big boss buat openhouse walaupun raya dah habis! Apa daaaaa.. Kena jugak tunjuk muka kalau tanak markah perstasi jatuh babe! I ni bukan kaki kipas, tapi kaki tiup jeeerrsss. I tiup sekali, boss I sejuk sepanjang tahun U.. Jangan marah.... :P

Okay, semoga semua berjalan lancar.. And A'qila, this is the 1st time Mummy bawak jalan2 shopping luar Melaka.. So, u behave ye sayang?? Muacchhss!~

Rabu, Oktober 29, 2008

Nyit nyot nyot


Nyot nyot nyot.... Tengah layan tek.. Shedap ni... Nyot nyot nyot lagi...

Bila dengar bunyik camera je...

Terus benti nyonyot.. Ceeeeeeeeeeehhhh.. Terus pandang camera..

Tengok bibir dia, masih menyoyot!! Hep!

Raya lagi??

Masa aku beraya ke rumah anak kawan baik mak aku aritu, aku terjumpa sorang budak laki ni.. (cucu dialah)
Sejibik macam ANUAR ZAIN!!! Wynn!! Jeles tak nyah???

Ni masa otw ke rumah tu lah...

Aku malas nak rotate gambau ni nyah..

Inilah budak yang dimaksudkan... Macam Anuar Zain kan??? Sweet kan senyuman dia??

Alahai... Rasa nak cium aje, tapi maluuuuuuuuuuuu.. Huhuhuhu.....

"Jadi menantu acik nak tak?"

Dia sengihhhhhhhhhh aje.. A'qila lak yang raba2 tengkok dia.. Nampak sangat SETUJU.. Huhuks..

Dah dah.. Aku nak sambung buat keje!

Bengang..

Berhabuks blog singgahan aku ni nyah... Alkisahnya, hari ni jadi hari paling marah dan bengang aku sepanjang aku bergelar Mummy ni..
Takde kena mengena dengan A'qila lah, tapi..... Pasal www.marshazliyana.com aku yang sengal dan bodohs tuh!!!

Semua entries dan database mengenai aku dan perkembangan A'qila HILANG!! Yang ada cuma entries mengong tahun 2007 aje okaaayy???!! Bodoh nak mamp*s!!

Dahle blog tu BERBAYAR.. Kalau percuma aku tak kisah nyah...

Duit bukan menjadi hal sangat.. Cuma yang aku kesal, PERKEMBANGAN A'QILA banyak kat situ.. Sedih gila okay??

Aku hilang segalanya disitu.. Tensyennya Tuhan je yang tau..

Aku tensyen sampai rasa nak demam.. Rasa lemah badan ni..

Tapi, aku pasrah dan redha..... Mungkin takde rezeki atau, ah! Anggap jelah takde rezeki kat sana.. Tuhan mahu aku lebih kayakan si blogger dari si wordpress bengong tuh!

Okaaayyy... (Tarik nafas dalam2)Then, kentut!!

Jumaat, Oktober 24, 2008

Kenapa aku sayang dan cintakan si Muhamad Zaki tu?

Pergghh! Jiwang tak hingat punya tajuk! Buweeekkk..

Hehehehe.. Saje je tetiba nak tulis pasal Bi pulak.. Asyik cerita pasal anak je, apa kata cerita pasal bapaknye pulak.. Ok tak?

Muhamad Zaki?? Meh kasi up sikit gambau dia.. Gambau dia dengan aku masa mula2 kami terjatuh cinta dulu.. Masa ni umur kami 17 tahun.. Masih muda remaja lagi.. Cara dia ngurat aku?? Ahem ahem.. Lain entry aku cerita ye... :D

Amacam?? Kurus kaaaaaaaaaaaannn?? Masa ni aku panggil dia Zaki lagi.. Masih I You I You gitu.. Biasalah, konon western!! Kahkahkah.. Tapi lepasje SPM, dia dpt tawaran masuk GMI kat KL.. So, kami terpisahle gitu.. Aku di Melaka, amik form 6 dan dia kat KL amik Diploma dia kat sane.. Lepas tu surat je pengganti diri even dia mmg balik Melaka everyweek gitu..

Surat dia?? Jangan tatau jiwang gila okay.. Masa tulah dia suruh tukar panggilan kami.. Dia suruh aku panggil dia Bi dan dia nak panggil aku Darling a.k.a Ling.. Bi stands for what?? Hahahaha.. Baby lah.. Masa tu aku gelak sakan korang tau tak.. Geli lah! Tapi, cinta punya pasal.. Belasah jelah..

So, dah hampir 13 tahun aku panggil Bi dengan gelaran tu.. So, jangan ingat aku tiru Ifa Raziah panggil laki dia dalam cerita Seputih Qaseh Ramadhan ke hape ntah tajuk cerita yg Eja pakai bulu mata palsu tu.. Pleaseeelah.. Hahaha..

So, sayang punya pasal.. Aku belajar gila babi punye rajin untuk lulus cemerlang dalam STPM untuk masuk Universiti di KL supaya dapat bersama dengan Bi.. Berkat usaha aku, aku dapat Anugerah Pelajar Melayu Terbaik untuk STPM tahun tu kat sekolah aku, Malacca High School.. Huhuhu.. Banggaaaaaaaaaaa... Tu semua berkat Bi yang 'menjaga' aku dengan 1st class masa nak amik STPM.. Siap belikan buah-buahan dan susu untuk aku makan dan minum ketika aku belajar malam okay? Romans tak? Hehehe..

So, bila aku dapat masuk UKM, dah tentulah kami dapat jumpa selalu.. Dia kat Cheras je, tak jauh..

Errr.. Bukanke tajuk entry ni kenapa aku sayang dan cintakan lelaki ni? Ngehehehe.. Well...... Kenapa ye??

Actually, kami pernah break selama 2 tahun iaitu pada tahun 2002 hingga 2004.. Masa tahun 2001 hingga 2002 tu aku dah jarang sangat jumpa dia masa aku final year di UKM.. Banyak sangat benda yang jadi. Nanti aku cerita kat lain entry lah ye?

Haaa.. Nilah hari kitaorg declare balik.. 28 Mei 2004.. Dia nak ngurat aku balik, konon masak untuk aku lah.. Ngehehehehehe.. Aku mmg cair kalau lelaki sanggup masakkan utk aku.. Auuuwww...

Tengok.. Siap bercili mulut dia.. Dia masakkan ayam masak merah dgn sayur kacang yang pendek tu.. Kacang peas ek??

So, bila kami sambung semula relationship kami ni, kami makin menghargai diri masing2 dan terus ambil keputusan untuk bertunang pada 2006 dan berkahwin pada 2007.. Aku memilih dia sebab Muhamad Zaki is my everything..

Segalanya untuk aku.. Dia bukan saja kekasih dan suami kepada aku, dia juga adalah sahabat baik aku.. Aku boleh lakukan apa sahaja dengan dia termasuklah ponteng puasa.. Kepala kami sama walaupun selalu argue benda2 yang remeh temeh.. :) Yang penting, dia boleh diharap.. Family man dan mempunyai hubungan kekeluargaan yang amat kuat.. Itu yang aku suka.. Dia boleh memasak, membasuh baju, menjaga anak dan pada masa yang sama boleh jadi orang yang paling romantik untuk aku..

Aku pernah berhenti menyintai dan menyayangi dia suatu ketika dulu.. Ketika sebelum kami bertunang.. Sewaktu dia mula2 bekerja dengan MISC dan kami sangat lama tidak berjumpa.. Aku yang sering rasa sunyi pernah menyukai orang lain dan mula melupai dia.. Apa yang aku kagumi, bila dia dapat tahu hal itu, dia tidak pernah marah.. Dia berusaha kembali memenangi semula hati aku dan kembali membuat aku menyintai dia semula.. Maksud aku, lebih menyintai dia.. Kesilapan bodoh yang aku pernah buat dan aku tidak akan sama sekali mengulanginya.. Sampailah kami berkahwin dan dikurniakan seorang anak perempuan yang sangat comel.. Dan cinta aku kepada dia semakin kuat selepas itu..

Haaaaa... Gila jiwang ayat aku.. Geli tak?

To be continued..

Khamis, Oktober 23, 2008

Dah 5 bulan aku jadi Mummy...


21 Oktober tuhari genap 5 bulan aku menjadi seorang Mummy.. Alhamdulillah.. A'qila Izzara membesar dengan sihat dan tanpa banyak masalah.. Dia dah tak menangis tak tentu pasal lagi.. Tidur malamnya amat lena walaupun di tempat asing.. Sedetik pun dia tidak menangis.. Dia tak lagi merengek2 bosan keseorangan di rumah.. Dia semakin memahami situasi aku tanpa Daddy disisi.. Dia betul2 anak yang baik dan bijak..

Bayangkan, masa kena jab haritu dia demam agak teruk pada malam hari.. Sikitpun dia tak merengek.. Dia tetap aktif dan ceria.. Kalau dulu, time Daddy dia ada, lepas kena jab masa umur 3 bulan tu dia punya merengek, Tuhan je yang tau..... Tak boleh salah sikit, mengamuk bukan main lagi walaupun tak demam.. Sangat mengada tau, mentang2 Daddy dia ada..
So, Alhamdulillah, A'qila semakin menyenangkan Mummy.. Dia betul2 semakin memahami situasi Mummy...

Semoga terus menjadi anak yang baik sayang.. Membesar dengan sihat dan bijak.. Mummy dan Daddy sayang sangat kat A'qila..

Hermmm.. 5 bulan dah berlalu ye?? Bila fikir2 balik sakit bersalin tu.. Pergghh! Seram beb.. Tapi niat hati tak sabar nak pregnant lagi. Tapi bila fikir2 balik, kesian kat A'qila.. Tak puas lagi bermanja..

Takpelah.. Kalau ada rezeki lagi, aku tak tolak sebab aku tak pernah merancang keluarga.. Aku tak makan apa2 pill pun.. Rezeki Tuhan nak bagi, aku terima.. Anak ni kan amanat Tuhan dan setiap anak ada rezeki masing2..

Macam A'qila, dia lahir je Daddy dia dapat kenaikkan gaji.. Tu semua rezeki A'qila.. Betul tak? ;)

Okaaayyy.. Sebak pulak ni.. Rindu sangat kat Daddy dia.. Banyak benda nak cakap dengan dia tapi dah beberapa hari hp dia takde coverage.. So, lost contactlah.. Huhuhu.. Bi, we love and miss you so much! Indeed...

Aduhai sayang..

Lama betul aku tak bentangkan playgym ni... Sebabnye, A'qila macam dah takde selera nak main playgym tu.. Yelah kan, sejak umur 2 bulan Daddy belikan suruh A'qila main benda alah ni, so maybe dia dah bosan..

Tapi haritu aku trylah bentangkan playgym ni memandangkan dia lama tak main dengan playgym ni.. Manalah tahu dia nak main kan..

Tengok2, dia sangat happy!! Dia dah pandai picit toys yang boleh bunyik2 tu (Fisherprice toys color biru tu Charmaine yg kasi hadiah, so aku gantung kat situ sebab muzik dia kuat sikit) Dia pegang sana pegang sini.. Nak try tendang tapi kakinye pendek.. huhuhu.. Tapi, dua tiga minit je dia leka!! Pastu dia terus merengek.. Hek eleh...

Bila aku angkat dia, menggelupur dia pusingkan badan dia ke arah playgym tu.. Looorrr.... Dia nak main berdiri pulak boleh?? Senyum sampai teliga bila dia dapat berdiri sambil goyang2kan batang playgym tuh! Sambil kaki dia amik step gerak depan belakang, kiri dan kanan.. Sambil tu dia tersengih toleh kat aku..

Tengokle tu... Orang main playgym sambil baring, dia pulak nak main berdiri macam ni.. Bila dah penat, dia duduk.. Ngueheheh..


Geram tau aku tengok karenah dia ni.... Ada je idea dia nak bermain..

Sabar ye sayang.. Nanti kita gi shopping beli toys baru untuk A'qila.. Dah bosan ye dengan toys yang sama??

Things to do/change :

(i) Kemas bilik... Huwaaaaaaaaaa.... Rambut bersepah sana sini.. Macam mana nak reduce ek? Keguguran rambut makin teruk ni..

(ii) Basuh kereta.. Ni pun satu, sejak Bi pergi kereta aku tak pernah berbasuh.. Carwash dekat gila dengan rumah cuma rajin dengan malas jer! Marshaaaa!! Chiaaaaaaayyyuuukk!!

(iii) Bangun pagi lebih awal.. A'qila akan bangun seawal jam 6 pagi.. Tapi dia tahu Mummy dia malas bangun pagi so dia akan main sensorang dulu.. Kesian sangat.. Pagi tadi dia terbangun awal, then membebel sensorang while aku sambung tidur balik.. Bila aku terbangun je, dia dah tertidur balik dgn sendirinya.. Huwaaaaaaa... Jahat sungguh Mummy ni.. So, aku berikrar akan bangun awal untuk spend time dengan dia before pergi kerja..

(iv) Servis kereta.. Sila rujuk perkara (ii) sebab reason dia sama jers!

(v) Potong rambut.. Aku ingat nak potong pendek terus then buat color baru.. Tapi, Mama rajin ke nak teman aku sambil jaga A'qila Izzara tu? Mesti lama..... Nak tinggal diorg kat rumah macam tak sampai hati pulak.. Huhu.. Ideaaasss!!~

(vi) Ambil gambar yang sudah dihantar print then post kat Bi.. Ni pun satu.. Malas betul aku ni.. Kedai tu jauh sikit tapi naik kereta kan... Bukan jalan kaki!! Huh!!

(vii) Facial!!!! Lama gila tak buat facial.. Ni pun sama, sila rujuk perkara (v).. Rasa bersalah nak tinggalkan anak kat rumah time weekend.. Huhuhu..

(lapan cam ne ek?) Ngehehehehehe.. Tempah baju aku untuk Aidil Adha.. Tempah dress utk A'qila Izzara. Haritu beli Japanese Cotton tapi tatau kat mana nak hantar jahit.. Siapa kat Melaka terer jahit baju baby ek? Herrrmm..

Rabu, Oktober 22, 2008

Aku dah lama berbulu dgn kau ni..

Bengang 1

Aku : Rambut anak aku tercacakle.. Tak comey.. Huhu..
LPC : Rambut anak I halus.. Walaupun sikit tapi halus lah, comel sangat.. Muka dia walaupun macam lelaki tapi comel lah.. Nampak comel kalau tengok betul-betul..
Aku : (blur)

Bengang 2

Aku : Aku risaulah nak pergi induksi nanti.. Anak aku fully breastfeed lagi, mesti susah nak tinggalkan dia..
LPC : Anak I baik.. Dia macam faham tau bila I bla bla bla bla (Aku malas nak dengar dan ingat apa dia kata lagi)

Bengang 3

LPC : Ni gambar latest anak U ke??
Aku : Ha ah.. Budak ngada kuat nangis kalau tak dapat tek..
LPC : Anak I baik.. Dia independent laa.. Baguslah dia bla bla bla bla bla
Aku : (hek eleh minah ni)

Bengang 4

(LPC tumpang kereta aku utk gi breakfast)
LPC : Inike carseat anak U?
Aku : Ha ah..
LPC : Anak I dah tak muat duduk dalam ni, tu sebab I beli yang besar..
Aku : Yelah.. Anak kau dah 7 bulan, dah pandai duduk.. Ni husband aku beli masa anak aku 3 bulan, belum tau duduk. Takpelah.. Nanti dia dah tahu duduk aku belilah yg lain..
LPC : Anak I bagus tau.. Tulang dia kuat.. Boleh taulah tulang dia kuat bla bla bla blaAku : (sengal!~ apa kaitannye dengan anak aku belum tahu duduk??)

Bengang paling lahar!!

(LPC tumpang kereta aku utk gi breakfast lagi)
LPC : (bercerita tentang ipar duai dia yang malas tolong kat rumah mertuanya)
AKM : Diorg tak patutlah macam tu kan.. Kau kenalah slow talk kalau diorg nak buat kenduri janganlah hari ahad kan.. Kau jugak yg susah sbb kau duduk dgn mertua kan..
Aku : (pun sambungle cerita kalau rumah mertua kenduri, ipar duai aku macam mana)
LPC : Dia ni kuat membebel kan? Pening aku.. Tu sebab aku terdiam ni.. Ipar2 aku semua macam ni.. Bising tau.. Aku pening sebab adik beradik aku tak macam tu.. (bercakap dengan AKM)
Aku : Si*l.. Pehal lak?

Dahle tumpang kereta org tak cakap thanx, boleh pulak claim aku ni kuat membebel.. Dia fikir dia tu siapa?? 4 tahun lebih kenal dengan aku, agak rapat lagi tu.. Susah sangat ke nak jaga hati kawan baik sendiri?? Asyik buat aku meluat dan nak muntah dengan perangai kau ni LPC!!!
Kalau kau baik sangat, anak dan laki kau baik sangat.. SEMPURNA, kau takyah campur oranglah.. Aku pun bukan hingin sangat nak menjadi kawan kau kat sini.. Hey! Boleh blah laaaahh!

Orang lain pun ada anak wey.. Anak orang lain pun comel weyy.. Tapi aku rasa, anak aku seribu kali lebih comel dari anak kau tapi tak pernah pulak aku JAKUN sangat nak cakap anak aku ni comel ke baik ke.. Relax laaahhh.. Aku bukan mintak puji tapi minta timbangrasa je.. Kau tu annoying kau tau tak??! Buweeeeeeekkk!! Kalau takde orang nak dengar cerita anak kau yang comel dan baik tu, janganlah sakitkan hati aku yang nak dengar kisah comelnya anak kau tu.. Give and take lah wey.. Buruklah perangai kau nyah!! Aku ni mulut longkang pun, pandai jaga hati orang tau.. Terutama kawan2 sendiri.. Boleh blah lah!!

Dia dah boleh duduk tegak dalam stroller..

Hehehehe... Semalam aku bawak A'qila Izzara gi Tesco beli sweet potatoes untuk dia dan beberapa barang lain..

Lama jugak tak masukkan dia dalam stroller berat nak mamp*s ni.. Aku try dudukkan dia dalam stroller, yelah dia belum boleh duduk lagi so before this mmg dia baring jelah kan.. Tapi semalam, aku tengok steady je dia duduk menyandar dalam tu... Walaupun kadang2 dia tersengetkan badan, tapi okaylah.. Agak stabil dah.. Tapi, dia kadang2 ada jugak cuba angkatkan badan dia untuk tunduk ke depan.. Wooo.. Bahaya wooo..

Leka dia main dengan benda alah tu.. Aku buat umpan untuk dia supaya dia tak nangis mintak dukung.. Sekali dia macam leka pulak main dengan benda alah tu.. Terus belikan untuk dia.. Bila sampai rumah bila aku tengok balik benda tu.. Then fikir2 balik, baru aku teringat.... Sama macam Zara baby Nazs punyalah pulak kan?? Zara punya pakcik UNTA.. Huhuhu..

Tengokle muka anak aku ni.... Muka tahan ngantuk.. Merah gila mata dia.....

Jalan punya pasal, sikit pun tak kisah kan??? Nak tidur pun sanggup tahan.. Tapi, bila masuk je kereta, dapat tek terus pengsan!! Ngeeee..

Sampai je rumah, dia belek2 pulak buku kecik dia.. Aik sayanggg?? Rajinnye anak Mummy study malam2 ni?? ngeheheheee..

Kakiku kasar!


Malam tadi masa sedang menyusukan Izzara, aku gesel2 tapak kaki kat cadar...

Damn! Rasa kasar gila.. Terus rasa tak selesa dan sakit hati..

Pagi ni, aku carik balik hadiah christmas dari Jace tahun lepas.. Terus bawak ke office then pagi tadi aku kerjakan tapak kaki aku yg keras ni...

Haa... Ini dia yang Jace bagi.. Set untuk memanjakan kaki.. Ngeeee..

Ada foot spray, cooling foot lotion, foot scrub dan penggosok dia sekali..

Lepas hampir sejam mengerjakan kaki aku tu, rasa sangat selesa dan best!!

Legaaaa... Kaki aku ni bukannya pernah keras2 macam ni.. Maybe sebab lama tak letak lotion atau lama tak servis kooottt.. So, malam ni boleh tidur lena laa..

Huhuhu..

Apa?? Sangat mengada buat kat office?? Alaaaa.. Kat rumah takde masa lah nak buat... :P Okaylah tu!~

Assalamualaikummmmmmm... (kebil2 bijik mata)

Huhuhu...

Aku kembali mengomel disini memandangkan domain utama sedang buat hal.. Sementara okay tu, better aku mengomel disini dulu...

Tapi, kalau terus aktif blog ni pun okay sebenarnya..

Biar disana fully stories pasal A'qila Izzara, dan disini khas untuk aku sendiri.. Serta sumpah seranah untuk semua yang aku nak sumpah lah!

Cheers!~