Khamis, November 15, 2007

Aku sudah berpindah

(macam lah ada orang peduli)

Lantakle.. Aku tahu ada antara kenalan aku yang membaca blog bodoh aku ni dalam diam.. Terutama kenalan2 yang handsome dan jelita belaka.. Ahem.. Kalau yang bukan kenalan, tentu yang hodoh2 dan banyak jerawat tentunya.. Yucks..

Ape-ape pun, sekadar pemberitahuan, mulai hari ini, aku mahu dan akan berpindah ke http://www.marshazliyana.com

Nampak poyo, tapi bila lagi hendak ada domain dengan nama sendiri dan aku sangat suka dan bangga dengan nama itu. Kerana ia gabungan nama Arwah babah dan mama aku.. Oleh sebab itu juga aku marah kalau ada orang salah eja atau mempermainkan nama aku.. Nak buat macam mana, aku ni pemarah (bak kata Atid)

Okay, so tidak lama lagi salemlight ini akan padam kerana salemlight sudah tidak ada kena mengena di dalam hidup aku lagi.. Ihiks.. Takbir! (Sakit)

Sementara ini, selamat tinggal blogger!

Rabu, November 07, 2007

12 weeks 4 days

Maybe sudah 3 bulan.. Lepas ni sudah masuk 2nd trimester means aku dah lepas dari stage bahaya.. Aku masih pakai heels, doktor bising.. Hahaha.. Bukan cakap besar, berpuluh tahun (yeke) aku pakai heels 3 hingga 4 inchi dan sepanjang itu belum pernah lagi terpelecok apetah lagi jatuh tersungkur.. Maybe aku jalan kurang gelek atau lenggok.. So, shud be no probs.. (Tapi skrg aku tidaklah pakai setinggi itu, cuma 1/2 inci saja tp itupun doktor dah bising)

Kelmarin, aku ke klinik biasa, tujuan mahu scan dan ambil vitamin. Tapi kamu tahu apa jawapan doktor bodoh itu?

"saya tak tahu guna scanner"

aku jawap, "kalau tak tahu, janganlah tulis kat depan pintu klinik ni yang anda berupaya menjalankan check up untuk ibu mengandung.. (bodoh)"

Maaflah incik doktor, termarah kamu pula.

Bukannya apa. Aku benci sesuatu yang membuang masa. Dan benci dengan ayat "Datang esok boleh tak?"

Sia-sia doktor itu belajar tinggi2.. Scanner pun tak tahu guna.. Kasihan..

Puufff! Otak aku laju fikir. Ohya kan, aku ada seorang kenalan, juga seorang Doktor di Negeri Melaka ini.. Terus aku call dan buat appointment malam itu jugak. Tak apelah jauh sikit janji aku dapat layanan istimewa serta selesa. Yang penting dia tahu guna mesin scanner.. Tapi, Aduhhh... Dia racun aku beli lense baru.. Hampehs betul kalau dah berkawan dengan penggila lense ini.. Dia bolehlah, dia doktor, ada klinik sendiri.. Setakat nak beli D3, pejam mata aja.. Aku? Kirim salam lah nak beli lense selalu... Herrmmmm...

Semasa check up, aku dapat lihat baby aku di screen scanner.. Sudah ada kepala, tangan, kaki dan bontot (hahaha).. Tulang belakang amat jelas.. Dia sangat aktif hingga susah doktor mahu ambil gambar.. Blur aja.. Maybe dia sedang menari.. Hahaha.. Dia asyik bergerak berpusing2.. Tak duduk diam! Maklumlah, semasa memandu ke klinik itu, aku buka CD MeetUncleHussain dan pasang kuat2 sebab bosan drive sesorang malam2.. So, maybe baby masih belum stop dancing.. hahaha..

Aku dapat rasa satu keajaiban apabila melihat baby sendiri di dalam perut aku sendiri. Ajaib sangat.. Susah nak gambarkan rasa itu.. Nak tahu rasa macam mana? Pergilah mengandung dan alami sendiri.. :P Tapi aku tidaklah terlalu excited maybe sebab Bob tiada.. So, kegembiraan tu belum dapat dikongsi dengan dia.. So, excitednya kurang...

Nanti, Disember nanti aku akan pastikan dapat gambar scan yang lebih baik untuk di pamer di sini. Gambar scan kelmarin agak blur dan hanya nampak bontot sahaja.. Anak aku masih camera shy.. Ihiks.. Sekarang aku sudah rindu mahu melihat dia sekali lagi.. :)

Aku juga harap, aku kurang lagi bersedih seperti seminggu dua ni.. Tidak lagi marah-marah.. Ramai org kata, kalau aku bersedih dan marah2 nanti anak aku akan terikut dengan perangai aku tu.. Betul ke? So.. Aku bertekad tidak mahu nangis2 dan sedih2 lagi.. Yang sudah berlaku tu sudahlah.. Tiada apa yang tidak berubah di dunia ini terutamanya hati manusia.. Manusia terutamanya Melayu mudah benar lupa dan berubah sehingga menjadi orang yang betul2 kita tak kenali. Biasalah itu. Normal.. Aku sudah puas bersedih dan bersabar dengan karenah manusia jenis ini dan aku hampir boleh menerimanya.. Dia tak penting dalam hidup aku, dan aku mahu buangnya jauh-jauh..

Dan aku sekarang ada mengidam sesuatu lah.. Herrmm.. Mahu satu MPV baru.. hahahahaha...... Bi, i love you.. LOL